Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Ulya & Dini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulya & Dini
Genre
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tiada Noktah" nyayian Chubb-E
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Ramly
Zetty Adila Ramly
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Februari 2022 – 19 Mac 2022
Kronologi
MengikutiBunga Hati
Diikuti olehJangan Menangis Cinta

Ulya & Dini ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Tam Suhaimi terbitan Global Station. Dibintangi oleh Shaza Bae dan Hun Haqeem, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 14 Februari 2022 bagi menggantikan Bunga Hati.[1]

Mengisahkan Ulya, yang dulunya berbadan besar dan dibuli terutamanya oleh Lin, anak kepada usahawan kosmetik Umi Yana, dan Dini, abang kepada kawan baiknya, Hamdan. Selepas kematian ayahnya, Ulya menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Di situ, hidupnya berubah setelah dia berjaya menurunkan berat badannya dan menjadi influencer gaya hidup dan kesihatandengan 80, 000 pengikut dari seluruh dunia. Pengikut Ulya memujanya tetapi mereka tidak tahu Ulya sebenarnya mempunyai isu kesihatan mental. Dia menghadapi bulimia dan serangan panik yang disangkanya sudah terkawal tetapi sebenarnya tidak. Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung ke peringkat pengajian Siswazah tetapi terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka.

Walaupun Ulya berat hati kerana teringatkan ibunya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan adiknya, Najwa, Ulya pulang juga ke Malaysia. Di Malaysia, berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik Ulya selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan teruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini. Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat. Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.

  1. ^ Helmi Anuar (15 Februari 2022). "Drama Bersiri 'Ulya & Dini' Angkat Isu 'Body Shaming'". Getaran. Dicapai pada 15 Mac 2022.