Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

United Coconut Planters Bank

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
United Coconut Planters Bank (UCPB)
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriKewangan dan insurans
DitubuhkanManila, Filipina
(15 Mei 1963; 61 tahun yang lalu (1963-05-15))
Dibubarkan1 Mac 2022 Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatMakati, Filipina
Tokoh penting
  • Danilo V. Pulido, (Pemangku Pengerusi)
  • Higinio O. Macadaeg, Jr. (Presiden dan CEO)[1]
KeluaranPerkhidmatan kewangan
Pendapatan bersihP3.3 bilion PHP () (2015) [1]
Bilangan kakitangan4,064 [2]
Anak syarikatUCPB Savings Bank Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.ucpb.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: UCPB.Connect Twitter: UCPB_Connect LinkedIn: ucpb Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

United Coconut Planters Bank (UCPB) atau dahulu dikenali sebagai Cocobank, merupakan bank terbesar di Filipina, berada di kedudukan teratas dari 20 bank di Filipina dari segi aset. UCPB merupakan satu-satunya bank sejagat yang tidak tersenarai dalam Bursa Saham Filipina, bank lainnya ialah Allied Bank sebelum penggabungan dengan Philippine National Bank (Bank Kebangsaan Filipina) pada 2011. Bank ini mendapat namanya kerana banyak berkhidmat untuk petani kepala, tetapi bank ini juga berkhidmat untuk klien-klien lainnya.

UCPB mula beroperasi pada 15 Mei 1963, sebagai First United Bank (Philippines) dengan hanya empat pejabat cawangan, sebuah bank komersial kecil[3].

Asal-usul penubuhan UCPB bermula dengan Keputusan Presiden 755 (atau P.D. 755) dimana Presiden Ferdinand Marcos pada 29 Julai 1975 menyusun Philippine Coconut Authority (Lembaga Kelapa Filipina) untuk "merumuskan dan mengesyorkan untuk menggunapakai dasar kredit yang bekesan kepada pengeluaran, pemasaran, dan proses dari minyak kelapa dan sawit" dan "untuk menyediakan kemudahan kredit yang tersedia untuk petani kelapa dengan kadar bunga khas"[4]. PCA yang diketuai oleh Juan Ponce Enrile membeli saham 72,2% saham First United Bank yang dimiliki oleh Jose Cojuangco[5].

Cocobank oalah nama pendek rasmi dari bank ini pada 1980an dan awal 1990an.

Pada 1990an, UCPB bersama dengan Equitable Banking Corporation (kini Banco de Oro Universal Bank), Philippine National Bank dan the Far East Bank serta Trust Company (kini Bank of the Philippine Islands) membentuk MegaLink, satu dari tiga rangkaian antarabank terbesar di Filipina. Walaupun begitu, kemudian ATM UCPB sudah ada sejak 1980an, yang merupakan institusi kewangan pertama yang menawarkan kemudahan ATM. Ia menubuhkan cabang perkhidmatan pra-keperluan Cocoplans pada 1993.

Bank ini terlibat banyak projek pembangunan sosial dan aktiviti amal lainnya. Kini, UCPB merupakan salah satu bank terbesar Filipina, dengan 188 cawangan dan 279 ATM di seluruh negeri. Bank ini merupakan satu-satunya bank sejagat yang memiliki anak syarikat bank yang beroperasi di daerah pedesaan walaupun saat ini sudah digabung dengan induknya pada November 2005 kerana operasi perbankan yang mampat. UCPB merupakan ahli BancNet.

Anak syarikat dan gabungan

[sunting | sunting sumber]

UCPB memiliki beberapa anak syarikat iaitu:

  • UCPB Leasing and Finance Corporation
  • UCPB Savings Bank
  • UCPB Securities, Inc.

Persaingan

[sunting | sunting sumber]

Kerana kedudukannya sebagai sebuah bank sejagat, UCPB memiliki saingan utama dari bank-bank besar Filipina lainnya seperti Metrobank, Banco de Oro, East West Unibank, BPI, Land Bank of the Philippines dan Philippine National Bank.

  1. ^ https://www.ucpb.com/about/boardofdirectors/
  2. ^ https://www.ucpb.com/wp-content/uploads/2016/11/2015_UCPB_Annual_Report.pdf
  3. ^ How ‘coconut levy funds bought SMC shares’ | Inquirer News
  4. ^ P.D. No. 755
  5. ^ Panesa, Edmer F. "Cojuangco loses claim to UCPB block". Manila Bulletin. MB.com.ph. Dicapai pada 2007-12-04.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]