Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
V
V
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

V ialah huruf Rumi moden yang ke-22, bernama vi (disebut /viː/).

Huruf V berasal dari huruf Semitik Waw, begitu juga huruf-huruf moden F, U, W, dan Y. (Rujuk rencana mengenai F untuk keterangan lanjut.)

Dalam bahasa Yunani, huruf "upsilon" (Υ) disuaikan dari huruf waw, mula-mulanya untuk melambangkan bunyi vokal /u/ seperti dalam perkataan "bulan", kemudian berubah menjadi /y/, iaitu sama seperti huruf ü dalam bahasa Jerman.

Dalam bahasa Latin, huruf upsilon ini dipinjam dalam bentuk huruf V (tanpa batang) untuk menandakan bunyi /u/ yang sama, dan juga bunyi konsonan /w/. Oleh itu, perkataan num — atau asalnya dieja NVM — disebut "noom" (/num/) sementara perkataan via / VIA disebut "wi-a" (/wia/. Mulai abad pertama Masihi, bergantung pada loghat setempat, konsonan /w/ berubah menjadi /β/, dan akhirnya menjadi /v/.

Dalam sistem angka Rumi, huruf V melambangkan nombor 5, kerana menyerupai kebiasaan menghitung takuk yang diukir pada kayu, iaitu setiap takuk kelima dikerat dua agar membentuk "V".

Ketika akhir Zaman Pertengahan, timbulnya dua bentuk huruf v atau u, kedua-duanya sama dipakai bagi bunyi u dan v. Bentuk v berbucu ditulis di awal kata, manakala bentuk u bundar dipakai di tengah atau akhir kata tanpa mengira yang mana bunyinya. Oleh itu, perkataan-perkataan seperti valour dan excuse sama seperti ejaan zaman sekarang, tetapi perkataan have dan upon pula ditulis haue dan vpon. Akhirnya pada 1700-an, agar bunyi konsonan dan vokal diasingkan, bentuk v menandakan konsonan sementara bentuk u pula vokal, maka lahirnya huruf u moden. Pada ketika inilah wujudnya huruf besar U; sebelum ini selalu dipakai huruf besar V. Mula-mulanya, semenjak huruf u dan v dijadikan huruf berasingan, v mendahului u dalam susunan abjad, kini pula sebaliknya.

Dalam sistem Abjad Fonetik Antarabangsa, /v/ menandakan geseran bibir-gigi bersuara.

Dalam sistem pinyin bahasa Mandarin, kesemua huruf Rumi digunakan kecuali huruf V, gara-gara tiadanya bunyi [v] dalam bahasa Mandarin, tetapi huruf “v” dipakai kebanyakan kaedah input sebagai ganti huruf “ü” mewakili vokal bundar depan sempit /y/ yang mana huruf berdiaresis tersebut tiada pada kebanyakan papan kekunci. Perumian merupakan kaedah yang terlaris untuk menaip bahasa Cina secara fonetik.

Kod-kod pengkomputeran

[sunting | sunting sumber]
Titik kod Huruf besar
V
Huruf kecil
v
Unikod U+0056 U+0076
ASCII Perpuluhan 86 118
Perduaan 01010110 01110110
EBCDIC 229 165

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz