Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Zingiberales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zingiberales
Alpinia zerumbet (Zingiberaceae).
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga
Diversiti
99 genus
Sinonim

Zingiberales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga di bawah divisi Magnoliophyta.

Susunan ini telah diiktirafkan secara meluas oleh ahli-ahli taksonomi, sekurang-kurang sejak beberapa dekad yang lalu. Susunan Zingiberales merangkumi banyak tumbuhan yang biasa seperti halia, pelaga, kunyit, mioga, dan juga pisang dan ubi garut.

Lingkungan sistem taksonomi tumbuhan

[sunting | sunting sumber]

Sistem APG II

[sunting | sunting sumber]

Sistem APG II 2003 tidak mengubahkan lingkungan Sistem APG 1998 untuk susunan ini, dan memasukkan susunan ini dalam klad komelinid di bawah monokot. Lingkungan sistem ini adalah seperti berikut:

  1. famili Cannaceae
  2. famili Costaceae
  3. famili Heliconiaceae
  4. famili Lowiaceae
  5. famili Marantaceae
  6. famili Musaceae
  7. famili Strelitziaceae
  8. famili Zingiberaceae

Sistem Cronquist

[sunting | sunting sumber]

Sistem Cronquist 1981 juga mengiktirafkan susunan ini yang juga mempunyai lapan famili yang sama, tetapi sistem ini meletakkan susunan Zingiberales ini di bawah subkelas Zingiberidae, dan subkelas itu diletakkan pula di bawah kelas Liliopsida (monokotiledon).

Sistem-sistem awal

[sunting | sunting sumber]

Sistem-sistem yang awal seperti sistem Wettstein yang disemak terakhir kali pada tahun 1935, dan sistem Engler yang dikemaskinikan pada tahun 1964, mengiktirafkan susunan yang serupa (terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan yang sama, tetapi dibahagikan kepada bilangan famili yang tidak sebegitu banyak) di bawah nama Scitamineae.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Susunan Liliopsida
OrchidalesPoalesZingiberales