Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Hakimi97

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Tambah topik
Daripada Wikisumber
Ulasan terkini: 3 hari lalu oleh MediaWiki message delivery pada topik Undian pengesahan keaktifan penyelia

Apa saja yang boleh kita buat?

[sunting]

Saya lihat beberapa laman index seperti Index:Bustan_al-Katibin_li_as-Shibyan_al-Mutaallimin.pdf meminta templat Templat:TCT. Kemudian saya lihat ternyata saudara Hakimi sudah membuat laman templat itu. Terima kasih sebelumnya, tapi kenapa tetap masih meminta ya?Ini kira-kira kenapa?

Secara umumnya, saya ingin menolong. Apakah ada panduan yang boleh jadi pedoman? Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 22:46, 3 Mei 2024 (+08)Balas

Salam. Sejujurnya saya sendiri pun kurang pasti bagaimana perlu betulkan ralat permintaan Templat:TCT. Saya cuba untuk selesaikan tetapi tetap berlakunya ralat. Apa yang saya boleh fikirkan ialah kita perlukan MediaWiki:Proofreadpage index template serta MediaWiki:Proofreadpage index data config.json tetapi buat masa sekarang ini kita tiada penyelia Wikisumber mahupun penyelia antara muka untuk selesaikan masalah ini. Hakimi97 (bincang) 06:42, 4 Mei 2024 (+08)Balas
Dalam laman-laman kitab Index:Bustan al-Katibin li as-Shibyan al-Mutaallimin.pdf banyak templat yang tak jalan, seperti Templat:Border, Templat:Gap, Templat:Overline, dll. Padahal templat-templat itu sudah ada. MediaWiki:Proofreadpage_index_template yang saudara sebut di atas pun sudah ada di Wikisumber Melayu ini.
Apakah tiada penyelia dari Wikimedia yang bersedia menolong mengarahkan perbaikan masalah antarmuka Wikisumber ini? Hadithfajri (bincang) 22:09, 4 Mei 2024 (+08)Balas
Berkenaan soalan seperti "Apakah tiada penyelia dari Wikimedia yang bersedia menolong mengarahkan perbaikan masalah antarmuka Wikisumber ini?", saya cuba boleh fikir sama ada kena tanya terus dengan pengimport Multilingual Wikisource seperti Pengguna:Jon Harald Søby, atau meminta bantuan daripada pengelola (stewards) di Meta Wiki, atau bantuan daripada Phabricator. Hakimi97 (bincang) 10:26, 5 Mei 2024 (+08)Balas
Oh ya tambahan pula, saya baru nampak yang mereka belum mengimport lagi MediaWiki:Proofreadpage index data config.json dari Multilingual Wikisource. Laman ini amat penting untuk kestabilan laman indeks di Wikisumber Bahasa Melayu. Hakimi97 (bincang) 19:27, 5 Mei 2024 (+08)Balas
Selama bulan Mei, @Jon Harald Søby belum ada menyunting apa-apa di sini. Barangkali beliau sibuk. Apa perlu minta bantuan penyelia/pengelola lain di MetaWiki/Phabricator? Laman Indeks untuk ujipruf kini makin kacau. Hadithfajri (bincang) 11:56, 9 Mei 2024 (+08)Balas
Saya cuba dapatkan bantuan dari Phabricator (rujuk: https://phabricator.wikimedia.org/T364663). Mudah-mudahan masalah ini dapat diselesaikan. Hakimi97 (bincang) 08:56, 11 Mei 2024 (+08)Balas
Salam @Hadithfajri, saya ingin beritahu awak bahawa masalah berkenaan laman indeks ini telah selesai! Selamat menyunting! Hakimi97 (bincang) 10:45, 11 Mei 2024 (+08)Balas

Internationalizing MediaWiki:Proofreadpage index template

[sunting]

Hey, sorry that this is in English, but could you give me the malay equivalent of the following phrases:

  • "Title"
  • "Author"
  • "Translator"
  • "Editor"
  • "Year"
  • "Year of publication"
  • "Publisher"
  • "Address"
  • "Source"
  • "Cover image"
  • "Volumes"
  • "Pages"
  • "Remarks"
  • "Width of scans"
  • "CSS to be used in pages"

These values are in the config and in the template and should be in your local language and not in English. Sohom Datta (bincang) 09:20, 11 Mei 2024 (+08)Balas

Hello, thank you for your immediate response. Here are the respective Malay equivalent phrases:
  • "Tajuk"
  • "Pengarang"
  • "Penterjemah"
  • "Penyunting"
  • "Tahun"
  • "Tahun penerbitan"
  • "Penerbit"
  • "Alamat"
  • "Sumber"
  • "Gambar muka depan"
  • "Jilid"
  • "Muka surat"
  • "Catatan"
  • "Kelebaran imbasan"
  • "CSS yang akan diterapkan pada laman berkaitan"
Hakimi97 (bincang) 09:28, 11 Mei 2024 (+08)Balas
In addition, these are translations for under the parameter Progress (in Malay "Kemajuan")
"Done" > "Selesai"
"To be validated" > "Akan disahkan"
"To be proofread" > "Akan dibacaprufkan"
"Ready for Match & Split" > "Bersedia untuk Padan dan Pisah"
"Needs an OCR text layer" > "Memerlukan lapisan teks OCR"
"Incomplete source (extracts) or compilation of different sources" > "Sumber (cabutan) yang tidak lengkap atau gabungan beberapa sumber yang berbeza"
"Source file is incorrect (missing pages, unordered pages, etc)" > "Fail sumber tidak betul (Muka surat hilang, muka surat tidak tersusun, dll)" Hakimi97 (bincang) 09:41, 11 Mei 2024 (+08)Balas
I've added all of those, I missed "Sort key" tho, is there an equivalent to that phrase in malay? Sohom Datta (bincang) 09:49, 11 Mei 2024 (+08)Balas
Yes, it is "Kunci isih" in Malay language.
Furthermore, I noticed there are some categories need to be configured at MediaWiki:Proofreadpage index template:
T = Category:Index Validated|Done > Kategori:Indeks Disahkan|Selesai
V = Category:Index Proofread|To be validated > Kategori:Indeks telah dibacaprufkan|Akan disahkan
C = Category:Index Not-Proofread|To be proofread > Kategori:Indeks belum dibacaprufkan|Akan dibacaprufkan
MS = Category:Index - Ready for Match and Split|Ready for Match & Split > Kategori:Indeks - Bersedia untuk Padan dan Pisah|Bersedia untuk Padan dan Pisah
OCR = Category:Index - Text Layer Requested|Needs an OCR text layer > Indeks - Lapisan Teks Diperlukan|Memerlukan lapisan teks OCR
X = Category:Index - Excerpt or Mixture|Excerpt or Mixture > Kategori:Indeks - Ikhtisar atau Gubahan|Ikhtisar atau Gubahan
L = Category:Index - File to fix|Source file must be fixed before proofreading > Kategori:Indeks - Fail yang perlu dibaiki|Fail sumber mesti dibaiki sebelum dibacapruf
default = Category:Index - Unknown progress > Kategori:Indeks - Kemajuan tidak diketahui Hakimi97 (bincang) 10:01, 11 Mei 2024 (+08)Balas
I've added those translations. I think the last thing would be translate the label values in MediaWiki:Proofreadpage_pagelist_dropdown_values.json and add/remove any numbering systems that are used/are not used by malay books. Sohom Datta (bincang) 10:12, 11 Mei 2024 (+08)Balas
For now, I think that the current label values should be sufficient.
The following is the translation for the labels:
Roman numerals (uppercase) > Angka Rumi (huruf besar)
Roman numerals (lowercase) > Angka Rumi (huruf kecil)
Number > Nombor
Cover of the page > Muka depan
Image > Gambar Hakimi97 (bincang) 10:22, 11 Mei 2024 (+08)Balas
Owh last but not least, there is one last configuration that is needed to be set up at MediaWiki:Proofreadpage index template:
category:Index > Kategori:Indeks Hakimi97 (bincang) 10:30, 11 Mei 2024 (+08)Balas
All done :) Let me know if something else needs fixing :) Sohom Datta (bincang) 10:35, 11 Mei 2024 (+08)Balas
Sure, thanks a lot for your help! Hakimi97 (bincang) 10:36, 11 Mei 2024 (+08)Balas

Berkenaan tulisan Jawi بركناءن توليسن جاوي

[sunting]

Apa dapat kita menetapkan satu font untuk semua tulisan Arab (Termasuk Arab Melayu, yakni Jawi)? Perhatikan laman Bustan_al-Katibin. Antara judul dan isi berbeda fontnya. Apakah memang perlu diberi <div lang="ar" dir="rtl"> atau ada cara lain yg memudahkan?

Untuk pilihan font, mungkin boleh dipilih Arabic Typesetting seperti Templat:Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu, atau Calibri macam Wikisumber Arab, atau Tahoma macam Wikisumber Farsi? Hadithfajri (bincang) 01:01, 13 Mei 2024 (+08)Balas

Setahu saya, kita tidak ada keperluan menyeragamkan pasuan (font) pada kesemua transkripsi yang ada di Wikisumber. Hal ini bertepatan dengan Help:Fonts pada Wikisumber Bahasa Inggeris, dengan alasan bahawa tidak ada keperluan untuk menyeragamkan pasuan selagi pasuan itu boleh diakses oleh mana-mana pengguna Wikisumber dan tidak menjejaskan bacaan mereka. Tetapi kalau berpendapat yang kita ada keperluan untuk menyeragamkan, maka lebih baik berbincang di Wikisource:Kedai Kopi (dan "ping" semua pengguna Wikisumber, contoh "@Hadithfajri") supaya semua orang boleh terlibat untuk menetapkan dasar penggunaan pasuan di Wikisumber Bahasa Melayu. Hakimi97 (bincang) 10:19, 14 Mei 2024 (+08)Balas
Oh ya kalau katakan nak besarkan font sahaja boleh tekan butang "cermin mata" selepas itu bawah "Penampilan" boleh pilih pasuan "kecil", "standard" dan "besar" (rujuk Fail:Accessibility for reading unpinned.jpg). Tapi kalau maksudnya nak setup penyeragaman font untuk semua rencana di Wikisumber Bahasa Melayu ini kena sentuh commons.css di Wikisumber, dan memerlukan pelantikan penyelia. Buat masa sekarang ini rasanya tak boleh nak buat apa-apa sebab belum ada lagi yang bercadang untuk menjadi penyelia. Hakimi97 (bincang) 23:52, 18 Mei 2024 (+08)Balas
Keperluan tulisan Arab berbeda dengan tulisan Latin. Jadi perlu piawai yang lebih dari sekadar yang ada di English Wikisource. Memperbesar tulisan memang salah satu jalan keluar. Sayangnya, butang "cermin mata" itu tak ada pula nampak sama ada di Wikisumber atau Wikipedia Bahasa Melayu. Bahkan di English Wikipedia pun tidak. Hanya di Wikipedia Bahasa Indonesia saja nampak butang "cermin mata" itu. Entah di mana salahnya. Tambahan pula, butang "cermin mata" kini masih dalam pengembangan dan kini hanya tersedia bagi pengguna yang telah masuk log sahaja. Jadi penyeragaman font tulisan Arab untuk semua rencana di Wikisumber Bahasa Melayu rasanya tetap diperlukan. Semoga pengundian untuk penunjukan penyelia dapat segera dilaksanakan. Hadithfajri (bincang) 01:00, 19 Mei 2024 (+08)Balas
Halo @Hadithfajri Sila, berbincang di Wikisource:Kedai Kopi, sehingga pengguna yang lain dapat memberikan saran dan pendapatnya. Karena, Wikisumber Bahasa Melayu masih baru. Sehingga, kita mesti bincangkan sama-sama. Benda apa yang mahu kita buat atau baiki. Lim Natee (bincang) 14:11, 19 Mei 2024 (+08)Balas

Tentang Naskah Hikayat

[sunting]

Ketika tadi saya coba membacapruf Index:Hikayat_Abdullah_(1849).pdf dan Index:Syair_Sultan_Abdul_Muluk_Or._1740.pdf, keduanya sama-sama buram/kabur/tak jelas ketika gambarnya di-zoom. Padahal Ukuran berkas Syair Abdul Muluk lumayan besar, dan tulisannya cukup jelas kalau dibaca di Wikimedia Commons.

Oh iya, Ada templat Wikisumber Arab, ar:قالب:أبيات, yang sepertinya cocok ditambahkan ke Wikisumber Melayu, mengingat banyak syair-syair kita disusun gaya bait-bait syair Arab. Boleh minta tolong ke siapa kiranya untuk menambahkan templat itu, sebab dah lah saya tak faham MediaWiki, tak pula faham bahasa Arab.

Adapun Hikayat Abdullah, memang dari berkasnya sendiri sudah kabur. Tambah pula pena Munsyi Abdullah itu halus benar sehingga makin tak jelas tulisannya. Mungkin bisa dicoba mengambil naskah lain di sini https://babel.hathitrust.org/cgi/pt?id=coo.31924024143376&seq=1. Saya tak dapat muat turun sekali gus sebab katanya If you are not affiliated with a member institution, whole book download is not available. Mungkin saudara ada yang lebih tahu berkenaan hal ini.

Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 01:12, 13 Mei 2024 (+08)Balas

(1) Berkenaan templat rangkap syair/pantun dari Wikisumber Bahasa Arab, yang ini saya cuba usahakan. Saya akan beritahu awak jika sudah berhasil.
(2) Berkenaan Hikayat Abdullah, saya tahu fail manuskrip itu sendiri memang kabur. Tetapi saya gunakannya kerana ia merupakan salah satu manuskrip asli (yang saya boleh jumpa) yang terawal ditulis oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sendiri sewaktu beliau masih hidup. Kalau nak ganti saya berfikir untuk menggunakan yang ini (https://www.nlb.gov.sg/main/book-detail?cmsuuid=53de5273-f8df-4122-b808-8eb33ec61386) kerana ia merupakan naskhah kedua terawal yang boleh dijumpai berbanding naskhah yang awak lampirkan. Hakimi97 (bincang) 10:54, 14 Mei 2024 (+08)Balas
(1) Terima kasih sudah mengusahakan templat tersebut.
(2) Memang naskhah dari Perpustakaan Nasional Singapura (NLB) itu lebih bagus berbanding naskhah dari Hathitrust dari segi kesejarahannya, sebab itu memang tilisan tangan Munsyi Abdullah sendiri. Namun naskhah dari NLB itu bermasalah dari segi keterbacaan dan hak cipta. Ada tertulis "Joint copyright of The British Library Board and the National Library Board of Singapore". Baik juga kalau pihak Wikimedia (Singapura? Malaysia? Indonesia?) dapat mengajukan permohonan ke pihak NLB, mungkin dengan alasan bahwa harusnya karya Musnyi Abdullah sudah domain awam. Hadithfajri (bincang) 10:54, 15 Mei 2024 (+08)Balas
Berkenaan File:Hikayat Abdullah (1849).pdf, saya sudah minta untuk penghapusan segera. Sebaik sahaja ianya dihapuskan kita boleh menggantikan dengan versi baharu yang bebas hak cipta (contohnya seperti https://babel.hathitrust.org/cgi/pt?id=coo.31924024143376&seq=1 namun saya akan cari lagi jika ada manuskrip lain yang berkualiti lebih tinggi daripada yang ini). Hakimi97 (bincang) 11:10, 15 Mei 2024 (+08)Balas
Berkenaan (1), saya sudah selesai sediakan Templat:Rangkap. Cara penggunaannya ada terpapar di laman pendokumenan templat tersebut. Tetapi ada sedikit ralat yang saya jumpa maka ada kod tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Kalau ingin menggunakan templat tersebut disarankan mengikut gaya format yang saya sudah dokumenkan supaya tidak berlakunya ralat yang tidak diingini. Hakimi97 (bincang) 20:16, 15 Mei 2024 (+08)Balas
Pertama-tama, tahniah pada saudara karena kini sudah jadi penyelia. Apakah ada rancangan untuk menetapkan satu gaya untuk naskah Jawi, barangkali seperti gaya yang saudara buat di naskah Hikayat Abdullah?
Berkenaan dengan Templat:Rangkap, bagaimana kalau kita khaskan untuk tulisan Jawi saja? Jadi bolehlah diatur right-to-left kan. Sebab jika menggunakan cara yang disarankan alam dokumentasi, hasilnya akan janggal untuk tampilan yang lebih kecil (lebar layar kecil dari 600px) seperti di ponsel. Untuk tulisan latin boleh guna syntax <poem> saja. Atau buat baru untuk yang bertulisan latin jika perlu.
Kemudian bagaimana kiranya CSS untuk Templat:Rangkap itu? Saya coba di sini tak berkesan apa-apa, saya pun sudah membuat gaya indeks Syair Abdul Muluk itu seperti yang di Hikayat Abdullah itu.
Sekian. Salam Jumaat. Hadithfajri (bincang) 12:54, 31 Mei 2024 (+08)Balas
(1) Berkenaan penetapan satu gaya naskhah Jawi:
  1. Kalau dibuat untuk penyeragaman merentasi semua laman di Wikisumber Bahasa Melayu (kena sunting CSS di MediaWiki:Common.css, saya berpendapat mungkin ia akan mengganggu manuskrip tulisan Rumi.
  2. Cadangan alternatif yang saya boleh fikirkan ialah saya boleh cuba menambah gaya untuk tulisan Jawi pada Bantuan:Gaya laman, seperti apa yang telah wujud pada Help:Page styles di Wikisumber Bahasa Inggeris, cuma kita tambah satu seksyen iaitu "Panduan untuk manuskrip tulisan Jawi".
(2) Saya rasa setuju dengan cadangan saudara bahawa Templat:Rangkap jadi khas untuk manuskrip tulisan Jawi sahaja. Saya akan usahakan perkara ini dalam masa terdekat.
(3) Nanti selepas saya mengemas kini kodnya saya akan beritahu saudara kembali Hakimi97 (bincang) 14:15, 4 Jun 2024 (+08)Balas

Percubaan untuk menghantar pesanan beramai-ramai

[sunting]

Salam,

Ini merupakan percubaan untuk menghantar pesanan beramai-ramai. Jika ada sebarang pertanyaan sila hantarkan pertanyaan anda di Wikisource:Kedai Kopi. Para ahli Wikisumber bersedia menjawab sebarang soalan yang dikemukakan oleh anda.

Sekian, MediaWiki message delivery

Ruang nama "terjemahan"

[sunting]

Bolehkah bagi satu contoh penggunaan ruang nama terjemahan, agar jadi teladan bagi penyunting ke depannya? Mungkin kandungannya boleh diambil dari isi laman indeks Page:Hikayat_Hang_Tuah.djvu/3 ini, atau buat baru boleh juga. Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 12:09, 5 Julai 2024 (+08)Balas

Yang ruang nama terjemahan ini sila berikan saya sedikit masa untuk menganalisis kegunaannya, saya akan beritahu awak kemudian berkenaan hal ini. Hakimi97 (bincang) 12:23, 5 Julai 2024 (+08)Balas

Tajus Salatin

[sunting]

Dari dua naskhah Tajus Salatin ini, mana satu yang lebih baik kita bacaprufkan? Saya tertarik dg naskah ini sebab ada potongan syair dalam Tajus Salatin diambil sebagai petikan bagi halaman judul kamus Melayu-Perancis, yang dulu, abang lah yang membuatkan laman indeksnya.

Yang satu dari Lembaga Perpustakaan Negara Singapura, naskhah dari Pulau Pinang, tepi mukasuratnya berhias amatlah molek, tapi susunan rangkap syair dia setali saja dengan bagian lain.

Yang satu lagi dari Google Buku, kerja orang Belanda, tidak berapa cantik, tapi susunan rangkap syair dia terpisah dari bagian lain

Maka dari ini saya minta buah fikiran abang, memilih mana yang lebih elok untuk kita garap. Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 22:29, 9 Ogos 2024 (+08)Balas

Pada pandangan saya, kalau katakan setiap satu versi "Taj us-Salatin" itu kandungan dia ada perbezaan (walaupun sedikit), penerbitnya pun berbeza, maka ketiga-tiga versi ini sepatutnya dimuat naik (rujuk panduan di Wikisumber Bahasa Inggeris berkenaan sebab-sebab mengapa perlu pengekalan semua versi salinan). Cuma apabila mencipta laman pada ruang nama baharu mungkin kena nyatakan seperti berikut:
Taj us-Salatin (salinan van Eijsinga) (atau "salinan tahun 1827", bergantung mana satu yang awak suka)
Taj us-Salatin (salinan Muhammad bin Umar Syaikh Farid) (atau "salinan tahun 1824", bergantung mana satu yang awak suka) Hakimi97 (bincang) 23:24, 9 Ogos 2024 (+08)Balas

Notice of expiration of your sysop right

[sunting]
Hi, as part of Global reminder bot, this is an automated reminder to let you know that your permission "sysop" (Penyelia) will expire on 2024-11-27 16:17:06. Please renew this right if you would like to continue using it. In other languages: click here Leaderbot (bincang) 13:16, 21 November 2024 (+08)Balas

Undian pengesahan keaktifan penyelia

[sunting]

Salam sejahtera,

Terdapat dua orang penyelia (Lim Natee dan Hakimi97) yang tempoh kepenyeliaan mereka hampir tamat. Sila berikan undian anda dengan menekan butang "balas" pada pautan laman tersebut.

Sekian,
MediaWiki message delivery (bincang) 14:15, 22 November 2024 (+08)Balas