Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

tahan

Daripada Wikikamus

Bahasa Melayu

Takrifan

[sunting]

tahan

  1. tidak mudah rosak (punah, berubah dll), tetap keadaannya walaupun mengalami berbagai-bagai hal.
    Kereta ini kalau dijaga dengan baik akan tahan bertahun-tahun.
  2. sanggup menderita atau sanggup menanggung sesuatu.
    Siapa yang tahan menanggung seksaan yang sekejam itu?
  3. boleh cukup, mencukupi, memadai.
    Beras ini tahan untuk seminggu.
bertahan
  1. tidak berganjak dari tempatnya, tidak berundur.
  2. bertahan diri: menjaga diri daripada serangan musuh.
menahan
  1. tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll), menyekat.
  2. tidak membenarkan masuk, pergi.
  3. memberi bersokong supaya tidak roboh (runtuh), menopang.
  4. memasukkan ke dalam penjara, memenjarakan.
  5. melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti.
menahankan
  1. menjadikan tahan, menjadikan tidak mudah rosak dll.
  2. menggunakan sesuatu untuk menahan.
mempertahankan
  1. menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah.
    mempertahankan tanah air dari serangan musuh.
  2. menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll), melindungi.
tertahan
  1. dapat ditahan, tercegah, terhenti, tersekat.
tertahan-tahan
  1. tidak berapa lancar (berkenaan sesuatu), terputus-putus, terhenti-henti.

Terbitan

[sunting]

Sebutan

[sunting]

Kamus Dewan: ta·han

Terjemahan

[sunting]

Tulisan Jawi

[sunting]

تاهن

Tesaurus

[sunting]
Sinonim

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.