Mainkan bunyi pada AirTag atau item lain dalam Cari pada Mac
Dalam app Cari pada Mac, anda boleh memainkan bunyi pada AirTag atau item pihak ketiga berdekatan untuk membantu anda mencarinya.
Untuk memainkan bunyi pada item yang hilang, anda mesti menambah item ke Cari sebelum ia hilang. Lihat artikel Sokongan Apple Tambah AirTag ke Cari untuk menjejak item peribadi.
Mainkan bunyi pada item
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Item, pilih item yang anda mahu mainkan bunyi padanya, kemudian klik pada peta.
Klik Mainkan Bunyi.
Nota: Jika anda tidak boleh memainkan bunyi pada item, anda tidak akan melihat butang Mainkan Bunyi.
Berhenti memainkan bunyi pada item
Apabila anda memainkan bunyi pada item, bunyi berhenti dimainkan selepas tempoh masa yang singkat secara automatik, tetapi anda boleh menghentikannya lebih awal.
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Item, pilih item yang memainkan bunyi, kemudian klik pada peta.
Klik Henti Bunyi.
Untuk memainkan bunyi pada item yang tidak dimiliki oleh anda, lihat artikel Sokongan Apple Perkara untuk dilakukan jika anda menerima isyarat bahawa AirTag, set AirPods, aksesori rangkaian Cari atau peranti penjejakan lokasi serasi Bluetooth berada dengan anda.
Jika AirTag atau item lain anda hilang atau dicuri, anda boleh melindunginya dengan menandakannya sebagai hilang.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari item tidak tersedia di semua negara atau rantau.