Tambah dan keluarkan orang dalam album dikongsi dalam Foto pada Mac
Jika anda ialah pencipta album dikongsi, anda boleh menjemput lebih ramai pelanggan untuk menyertai album. Anda juga boleh mengeluarkan pelanggan daripada album, mengurus pemberitahuan album, serta menyahaktifkan dan mengaktifkan siaran untuk pelanggan. Jika anda mempunyai rakan dan keluarga yang tidak menggunakan iCloud, anda boleh berkongsi album dengan mereka dengan menghantar URL iCloud.
AMARAN: Jika anda merancang untuk mengeluarkan pelanggan daripada album dikongsi, ianya bagus untuk memberitahu mereka sekiranya mereka mahu menyimpan sebarang foto atau video daripada album dikongsi. Apabila anda mengeluarkan pelanggan, mereka tidak lagi mempunyai akses ke album dikongsi dan kandungannya.
Jemput atau keluarkan orang
Pencipta album dikongsi boleh menjemput pelanggan baharu untuk menyertai album dikongsi.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Klik dalam bar alat.
Dalam medan Jemput Orang, lakukan salah satu daripada berikut:
Jemput seseorang: Masukkan nama orang yang anda mahu tambah, atau taip alamat e-mel atau nombor telefon.
Keluarkan seseorang: Pilih nama orang, kemudian tekan Delete.
Jemput seseorang lagi: Klik menu timbul di sebelah nama orang dan pilih Hantar Semula Jemputan.
Apabila anda menjemput (atau menjemput semula) seseorang untuk melihat album dikongsi, orang tersebut menerima e-mel atau pemberitahuan memintanya untuk melanggan.
Kongsi album dengan orang yang tidak menggunakan iCloud
Pencipta album dikongsi boleh mencipta URL iCloud unik untuk berkongsi album dengan orang yang tidak menggunakan iCloud.
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Klik dalam bar alat.
Pilih Tapak Web Awam.
Salin pautan, kemudian tampalkannya ke dalam e-mel atau mesej teks dan hantarkannya kepada orang yang anda mahu jemput.
Nota: Pelanggan yang melihat album dikongsi anda pada web tidak dapat komen pada item padanya atau melihat komen baharu yang disiar oleh anda atau orang lain. Untuk membuat komen boleh dilihat seseorang tanpa Mac, iPhone, atau iPad, siar komen sebelum anda menjemput orang itu melihat album dikongsi.
Penting: Apabila Tapak Web Awam diaktifkan, sesiapa sahaja dengan URL boleh mengakses album.
Urus siaran dan pemberitahuan
Pencipta album dikongsi boleh menyahaktifkan dan mengaktifkan pemberitahuan siaran dan aktiviti album pelanggan.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Klik dalam bar alat.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Hanya benarkan diri anda untuk menyiarkan foto dan video: Nyahpilih Pelanggan Boleh Menyiar; pilihnya untuk mengaktifkan siaran semula.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Nyahpilih Pemberitahuan untuk menghentikan pemberitahuan apabila pelanggan menggemari, menambah komen atau menambah foto dan video pada album; pilihnya untuk mengaktifkan pemberitahuan album semula.