International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 2018
Waqf is known as an endowment made by Muslims to charitable causes such as for education or relig... more Waqf is known as an endowment made by Muslims to charitable causes such as for education or religious purposes. Waqf is very important for the development of the Islamic ummah, and it is one of the practices recommended in Islam. However, there is no framework of Waqf management being developed in order to ensure that different types of waqf is managed efficiently. Therefore, this study would like to explore the Waqf management practices in Malaysia and propose a framework for Waqf Management. The study is conducted using qualitative approach which involved semi-structured interviews with the managers and employees of Waqf Johor Unit (UWJ) in Johor and the Waqf Selangor Corporation (PWS) in Selangor, Malaysia. The findings identified three important components that are crucial for efficient Waqf management, research management, investment management and property management. The existence of these components will enable the Waqf institutions to manage waqf effectively so that it will play an effective charitable role in developing the Islamic ummah. These findings will assist the policy makers and the management of waqf institutions to strategize Waqf as a driver for the social and economic development in Malaysia.
Teknologi hijau merujuk kepada aplikasi, produk dan sistem yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang ... more Teknologi hijau merujuk kepada aplikasi, produk dan sistem yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang mementingkan kelestarian alam dan bersifat mesra alam. Teknologi hijau menjadi satu landasan yang penting bagi memelihara dan memuliharakan alam semulajadi ciptaan Allah. Sikap manusia terhadap alam telah dirakamkan oleh Allah dalam Al-Quran di mana Allah S.W.T menegur sikap manusia yang membinasakan bumi dengan tangan-tangan mereka. Berikutan teknologi hijau berfungsi sebagai peralatan yang mampu memelihara alam sekitar, selayaknya bidang ini dilengkapi dengan elemen-elemen Islam ketika proses pembangunannya. Teknologi hijau seringkali membangkitkan isu seperti kekangan pembiayaan dan kurang penglibatan Muslim. Justeru itu, apakah strategi yang boleh dilakukan untuk menerapkan elemen Islam dalam teknologi hijau bagi menjadikan teknologi hijau sebagai satu bidang yang lengkap dengan ciri-ciri patuh syariah? Makalah ini bertujuan mengkaji strategi untuk menerapkan elemen Islam dalam pembangunan teknologi hijau negara. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan di mana sumber rujukan terdiri daripada artikel jurnal dan data atas talian. Dapatan kajian menunjukkan antara strategi untuk menerapkan elemen Islam boleh dimulakan dengan berfokuskan kepada asas pembangunan teknologi hijau seperti melalui pembiayaan Islam, pengurusan Islam dan amalan garis panduan etika Islam. Penerapan ini secara langsung memberi kesan positif kepada masyarakat Islam terutamanya di mana mereka lebih yakin untuk menggunakan produk teknologi hijau bahkan lebih yakin untuk menceburinya. Cadangan masa hadapan boleh difokuskan kepada aplikasi setiap satu elemen Islam dalam aktiviti pembangunan teknologi hijau supaya ia menjadi lebih praktikal jika ingin dilaksanakan kelak. Kata kunci: teknologi hijau, pengurusan Islam, pemeliharaan alam, kelestarian alam.
ABSTRAK Teknologi hijau merujuk kepada satu aplikasi, peralatan atau sistem yang memiliki ciri-ci... more ABSTRAK Teknologi hijau merujuk kepada satu aplikasi, peralatan atau sistem yang memiliki ciri-ciri mementingkan kelestarian alam sekitar dan bersifat mesra alam. Teknologi hijau menjadikan alam sekitar lebih baik untuk generasi akan datang. Elemen yang terdapat dalam teknologi hijau selaras dengan penegasan Allah dalam al-Quran berkaitan penjagaan alam. Namun, masyarakat kurang menyedari perkaitan rapat teknologi hijau dengan Islam. Oleh itu, apakah peranan aplikasi teknologi hijau terhadap penjagaan persekitaran yang selaras dengan anjuran Islam? Makalah ini menganalisis peranan teknologi hijau terhadap persekitaran menurut perspektif Islam. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan di mana data diperolehi melalui artikel jurnal, buku dan laporan-laporan oleh agensi berkaitan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa elemen yang terdapat dalam teknologi hijau memberi kesan positif kepada persekitaran. Peranan teknologi hijau terhadap pemeliharaan alam sekitar telah memberi manfaat kepada ekologi alam selari dengan tuntutan Islam. Teknologi hijau juga telah membawa imej Islam kerana sumbangannya terhadap persekitaran. Pengkaji mencadangkan agar dapat dijalankan kajian berkenaan keberkesanan teknologi hijau dan sumbangannya kepada alam sekitar, masyarakat dan imej Islam. Kata kunci: Teknologi hijau, perspektif Islam, kelestarian alam, persekitaran.
Green technology refers to the development and application of products, equipment and systems to ... more Green technology refers to the development and application of products, equipment and systems to protect the environment and the natural environment and minimize the negative impact of human activities. Positive elements in green technologies should be focused on the elements that benefit the environment. But otherwise have occurred. Human activities have resulted in a variety of greedy negative changes to the earth such as climate change, global warming and pollution. This is because man has lost Islamic values in themselves. Therefore, how green technology can contribute to Islamic civilization and portrays Islam entirely discussed in this article. The objective of this study is to analyze how green technology can contribute to Islamic civilization and can filled with features that prescribed in Islam. This study will use qualitative methods in which sources of information from journal articles, books and online database. Findings have shown that the green technology can contribute in Islamic civilization and show that green technology has been filled with the value of Islam such as environmental protection, energy saving and environmental sustainability awareness. These areas have also contributed in terms of environmental protection and restore human civilization increasingly barren due to the greed in this world. Studies of green technology can also provide a space for Muslims to explore this area in accordance with the Quran and the Sunnah and thus can contribute to environmental sustainability, which result in benefits to the present generation and the next. Abstrak Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta meminimumkan kesan negatif terhadap aktiviti manusia. Elemen positif dalam teknologi hijau harus difokuskan kepada unsur-unsur yang memberikan manfaat kepada alam sekitar. Akan tetapi sebaliknya telah berlaku. Aktiviti manusia yang rakus telah menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan negatif kepada bumi seperti perubahan iklim, pemanasan global dan pencemaran. Ini adalah disebabkan manusia telah hilang nilai-nilai Islam dalam diri. Sehubungan dengan itu, bagaimana teknologi hijau dapat memberi sumbangan dalam ketamadunan Islam dan menggambarkan Islam itu secara menyeluruh dibincangkan dalam kajian ini. Objektif kajian ini ialah menganalisis bagaimana bidang ilmu teknologi hijau dapat menyumbang dalam ketamadunan Islam dan memberi gambaran satu bidang ilmu yang penuh dengan ciri-ciri yang disyariatkan dalam Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana sumber maklumat daripada jurnal artikel, buku dan data dalam talian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa bidang teknologi hijau mampu menyumbang kepada ketamadunan Islam dan mengambarkan bahawa bidang ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri yang disyariatkan dalam Islam seperti wujud unsur-unsur penjagaan alam sekitar, penjimatan tenaga dan kesedaran melestarikan alam sekitar. Bidang ini juga telah memberi sumbangan dari segi pemeliharaan alam sekitar serta mengembalikan ketamadunan manusia yang semakin tandus akibat kerakusan dengan harta dunia. Ilmu teknologi hijau juga dapat memberi ruang kepada Muslim untuk meneroka bidang ini dengan berilmukan al-Quran dan as-Sunnah dan seterusnya dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar yang menghasilkan manfaat kepada generasi masa kini dan masa depan. Kata Kunci: Teknologi hijau; kelestarian alam; tamadun islam
Abstrak Bangunan berteknologi hijau atau dikenali sebagai bangunan hijau merujuk kepada bangunan ... more Abstrak Bangunan berteknologi hijau atau dikenali sebagai bangunan hijau merujuk kepada bangunan yang mempunyai ciri-ciri mementingkan kelestarian alam sekitar dan dilengkapi dengan peralatan yang mesra alam. Kewujudan pembiayaan konvensional yang lebih meluas telah menenggelamkan potensi pembiayaan Islam dalam pembinaan bangunan hijau ini. Objektif kajian ini adalah membincangkan peranan dan kepentingan pembiayaan Islam dalam pembinaan bangunan hijau. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan di mana sumber diperoleh melalui artikel jurnal, buku dan data rasmi dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembiayaan Islam sangat penting dalam pembinaan bangunan hijau dan berupaya menjadi medium pembiayaan utama selain daripada pembiayaan konvensional. Pengkaji mencadangkan agar pada masa hadapan boleh difokuskan kepada pemasaran dan meningkatkan kepelbagaian jenis produk pembiayaan Islam bagi bangunan hijau supaya dapat menggalakkan lebih ramai Muslim untuk menceburi bidang ini.
Abstrak Makalah ini bertujuan membincangkan hubung kait antara konsep kelestarian alam sekitar, t... more Abstrak Makalah ini bertujuan membincangkan hubung kait antara konsep kelestarian alam sekitar, tenaga hijau dan teknologi hijau dari perspektif undang-undang syariah. Pembiayaan teknologi hijau secara Islam merupakan cabaran kepada industri kewangan. Kaedah kualitatif dan pendekatan harmonisasi perundangan diguna pakai, iaitu prinsip undang-undang syariah diharmonikan dengan prinsip pembiayaan konvensional dan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan bahawa kelestarian alam sekitar dan teknologi mempunyai elemen yang saling berkaitan dan dapat direalisasikan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, mewujudkan teknologi berasaskan konsep hijau dilihat sebagai satu usaha dan sumbangan yang besar kepada alam sekitar. Pembiayaan secara Islam merupakan instrumen yang sesuai untuk mempromosikan tenaga hijau dan kelestarian persekitaran. Kata kunci: kelestarian, alam sekitar, teknologi hijau, pembiayaan teknologi hijau.
The halal food industry is one of the major and most important industries in Malaysia simply beca... more The halal food industry is one of the major and most important industries in Malaysia simply because Muslims are the majority of its population and looking for halal food is a religious doctrine that must be fulfilled. The increase in value and production volume of halal commodities is due largely to the increase in demand from especially the Muslim population and it has greatly impacted the growth and development of food industry in the country and the economy in general. This article attempts to highlight the factors affecting the demand for the halal food in the country and analyse the significant contribution of halal industry towards the growth and development of the economy; the establishment of halal parks, encouraging the development of Small and Medium Enterprises (SME), and nurturing the manufacturing of halal food. This study will also look at the contribution of halal industry in promoting Malaysia in the international market as an important major global centre for halal products. Keyword: Halal industry, demand for halal food, economic impact.
Man and the universe is the creation of Allah SWT created together and interdependent with each o... more Man and the universe is the creation of Allah SWT created together and interdependent with each other. Man as the Caliph plays essential role in ensuring the preservation of nature. Hence, green activity is seen as a medium that promotes environmental sustainability in the society. One of the methods in realisation of environmental sustainability is through technology. Technology supports the ecosystem of green energy and cycle life. Human duty to preserve the environment is consistent with the tenets of Islam. This article discusses the relationship between the concept of environmental sustainability, green energy and green technology from the perspective of Islamic law. Islamic financing of green technologies are a challenge to the financial industry due to its unique nature. The study adopted qualitative methods and legal harmonization approach in which the principles of Shariah law have been harmonized with conventional financing principles and the environment. The study has shown that environmental sustainability and technology have interrelated elements that may be comprehended in the preservation and conservation of the environment. Thus, creating a green-based technology is seen as an effort and contribution to the environment. Finally, Islamic finance is the ideal instrument to promote green energy and environmental sustainability.
ABSTRAK Amalan wakaf adalah sangat penting dalam pembangunan umat Islam keseluruhannya. Program w... more ABSTRAK Amalan wakaf adalah sangat penting dalam pembangunan umat Islam keseluruhannya. Program wakaf pendidikan menjadi salah satu usaha dalam mengembangkan lagi aktiviti wakaf di Malaysia. Wakaf pendidikan di Malaysia masih berada di tahap permulaan. Pertubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menjadi permulaan yang baik untuk pengurusan wakaf yang lebih sistematik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengurusan dan pembangunan wakaf pendidikan yang dilaksanakan oleh PWS di Selangor. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah temubual bersama pihak PWS yang memfokuskan pengurusan dan pembangunan tanah wakaf. Hasil kajian menunjukkan bahawa pihak PWS tidak melaksanakan wakaf pendidikan secara umum. Walaubagaimanapun, PWS telah membangunkan beberapa projek atas tanah wakaf untuk membangunkan pendidikan di Selangor. Kepentingan kajian ini adalah untuk memperlihatkan bahawa perlaksanaan wakaf pendidikan ini akan memberi impak positif dalam menuju ke arah objektif negara maju seperti terhasilnya modal insan yang berkualiti, pembangunan pendidikan dan pembangunan ekonomi negara. Implikasi dasar kajian ini merujuk kepada pengurusan institusi wakaf yang perlu efektif dalam menguruskan dana wakaf untuk pendidikan dengan menangani semua halangan yang berlaku seperti kekurangan tenaga kerja yang professional dan kekurangan dana pentadbiran. ABSTRACT Waqf is very important in the development of the whole Islamic Ummah. Waqfs for education is one of the efforts in developing more activities waqf in Malaysia. The waqfs for education in Malaysia is still in its initial stage. The establishment of the Selangor Waqf Corporation (PWS) has been a good start for a systematic management of waqf. The purpose of this study is to examine the management of waqf for education and development undertaken by the PWS in Selangor. This study uses method of interviews with the PWS that focuses on the management and development of waqf land. The results showed that the PWS is not implementing educational endowment in general. However, PWS has developed several projects on waqf land to developing education in the state. The importance of this study is to show that the implementation of waqf for education will have a positive impact in moving towards the objective of developed countries such as quality human capital, the development of education and economic development. Policy implications of this study refers to the management of waqf institution to be more effective in managing waqf funds for education to tackle all obstacles such as lack of professional manpower, lack of funds and the administration. Kata kunci: Wakaf pendidikan, institusi pendidikan, pembangunan modal insan.
Amalan wakaf adalah sangat penting dalam pembangunan umat Islam keseluruhannya dan merupakan amal... more Amalan wakaf adalah sangat penting dalam pembangunan umat Islam keseluruhannya dan merupakan amalan yang digalakkan dalam Islam. Oleh itu, usaha menggalakkan wakaf perlu ditingkatkan dengan mempelbagaikan program pembangunan wakaf diMalaysia. Masalah pengurusan tanah wakaf telah wujud sejak sekian lama, lalu menyebabkan tanah wakaf terbiar. Ini menunjukkan bahawa harta wakaf perlu diurus dengan lebih efektif. Penubuhan Unit Wakaf Johor (UWJ) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menjadi permulaan yang baik untuk pengurusan wakaf yang lebih sistematik. Buku ini mengkaji proses pengurusan wakaf yang dilaksanakan oleh UWJ dan PWS. Hasil kajian mendapati bahawa pihak UWJ dan PWS telah mempelbagaikan strategi dalam membangunkan harta wakaf di Johor dan Selangor. Antara strateginya adalah memperkenalkan pelbagai produk wakaf seperti produk wakaf tunai, saham wakaf dan wakaf seni kepada masyarakat. Buku ini juga menyarankan penambahbaikan pembangunan harta wakaf meliputi aspek pengurusan kewangan, pengurusan maklumat, pengurusan tenaga kerja, pengurusan pentadbiran,pengurusan pemasaran, pengurusan penyelidikan dan pengurusan pelaburan. Pengurusan wakaf yang efektif di Johor dan Selangor dilihat dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, diharapkan pihak pengurusan institusi wakaf di seluruh negara perlu lebih efektif dalam menangani cabaran dalam pengurusan wakaf seperti kekurangan tenaga kerja yang profesional, kekurangan dana pentadbiran dan masalah dokumentasi.
Buku ini adalah bacaan asas dalam menjelaskan tentang polisi dan pengurusan tenaga hijau. Antara ... more Buku ini adalah bacaan asas dalam menjelaskan tentang polisi dan pengurusan tenaga hijau. Antara Matlamat Pembangunan Lestari yang perlu dicapai oleh semua negara bangsa menjelang 2030 adalah persekitaran yang lestari dan tenaga yang berpatutan serta bersih. Tenaga hijau dan tenaga boleh baharu merupakan tenaga yang diperolehi dari sumber seperti biogas, biojisim, hidrokuasa kecil, fotovolta suria, laut, angin dan haba. Tenaga ini masih di peringkat permulaan di Malaysia dan melibatkan tiga sumber utama iaitu hidrokuasa kecil, tenaga solar dan tenaga biojisim. Walaupun tenaga ini masih di peringkat awal, polisi berkaitan tenaga ini telah wujud sejak 39 tahun yang lalu. Ini menunjukkan keseriusan Malaysia dalam memastikan kelestarian sumber tenaga. Rangka kerja perundangan tenaga hijau yang mantap memainkan peranan yang penting dalam memastikan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari 2030 tercapai. Pelbagai polisi tenaga hijau telah digubal bermula tahun 1979 hingga kini. Akta Tenaga Boleh Baharu telah digubal pada tahun 2011 memberi gambaran bahawa tenaga boleh baharu dan sistem tarif galakan adalah penting kepada Malaysia. Teknologi hijau adalah pemangkin kepada perkembangan tenaga boleh baharu dan hijau. Bermula dengan penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara dan Perubahan Iklim yang bertanggungjawab menggubal Dasar Teknologi Hijau Negara. Usaha ini diteruskan melalui penerapan teknologi hijau dalam empat sektor utama iaitu tenaga, bangunan, air serta pengurusan sisa dan pengangkutan. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara, penglibatan beberapa institusi utama telah dikenalpasti seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) yang bertanggungjawab mengawalselia pelaksanaan teknologi hijau. Akhirnya, pelbagai program, projek dan promosi telah dilaksanakan untuk memperkasakan tenaga dan teknologi hijau dalam kehidupan.

Uploads
Papers by Norizan Hassan
Books by Norizan Hassan