Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content
Jenayah pemerdagangan manusia terutama pemerdagangan seks wanita semakin meningkat di Malaysia. Pemerdagangan seks wanita merupakan jenayah terancang dan transnasional yang melibatkan pelbagai negara khususnya negara-negara di Asia... more
Jenayah pemerdagangan manusia terutama pemerdagangan seks wanita semakin meningkat di Malaysia. Pemerdagangan seks wanita merupakan jenayah terancang dan transnasional yang melibatkan pelbagai negara khususnya negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos. Malaysia memandang serius terhadap jenayah pemerdagangan seks wanita dan ingin mengekalkan kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Manusia oleh Jabatan Amerika Syarikat (TIP Report) di Tier 2 Senarai Pemerhati pada tahun 2015 dan ingin meningkatkan taraf Malaysia kepada Tier 2 iaitu taraf paling tinggi dalam TIP Report. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh kerajaan terhadap peningkatan sektor seks di Malaysia yang telah mengeksploitasi wanita tempatan dan wanita asing dan menyebabkan berlakunya peningkatan yang berleluasa dalam jumlah pemerdagangan wanita yang digunakan sebagai komoditi dalam sektor seks. Di samping itu, kerja kerja ini juga akan melihat aspek ancaman terhadap keselamatan insan yang merupakan isu utama dalam membincangkan tentang peningkatan pemerdagangan wanita dalam sektor seks di Malaysia. Akhir sekali, kertas kerja ini akan memberikan perhatian terhadap masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pemerdagangan seks wanita yakni dalam segi ekonomi, politik dan sosial. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi membanteras jenayah pemerdagangan seks wanita namun jenayah ini semakin meningkat, hal ini kerana terdapat beberapa negara yang masih memandang enteng terhadap jenayah pemerdagangan seks wanita. Oleh itu, bagi menghentikan jenayah transnasional ini pelbagai negara perlu bekerjasama terutama di kalangan ahli ASEAN. Kajian ini ingin membuka mata dan minda rakyat Malaysia supaya dapat melihat dan mengambil langkah untuk membanteras jenayah pemerdagangan seks wanita yang semakin mendapat tempat di Malaysia.
Research Interests: