Kajian berbentuk Tahqiq merupakan kajian manuskrip yang menggabungkan antara dua prinsip, iaitu S... more Kajian berbentuk Tahqiq merupakan kajian manuskrip yang menggabungkan antara dua prinsip, iaitu Sihhat al-Dabt dan Amanat al-Ada'. Sehubungan itu, seorang pentahqiq tidak hanya bertindak sebagai penyelenggara manuskrip dengan mengedit dan menambahbaikan nilai sesuatu manuskrip lama, malah turut perlu menjaga hal-hal berkenaan hak penulis asal bagi menjaga ketepatan penilaian terhadap pemikiran dan kearifannya. Kajian Tahqiq merupakan suatu penyelidikan berbentuk pensejarahan, kajian tokoh di samping bertujuan menerbitkan edisi baharu bagi manuskrip-manuskrip lama/kuno yang dianggap sebagai khazanah sesuatu bangsa.
KESIMPULAN
- Isu ini masih merupakan bentuk pengantar dan pengenalan yang sangat ringkas
- ‘Rihla... more KESIMPULAN - Isu ini masih merupakan bentuk pengantar dan pengenalan yang sangat ringkas - ‘Rihlah’ dalam kedua-dua bentuk perbahasan merupakan unsur penting dalam pengajian kesusasteraan Arab yang harus dikaji lebih meluas - Nilai perbahasan ini tidak terhad kepada skop estetika dan imaginasi sahaja bahkan turut meliputi aspek sejarah, budaya dan falsafah - Pengetahuan kesusasteraan Arab tidak bermotifkan ilmu semata-mata bahkan turut mengandungi keagamaan yang tidak belum disentuh dalam lecture yang ringkas ini
Dokumen surat menyurat Syeikh Ahmad al-Fatani (w.1908) kepada raja-raja Melayu dan puisi pujian d... more Dokumen surat menyurat Syeikh Ahmad al-Fatani (w.1908) kepada raja-raja Melayu dan puisi pujian dan pengharapan beliau kepada Sultan Terengganu khasnya, Sultan Zainal Abidin III (w.1918) adalah antara bukti terbaik yang menjelaskan hubungan akrab antara ulama dan umara dalam merialisasikan objektif khas untuk menaikkan nama bangsa Melayu di seantero dunia. Selain itu, ia juga menggambarkan kedudukan para ulama di sisi golongan pemerintah yang menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang keagamaan, malah juga di bidang politik dan ketenteraan. Unsur-unsur sejarah dan tema dalam syair Rawd al-Amani yang telah dipersembahkan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani kepada Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin dalam suatu pertemuan antara beliau dengan baginda ini pernah dibincangkan oleh Wan Mohd Shaghir dalam beberapa literatur beliau yang telah diterbitkankan. Hasilnya, hal-hal seperti susur galur raja-raja Terengganu dan tema-tema dalam syair tersebut telah didokumentasikan. Namun begitu, penulis berpendapat bahawa syair ini juga boleh dilihat dari aspek yang lain iaitu keindahan gaya bahasanya yang menggambarkan keintiman hubungan antara Syeikh Ahmad dan Sultan Terengganu tersebut. Menoleh kepada signifikan penelitian ini, penulis dalam kajian ini memilih untuk melakukan pencerapan terhadap unsur-unsur keindahan dari aspek ilmu Balaghah (retorika) khasnya berkaitan teori ‘Ilm al-Majaz al-Mufrad terutamanya dua tajuk utama ilmu ini iaitu al-Majaz al-Mursal dan al-Isti‘arat. Bagi mewujudkan keharmonian antara teori dan aplikasi, penulis telah memilih untuk mengaplikasikan teori ‘Ilm al-Majaz al-Mufrad Syeikh Ahmad al-Fatani sendiri yang telah direkodkan dalam manuskrip karya beliau berkaitan ilm al-Bayan yang tersimpan di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur berkod IAMM 1998.1.216.
Ilmu bayan merupakan salah satu cabang bidang sublinguistik yang membahaskan bagaimana ciri-ciri ... more Ilmu bayan merupakan salah satu cabang bidang sublinguistik yang membahaskan bagaimana ciri-ciri retorik terjadi dalam bahasa Arab. Ilmu ini sangat penting dalam usaha mendalami teks-teks sastera Arab dan agama Islam, khususnya al-Qur’an al-Karim, tetapi tidak ramai ulama Melayu yang menulis dalam bidang ini, mahupun bidang balaghah umumnya mencakupi ilmu ma’ani dan badi’. Manuskrip 1998.1.216 (juga disebut mss 216) merupakan karya ulama Melayu yang satu-satunya masih tinggal dalam bentuk manuskrip bidang ini setakat diketahui. Karya-karya lain semuanya dikumpulkan dalam bentuk bercetak. Manuskrip ini dikaji pada tahun 2016, 2017 dan 2020 dalam metode komparatif dan analisis kandungan, sementara artikel ini memfokuskan suntingan diplomatik yang menekankan aspek autentisiti teks. Di akhir kajian operatif, sebuah edisi diplomatik telah dihasilkan. Turut didapati mss 216 yang dianggap terhasil dari tangan Ahmad al-Fatani, iaitu pengarangnya sendiri, tetap tidak terlepas daripada kesalahan bahasa dan tulisan. Walaupun ia ditulis sepenuhnya dalam bahasa Arab, ia juga menampilkan ciri-ciri kemelayuan melalui sisipan perkataan Melayu seperti juga beberapa manuskrip jenis ini yang lain.

Hasil tulisan Ahmad al-Fatani, pada penghujung abad ke-19, sehingga kini tidak pernah lekang dari... more Hasil tulisan Ahmad al-Fatani, pada penghujung abad ke-19, sehingga kini tidak pernah lekang dari menyajikan pelbagai gagasan teori yang secara signifikan menunjukkan kemajuan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang Islam. Melalui beliau, perbahasan al-majaz al-mufrad berkembang pesat, seperti dapat dilihat menerusi karya kecilnya yang berjudul Nazm ‘Alaqat al-Majaz. Manuskrip nadir yang diyakini merupakan hasil tangan asli beliau ini masih tersimpan dalam koleksi Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kod pengenalan IAMM 1998.1.216. Keunikan catatan ini mendorong agar dijalankan sebuah kajian tahqiq, di samping penelitian isi kandungannya yang menyimpan pendapat ganjil ulama al-bayan menerusi 25 ‘alaqat al-majaz al-mursal. Kajian mengaplikasikan teori Tahqiq al-Munajjid (1987) dengan pengubahsuaian berdasarkan kaedah Filologi Barat. Metode penyelenggaraan Naskhah Tunggal edisi standar penting bagi menyesuaikan teori al-Munajjid dengan dengan kondisi sebenar teks Nazm. Hasilnya, polemik ...
UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies (EISSN: 2289-8204), 2016
The book of Risalat al-Isticarat which written by Sheikh Ahmad al-Fatani is among the earliest wo... more The book of Risalat al-Isticarat which written by Sheikh Ahmad al-Fatani is among the earliest works of Malay scholars in the field of Balaghah. As a work of the earliest, it should be preserved and maintained its authenticity so the secrets it contains are not lost by modernization. According to Wan Mohd Shaghir, this book is among the works of Sheikh Ahmad al-Fatani that used to be famous and frequently used in Arabic language studies. Therefore, the absence of this book in market and libraries must be avoided by editing manuscript of the book which placed in local manuscript repositories. Consequently, an edited edition of Risalat al-Isti c arat should be published thus can be beneficial to students and researchers to read, review and conduct further research.
Isu sintaksis moden mempunyai beberapa perspektif menarik untuk dikaji menurut kaedah nahw tradis... more Isu sintaksis moden mempunyai beberapa perspektif menarik untuk dikaji menurut kaedah nahw tradisional. Kekaburan struktur yang juga dikenali dalam bahasa Arab sebagai الغموض النحوي (structural ambiguity) sebenarnya turut terjadi kepada i’rab. Hal ini secara tidak langsung memberi input pandangan yang tepat terhadap fenomena i’rab yang sudah menjadi polemik sejak pertengahan abad ke-20. Berdasarkan teori Khulasah Tammam Hassan, kajian ini cuba memahami kekaburan struktur yang terjadi kepada i’rab di samping unsur-unsur bahasa yang lain untuk melihat bagaimana i’rab berfungsi memberi pencerahan makna kepada ayat bahasa Arab. Pengumpulan data dan analisis sumber kajian dibuat berdasarkan korpus yang berwibawa. Hasil penelitian subjek telah mengkategorikan korpus bahasa kepada tiga kategori iaitu: 1) gaya yang tidak memerlukan i’rab kerana struktur yang jelas, 2) gaya yang memerlukan i’rab kerana struktur yang kurang jelas, 3) gaya yang tetap kabur meskipun dengan unsur i’rab. Keputusa...
International Journal of Islamic and Civilizational Studies (UMRAN), 2016
The book Risalat al-Isti c arat which written by Sheikh Ahmad al-Fatani is among the earliest wor... more The book Risalat al-Isti c arat which written by Sheikh Ahmad al-Fatani is among the earliest works of Malay scholars in the field of Balaghah. As a work of the earliest, it should be preserved and maintained its authenticity so the secrets it contains are not lost by modernization. According to Wan Mohd Shaghir, this book is among the works of Sheikh Ahmad al-Fatani that used to be famous and frequently used in Arabic language studies. Therefore, the absence of this book in market and libraries must be avoided by editing manuscript of the book which placed in local manuscript repositories. Consequently, an edited edition of Risalat al-Isti c arat should be published thus can be beneficial to students and researchers to read, review and conduct further research.
Abad ke 15 merupakan zaman bangsa Melayu mula mempelajari ilmu-ilmu rasional, termasuk Nahw. Teta... more Abad ke 15 merupakan zaman bangsa Melayu mula mempelajari ilmu-ilmu rasional, termasuk Nahw. Tetapi era kepengarangan Melayu dalam bidang Nahw tidak berlaku melainkan selepas pertengahan abad ke 19. Tidak lama selepas itu di pinggir abad ke 19, ramai pelajar Melayu khususnya yang mendapat pendidikan bahasa Arab dari Ahmad al-Fatani telah pulang ke tanah air dan membawa bersama pengaruh beliau. Hal ini dibuktikan melalui karya Damm serta al-Madkhal yang dicetak Ahmad al-Fatani, tersebar di banyak tempat di kepulauan Melayu. Kegiatan keilmuan bahasa Arab di Nusantara ketika itu semakin rancak menyebabkan telah muncul dua ciri penulisan, iaitu: (1) Menggunakan bahasa bahasa ibunda, dan (2) memanfaatkan rajah dan peta minda bagi membantu kefahaman. Sebagai petunjuk kepada ciri pertama, kajian telah melaksanakan operasi tahqiq terhadap tiga naskhah manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia, MSS 2875, 2889, 3790. Hasilnya, sebuah teks yang diberi judul karya Sarf 2875 diterbitkan. Subjek perbincangan karya tersebut juga ada disertakan sebagai lampiran dan data karya ulama Melayu dalam bidang bahasa Arab yang diusahakan sejak 2015 turut dikepilkan bersama untuk manfaat pengkaji-pengkaji baru lapangan ini.
Puisi Arab-Melayu yang dilakukan penelitian berbentuk kritikan teks oleh pengkaji ini merupakan s... more Puisi Arab-Melayu yang dilakukan penelitian berbentuk kritikan teks oleh pengkaji ini merupakan salah satu karya Melayu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi di samping menyimpan nilai sejarah yang penting. Artikel ini bertujuan menonjolkan aspek pelaksanaan teori Retorika Arab, iaitu kaedah al-Majaz al-Mufrad, terhadap karya Rawd al-Amani yang ditulis oleh Ahmad al-Fatani. Di satu pihak, ia merupakan sebuah karya yang mempunyai elemen irama (bahr dan qafiyah) sementara di satu pihak yang lain ia mengandungi maklumat sejarah serta rumus-rumus kesusasteraan Arab yang mendalam perbahasannya. Justeru kajian ini dikhususkan bagi menghuraikan rumus-rumus yang kompleks dan jargon tersebut, di samping turut menyentuh serba ringkas beberapa aspek yang dinyatakan tadi, kerana penelitian mendalam mengenainya masih dilakukan oleh pengkaji menerusi beberapa manuskrip yang lain. Oleh itu artikel ini hanyalah satu sudut yang kecil dari rentang bidang penyelidikan yang lebih luas dan penting. Meskipun puisi ini dihasilkan oleh orang Melayu, namun sisi keindahan dan kelunakan bahasa jelas kelihatan seandainya diteliti menerusi kaedah yang sesuai. Karya ini walaupun dilihat lebih cenderung untuk dibahaskan di dalam tradisi kesusasteraan Arab, akan tetapi perbincangan ini cuba menghubungkan kemunculannya, secara tidak langsung, dengan sejarah perkembangan persuratan Melayu di Alam Melayu itu sendiri, yang rancak pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Sehubungan itu Ahmad al-Fatani sudah terbukti terlibat dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebaris dengan tokoh-tokoh Melayu yang lain seperti Raja Ali Haji di Riau, Abdullah Munsyi di Melaka dan Baba Ounus Saldin di Sri Lanka. Istimewanya adalah Ahmad al-Fatani turut berusaha melibatkan pihak istana yang dianggap jauh lebih berautoriti dalam permasalahan ini selain turut berusaha sendiri melalui pengkaryaan dan percetakan.
Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies, 2019
Ilmu bahasa Arab, khususnya Nahw, dianggap sangat penting oleh orang Melayu, sehingga pada abad k... more Ilmu bahasa Arab, khususnya Nahw, dianggap sangat penting oleh orang Melayu, sehingga pada abad ke 19 sudah ada sebilangan ulama Melayu yang menguasai ilmu Nahw dan menghasilkan karya-karya terkenal. Tetapi sehingga hari ini latar belakang penyebaran dan pengajian ilmu Nahw di Alam Melayu masih sangat kabur. Antara punca kegagalan penyelidik mengkaji aspek penting ini adalah kerana kekurangan sumber dan ketidakjelasan metode yang boleh digunakan. Justeru, kajian ini telah berusaha ke arah meneliti sebahagian sejarah ilmu Nahw di Alam Melayu, terutamanya berkaitan karya al-c Awamil al-Mi'ah yang banyak tersebar manuskripnya di seluruh Nusantara. Penelitian mengkhususkan aspek penyebaran karya al-c Awamil di Timur Tengah dan dari itu menduga bilakah ia tiba di Alam Melayu. Bagi mencapai hasrat ini, pengkaji telah membina data Shurrah sebagai salah satu cara yang logik untuk mengesan penyebaran karya atau ideologi. Ia merupakan suatu metode yang dikembangkan dari amalan-amalan pengkaji dan filologi Arab semenjak kira-kira setengah abad yang lalu. Menerusi data Shurrah dan kajian Pensejarahan, pengkaji mendapati bahawa karya al-c Awamil al-Mi'ah telah tersebar di tiga wilayah utama di dunia, iaitu: Wilayah Timur (Zon 1) yang mencangkupi Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya seperti Afghanistan, Pakistan dan Azerbaijan. Wilayah Barat (Zon 2) yang merupakan keseluruhan negara Turki termasuk Greece dan Bosnia Herzegovina. Wilayah Selatan (Zon 3) iaitu Syria, Mesir, Arab Saudi dan Yaman. Berdasarkan trend penyebaran ini serta lonjakan penggunaan karya al-c Awamil di Arab Saudi bermula abad ke 11H/17M, diduga bahawa karya al-c Awamil mendapat permintaan tinggi dari pelajar-pelajar Melayu yang baru tiba ke tanah Arab pada waktu tesebut. Ini bermakna pengaruh karya al-c Awamil dibawa pulang oleh para pelajar ini untuk menjadi salah satu sukatan pengajian ilmu Nahw di Alam Melayu bermula abad ke 11H/17M.
Alam Melayu seperti tamadun lama lain di serata dunia menyimpan khazanah manuskrip yang sangat be... more Alam Melayu seperti tamadun lama lain di serata dunia menyimpan khazanah manuskrip yang sangat bernilai dan wajar dikaji menggunakan metodologinya yang tersendiri. Tetapi kedatangan Belanda ke Nusantara pada tahun 1596 dan beberapa kuasa kolonial lain selepasnya telah mempopularkan sudut pandang Barat dan pendekatan mereka dalam kajian filologi Melayu. Hal ini kemudiannya telah mendorong penerusan dan kajian lanjutan oleh orang Melayu dan masyarakat tempatan dengan menggunakan metodologi yang diperkenalkan mereka. Namun Manuskrip Melayu dalam beberapa aspek tertentu tidak bercirikan manuskrip-manuskri lain di belahan dunia yang lain. Tidak seperti Manuskrip Latin atau Arab, Manuskrip Melayu merupakan dokumen bertulis yang jauh lebih ‘muda’ sehingga sebilangannya telah dihasilkan setelah mesin cetak diperkenalkan. Begitu juga ia dalam beberapa keadaan tidak hanya menggunakan bahasa rumpun Melayu, malah menggunakan bahasa asing seperti bahasa Arab bagi menyampaikan masejnya. Sehubunga...
Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies (APOJAS), 2019

KURIKULUM BAHASA ARAB DI ASIA TENGGARA BERDASARKAN TINJAUAN TERHADAP MANUSKRIP UTAMA NAHW ALAM MELAYU KOLEKSI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, 2019
Pengajian ilmu Nahw dan Sarf telah bermula di Alam Melayu sejak kira-kira 6 abad yang lalu. Sepan... more Pengajian ilmu Nahw dan Sarf telah bermula di Alam Melayu sejak kira-kira 6 abad yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut, kurikulum pendidikan Nahw dan Sarf telah mengalami perkembangannya yang tersendiri, namun tiada cara lain untuk memahaminya melainkan melalui penelitian terhadap manuskrip berskrip Arab yang tersimpan di repositori-repositori Alam Melayu. Berdasarkan 44 naskhah manuskrip koleksi PNM yang berjaya diteliti, pengkaji telah berhasil merekonstruksi semula sejarah kurikulum ilmu Nahw dan Sarf yang digunakan orang Melayu sejak abad ke 15 masihi. Istimewa ilmu bahasa Arab kerana ia merupakan disiplin pertama yang dipelajari selepas para pelajar mampu membaca al-Qur’an. Kurikulum ilmu Nahw bermula dengan para pelajar diwajibkan mempelajari dan menghafal ungkapan-ungkapan yang mengandungi rumusan tasrif dan ishtiqaq sebelum berpindah kepada pengajian ilmu Nahw. Meskipun tradisi menggunakan al-Ajurrumiyyah bertahan agak lama, tetapi ia tidak membuahkan hasil yang lumayan. Pada abad ke 17, karya al-cAwamil al-Mi’ah mula mendapat tempat dalam keadaan tidak mengganggu pengaruh al-Ajurrumiyyah sebagai matan dasar yang penting dalam bidang Nahw. Matan al-cAwamil dijadikan teks pengantar bagi mengukuhkan asas bahasa Arab sebelum pelajar benar-benar berkeahlian mempelajari al-Ajurrumiyyah. Pada abad ke 18 pula, orang Melayu telah menguasai karya tingkat sederhana ilmu Sarf seperti Tasrif al-cIzzi dan Mirah al-Arwah menyebabkan mereka mampu mengarang karya-karya dasar dalam bidang itu. Justeru muncullah karya-karya yang mendominasi kurikulum dasar ilmu Sarf di Asia Tenggara seperti Risalat Damm dan Matn al-Madkhal pada abad ke 19 dan 20. Melalui penyelidikan ini, sudah terbukti manuskrip Nahw berskrip Arab dalam koleksi PNM sangat berharga terutamanya dalam memberi kita informasi mengenai tradisi pengajian ilmu itu di Nusantara.
Manuskrip merupakan satu bentuk tinggalan sejarah yang sangat berharga bagi setiap bangsa. Nilai ... more Manuskrip merupakan satu bentuk tinggalan sejarah yang sangat berharga bagi setiap bangsa. Nilai estetik yang tersimpan di sebalik khazanah agung ini perlu ditimbangtara sebaiknya agar kita tidak menghadapi kerugian suatu masa nanti. Sejarah telah mengajar kita erti kepahitan apabila bangsa Melayu terpaksa membelanjakan kos yang sangat tinggi di samping memerlukan usaha ramai pihak demi untuk mengembalikan manuskrip-manuskrip Melayu yang telah dibawa pulang oleh Belanda sewaktu menjarah tanah air kita pada tahun 1596. Hari ini, banyak manuskrip Melayu tersimpan di repositori-repositori asing seperti di Netherland, German, Perancis, Britain dan lain-lain. Pelbagai usaha telah diambil kerajaan untuk membawa pulang asset berharga ini namun menemui jalan mati apabila kos yang terpaksa dibelanjakan adalah sangat tinggi dan diluar jangkaan kerajaan Malaysia. Kegagalan menjaga dan melestarikan khazanah leluhur bangsa Melayu ini pastinya akan menjadi isu hangat dalam usaha menetapkan status Malaysia sebagai sebuah negara maju tidak lama lagi. MANUSKRIP MELAYU DAN ISU-ISU KONTEMPORARI Sehingga hari ini, para ilmuan negara masih tidak sepakat mengenai definisi Manuskrip Melayu. Definisi-definisi yang diketengahkan kebanyakannya diserap dari definisi yang diajukan oleh para orientalis lampau seperti John Leyden (m. 1811), Stamford Raffles (m. 1826), William Marsden (m. 1836) dan Hans Overbeck (m. 1942). Walaupun mereka banyak menyumbang kepada bidang kajian Filologi Melayu, namun kajian mereka masih terlalu awal semasa perkembangan intelektual Melayu di Kota Mekah terutamanya masih pesat. Sehubungan itu dapat kita lihat nama-nama agung seumpama Syeikh Muhammad Nawawi Banten dan Syeikh Ahmad al-Fatani tidak mendapat perhatian mereka. Sehubungan itu dalam menjadikan bidang Filologi Melayu lebih bersifat inklusif mencangkupi perkembangannya di akhir abad ke-19, adalah wajar para sarjana melihat kembali isu ini dengan mengambil kira manuskrip-manuskrip terkemudian sejarah Ketamadunan Melayu, terutama sekali yang dihasilkan di Kota Mekah. Ini kerana ramai ulama Melayu yang merupakan teras kebangkitan rakyat menentang kolonialisme terpaksa berpindah ke Kota Mekah apabila tanah air mereka dijajah pada akhir abad ke-17. Hal ini menjadikan aktiviti keilmuan mereka lebih bersifat sejagat di kota suci tempat bertembungnya pelbagai budaya Islam di dunia. Justeru itu, lahirlah sebilangan manuskrip Melayu yang 1 Amer Hudhaifah bin Hamzah (MPhil Bahasa Arab dan Tamadun Islam UKM), kini merupakan pelajar PHD di bawah tajaan SLAB di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di
The book Risalat al-Isti'arat which written by Sheikh Ahmad al-Fatani is among the earliest works... more The book Risalat al-Isti'arat which written by Sheikh Ahmad al-Fatani is among the earliest works of Malay scholars in the field of Balaghah. As a work of the earliest, it should be preserved and maintained its authenticity so the secrets it contains are not lost by modernization. According to Wan Mohd Shaghir, this book is among the works of Sheikh Ahmad al-Fatani that used to be famous and frequently used in Arabic language studies. Therefore, the absence of this book in market and libraries must be avoided by editing manuscript of the book which placed in local manuscript repositories. Consequently, an edited edition of Risalat al-Isti'arat should be published thus can be beneficial to students and researchers to read, review and conduct further research.
Alam Melayu seperti tamadun lama lain di serata dunia menyimpan khazanah manuskrip yang sangat be... more Alam Melayu seperti tamadun lama lain di serata dunia menyimpan khazanah manuskrip yang sangat bernilai dan wajar dikaji menggunakan metodologinya yang tersendiri. Tetapi kedatangan Belanda ke Nusantara pada tahun 1596 dan beberapa kuasa kolonial lain selepasnya telah mempopularkan sudut pandang Barat dan pendekatan mereka dalam kajian filologi Melayu. Hal ini kemudiannya telah mendorong penerusan dan kajian lanjutan oleh orang Melayu dan masyarakat tempatan dengan menggunakan metodologi yang diperkenalkan mereka. Namun Manuskrip Melayu dalam beberapa aspek tertentu tidak bercirikan manuskrip-manuskri lain di belahan dunia yang lain. Tidak seperti Manuskrip Latin atau Arab, Manuskrip Melayu merupakan dokumen bertulis yang jauh lebih 'muda' sehingga sebilangannya telah dihasilkan setelah mesin cetak diperkenalkan. Begitu juga ia dalam beberapa keadaan tidak hanya menggunakan bahasa rumpun Melayu, malah menggunakan bahasa asing seperti bahasa Arab bagi menyampaikan masejnya. Sehubungan itu, pengkaji melihat bahawa sesetengah naskhah cetakan (manuskrip yang telah dicetak) adalah sama nilainya dengan manuskrip asli menyebabkan ia wajar diberi perhatian dalam aspek pemulihara dan pemeliharaan. Begitu juga manuskrip berskrip Arab yang ditulis oleh orang Melayu seharusnya dikumpul, dikatalog dan dikaji agar khazanah bangsa Melayu ini tidak terus hilang ditelan arus kemodenan.
Bangsa Melayu pada awalnya dikenali sebagai bangsa yang tidak mementingkan ilmu. Tetapi
setelah k... more Bangsa Melayu pada awalnya dikenali sebagai bangsa yang tidak mementingkan ilmu. Tetapi setelah kedatangan Islam, orang Melayu mula merintis jalan ilmu pengetahuan sehingga muncul dari kalangan mereka golongan ilmuan yang banyak menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin ilmu termasuklah ilmu bahasa Arab. Walau bagaimanapun sehingga abad ke19 masihi, pengaruh tulisan ulama Arab terhadap intelektualiti ulama Melayu masih jelas kelihatan terutama dalam hasil-hasil karya mereka. Kajian ini bertujuan mendapatkan bukti bagi menyokong kenyataan tersebut. Ia memfokuskan isi kandungan dan metodologi penulisan Risalat Damm yang merupakan karya Syeikh Ahmad al-Fatani sebagai contoh kepada hasil karya ulama Melayu yang dipengaruhi tulisan ulama Arab. Pengaruh ini dapat dilihat apabila isi kandungan Risalat Damm dibandingkan dengan sebuah karya ulama Arab berjudul Amthilah Jadidah fi al- Tasrif yang dihasilkan sebelum atau di awal abad ke17. Melalui kajian ini, didapati bahawa Risalat Damm mengandungi dua bahagian iaitu: Bahagian Istilah, dan Bahagian Tasrif. Dari kedua-dua bahagian ini, kajian mendapati bahawa metodologi yang digunakan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani adalah Taswir dan cAdd yang telah digunakan oleh penulis karya Amthilah Jadidah fi al-Tasrif. Dengan ketersebaran karya ini termasuk di dunia Melayu, dapat dibuktikan bahawa Syeikh Ahmad telah terkesan dengan metodologi penulis sekaligus membuktikan pengaruh ulama Arab yang signifikan dalam mencorak pemikiran ilmuan Melayu selama beberapa abad hingga akhir abad ke19.
Uploads
- Isu ini masih merupakan bentuk pengantar dan pengenalan yang sangat ringkas
- ‘Rihlah’ dalam kedua-dua bentuk perbahasan merupakan unsur penting dalam pengajian kesusasteraan Arab yang harus dikaji lebih meluas
- Nilai perbahasan ini tidak terhad kepada skop estetika dan imaginasi sahaja bahkan turut meliputi aspek sejarah, budaya dan falsafah
- Pengetahuan kesusasteraan Arab tidak bermotifkan ilmu semata-mata bahkan turut mengandungi keagamaan yang tidak belum disentuh dalam lecture yang ringkas ini

setelah kedatangan Islam, orang Melayu mula merintis jalan ilmu pengetahuan sehingga muncul dari
kalangan mereka golongan ilmuan yang banyak menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin ilmu
termasuklah ilmu bahasa Arab. Walau bagaimanapun sehingga abad ke19 masihi, pengaruh tulisan ulama
Arab terhadap intelektualiti ulama Melayu masih jelas kelihatan terutama dalam hasil-hasil karya mereka.
Kajian ini bertujuan mendapatkan bukti bagi menyokong kenyataan tersebut. Ia memfokuskan isi kandungan
dan metodologi penulisan Risalat Damm yang merupakan karya Syeikh Ahmad al-Fatani sebagai contoh
kepada hasil karya ulama Melayu yang dipengaruhi tulisan ulama Arab. Pengaruh ini dapat dilihat apabila isi
kandungan Risalat Damm dibandingkan dengan sebuah karya ulama Arab berjudul Amthilah Jadidah fi al-
Tasrif yang dihasilkan sebelum atau di awal abad ke17. Melalui kajian ini, didapati bahawa Risalat Damm
mengandungi dua bahagian iaitu: Bahagian Istilah, dan Bahagian Tasrif. Dari kedua-dua bahagian ini, kajian
mendapati bahawa metodologi yang digunakan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani adalah Taswir dan cAdd yang
telah digunakan oleh penulis karya Amthilah Jadidah fi al-Tasrif. Dengan ketersebaran karya ini termasuk di
dunia Melayu, dapat dibuktikan bahawa Syeikh Ahmad telah terkesan dengan metodologi penulis sekaligus
membuktikan pengaruh ulama Arab yang signifikan dalam mencorak pemikiran ilmuan Melayu selama
beberapa abad hingga akhir abad ke19.