Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
PANDUAN ASAS MELESTARI KARYA AGUNG oleh PROF. DR. MOHD AFFWAN ALMUTTAQIE PERMULAAN & PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS (PRA-PENULISAN) Peralatan yang elok dan cukup Ruang yang selesa dan menyenangkan Sediakan material dengan lengkap Ayat @perkataan pilihan yang jelas dan betul SEWAKTU MENULIS KARYA (PART/FASA 1) –LAKARAN- Membuat lakaran dengan pensil (try and error) Pastikan lakaran yang dibuat menepati saiz mata qalam yang ingin digunakan dalam membuat karya. Tekap dengan tracing paper pada lakaran tersebut menggunakan qalam yang sebenar, sekiranya tiada tracing paper ketika itu maka buat terus atas lakaran. Cuba dan cuba lagi jika sekiranya tidak memuaskan. Dalam membuat karya, pengkarya haruslam menitik beratkan beberapa aspek yang penting dalam membuat karya menjadi karya agung. Aspek-aspek itu adalah tarkib dan skala dan keseimbangan. Setelah puas hati pada lakaran, maka mulakan fasa kedua iaitu menulis dengan “killing-intend” SEWAKTU MENULIS KARYA (PART/FASA 2) –“KILLING-INTENT”- Sewaktu fasa kedua, pengkarya mestilah menulis diatas material yang sebenar (yang telah disediakan diawal tadi, contohnya kertas, kain kanvas, pure cooper dll) menggunakan skala yang sebenar. Sewaktu membuat “killing-intent”, kemudahan membuat karya digalakkan untuk digunakan, contohnya, lightbox, printer, dan lain-lain. Dalam membuat karya, pengkarya haruslam menitik beratkan beberapa aspek yang penting dalam membuat karya menjadi karya agung. Aspek itu adalah nilaian seni. SKALA Skala adalah sukatan atau ukuran atau saiz kepada panjangnya goresan pada setiap huruf didalam penulisan seni khat. Setiap huruf mempunyai skalanya yang tersendiri berpandukan pada dimensi atau penjuru yang spesifik bagi setiap huruf. Skala dikira atau diukur menggunakan unit titik atau noktah sebesar saiz mata pen yang digunakan untuk menulis huruf itu sendiri. Walaubagaimanapun dimensi pengiraan skala pada setiap huruf adalah berbeza-beza. Sebagai contoh huruf alif thuluth berskala 7 titik dikkiira dari atas ke bawah manaka huruf ba thuluth dikira dari kanan ke kiri sebanyak 6 titik didalam perut ba itu. Skala adalah kaedah khat yang khas yang wajib dipatuthi untuk membuat sesebuah karya hatta pada penulisan biasa sekalipun. TARKIB Tarkib atau dalam bahasa melayu dipanggil composition (susunan) adalah salah satu aspek yang penting dalam membuat karya khususnya dalam fasa lakaran. Seperti namanya, tarkib berfungsi untuk menyusun huruf-huruf atau perkataan-perkataan didalam sesebuah karya samada dalam bentuk eliptikal ataupun lurus. Tarkib mestilah kelihatan cantik khususnya dalam penulisan khat thuluth jail dan diwani jail. Khat lain lebih bersifat biasa (adiah) dan tidak terlalu berhajat pada sususnan yang jelas (jali) Tarkib yang cantik adalah tarkib yang mengutamakan kebolehbacaan kepada orang yang membacanya. Jika ada Lafz Jalalah, maka utamakanlah lafz itu berada dibahagian atas karya seboleh mungkin. Namun bukanlah compulsory. Tarkib yang cantik juga adalah tarkib yang mengutamakan aspek keseimbangan pada karya. KESEIMBANGAN Keseimbangan pada penulisan khat atau membuat karya adalah penting, hal ini akan menzahirkan kewarasan dan kematangan serta kreativiti pengkarya khat itu sendiri. Didialam penulisan khat thuluth jail atau diwani jail, pastikan keduduakan huruf atau perkataan tidak terlalu rapat dan tidak terlalu renggang antara satu sama lain. Jangan meninggalkan ruangan kosong atau ruangan tertentu yang tidak diisi dengan huruf secara kerap (walaupun boleh diisi dengan baris dan bunga) Kerapatan huruf haruslah sekata dan jangan terlalu rapat dan kerap bertindih. Cuba menggunakan variasi huruf-huruf yang ada dan jangan mudah-mudah menggunakan kaedah sambungan yang darurat. ASPEK NILAI SENI Pengulanggan huruf yang sekata dan seimbang. kedudukan huruf major yang seimbang dan strategic. ketepatan dan kesamaan bentuk-bentuk huruf yang dipilih. strok pada huruf sekata dan jelas. – tidak bergigi pada luaran atau kulit huruf. mengikut kaedah dan skala. bentuk yang menarik. keseragaman dakwat. Dan variasi dakwat. ASPEK-ASPEK TAMBAHAN. –TAHSINIY- Tezhib atau bungaan corak-corak tepi Perletakan tauqie’ dan tahun Penggunaan ruang yang bijak JANGAN BUAT KHATSEY SELAMAT BERKARYA!