Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
Syarikat Delicious Bakery telah ditubuhkan pada 25 March 2014. Syarikat ini telah dibangunkan oleh 2 rakan kongsi yang gemar akan makanan pastri iaitu Encik Aminuddin dan isterinya Puan Amirah. Mereka telah menggunakan wang sebanyak RM10,000.00 sebagai permulaan perniagaan. Tujuan perniagaan ini dibina adalah kerana mereka ingin mewujudkan kedai bakeri yang menjual makanan pastri yang halal kerana kebanyakan bakeri adalah pemilik berbangsa Cina. Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan setelah setahun menjalankan operasi iaitu di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Melaka. Syarikat ini telah disambut baik oleh masyarakat sekeliling kerana keenakan dan kualiti produk yang dijual oleh syarikat ini sangat berpatutan. Definisi Latihan Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk pada segala usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat dicapai. Kebolehan pekerja dapat dipertingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau menambah kemahiran dan pengetahuan mereka. Menurut Cascio (1989), latihan terdiri dari program terancang yang direka bentuk untuk menambahbaikan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan/atau organisasi. prestasi yang bertambah baik, sebaliknya, menyiratkan bahawa telah terdapat perubahan yang dapat diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan/atau kelakuan sosial. Sementara itu, menurut Truelove (1995), latihan adalah usaha/ikhtiar untuk menambahkan pengetahuan , kemahiran dan tingkahlaku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja. Motifnya adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dengan cara yang khusus. Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) berpendapat bahawa latihan adalah merujuk kepada aktiviti dan pengalaman yang direka bentuk untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan , dan kelakuan atas arahan organisasi. Latihan selalunya berkait rapat dengan tugas-tugas yang khusus atau yang berkaitan dengan kerja dan ia direkabentuk untuk mengajar kemahiran yang baru atau mempertingkatkan kemahiran yang ada. Latihan juga termasuk dalam penyediaan pekerja untuk melakukan tugas baru.
Theoretical Roman Archaeology Journal, 1993
Auditing 1 Arens Bab VIII: Perencanaan Audit dan Prosedur Analitis
Traducción de «Confini labili: la guerra civile tra individuo e società», en Gabrielle Ranzato, ed.., Guerre fratricide. La guerre civile in etá contemporanea, Bollati Boringhieri, Turín, 129-159, 1994
O processo nos Juizados Especiais Cíveis Estaduais, Federais e da Fazenda Pública, 5ª edição, 2024
International Journal of Advances in Computer Science and Technology, 2024
Psiquiatría y Salud Mental, 2023
Studia Politologiczne, 2021
Dissertationes Archaeologicae, 2023
Canadian Journal of Sociology, 2018
Buletin Penelitian Tanaman Serealia, 2020
Envigogika, 2015
Radioengineering, 2023
Temps d'educació : revista de la Divisió de Ciències de l'Educació, 2012