Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
BAB 2 KONSEP WAKAF 2.1 Pengenalan Wakaf merupakan sistem yang telah lama wujud dalam kehidupan manusia sebelum Islam datang, walaupun tidak dinamakan dengan wakaf. Pembinaan dan pembiayaan tempat-tempat peribatan dilakukan sesuai dengan konsep wakaf. Sepertimana halnya dengan jual beli, ijarah, nikah dan aqad-aqad lainnya telah pun wujud sebelum Islam.1 Sistem wakaf pun telah dikenal dalam peradaban Roman, Babilon, dan Fir’aun.2 Ketika Islam datang, banyak konsep serupa wakaf telah wujud, lalu Islam melatakkan sistem kepada wakaf. Sistem wakaf dalam Islam bukanlah sistem yang diadopsi daripada sistem yang telah wujud sebelumnya, namun ia merupakan sistem murni daripada alQuran dan al-Sunnah.3 Dan ianya tidak terbatas kepada tempat-tempat peribadatan sahaja, tapi ia mencakup bidang sosial, ekonomi dan ketenteraan.4 Islam merupakan agama yang syumul, ia mentadbir hubungan setiap insan dengan Rabbnya, hubungan insan dengan keluarga dan masyarakatnya, hubungan h akim dan mahkum, hubungan fuqara’ dengan aghniya’ , hubungan negara Islam dengan negara lain dalam keadaan aman mahupun perang. Oleh kerana itu, fiqh Islam mengandungi semua aspek kehidupan manusia mulai daripada ibadat, mu’amalat, munakahat, mawarith, hudud, qisas, jihad, mu’ahadat, halal dan haram. Islam mengatur kehidupan individu mulai daripada adab qada’ hajat sampai kehidupan ummah dalam membangun khilāfah dan imāmah. 1 Abu Zuhrah, Muhammad, Muhadarat fi al-Waqf, (Kaherah: Ahmad ‘Ali Mukhaimir, 1959), 7. Muhammad Kamal al-Di n, Imam, al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Fiqh al-Islami , (Beirut: al-Muassasah alJami’iyyah li al-Dirasat wa al-Nashr wa al-Tawzi ’, 1996), 144 3 Sulaim Hani Mansur, al-Waqf wa Dauruhu fi al-Mujtama’ al-Islami al-Mu’asir, (Beirut: Muasssah alRisalah, 2004), 17. 4 Muhammad Kamal al-Di n, Imam, al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Fiqh al-Islami , 153-154. 34 2 Ekonomi adalah salah satu aspek penting dalam Islam yang merupakan lapangan pengembangan rezeki manusia. Aspek ekonomi meliputi banyak perkara seperti infaq, zakat, pusaka, wakaf dan lain-lain. Wakaf merupakan institusi ekonomi umat Islam yang tidak kurang pentingnya. Ianya perlu dikembangkan dengan cara yang terbaik dan waspada demi memaksimalkan manfaatnya kepada umat Islam khususnya dan manusia seluruhnya.5 Diantara amalan terpuji lagi mulia anjuran Islam terhadap pemilik harta adalah untuk menginfakkan harta tersebut untuk kebaikan, iaitu infaq di jalan Allah. Berinfak yang wajib adalah zakat. Salah satu kaedah berinfaq sunnat pula adalah sadaqah jariah. Amalan bersedekah jariah ini amat digalakkan kerana manfaatnya (dan pahalanya) adalah berpanjangan kerana harta dan nilai prinsipal yang disedekahkan itu akan kekal tetapi manfaat atau pulangan daripada harta itu akan digunakan untuk tujuan kebajikan. Ini berbeza dengan sedekah biasa dimana harta yang disedekahkan itu akan turut dibelanjakan tetapi pahala pihak bersedekah ini tetap diperolehi. Sadaqah jariah juga disebut sebagai wakaf dalam erti kata bahan yang disedekah itu ditahan dan hanya manfaatnya digunakan. Apabila seseorang itu berniat mewakafkan sesuatu harta, maka daripada awal lagi harta itu pasti akan dikekalkan. 6 Wakaf merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam melakukan amalan kebajikan seperti sedekah jariah, hibah, derma dan sebagainya. 7 Di samping itu, 5 Mohammad Akram b. Laldin, Mek Wok dan Mohd. Fuad b. Sawari, “Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Wakaf”, Jurnal JAWHAR Vol. 2, No. 2, (2009), 3. 6 Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa, “Pembangunan Wakaf Pendidikan Di Malaysia”, Seventh International Conference – The Tawhidi Epistemology:Zakat and Waqf Economy, Bangi (2010), 139. 7 Antaranya, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian daripada harta yang paling kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu belanjakan daripada sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”. Lihat, al-Quran, Ali Imran: 92. 35 terdapat juga beberapa hadi th Nabi s.a.w yang menuntut umat Islam melakukan amalan kebajikan ini.8 Amalan wakaf bertujuan mengaharap pahala daripada Allah, adakalanya wakaf itu untuk kepentingan d i niyyah, ‘ailiyyah, ‘ilmiyyah, ijtima’iyyah, sihhiyyah, mahupun ‘askariyyah.9 Seumpama pada zaman Rasulullah SAW, Uthman bin `Affan telah mewakafkan telaga al-raumah yang menjadi sumber bekalan air utama untuk umat Islam ketika itu. Air merupakan kemudahan asas yang diperlukan untuk kehidupan ijtima’iyyah.10 2.2 Definisi Wakaf Istilah wakaf tidak dinyatakan secara langsung di dalam al-Quran atau al-hadith. Ia merupakan tafsiran fuqaha berkaitan makna sedekah jariah yang diertikan sebagai memberikan sesuatu harta semasa hidupnya dan penggunaannya kekal untuk selamalamanya.11 2.2.1 Wakaf menurut Bahasa Wakaf berasal daripada perkataan bahasa Arab waqf, iaitu kata terbitan (‫ )ﻣﺼﺪﺭ‬daripada kata kerja perbuatan (‫)ﻓﻌﻞ‬ waqafa, ia mempunyai berbagai-bagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Al-waqf secara etimologi memberi makna, menegah (al-man’u) dan menahan (al-habs). Jamak daripada waqf iaitu awqaf dan 8 Antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa daripada anak soleh yang mendoakannya". 9 ‘Ikrimah Sa’i d Sabri , al-Waqf al-Islami Baina al-Nazariyyah wa al-T at bi q,(Yordania: Dar al Nafais, 2008), 80-87. 10 Asmak Ab Rahman, Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Ummah dan Aplikasinya di Malaysia, 133 11 Mohd. Zain Haji Othman (1982), Islamic Law With Special Reference to The Institution of Waqf, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1982), 28; Ahmad Dahlan Salleh et.al., (2006), “al-Istibdal (penggantian) Harta Wakaf Menurut Perspektif Islam”, kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, anjuran bersama KIPSAS dan UKM (8-9 Ogos 2006). 36 wuquf.12 Ulama fiqah bersepakat mentakrifkan wakaf menurut istilah bahasa dengan alhabs yang bererti menahan; kerana maksudnya lebih hampir kepada pengertian syarak.13 Dalam bahasa Inggeris “wakaf” diterjemahkan dengan “stoping, standing, unalienable property.14Manakala dalam Kamus Dewan, perkataan “wakaf” didefinisikan sebagai sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma) atau diuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam, seperti mendirikan masjid atau membina madrasah untuk kegunaan orang ramai. 15 2.2.2 Wakaf menurut Istilah Syarak Daripada segi istilah syarak terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan fuqaha tentang takrif wakaf yang boleh dikelompokkan dalam tiga takrif. Takrif yang pertama, dikemukakan oleh Imam Ab u Hanifah, wakaf iaitu menahan ‘ayn harta di atas hukum milik si pewakaf, dan menyedekahkan manfaatnya kepada jalan kebajikan. 16 12 Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram, Lisan al-‘Arab, (Beirut: Dar Sadir, 1990), 9:359-360; Muhammad Rawwas Qal’aji et. al., Mu’jam Lughati al-Fuqaha,Cet. 2, (Beirut: Dar al-Nafais,1988),508; al-Nawawi , Abu Zakariyya Yahya bin Sharf , al-Majmu’ Syarh al-Muhadhab, (Beirut: Dar al-Fikr, 2005), 16:225; al-Sarakhsi , Shams al-Di n, al-Mabsut, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1986), 12:27; Mustafa al-Khin et.al., al-Fiqh al-Manhaji , Cet 10, (Damsyik: Dar al-Qalam, 2009), 2:213; Ahmad Hidayat Buang et.al., Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2007), 245; al-Khati b, Muhammad al-Sharbi ni , Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifati Ma’ani alfaz al-Minhaj, (Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuhu, 1958), 12:376. Muhammad Ibn Ya’qub al-Fairuzabadi , Tarti b al-Qamus al-Muhit ‘alaTari qah al-Misbah al-Muni r wa asas al-Balaghah, Cet. 2, (Kaherah: ‘I sa al-Babi al-Halabi wa Syurakah, 1970), 4: 645-646. 13 Al-Khati b al-Sharbi ni , Mughni al-Muhtaj, 2:485; Al-Nawawi , Muhyi al-Di n, al-Majmu‘Sharh alMuhadhdhab, 16:241; Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad, al-Mughni , (Riyad: Dar ‘A lam al-Kutub, 1997), 8:184; Sahnun, ‘Abd al-Salam bin Sa‘i d bin Habi b al-Tanukhi , al-Mudawwanah al-Kubra, (Lubnan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,1994), 417; Ibn ‘A bidi n, Muhammad Ami n, Radd alMukhtar ‘Ala al-Durr al-Mukhtar (Lubnan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,1994), 6:518; Al-Sarakhsi , alMabsut,12:27. 14 Elias, ed E.Elias, Pocket Dictionary, Bab “waqf”, (1987), 526. 15 Teuku Iskandar, Kamus Dewan, ed. Ke-3 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), 1542. 16 Ibn al-Hammam, Kamal al-Di n, Sharh Fath al-Qadi r ‘ala al-Hidayah Sharh Bidayah al-Mubtadi’, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2003), 5:416; Ibn ‘A bid i n, Muhammad Ami n, Radd al-Mukhrar ‘ala al-Durr al-Mukhtar Sharh Tanwi r al-Absar, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1994), 6: 519-521; alKasani, Badai’ al-Sanai’fi Tarti b al-Shara’i’,384. 37 Berdasarkan takrif tersebut maka memungkinkan bagi si pewakaf untuk kembali memiliki dan menjual harta yang telah diwakafkan.17 Takrif yang kedua, iaitu takrif jumhur, termasuk di dalamnya Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin al-Hasan daripada mazhab Hanafi, al-sh afi’iyyah dan Hanabilah,18wakaf ialah menahan harta yang boleh diambil manfaat daripada dengan dikekalkan ‘ayn (fizikal) harta itu dengan memutuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf dan hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan serta untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdasarkan takrif tersebut, maka harta tidak lagi menjadi milik kepada pewakaf, tetapi ia tertahan di atas hukum milik Allah SWT dan hasilnya diagihkan untuk kebajikan sesuai dengan tujuan wakaf. 19 Takrifan yang kedua ini lebih mencakup maknanya, iaitu:20 ‫ﲢﺒﻴﺲ ﺍﻷﺻﻞ ﻭﺗﺴﺒﻴﻞ ﺍﻟﺜﻤﺮﺓ‬ Takrifan diatas dirujuk kepada perkataan al-habs itu banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa buah hadithnya, antaranya hadith daripada ‘Umar21: ‫ﺣﺒﺲ ﺍﻷﺻﻞ ﻭﺳﺒﻞ ﺍﻟﺜﻤﺮﺓ‬ “Tahanlah (wakafkanlah) pokoknya itu dan berilah pada jalan Allah akan hasil buahnya (hasilnya)” 17 Al-Zuhaili , Wahbah, al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami,(Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir, 1998), 133. 18 al-Khati b, Muhammad al-Syarbi ni , Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifati Ma’ani alfaz al-Minhaj, 2:376; alBahuti , Mansur, Sharh Muntaha al-Iradat,Cet. Ke-1, (Beirut: Nazzar Must afa al-Bas, 1997), 3:967; alHammam, Kamal al-Di n, Syarh Fath al-Qadi r ala al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi’, 5:416. 19 Al-Zuhaili , Wahbah, al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami,135. 20 Al-Zarkasyi , Muhammad ‘Abd Allah al-Misri al-Hambali , Sharh Mukhtasar al-Karkhi , ed., ‘Abd Allah bin ‘Abdul Rahman al-Jibri n, Cet. 1(1410H), 4:268. Nazi h Hammad, Mu’jam al-Mustalahat alIqtisadiyyah fi Lughati al-Fuqaha,Cet. Ke- 3, (Dar al-‘A lamiyyah li al-Kitab al-Islami , 1995), 353. 21 Al-Shafi'i, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Idri s, al-Umm, Kitab al-Sha'b, (Kaherah: Dar al-Wafa’, 2001), 3:274. 38 Imam al-Syafi`i mengumpamakan konsep pewakafan di atas dengan konsep pembebasan hamba (‘itqu al-riq ab) di mana seorang hamba tidak lagi dianggap sebagai milik tuannya setelah dibebaskan.22 Takrif yang ketiga, iaitu takrif daripada kalangan Malikiyyah, Wakaf ialah menyedekahkan manfaat sesuatu harta selama mana harta itu wujud dan kekal pemilikan harta tersebut kepada pewakaf secara taqd i ri dengan satu aqad (lafaz ijab) mengikut kehendak pewakaf. 23Ini adalah berdasarkan hadith: Mafhumnya: "Tahanlah asal harta tersebut dan alirkan hasilnya. Maksud “menahan” di atas bukanlah bererti terputus hak milik pewakaf tetapi ia masih tetap dalam pemilikannya. 24 Berdasarkan takrif ini bahawa pewakaf menahan diri untuk melakukan ta sarruf tamli ki kepada ‘ayn harta yang telah diwakafkan, sedangkan kepemilikan tetap milik pewakaf untuk masa yang tertentu.25 Menurut pandangan Wahbah al-Zuhayli , wakaf iaitu menahan harta yang kekal zatnya yang boleh digunakan manfaatnya untuk tujuan kebajikan sebagai usaha taqarrub kepada Allah SWT, harta yang diwakafkan diserahkan kepada pihak tertentu dan mereka tidak boleh menggunakan harta wakaf tersebut secara sewenang-wenangnya. 26 Daripada keseluruhan takrif di atas, dapat difahami bahawa pewakaf terhalang daripada menggunakan dan mengambil manfaat daripada harta yang telah diwakafkannya, pewakaf juga perlu berniat dalam mewakafkan hartanya untuk tujuan mendekatkan diri 22 Ibn `A bidi n, Muhammad Ami n, Hashiyah Radd al-Muhtar `ala al-Durr al-Mukhtar, 349; Al-Tarabulsi , Burhan al-Di n Ibrahi m bin Musa bin Abi Bakr Ibn al-Shaykh `Ali , al-Is`af fi Ahkam al-Awqaf, (Beirut: Dar al-Rai’d al-`Arabi, 1981), 8. 23 Al-Sheikh ‘Ali al-Sa’i di al-‘Adawi al-Maliki, Hashiyah ‘ala Kifayah al-Talib al-Rabbani Li Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani ,(Kaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1938), 210; al-Qarafi , Ahmad, alFuruq,(Beirut: ‘A lam al-Kutub,tt), 2:111; ‘Alaish, Muhammad, Sharh Manah al-Jalil , (Beirut: Dar Sadir, tt), 4:34; al-Kharashi , Muhammad, al-Kharashi ‘ala Sayyidi Khali l, (Beirut: Dar Sadir, tt), 7:78. 24 Muharnmad Abu Zuhrah, Muhadarat fi al-Waqf,106. 25 Al-Zuhaili , Wahbah, al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami,135. 26 al-Zuhaili , Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Cet. Ke-8, (Dimashq: Dar al-Fikr, 2005), 2923. 39 kepada Allah dan harta tersebut tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, akan tetapi ia mesti digunakan untuk urusan kebajikan ummah.27 Menurut istilah yang digunakan dalam perundangan Islam pula, wakaf difahami sebagai suatu bentuk dedikasi harta, sama ada secara terang ( sari h) atau sindiran (kin ayah) di mana harta (substance) berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan kepada tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus.28 Sementara itu, dalam peraturan perundangan Indonesia, UU No. 41 Tahun 2004 mendefinisikan wakaf sebagai perbuatan hukum waqif (pemberi wakaf) untuk memisahkan dan/atau menyerahkan sebagaian harta benda miliknya untuk dimanfaatkan selamanya atau untuk jangka waktu tertentu sesuai dengan kepentingan guna keperluan ibadah dan/atau kesejahteraan umum menurut syariah. 29 2.3 Dasar-dasar hukum Wakaf Sumber utama perundangan Islam ialah Al-Quran dan al-Sunnah. Sehingga dasar-dasar hukum yang berkaitan dengan wakaf akan dirujuk kepada kedua sumber yang utama ini. Dalam perbincangan ini akan dikemukakan dalil-dalil tentang pensyariatan amalan wakaf dalam Islam. 2.3.1 Dalil daripada Quran Pendekatan Al-Quran tentang wakaf adalah pelbagai yang boleh disimpulkan dalam tiga pendekatan arab iaitu waqf, Qard, dan infaq. Perkataan waqf digunakan bagi 27 Ibid. Siti Mashitoh Mahamood, Bagaimana Membuat Wakaf, (Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan UndangUndang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2001), 3. 29 UU No. 41 tahun 2004 tentang wakaf, Pasal 1 tentang Ketentuan Umum. 40 28 menerangkan erti perkataan wakaf daripada sudut bahasa, sebanyak empat tempat iaitu: “ ”30 yang bermaksud: “tahankan mereka”, “ ” yang bererti “mereka ditahan”31, dan "‫ﻬﹺﻢ‬‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﺪ‬‫ﻨ‬‫ﻥﹶ ﻋ‬‫ﻓﹸﻮ‬‫ﻗﹸﻮ‬‫ﻮ‬‫"ﻣ‬32 bermakna “mereka ditahan disisi Tuhan mereka”. Manakala kalimah al-qard yang bermaksud “pemberian”, digunakan sebanyak 13 tempat yang meliputi enam perkataan,iaitu: tuqridu allah, yuqridu allah, qardan hasanan, tuqriduhum, aqradu Allah.33 Di antara ayat Al-Quran yang menyebutkan kata al-qard ialah firman Allah S.W.T.                              Al-Muzzammil 73:20 Maksudnya: …“dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat serta berikan oleh kamu akan Allah dengan pemebrian yang baik, dan apa-apa jua yang kamu belanjakan untuk diri kamu daripada mana-mana kebaikan, kamu akan dapat di sisi Allah, ianya adalah lebih baik serta lebih besar pahalanya…” Ayat di atas merupakan perintah Allah swt untuk berinfaq di jalan-jalan kebajikan dan menunaikan zakat dengan cara yang terbaik. 34 Ibnu Kathi r menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan al-qard iaitu semua jenis sedekah, dan Allah akan memberikan ganjaran terbaik kepada hamba-hambaNya yang bersedekah.35 Al-Qurtubi dalam 30 Al-Saffat:24 Al-An’am: 27 & 30 32 Al-An’am: 27 & 30 33 Muhammad Hasan al-Himsi , al-Quran Kari m: Tafsi r wa bayan ma’a faharis kamilah li al-mawadhi’ wal alfaz,, (Beirut: Dar al-Rashi d, 1984), 177 & 234. 34 Al-Baidāwi , Nāsir al-Di n Abu Sa’i d Abdullah, Anwar al-Tanzi l wa Asrar al-Ta’wi l, (Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi , 1418H), 5:258. 35 Ibnu Kathi r, 8:259. 41 31 tafsirnya, menyebutkan bahawa al-qard al-hasan bermaksud amalan memberikan harta yang baik kerana ikhlas mengharapkan redha Allah.36 Manakala perkataan infaq pula digunakan di dalam Al-Quran lebih daripada 60 tempat, yang mana wakaf juga merupakan infaq fi sabi lillah.37 Bahkan mewakafkan harta benda jauh lebih utama dan jauh lebih besar pahalanya daripada bersedekah (infaq) biasa, kerana sifatnya kekal dan manfaatnya lebih besar. Pahalanya terus mengalir kepada pewakaf meskipun ia telah meninggal dunia. 38 Antara firman Allah S.W.T tentang infaq ialah: Firman Allah SWT dalam surah A li ‘Imran, ayat 92:                 Ali 'Imran 3:92 Maksudnya: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”39 Allah menggalakkan hamba-hambaNya untuk melakukan kebaikan (ihsan) dengan pelbagai bentuk dan cara, antaranya infaq, berbuat kebajikan, dan silaturahim. Dan wakaf merupakan di antara amalan utama yang mencakupi semua unsur kebaikan. Hukum mewakafkan harta tidak disebutkan secara jelas di dalam Al-Quran. Namun 36 Al-Qurt ubi , 19:58 Muhammad H asan al-Himsi, al-Quran al-Kari m: Tafsi r wa bayan ma’a faharis kamilah lil mawadhi’ wal alfaz,219. 38 Farahdina bt. Abdul Manaf & Nursiah bt. Sulaiman, “Peranan harta wakaf Dalam Bidang Pembangunan dan Pendidikan: Fokus Dalam Bidang Perubatan”, Koleksi Kertas Sisipan seminar Kebangsaan: Peranan Harta Sedekah Dalam Memartabatkan Pembangunan dan Pendidikan Ummah,pada 13 & 14 Januari 2004, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CiTu) UiTM, 136. 39 Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (30 Juz), (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1995), Cet. Ke-6, Surah al-‘Imran, ayat 92, 143. 42 37 begitu, terdapat beberapa ayat Al-Quran yang dapat dijadikan sebagai landasan hukum wakaf. Allah menjelaskan dalam ayat di atas bahawa bagi mencapai hakikat kebajikan dan kebaikan yang sempurna diperlukan pengorbanan harta dengan cara melakukan infaq terhadap harta-harta yang disayang serta dicintai. Dengan pengorbanan harta seperti inilah yang dapat membuktikan bahawa seseorang itu meyakini akan balasan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Ibnu Kathi r dalam tafsirnya menyatakan bahawa daripada Ibn Mas’ud, Ibn ‘Abbas, ‘Ata, Mujahid, dan ‘Amru bin Maimun telah meriwayatkan maksud () iaitu syurga, yang bermakna bahawa kalian tidak akan masuk surga sehingga kalian menginfakkan apa yang paling kalian cintai.40 Dalam Tafsirnya, alQurtubi menjelaskan bahawa selain bermaksud syurga, () juga membawa erti ganjaran (pahala) daripada Allah SWT atau perbuatan baik (‘amal salih) yang berhak dibalas dengan ganjaran yang baik. 41 sepertimana terdapat dalam hadith Rasulullah SAW, iaitu:42 ‫ﺔ‬‫ﻨ‬‫ﻱ ﺇﹺﻟﹶﻰ ﺍﻟﹾﺠ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ ﻳ‬‫ﺇﹺﻥﱠ ﺍﻟﹾﺒﹺﺮ‬‫ ﻭ‬‫ﻱ ﺇﹺﻟﹶﻰ ﺍﻟﹾﺒﹺﺮ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ ﻳ‬‫ﻧﻪ‬‫ﻕﹺ ﻓﹶﺈﹺ‬‫ﺼﺪ‬  ‫ ﺑﹺﺎﻟ‬‫ﻜﹸﻢ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ﻋ‬ Hendaklah kamu berbuat jujur, kerana jujur itu menghantarkan kamu kepada amal sholeh, dan amal sholeh akan menghantarkan kamu ke surga. 40 Ibn Kathi r, Abu al-Fida Ismai l, Tasfi r al-Quran al-‘Azim,(Saudi Arabia: Dar Taibah li al-Nashr wa alTawzi ’, 1999), 2: 73. 41 Al-Qurt ubi , Abu ‘Abd Allah Muhammad Shams al-Di n, al-Jami’ li Ahkami al-Quran,(Kaherah: Dar alKutub al-Misriyyah, 1964), 4: 133. 42 Al-Naysaburi , Muslim bin al-Hajjaj, Sahi h Muslim, no. Hadith 2607, (Beirut: Dar ihya al-Turath al‘Arabi , tt), 4:2013 43 Adapun (‫ )ﺗﻨﻔﻘﻮﺍ‬bermakna semua bentuk sedekah sama ada sedekah wajib mahupun sedekah sunat.43 Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawasanya ada seorang sahabat daripada Ansar yang sangat kaya di kalangan kaumnya, bernama Abu Talhah. Apabila beliau mendengar ayat tersebut, lantas beliau mewakafkan dusun yang sangat ia sayangi bernama Bairu ha di Madinah yang terletak di hadapan masjid sehingga Rasulullah pun pernah mengunjungi dan minum air di dalamnya. bagi tujuan ia berbuat demikian untuk mendapatkan kebajikan dan keredhaan Allah.44 Terdapat banyak kisahkisah sahabat Rasulullah saw yang menggambarkan bahawa mereka tiada keraguan dalam berbuat kebajikan dengan harta yang mereka sayangi. 45 Setiap derma atau pengorbanan apapun yang disedekahkan, barang yang disayangi atau yang telah bosan, mahal atau murah, dengan niat ikhlas atau riya’, walau tiada sesiapa yang mengetahuinya, namun Allah swt pasti mengetahuinya.46 Di antara ayat al-Quran yang menyebutkan perkataan infaq juga ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 254 berkenaan dengan galakan bersedekah termasuklah didalamnya amalan berwakaf.                       Al-Baqarah 2: 254 43 Al-T abari , Muhammad Ibn Jari r, Jami ’ al-Bayan fi Ta’wi l al-Quran, (Kaherah: Muassasah al-Risalah, 2000), 6:588. 44 Ibnu Kathi r, Tasfi r al-Quran al-‘Azim, 2:73; al-Qurtubi , al-Jami ’ li Ahkami al-Quran,85-86; Malik bin Anas, al-Muwatt a, (Beirut: Bayt al-Afkar al-Dawliyyah, 2004), No. Hadith 4196, Kitab al-Jami’, Bab alTarghi b fi al-Sadaqah, 596; al-Khati b al-Sharbi ni , Mughni al-Muhtaj, 376; al-Iqna’ fi Alfaz Abi Shuja’,. 162. 45 Abdillah Ahmad al-Jufri, Pelita al-Quran (Surah al-‘Imran dan al-Nisa’, (Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd, 2002), 106. 46 Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA), Tafsir al-Azhar, (Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd, 2007), 842. 44 Maksudnya:Wahai orang-orang yangt beriman! Sebarkan sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat), yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. Ayat di atas merupakan perintah Allah kepada hamba-hambaNya untuk berinfak daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada jalan kebajikan sebagai simpanan pahala untuk kehidupan akhirat yang tiada sesiapa yang boleh tolong disana, baik harta, teman dan tidak pertolongan kecuali daripada apa yang telah disedekahkan di jalan kebajikan kerana Allah.47 Perkataan infaq juga Allah sebutkan di dalam surah al-Baqarah, ayat 261 mengenai betapa besar ganjaran yang Allah berikan kepada orang yang memberikan hartanya di jalan Allah.                           Al-Baqarah 2: 261 Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Ayat di atas menggambarkan perumpamaan kemurahan Allah swt dalam melipat gandakan pahala bagi hamba-hambaNya yang berkorban membelanjakan hartanya untuk kepentingan agama Allah, perjuangan untuk menegakkan agama Allah dan jalan- 47 Ibnu Kathir, tafsir al-Quran al-‘Azim, 1:671. 45 jalan kebajikan. Setiap kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh sampai 700 ganda. ibarat sebutir gandum yang ditanam di atas tanah yang subur, lalu biji tersebut menumbuhkan tujuh tangkai, dan daripada setiap tangkai menghasilkan seratus biji. Ini bermaksud setiap sedekah yang dikeluarkan, Allah swt akan melipat gandakan sebanyak tujuh ratus pahala kebaikan ke atasnya.48Infaq fi sabi lillah, menurut Said bin Jubair ialah memberikan harta dalam segala bentuk ketaatan kepada Allah. Wakaf termasuk memberikan cakupan ayat di atas.49 2.3.2 Dalil daripada Sunnah Berdasarkan kepada beberapa riwayat hadith yang sahih, maka hukum mewakafkan harta di jalan Allah s.w.t telah dapat diperjelaskan lagi secara khusus. Berikut ini merupakan beberapa hadith yang menjadi rujukan dalam amalan berwakaf. Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurayrah:50 :‫ ﻗﺎﻝ‬- ‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ – ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ – ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ – ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬ ‫ ﺃﻭ ﻭﻟﺪ‬،‫ﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ‬‫ ﺃﻭﻋﻠﻢﹴ ﻳ‬،‫ ﺻﺪﻗﺔ ﺟﺎﺭﻳﺔ‬:‫)ﺇﺫﺍ ﻣﺎﺕ ﺍﺑﻦ ﺁﺩﻡ ﺍﻧﻘﻄﻊ ﻋﻤﻠﻪ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺛﻼﺛﺔ‬ ( ‫ﺻﺎﱀﹴ ﻳﺪﻋﻮﻟﻪ‬ Mafhumnya: “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” 48 Al-Qurt ubi , 3:197; Ibnu Kathi r, 1:691 Ibnu Kathi r, 1:691 50 Muslim, Sahi h Muslim, Kitab al-Wasiyyah Bab Ma Yalhaq al-Insan Min al-Thawab ba’da Wafatih, No. Hadith 1631; al-Tarmidhi , Sunan al-Tarmidhi , Kitab al-Ahkam Bab fi al-Waqf, No. Hadith 1376; Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab al-Wasaya Bab Ma Ja-a Min al-Sadaqah ‘an al-Mayyit, No. Hadith 2880; al-Nasai , Sunan al- Nasai , Kitab al-Wasaya Bab Fadl al-Sadaqah ‘an al-Mayyit, No. Hadith 3651; Imam Ahmad, Musnad Imam Ahmad, No. Hadith 8831. 46 49 Imam al-Nawawi berpendapat bahawa hadith di atas merupakan dalil sahnya amalan berwakaf serta pahalanya yang besar. 51 Makna daripada sadaqah jariah ialah wakaf. 52Jumhur ulama juga telah mentafsirkan perkataan ‘sadaqah jariah’ dalam hadith yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berpanjangan mengalir seperti sedekah amal jariah atau wakaf.53 Ulama sepakat menerima wakaf sebagai satu amal jariah yang disyariatkan dalam agama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan dan menolak tuntutan amalan wakaf dalam Islam kerana wakaf telah menjadi amalan yang sentiasa diutamakan oleh sahabat Rasulullah SAW, ahli-ahli ibadat yang suka bersedekah atau membuat amal kebajikan dan ahli-ahli ilmu yang suka mendampingkan dirinya dekat dengan Allah SWT.54 Di antara kisah sahabat yang sangat masyhur dalam amalan berwakaf iaitu Saidina ‘Umar al-Khattab r.a kerana mengikut saranan Rasulullah untuk mewakafkan tanah kesayangannya yang ada di Khaybar untuk tujuan mencari keredhaan Allah s.w.t. Peristiwa itu dirakam dalam sebuah hadith daripada Ibn ‘Umar seperti berikut:55 ‫ﻲ‬ ‫ﺒﹺ‬‫ﻰ ﺍﻟﻨ‬‫ ﻓﹶﺄﹶﺗ‬،‫ﺮ‬‫ﺒ‬‫ﻴ‬‫ﺎ ﺑﹺﺨ‬‫ﺿ‬‫ ﺃﹶﺭ‬‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﺎﺏ َﻋ‬‫ )ﺃﹶﺻ‬:‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬،‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﻦ ِﻋ‬‫ﻦﹺ ﺍﺑ‬‫ ﻋ‬،‫ﻊﹴ‬‫ﺎﻓ‬‫ﻦ ْﻧ‬‫ ﻋ‬،‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﻦ ِﻋ‬‫ﻦﹺ ﺍﺑ‬‫ﻋ‬ ‫ ﻟﹶﻢ‬،‫ﺮ‬‫ﺒ‬‫ﻴ‬‫ﺎ ﺑﹺﺨ‬‫ﺿ‬‫ ﺃﹶﺭ‬‫ﺖ‬‫ﺒ‬‫ﻲ ﺃﹶﺻ‬‫ ﺇﹺﻧ‬،ِ‫ﻮﻝﹶ ﺍﷲ‬‫ﺳ‬‫ﺎﺭ‬‫ ﻳ‬:‫ ﻓﹶﻘﹶﺎﻝﹶ‬،‫ﺎ‬‫ﻴﻬ‬‫ ﻓ‬‫ﻩ‬‫ﺮ‬‫ﺄﹾﻣ‬‫ﺘ‬‫ﺴ‬‫ ﻳ‬‫ﻠﱠﻢ‬‫ﺳ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ﻠﱠﻰ ﺍﷲُ ﻋ‬‫ﺻ‬ ،‫ﺎ‬‫ﻠﹶﻬ‬‫ ﺃﹶﺻ‬‫ﺖ‬‫ﺴ‬‫ﺒ‬‫ ﺣ‬‫ﺌﹾﺖ‬‫ﺸ‬‫ »ﺇﹺﻧ‬:‫؟ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬‫ﻧﹺﻴﺒﹺﻪ‬‫ﺮ‬‫ﺄﹾﻣ‬‫ﺎ ﺗ‬‫ ﻓﹶﻤ‬،‫ﻪ‬‫ﻨ‬‫ﻱ ﻣ‬‫ﺪ‬‫ﻨ‬‫ ﻋ‬‫ﻔﹶﺲ‬‫ ﺃﹶﻧ‬‫ﻮ‬‫ﻂ ﻫ‬ ‫ﺎﻟﹰﺎ ﻗﹶ ﱡ‬‫ ﻣ‬‫ﺐ‬‫ﺃﹸﺻ‬ ،‫ﺙﹸ‬‫ﻮﺭ‬‫ﻟﹶﺎ ﻳ‬‫ ﻭ‬،‫ﺎﻉ‬‫ﺘ‬‫ﺒ‬‫ﻟﹶﺎ ﻳ‬‫ ﻭ‬،‫ﺎ‬‫ﻠﹸﻬ‬‫ ﺃﹶﺻ‬‫ﺎﻉ‬‫ﺒ‬‫ ﻟﹶﺎﻳ‬‫ﻪ‬‫ ﺃﹶﻧ‬،‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﺎﻋ‬‫ ﺑﹺﻬ‬‫ﻕ‬‫ﺪ‬‫ﺼ‬‫ ﻓﹶﺘ‬:‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬، «‫ﺎ‬‫ ﺑﹺﻬ‬‫ﺪﻗﹾﺖ‬ ‫ﺼ‬‫ﺗ‬‫ﻭ‬ 51 Imam al-Nawawi , Yahya bin Sharf al-Di n, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi , (Beirut: Dar Ihya alTurath al-‘Arabi , 1972), 11:85. 52 Ibid.,11:86 53 Al-Khati b al-Syarbini,Mughni al-Muhtaj, 485. 54 Asmak Ab Rahman, “Peranan Wakaf dalam Pembangunan Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia”, Jurnal Syariah Jil. 17, Bil. 1 (2009), 117. 55 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismai l, Sahih al-Bukhari , Kitab al-Shurut , Bab al-Shurut fi al-Waqf, No. Hadith 2737; Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Wasiyyah, Bab al-Waqf, No. Hadith 1632; al-Tarmidhi , Sunan al-Tarmidhi , Kitab al-Ahkam, Bab fi al-Waqf, No. Hadith 1375; al-Nasai , Sunan al-Nasai , Kitab al-Ahbas, Bab al-Ahbas, No. Hadith 3599; Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Sadaqat Bab fi Waqf, No. Hadith 2396. 47 ‫ﺒﹺﻴ ﹺﻞ‬‫ﻲ ﺳ‬‫ﻓ‬‫ ﻭ‬،‫ﻗﹶﺎﺏﹺ‬‫ﻲ ﺍﻟﺮ‬‫ﻓ‬‫ ﻭ‬،‫ﻰ‬‫ﺑ‬‫ﻲ ﺍﻟﹾﻘﹸﺮ‬‫ﻓ‬‫ ﻭ‬،ِ‫ﺍﺀ‬‫ﻲ ﺍﻟﹾﻔﹸﻘﹶﺮ‬‫ ﻓ‬‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ ﻋ‬‫ﻕ‬‫ﺪ‬‫ﺼ‬‫ ﻓﹶﺘ‬:‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬،‫ﺐ‬‫ﻮﻫ‬‫ﻟﹶﺎ ﻳ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻭﻑ‬‫ﺮ‬‫ﻌ‬‫ﺎ ﺑﹺﺎﻟﹾﻤ‬‫ﻬ‬‫ﻨ‬‫ﺄﹾﻛﹸﻞﹶ ﻣ‬‫ﺎ ﺃﹶﻥﹾ ﻳ‬‫ﻬ‬‫ﻴ‬‫ﻟ‬‫ ﻭ‬‫ﻦ‬‫ﻠﹶﻰ ﻣ‬‫ ﻋ‬‫ﺎﺡ‬‫ﻨ‬‫ ﻟﹶﺎﺟ‬،‫ﻒ‬‫ﻴ‬‫ﺍﻟﻀ‬‫ ﻭ‬،‫ﺴﺒﹺﻴﻞﹺ‬  ‫ﻦﹺ ﺍﻟ‬‫ﺍﺑ‬‫ ﻭ‬،ِ‫ﺍﷲ‬ (‫ﻴﻪ‬‫ﻝﹴ ﻓ‬‫ﻮ‬‫ﻤ‬‫ﺘ‬‫ ﻣ‬‫ﺮ‬‫ﻳﻘﹰﺎ ﻏﹶﻴ‬‫ﺪ‬‫ ﺻ‬‫ﻢ‬‫ﻄﹾﻌ‬‫ﻳ‬‫ﺃﹶﻭ‬ Mafhumnya: “Daripada Nafi` daripada Ibn `Umar beliau menyebut bagaimana ‘Umar r.a. telah memperoleh tanah di bumi Khaibar. Beliau lalu bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di bumi Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang lebih tinggi nilai daripadanya. Apakah yang tuan nak saya lakukannya? Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kamu mahu, bekukan sumbernya dan bersedekah dengannya.” Lalu Umar menyedekahkan tanah tersebut kepada fakir miskin, kaum keluarganya, untuk memerdekakan hamba, tetamu, dana orang musafir. Tanah tersebut tidak boleh dijual, dihibah atau dijadikan pusaka. Tetapi, ia boleh digunakan dengan cara yang munasabah oleh pihak yang menguruskannya. Contohnya, memakan harta tersebut tanpa menjadikannya sebagai sumber harta.” Ini juga merupakan kisah yang agung daripada sahabat Rasulullah s.a.w, iaitu ‘Umar al-Khattab’ yang mempunyai tanah yang paling berharga dan disayanginya, tapi tanah itu diwakafkan kepada kaum muslimin. Ini bermakna wakaf sangatlah memiliki peranan dalam pembangunan sektor awam.56 Selain ‘Umar al-Khatab, Sahabat yang lain juga yang mengamalkan wakaf iaitu ‘Uthman bin ‘Affan dengan cara membeli sebuah perigi yang ketika itu sangatlah diperlukan oleh kaum Muslimin, kemudian perigi tersebut disedekahkan untuk kegunaan orang-orang Islam yang ada di Madinah ketika itu sepertimana tercantum dalam hadith berikut:57 56 Muhammad Nejatullah Siddiqi, Role of the State in the Economy in Islamic Perspective, (Leicester: United Kingdom Islamic Foundation, 1996), 149 57 Al-Tarmidhi , Sunan al-Tarmidhi , Kitab al-Manaqib, No. Hadith 3703; al-Nasai, Sunan al-Nasai , Kitab al-Ahbas, Bab Waqf al-Masajid. No. Hadith 3608. 48 ‫ﺎ ﻣﺎﺀ ﻳﺴﺘﻌﺬﺏ ﻏﲑ‬ ‫ﻡ ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﻭﻟﻴﺲ‬‫ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺪ‬:‫ﻋﻦ ﻋﺜﻤﺎﻥ‬ ‫ ﲞﲑ ﻟﻪ‬،‫ﻭﻣﺔ ﻓﻴﺠﻌﻞ ﻓﻴﻬﺎ ﺩﻟﻮﻩ ﻣﻊ ﺩﻻﺀ ﺍﳌﺴﻠﻤﲔ‬‫ﻦ ﻳﺸﺘﺮﻱ ﺑﺌﺮ ﺭ‬‫ "ﻣ‬:‫ ﻓﻘﺎﻝ‬،‫ﻭﻣﺔ‬‫ﺑﺌﺮ ﺭ‬ .‫ ﻓﺎﺷﺘﺮﻳﺘﻬﺎ ﻣﻦ ﺻﻠﺐ ﻣﺎﱄ‬."‫ﻣﻨﻬﺎ ﰲ ﺍﳉﻨﺔ؟‬ Mafhumnya: Daripada ‘Uthman bin ‘Affan r.a telah berkata, bahawasanya ketika Rasulullah datang ke Madinah, sedangkan di Madinah ketika itu tiada telaga melainkan telaga Raumah, lalu Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang membeli telaga Raumah dan kemudian memasukkan timbanya ke dalam telaga itu bersama-sama timba kaum muslimin yang lain, yang dia akan mendapatkan sesuatu yang lebih baik di syurga”. Maka aku telah membelinya dengan hartaku. Hadith di atas ialah galakan yang Rasulullah berikan kepada sahabat-sahabatnya untuk berbuat sesuatu untuk manfaat orang ramai, dan sahabat menyambut seruan tersebut dengan hati yang penuh dengan keyakinan yang dizahirkan dalam perbuatan nyata. Ada sebuah hadith juga yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah berkaitan ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang mewakafkan hartanya di jalan Allah. 58 ‫ﻲ‬‫ﺎ ﻓ‬‫ﺳ‬‫ ﻓﹶﺮ‬‫ﺲ‬‫ﺒ‬‫ﺘ‬‫ﻦﹺ ﺍﺣ‬‫ »ﻣ‬:‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬،‫ﻠﱠﻢ‬‫ﺳ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ﻠﱠﻰ ﺍﷲُ ﻋ‬‫ ﺻ‬‫ﻮﻝﹺ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ﻦ ْﺭ‬‫ ﻋ‬،‫ﺓﹶ‬‫ﺮ‬‫ﻳ‬‫ﺮ‬‫ ﺃﹶﺑﹺﻲ ﻫ‬‫ﻦ‬‫ﻋ‬ ‫ﻲ‬‫ ﻓ‬‫ﺎﺕ‬‫ﻨ‬‫ﺴ‬‫ ﺣ‬‫ﺛﹸﻪ‬‫ﻭ‬‫ﺭ‬‫ ﻭ‬‫ﻟﹸﻪ‬‫ﻮ‬‫ﺑ‬‫ﻪ ُﻭ‬‫ﺭﹺﻳ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻌ‬‫ﺒ‬‫ ﻛﹶﺎﻥﹶ ﺷ‬‫ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺪ‬‫ﻋ‬‫ﻮ‬‫ﻳﻘﹰﺎ ﻟ‬‫ﺪ‬‫ﺼ‬‫ﺗ‬‫ ﻭ‬‫ﺎ ﺑﹺﺎﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺎﻧ‬‫ ﺇﹺﳝ‬‫ﺒﹺﻴﻞﹺ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬ «‫ﺍﻧﹺﻪ‬‫ﻴﺰ‬‫ﻣ‬ Mafhumnya: Daripada Ab i Hurairah r.a telah berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa mewakafkan kuda untuk berperang di jalan Allah dengan penuh keimanan dan mengharapkan sepenuh keredhaan daripada Allah s.w.t maka sesungguhnya makanan kudanya, najis kudanya dan air kencing akan ditimbang Allah di hari kiamat dengan pelbagai kebaikan.” Amalan mewakafkan harta di jalan Allah telah diamalkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w, sehinggakan ada riwayat daripada Jabir yang mengatakan bahawa tiada harta yang lebih 58 Al-Nasai, Sunan al-Nasai, Kitab al-Khail, Bab ‘Alf al-Khail, No. Hadith 3582; Imam Ahmad, alMusnad, No. Hadith 8853. 49 di kalangan sahabat melainkan mereka akan mewakafkan harta mereka di jalan Allah. Ini menunjukkan ijma’ ulama telah bersepakat akan keharusan amalan berwakaf. 59 2.4 Bentuk-bentuk Perwakafan Sesuatu perwakafan boleh dibahagikan kepada dua kategori umum, iaitu: Wakaf dhurriyah (keturunan) dan Wakaf kebajikan (khairi). Wakaf dhurriyah bertujuan untuk memberikan jaminan sosial kepada keturunan dan juga kaum kerabat pewakaf. Wakaf ini bertujuan untuk menjaga salah satu daruriyat iaitu hifzu al-nasl (menjaga keturunan).60Wakaf jenis ini tidak lari daripada maksud untuk melakukan amal kebajikan untuk membantu fakir miskin dan pelajar 61. Cuma yang berbeza ialah ia diperuntukkan kepada orang-orang tertentu dan dilaksanakan untuk menolong kerabat yang memerlukannya. 62Namun, mengikut sebahagian ulama wakaf ini adalah bid'ah dan tidak bertepatan dengan syarak. 63 Manakala wakaf kebajikan adalah wakaf yang dilakukan semata-mata untuk melakukan kebajikan kerana Allah S.W.T. dengan harapan dapat mewujudkan perimbangan sosial dalam masyarakat. Di antara wakaf kebajikan adalah mendirikan masjid, sekolah, tanah perkuburan, jambatan, jalan raya dan hospital untuk kegunaan umum. Wakaf jenis pertama dikenali juga sebagai “wakaf khas” manakala jenis kedua disebut sebagai 59 Al-Shaibani , Ahmad bin ‘Umar, Ahkam al-Waqf, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1999), 178. Raghib al Sirjani, Rawa’i’ al Awqaf fi al Hadarah al Islamiyyah, (Kaherah: Syarikat Nahdat Masr, 2010), 12. 61 Subhi al-Saleh, al-Nuzum al-Islamiyyah Nash-atuha wa Tat awwuruha, Cet. 3, (Beirut: Dar al-‘Ilm lil Malayi n, 1968), 369. 62 Norsiah bt. Sulaiman dan Farahdina Abdul bt. Manaf, “Peranan Harta Wakaf Dalam Bidang Pembangunan dan pendidikan ummah: Fokus dalam Bidang Perubatan”, Jurnal Pengurusan Jawhar, Vol. 3, No.1, (2009), 4. 63 Muhammad Jawwad, Ahwal al-Syakhsiyyah, (Beirut: Dar al-‘Ilmi, 1964), 334. 50 60 “wakaf am”. Saidina Umar al-Khattab merupakan orang pertama dalam Islam selepas Rasulullah S.A.W. melakukan wakaf iaitu wakaf tanah di Khaibar.64 Wakaf menurut amalan semasa di Malaysia, 65 wakaf dibahagikan kepada dua: i. Wakaf am Wakaf am terbahagi kepada dua bahagian: (a) Harta tidak alih (‘aqar) yang fizikalnya (‘ayn) bersifat kekal seperti tanah dan bangunan-bangunan. Berdasarkan daripada kupasan takrif di atas, ulama Fiqh telah bersepakat mengharuskan mewakafkan harta berbentuk ini. 66 Wakaf am merupakan mana-mana bentuk harta wakaf yang dibuat untuk tujuan-tujuan kebajikan atau khayrat umum tanpa menentukan mana-mana benefisiari khusus (sama ada terdiri daripada individu ataupun mana-mana organisasi/institusi) ataupun tujuantujuan khusus yang tertentu. Perwakafan daripada kategori ini boleh diaplikasikan kepada perkara-perkara atau tujuan-tujuan kebajikan umum yang dapat meningkatkan lagi imej Islam dan masyarakatnya, contohnya seorang yang berwakaf tanahnya untuk umat Islam secara umum dan untuk tujuan kebajikan. Pewakaf tidak mensyaratkan sebarang syarat kepada harta yang diwakafkan.67 64 Norsiah bt. Sulaiman dan Farahdina Abdul bt. Manaf, “Peranan Harta Wakaf Dalam Bidang Pembangunan dan pendidikan ummah: Fokus dalam Bidang Perubatan”, 5. 65 Di negeri Selangor undang-undang wakaf adalah tertakluk kepada ‘Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 3, Tahun 1952’. Lihat; JAIS, Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 3, Tahun 1952, Bahagian Ke-4 ceraian 95, 36. 66 al-Marghinani , 936, Ibn Humam, 215, 67 Asmak Ab Rahman, “Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia”, 118. 51 ii. Wakaf khas Ianya bersifat khusus apabila pewakaf menentukan wakaf yang dibuat untuk tujuantujuan khusus ataupun benefisiari-benefisiari tertentu. Dalam perwakafan khas, seseorang pewakaf akan menetapkan daripada awal lagi kepada siapakah wakafnya dibuat atau untuk tujuan manakah wakafnya mesti diaplikasikan. Contohnya pewakaf mewakafkan tanah untuk perkuburan atau mewakafkan tanah untuk orang miskin.68 Selain itu, terdapat juga wakaf yang berkaitan iaitu wakaf musytarak dan wakaf irsad. Wakaf musytarak ialah wakaf campuran antara wakaf khayri dan wakaf dhurri . Wakaf musytarak bermaksud wakaf yang ditujukan sebahagian manfaatnya kepada ahli atau keluarga dan sebahagiannya untuk masyarakat umum. Contohnya, wakaf tanah pertanian di mana sebahagian daripada hasilnya ditujukan untuk anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum. Wakaf musytarak ini termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui istibdal dan saham wakaf. Manakala wakaf irsad ialah wakaf yang dilakukan oleh pihak pemerintah dengan mewakafkan harta-harta milik Baitulmal sama ada harta alih dan harta tak alih berasaskan kepada kepentingan umum. Ini dapat dilihat seperti mengaplikasikan dana atau tanah milik Baitulmal kepada pembinaan masjid, institusi pendidikan, hospital dansebagainya. Terdapat juga beberapa jenis wakaf kontemporari dan bersifat semasa sebagai tambahan kepada bentuk-bentuk wakaf tradisional yang sedia ada. Antaranya, wakaf tunai, wakaf saham, dan saham wakaf. Daripada aspek hukum, wakaf dalam bentuk saham ini adalah diharuskan oleh syarak memandangkan ia selaras dengan prinsip dan konsep wakaf dalam Islam. 69 68 Ibid. Abd. Shakor bin Borham, “Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan”, International Conference on Humanities, (2011), 4-5. 52 69 2.5 Rukun Wakaf dan Syaratnya Dalam pelaksanaan wakaf terdapat empat elemen untuk menjadikan wakaf itu sah dan terlaksana iaitu pewakaf, penerima wakaf, harta yang diwakafkan dan lafaz wakaf. Bagi setiap rukun ini terdapat syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi untuk menjadikan sesuatu wakaf itu sah dan diterima. 2.5.1 Lafaz Akad Wakaf Lafaz yang digunakan dalam perwakafan (si ghah) mestilah akad kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas. Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf. Lafaz akad terbahagi dua bahagian:70 a) Lafaz Sori h ; lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti; “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir.” b) Lafaz Kin ayah; lafaz yang membawa banyak maksud seperti; “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin.” 2.5.2 Pewakaf Bagi pewakaf (waqif) adalah disyaratkan pewakaf mestilah seorang yangmerdeka, baligh, berakal serta berkelayakan untuk bersedekah harta miliknya. Pewakaf juga sukarela dan reda mewakafkan harta miliknya. 71 70 Al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj,367-383 dan al-Iqna’ fi Alfaz Abi Shuja’, 163-165. Ibn alHumam, Kamal al-Di n. Sharh Fath al-Qadi r ‘ala al-Hidayah Sharh Bidayah al-Mubtadi ’, 201-203. alQarafi , Ahmad. al-Furuq,315. 71 Al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj,367-383 dan al-Iqna’ fi Alfaz Abi Shuja’, 163. al-Qarafi , Ahmad. al-Furuq,301. Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, Jil 1 (Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Shu-un al Islamiyyah, 1993), 124-139. 53 2.5.3 Penerima Wakaf Benefisiari/Penerima Wakaf (Mawquf 'Alayh/ Alayhim) boleh ditentukan oleh pewakaf sama ada menentukan penerima wakaf yang khusus misalnya seseorang atau lebih daripada seorang. Sekiranya pewakaf mahukan penerima wakaf adalah masyarakat umum, maka pewakaf tidak perlu menetapkan penerima khusus, contohnya mewakafkan kepada golongan tertentu seperti golongan fakir atau umat Islam. 72 2.5.4 Harta yang diwakafkan (mawquf) Harta yang diwakafkan (mawquf) mestilah berbentuk objek yang tertentu seperti mewakafkan sebuah rumah. Adalah disyaratkan juga harta yang hendak diwakafkan hendaklah milik pewakaf serta memberi faedah dan manfaat dan boleh dipindah milik. Untuk menjadikan wakaf sebagai sedekah jariah yang memberi pahala yang berpanjangan kepada pewakaf, ulama mensyaratkan harta yang hendak diwakafkan boleh digunakan selama-lamanya. Seterusnya penggunaan harta wakaf mestilah diharuskan oleh syarak dan tidak digunakan untuk maksiat.73 Terdapat dua kategori harta yang boleh diwakafkan, iaitu harta tak alih (`aqar atau immovables) dan harta alih (manqul atau movables). Harta tak alih biasanya banyak diwakafkan malah pada amalan tradisi di zaman Rasulullah dan sahabat, banyak harta tak alih yang diwakafkan. Ulama seperti Ibn Qudamah, Ibn ‘A bid i n dan al-Ramli pernah mengungkapkan bahawa; “Semasa Rasulullah SAW, tidak ada wakaf yang dilakukan melainkan dalam bentuk tanah dan rumah.” Oleh itu, mereka bersetuju 72 Al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj,367-383 dan al-Iqna’ fi Alfaz Abi Shuja’, 163-165. al-Qarafi , Ahmad. al-Furuq,302. Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, 139-161. 73 Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad. al-Mughni , 229. Al-Khatib al-Sharbini, dan al-Iqna’ fi Alfaz Abi Shuja’,163. Ibn al-Humam, Kamal al-Di n. Sharh Fath al-Qadi r ‘ala al-Hidayah Sharh Bidayah al-Mubtadi ’, 216-220. 54 bahawa wakaf sah dibuat daripada harta-harta tak alih kerana ia bersifat kekal dan ini menepati kriteria terpenting sesuatu perwakafan, iaitu wujudnya elemen kekal pada aset dan manfaat harta yang diwakafkan.74 Pandangan ini diasaskan kepada pendapat yang dikemukakan oleh fuqaha seperti Muhammad ‘Abdullah al-Ansari, salah seorang daripada sahabat Zufar. Menurut beliau, wang boleh diwakafkan dengan melaburkannya ke dalam mana-mana bentuk perniagaan atau pelaburan. Hasilnya akan disedekahkan (atau diwakafkan). Begitu juga barang-barang makanan yang boleh disukat dan ditimbang, boleh diwakafkan di mana ianya akan dijual dan wang yang diperoleh daripada jualan itu akan dilaburkan dan hasilnya juga boleh diwakafkan kepada tujuan-tujuan kebajikan.75 2.6 Konsep Pembiayaan Pendidikan Pendidikan merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Tidak akan ada perubahan ke arah yang lebih baik apabila sesebuah negara tidak memberikan tumpuan khas kepada aspek pendidikan. Matlamat penting daripada pendidikan bagi sesebuah negara adalah proses “character and national building”. Presiden Soekarno melihat “nation building” sebagai fasa kedua dalam revolusi negara selepas fasa liberation, yaitu bebas dari penjajahan. Tidak ada pembangunan negara tanpa pembangunan pendidikan.76 Ekonomi sangat berparanan penting dalam penyediaan pelbagai kemudahan pendidikan. 77 Dari sisi ekonomi yang paling berkaitan dengan pendidikan adalah 74 al-Kasani ‘ Ala al-Din Abi Bakr bin M as’ ud. Badai’al-Sanai’fi Tarti b al-Shara’i’, 198. Al-Mawsu’ah alFiqhiyyah, 123-124. 75 Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah,120. 76 Soekarno, Satu Tahun Ketentuan. Dibawah Bendera Revolusi, jilid kedua, (Jakarta: Panidya, 1965), 498. 77 Philip H. Phenix, Realms of Meaning: A Philosophy of the Curriculum for General education, (New York: McGraw-Hill Book Company, 1964), 132 Ridwan Idris, Perubahan Sosial Budaya dan ekonomi Indonesia dan Pengaruhnya terhadap Pendidikan, Jurnal Lentera Pendidikan, Vol. 14 No.2 Disember 2011. 55 pembiayaan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti memerlukan biaya yang besar. Ini merupakan konsep ekonomi pendidikan, di mana pendidikan dinyatakan sebagai pelaburan dalam bidang sumber modal insan yang akan menentukan taraf produktiviti individu mahupun kumpulan.78 Oleh kerana pendidikan merupakan sebuah pelaburan, maka pelaksanaan pendidikan tidak terlepas daripada biaya-biaya yang diperlukan dalam penyelenggaraannya laksana sebuah pelaburan, sama ada biaya lagsung mahupun biaya tidak langsung. 2.6.1 Pengertian Pembiayaan Pendidikan Banyak pakar yang telah memberikan pengertian kepada biaya pendidikan. Antaranya adalah Mulyasa79 yang berpendapat bahawa kewangan dan pembiayaan merupakan salah satu sumber daya yang secara langsung menyokong efektiviti dalam pengelolaan pendidikan. Biaya pendidikan adalah biaya yang mencakup semua jenis pengeluaran yang berkenaan dengan penyelenggaraan pendidikan. Sedangkan menurut Dedi Supriadi80, kos (cost) dalam pengertian ini memiliki cakupan yang luas, yakni semua jenis pengeluaran yang berkenaan dengan penyelenggaraan pendidikan, baik dalam bentuk wang mahupun barangan dan tenaga (yang dapat dihargakan dengan wang). Abbas Ghozali81 menyatakan bahawa biaya pendidikan adalah merupakan nilai wang daripada sumber daya pendidikan yang diperlukan untuk mengelola dan menyelenggarakan pendidikan. 78 Sri Sumiyati dan Santa Manurung, Indonesia Education Budget Policy: The Socio Economic, 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 112. Review. 79 E. Mulyasa, Manajemen Berbasis Sekolah, (Bandung: Remaja Rosdakarya, 2002), 47. 80 Dedi Supriadi, Membangun Bangsa melalui Pendidikan, (Bandung: Remaja Rosdakarya, 2004), 3. 81 Ghozali, Abbas et.al., Analisis Biaya Satuan Dasar dan Menengah. (Jakarta: Balitbang, Depdiknas, 2004), 1. 56 Muljani A. Nurhadi82 membezakan antara kos pendidikan dengan pembiayaan pendidikan. Kos pendidikan (costing) lebih berkaitan dengan persoalan kiraan dan perancangan kos yang diperlukan untuk menyokong proses pendidikan, sedangkan pembiayaan (funding/financing) lebih berkaitan dengan persoalan bagaimana, siapa, dan jumlah kos pendidikan. Daripada pelbagai pendapat mengenai biaya pendidikan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa biaya pendidikan adalah nilai wang yang dikeluarkan oleh pemerintah, penyelenggara pendidikan, masyarakat, mahupun orang tua pelajar, dalam bentuk barangan, pengorbanan peluang, mahupun wang, yang digunakan untuk mengelola dan menyelenggarakan pendidikan, yang secara langsung membantu keberkesanan dalam pengelolaan pendidikan. 2.6.2 Jenis-jenis pembiayaan Pendidikan Sama halnya denga pengertian pembiayaan pendidikan, jenis-jenis pembiayaan juga terdapat banyak pembahagian oleh pakar pembiayaan pendidikan. Namun pengkaji mengutip hanya beberapa pandangan sahaja dalam masalah ini. Kebanyakan pakar membahagikan jenis pembiayaan kepada biaya langsung (direct cost), biaya tidak langsung (indirect cost), Biaya individu (private cost), biaya sosial (social cost).83 (1) Biaya langsung (direct cost) dan biaya tidak langsung (indirect cost). Biaya langsung terdiri dari biaya-biaya yang dikeluarkan untuk keperluan membiyai penyelenggaraaan pengajaran, dan penyelidikan. Kebanyakan biaya langsung berasal dari sistem persekolahan seperti yuran pendidikan, dan sumbangan orangtua pelajar 82 Muljani A. Nurhadi, Administrasi Pendidikan di Sekolah, (Yogyakarta: Andi Offset, 1983), 1. Cohn, E., Economics of Education ,(revision edition). (Printed in United States of America, 1979), 62. Nanang Fattah, Ekonomi dan Pembiayaan Pendidikan, (Bandung: PT. Rosdakarya, 2004), 23; E. Mulyasa, Manajemen Berbasis Sekolah, 168. 57 83 untuk pendidikan atau yang dikeluarkan sendiri oleh pelajar untuk membeli perlengkapan dalam pelaksanaan proses pendidikannya, seperti biaya buku, peralatan dan wang belanja. Sedangkan biaya tidak langsung berupa keuntungan yang hilang dalam bentuk kesempatan yang hilang dan dikorbankan oleh pelajar selama belajar. Nanang Fattah84 menyebutkan bahawa biaya langsung terdiri daripada biaya-biaya yang dikeluarkan untuk keperluan pelaksanaan pengajaran dan aktiviti belajar mengajar pelajar, berupa pembelian alat-alat pelajaran, dan kemudahan belajar. (2) Biaya individu (private cost) dan Biaya Sosial (social cost) Biaya individu (private cost) adalah pengeluaran keluarga untuk pendidikan atau pengeluaran rumah tangga. Sedangkan Biaya sosial (social cost) adalah biaya yang dikeluarkan oleh masyarakat untuk pendidikan, baik melalui sekolah maupun melalui cukai yang dihimpun oleh pemerintah kemudian digunakan untuk membiayai pendidikan. Selain daripada pembahagian di atas, pembiayaan pendidikan juga dapat dibezakan kepada dua jenis iaitu biaya rutin (recurring cost) dan biaya modal (capital cost).85 biaya rutin adalah biaya keseluruhan yang mesti dikeluarkan dari tahun ke tahun, seperti gaji pegawai, serta kos operasi, biaya pemeliharaan bangunan, kemudahan dan alat-alat pengajaran.86 Sedangkan biaya modal atau sering pula disebut biaya pembangunan mencakup biaya untuk pembangunan fizikal, pembelian tanah, dan pengadaan peralatan-peralatan 84 Nanang Fattah, Ekonomi dan Pembiayaan Pendidikan, 23. Cohn, E., Economics of Education (revision edition). (United States of America:tp 1979), 62. 86 Nanang Fattah, Ekonomi dan Pembiayaan Pendidikan, 48. 85 58 lainnya yang dibiayai melalui anggaran pembangunan. Biaya pembangunan, misalnya, biaya pembelian atau pengembangan tanah, pembinaan gedung, ubah suai, dan lain-lain. 2.6.3 Sumber Pembiayaan Pendidikan Dalam konsep pembiayaan pendidikan, sumber kewangan dan pembiayaan pada suatu institusi pendidikan secara umum dapat dibahagikan kepada tiga sumber87, iaitu pemerintah (negara), orang tua atau pelajar dan masyarakat. Berdasarkan undang-undang Republik Indonesia No. 20 tahun 2003 tentang sisitem pendidikan nasional pada Bab XIII bahagian pertama fasal 46 ayat 1 dijelaskan bahawa pembiayaan pendidikan menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan dan masyarakat.88 Masyarakat yang dimaksud disini merangkumi orangtua pelajar dan pihak-pihak swasta. Sumber pembiayaan pendidikan dari swasta antara lain dari sumbangan perusahaan, infaq dan sedekah masyarakat, zakat, wakaf, dan lain-lain. Anggaran pendidikan di negara-negara maju, di mana kualiti modal insannya telah mencapai tahapan yang tinggi, telah mencapai 20 peratus daripada GNP. Di beberapa negara berkembang anggaran yang disediakan oleh kerajaan hanya 10 peratus, bahkan ada juga 5 peratus daripada anggaran nasionalnya.89 Pembiayaan pendidikan merupakan tanggung jawab negara, sehingga setiap negara menyediakan jumlah tertentu daripada belanjawannya untuk pembangunan pendidikan. Di Indonesia, belanjawan untuk pendidikan adalah 20 peratus daripada APBN 87 Peraturan Pemerintah Nomor 48 Tahun 2008 tentnag Pendanaan Pendidikan, Pasal 51 ayat (1); E. Mulyasa, Manajemen Berbasis Sekolah, 47. 88 Direktorat Jenderal Pendidikan Dasar dan Menengah Bagian Proyek Hasil Penilaian Belajar Tahap Akhir Nasional Jakarta Tahun 2003, Undang-undang Republik Indonesia No. 20 tahun 2003 tentang sisitem pendidikan Nasional, 21-21. 89 Hasan Langgulung, Asas-asas Pendidikan Islam, (Jakarta: Pustaka al-Husna, 1992), 138-139. 59 (Anggaran Penadapatan dan Belanja Negara). 90 Dalam bajet yang disediakan negara untuk pendidikan digunakan untuk pembangunan institusi pendidikan semua tingkatan seperti sekolah dan universiti, menyediakan sistem pendidikan yang bersesuaian dengan matlamat-matlamat kemajuan, meningkatkan kesejahteraan guru dan pensyarah, menyediakan kemudahan pendidikan asas bagi masyarakat dengan kualiti yang lebih baik dan murah, memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu, menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang berprestasi dan meningkatkan kualiti pendidikan yang tidak rasmi.91 Dalam bajet negara setiap tahun, peruntukan yang besar telah dikhaskan kepada sektor pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk memajukan sektor pendidikan seharusnya tidak ditanggung oleh pihak Kerajaan sahaja. Pihak swasta juga memainkan peranan penting untuk memajukan pendidikan negara dengan menyediakan kemudahan pendidikan di semua peringkat persekolahan. 92 Sehingga dalam praktikal, pembiayaan pendidikan dibezakan antara institusi pendidikan milik negara dan institusi pendidikan yang dibina oleh masyarakat (swasta). Pembiayaan pendidikan antara kedua jenis institusi itu memiliki kekhususan yang berbeza. Sekolah kebangsaan adalah sekolah milik negara yang pembiayaannya menjadi tanggung jawab negara sepenuhnya. Sedangkan sekolah swasta pembiayaannya tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada negara. 90 Peraturan Presiden RI No. 47 Tahun 2009 tentang Pembentukan dan Organisasi Kementerian Negara berganti menjadi Kementerian Pendidikan Nasional. 91 Sri Sumiyati dan Santa Manurung, Indonesia Education Budget Policy: The Socio Economic, 113. 92 Undang-undang Sistem pendidikan Nasional Republik Indonesia. 60 Di Malaysia, kerajaan telah meminta institusi pendidikan untuk berdikari dan mengelak bergantung kepada bantuan kerajaan, ini telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin93. “sudah tiba masanya institusi pengajian tinggi berdikari dan mengelak bergantung kepada dana kerajaan. Universiti perlu membantu kerajaan dengan mencari pendapatan sendiri menerusi pengkormesialan produk yang dihasilkan. Mereka perlu mencari pendapatan luar. Semua universiti memiliki kekuatan produk R&D dan saya yakin dengan kemampuan mereka menjana pendapatan sendiri. “Kita juga mahu R&D memanfaatkan masyarakat bukan hanya memberi nilai kepada universiti”. Namun walau bagaimanapun, pihak kerajaan dan swasta tidak menanggung semua kos pendidikan sampai pada tahap pendidikan percuma. Sehingga sumber yang sangat penting dalam pembiayaan pendidikan selain kerajaan dan pihak swasta ialah pihak orangtua atau pelajar yang dituntut untuk membayar yuran pendidikan. Bagi pelajar yang belajar di institusi pendidikan yang dibiayai oleh negara, maka yuran yang dibayarkan biasanya lebih murah dibandingkan yuran pendidikan di institusi swasta. Biasanya, semakin berkualiti sebuah institusi maka semakin tinggi pula yuran yang dikenakan kepada pelajar. 2.7 Konsep Pembiayaan Pendidikan melalui wakaf Dalam sistem pendidikan Islam klasik, antara pendidikan Islam dan wakaf mempunyai hubung kait yang sangat kuat. Institusi wakaf menjadi sumber kewangan bagi aktivitiaktiviti pendidikan, sehingga pendidikan dapat diteruskan dengan baik dan lancar. Wujudnya sistem wakaf dalam Islam disebabkan oleh sistem ekonomi Islam yang menganggap bahawa ekonomi berhubung kait dengan akidah dan syariat Islam, dan 93 Artikel Berita Harian, IPTA Perlu Menjana Pendapatan Sendiri, 15 September 2009. 61 wujudnya keseimbangan antara ekonomi dan kemaslahatan masyarakat, sehingga aktiviti-aktiviti ekonomi bermatlamatkan ibadah dan untuk kemaslahatan bersama.94 Konsep yang membangunkan dimainkan oleh wakaf pendidikan adalah untuk membantu sesebuah institusi pendidikan melalui sumbangan yang diperolehi. Wakaf yang diterima adalah untuk sesebuah institusi pendidikan menjalankan urus tadbir, membantu kos operasi, membangun modal insan dan meninggikan taraf pendidikan umat Islam. Wakaf pendidikan adalah merupakan sesuatu harta, barangan, aset atau tunai yang diberikan kepada sektor pendidikan atau sesebuah institusi pendidikan sama ada secara berterusan atau tidak demi untuk kepentingan dan manfaat awam. Wakaf pendidikan diwujudkan untuk kelangsungan pembangunan ekonomi khususnya dalam bidang pendidikan dan membentuk dana berterusan tanpa terlalu bergantung kepada dana yang diberikan oleh kerajaan.95 Ada tiga aspek konsep pembiayaan pendidikan melalui wakaf, iaitu: 1) Tanah Tanah merupakan jenis wakaf yang mula-mula dikenal dalam Islam, dan telah banyak diamalkan oleh masyarakat Islam. Adakalanya wakaf tanah itu untuk tujuan yang khusus mahupun tujuan umum untuk kemaslahatan orang ramai. Kebanyakan tanah diwakafkan untuk pembinaan masjid, surau dan juga pendidikan. 96 Masjid pada masa 94 Muh. Idris, Pendanaan Pendidikan Islam: Sebuah Tinjauan Historis, Jurnal Lentera Pendidikan, Vol. 11, No. 2 Desember 2008. 155. 95 Raja Nor Ashikin binti Raja Ramli dan Nor ‘Adha binti Abd Hamid, Kelestarian Wakaf dalam Membangunkan Institusi Pendidikan: Kajian Awal, Proceeding of International Conference on Postgraduate Research (ICPR 2014) (e-ISBN 978-983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA, 456. 96 Muh. Idris, Pendanaan Pendidikan Islam: Sebuah Tinjauan Historis, Jurnal Lentera Pendidikan, Vol. 11, No. 2 Desember 2008. 155. 62 dahulu selain tempat beribadah, juga merupakan tempat pendidikan. Sebahagian besar masjid didirikan di atas tanah wakaf. Wakaf tanah juga merupakan amalan bagi masyarakat Islam dalam penyediaan tapak pembinaan bagi institusi pendidikan Islam seperti pondok dan sekolah. Terdapat banyak wakaf khas untuk pembinaan pendidikan sehingga di atas tanah wakaf tersebutlah didirikan institusi pendidikan. Institusi pendidikan wakaf merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan atau dibina dengan menggunakan harta yang telah diwakafkan oleh umat Islam. Pendidikan pula merupakan satu proses aktiviti berterusan yang mengandungi unsur-unsur pengajaran, latihan, bimbingan, pimpinan dengan tumpuan khas kepada pemindahan berjenis ilmu, nilai agama dan budaya serta kemahiran yang berguna yang dibukukan oleh satu generasi kepada generasi yang lain atau oleh seorang individu kepada individu yang memerlukan.97 2) Wakaf Bangunan Jenis wakaf ini juga merupakan waakaf yang sangat masyhur dalam kalangan umat Islam. Wakaf bangunan melengkapi wakaf tanah, sehingga tanah yang telah diwakafkan dengan tujuan pembinaan tempat pendidikan sempurna dengan wakaf bangunan. Dalam sejarah tercatat banyak wakaf bangunan yang diwakafkan untuk pendidikan oleh khalifah atau orang-orang kaya. Antara bangunan yang diwakafkan untuk pendidikan adalah masjid, al-katati b, madrasah, maktabah dan lain-lain. 97 Ahmad Zaki Latiff, Norzaidi Mohd Daud & Che Zuina Ismail. (2008). Pengurusan Harta Wakaf dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, Vol. 2, No. 2.28. 63 Sejak awal Islam, umat Islam telah memberikan perhatianya terhadap pembangunan masjid. Masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadah, akan tetapi juga pusat da’wah Islam, tempat penyebaran, pengajaran risalah Islam, bahkan tepat untuk membahas permasalahan-permasalahan politik dan sosial. Sebagian besar masjid didirikan dari sumber wakaf. masjid wakaf pertama kali dibina adalah masjid Qubā`, yang didirikan oleh Rasulullah SAW ketika pertama kali sampai di Madinah, kemudian Masjid Nabawi yang didirikan tahun pertama Hijriah, kemudian bermunculan masjidmasjid wakaf pada masa Khulafā` al-Rashidīn, Bani Umayyah dan Bani al-‘Abbās.98 Masjid-masjid yang terkenal yang menjadi qiblat bagi para ulama dan penuntut ilmu seperti masjid Nabawi dan masjid al-Harām di Makkah, masjid Kufah tahun 14H, masjid Basrah tahun 17H, masjid Umawy di Damsyik tahun 19H, Jami’ ‘Amr ibn al‘As di Mesir tahun 21H, Jāmi’ Ibn Thulūn tahun 258H, dan Jāmi al-Azhar di Mesir tahun 359H. Masjid-masjid tersebut selain digunakan sebagai tempat beribadah, juga sebagai tempat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti pendidikan, kajian agama dan bahasa Arab, bahkan juga mengadakan kajian ilmu-ilmu moden ketika itu seperti kedoktoran, falak, hisab dan lain sebagainya. Bahkan beberapa universiti tersebut masih terkenal hingga sekarang, antaranya adalah masjid universiti al-Azhar Mesir, Universiti alZaitunah Tunisia, dan Universiti al-Qurawiyyin Maghribi.99 Al-Kuttāb atau al-maktab merupakan tempat bagi pemula yang ingin belajar membaca dan menulis, belajar al-Qur’an, dan dasar-dasar ilmu-ilmu agama. Pada masa Bani Umayyah, al-katātīb, diperuntukkan bagi anak-anak khalifah dan keluarga istana serta orang kaya, akan tetapi selanjutnya bermunculan al-katātīb yang didirikan oleh para dermawan sebagai wakaf untuk anak-anak yatim dan anak-anak miskin. Ibnu Huql 98 Ahmad Furqon, Wakaf sebagai Solusi Permasalahan dunia Pendidikan di Indonesia, Jurnal alTaqaddum,Vol. 4, No. 2, November 2012, 54. 99 Ibid. 64 mencatat dalam sebuah kota seperti Sicily Itali terdapat 300 al-katātīb, di mana dalam satu al-kuttāb menampung ratusan bahkan ribuan siswa.100 Madrasah wakaf al-Nūriyah di Syiria, yang didirikan oleh Nurudd i n al-Zanki , madrasah wakaf al-Z āhiriyyah yang didirikan oleh al-Zāhi r Beybers di Mesir tahun 626H, Madrasah al-Sālihiyyah yang merupakan wakaf Raja al-Sālih Najm al-Dīn Ayyub di Mesir tahun 641H, Madrasah al-Mas‘ūdiyyah yang didirikan oleh Mas‘ūd al-Syāfi’i di Baghdād. Madrasah ini mengajarkan fiqah empat mazhab di samping ilmu-ilmu umum dan kedoktoran. Madrasah al-Salāhiyyah di Halb Damsyik yang didirikan oleh Ami r Salāhuddin Yusūf al-Dawādar, madrasah al-Ghiyāth atau madrasah al-Malik Mansūr di Mekkah, yang didirikan al-Manshūr Ghiyāth al-Dīn tahun 813H. Ada juga madrasahmadrasah lain yang dibangun dan dibiayai kos operasinya dengan dana wakaf, seperti madrasah al-Mustanshiriyah di Baghdad, madrasah Sultān Hasan, Jāmi’ al-Azhar di Mesir, al-Zaitunah di Tunisia, al-Qurawiyyin di Fes Maghribi.101 Dār al-’Ilm di Mosul Iraq merupakan perpustakaan wakaf pertama dalam sejarah Islam. Didirikan oleh Ab u Qāsim Ja’far ibn M uhammad ibn Hamdān al-Mū sily, seorang ulama mazhab Shafi’ie pada permulaan abad ke-4 Hijriah. Perpustakaan ini memiliki bukubuku yang sangat banyak dalam bidang ilmu yang bermacam-macam. Hal ini kerana Ibnu Hamdān sebagai pendiri perpustakaan ini memiliki perhatian terhadap ilmu yang bermacam-macam seperti fiqh, syair, sastera, sejarah dan falak.102 Must afa al-Siba’ i , Min Rawā`’ i Hadāratina, (Dār al-Warrāq, 1420 H), 199-204. Ibid,. 184-187 102 Yaqūt ibn Abdullah al-Hamawi, Mu’jam al-Udabā`, (Kairo: Dār al-Ma`mūn, 1938), 7/192. 100 101 65 3) Wakaf Produktif Pembiayaan pendidikan melalui wakaf adalah salah satu daripada jenis pembiayaan pendidikan yang bersumber daripada pihak masyarakat, yang bererti wakaf dalam hal ini wakaf untuk menanggung kos penyelenggaraan aktiviti pendidikan. Pengurusan pembiayaan pendidikan melalui wakaf ditadbir oleh institusi pendidikan atau pun institusi wakaf yang kemudian mengagihkan pulangan wakaf kepada sektor pendidikan. Dikatakan Khalifah al-Ma’mun adalah orang yang mengasaskan harta wakaf pendidikan secara sistematik. Sehingga ia diluaskan dan dikekalkan oleh para penggantinya dan diharuskan pula badan ilmiah dan kebudayaan mendirikan badan wakaf yang kekal. Perkembangannya melahirkan pula wakaf-wakaf khusus diperuntukkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu, misalnya muncul wakaf untuk mereka yang sibuk dengan aktiviti-aktiviti ilmiah di masjid-masjid. Bahkan untuk study group tertentu, tiangtiang masjid (ada kumpulannya) seterusnya wakaf bagi membiayai keperluan para petugas dan guru-gurunya.103 Wakaf produktif adalah wakaf yang dapat memberikan pulangan yang lebih besar kepada penerima wakaf melalui pelaburan. Terdapat banyak institusi pendidikan yang mempunyai tanah wakaf, maka tanah tersebut dilakukan pembangunan dengan kaedah pelaburan. Seperti Universiti Al-Azhar Mesir merupakan sebuah universiti yang terulung di dunia dan telah berjaya melahirkan cendikiawan Islam dari seluruh pelusuk dunia. Menurut sejarah, Universiti dijadikan sebagai institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti Hadith, Tafsir, Tauhid, Ulum 103 Ahmad Shalaby, History of Muslim Education, (Beyrut: Dar al-Kashsh af, 1954), 329. 66 Quran, Sejarah, Sastera, Bahasa dan sebagainya. Selama lebih 800 tahun Universiti AlAzhar ini dibiayai melalui wakaf produktif.104 Pondok Modern Darussalam Gontor (PMDSG) ditubuhkan pada 10 April 1926 adalah merupakan antara pondok pengajian di Indonesia yang mengamalkan konsep wakaf demi kelangsungan pendidikan. Lembaga tertinggi dalam pentadbiran dan pengurusan di Pondok Modern Darussalam Gontor adalah badan wakaf yang bertanggungjawab dalam aspek pembiayaan pendidikan dan pengajaran. 105 Berdasarkan kepada konsep pembiayaan pendidikan yang telah dihuraikan oleh pengkaji, maka wakaf dapat membiayai pendidikan dari segi ianya sebagai modal asal (capital cost) untuk pembangunan sebuah institusi pendidikan seperti wakaf tanah dan bangunan, adakalanya juga wakaf dapat berperanan dalam menanggung pengeluaran daripada aktiviti-aktivi pendidikan seperti kos operasi, gaji guru, dan wakaf juga dapat memberikan biasiswa, pendidikan percuma atau meringankan yuran pendidikan yang dikeluarkan oleh pelajar. Semua jenis wakaf yang dihimpun oleh nazir wakaf, adakalanya nazir itu di dalam sesebuah institusi pendidikan mahupun nazir itu institusi pentadbiran dan pengurusan wakaf, dibangunkan secara profesinal sehingga menghasilkan keuntungan. ‘Ayn wakaf tetap kekal, keuntungan daripada wakaf diagihkan untuk pendidikan. Banyak institusi pendidikan yang berasaskan pembiayaan melalui wakaf, berjaya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dalam sejarah Islam. Harta wakaf dihimpun kemudian dikembangkan untuk menghasilkan pulangan dengan pelbagai cara, sama ada 104 Raja Nor Ashikin binti Raja Ramli, Nor ‘Adha binti Abd HamidKelestarian Wakaf dalam Membangunkan Institusi Pendidikan: Kajian Awal, Proceeding of International Conference on Postgraduate Research (ICPR 2014) (e-ISBN 978-983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.459. 105 Ibid. 67 cara-cara yang tradisonal mahupun cara-cara yang moden. Sebagai contoh, Pondok Modern Darussalam Gontor (PMSG) menjalankan konsep wakaf pendidikan melalui badan wakaf yang menguruskan tanah-tanah wakaf melalui 3 cara iaitu tanah wakaf tersebut diusahakan sendiri oleh petani dan keuntungan dibahagaikan sama rata iaitu 5050. Cara kedua adalah menyewakan tanah wakaf kepada petani dan dibayar mengikut musim tanaman dikeluarkan. Cara ketiga adalah kiraan sewa yang akan dibayar oleh petani mengikut jumlah hasil yang diperolehi. Daripada tiga cara tersebut, telah memberikan kesan yang amat membantu PMDSG berkembang dan mengukuhkan lagi sumber ekonomi institusi tersebut melalui sistem wakaf. 106 Agar harta wakaf mendapatkan pulangan dan keuntungan, maka caranya adalah pelaburan. Dalam sebuah kajian tentang kaedah pelaburan harta wakaf di Dompet Dhuafa Indonesia menyebutkan bahawa potensi harta wakaf perlu dikembangkan mengikut keadaan ekonomi semasa. Adapun kaedah pelaburan mestilah bersesuaian dengan prinsip ekonomi dan syariat. Ianya pula mesti mengutamakan tujuan agihan harta dan prinsip kekekalan harta. Kaedah pelaburan harta wakaf di Dompet Dhuafa Republika tidak hanya menumpukan kepada pengembangan harta wakaf, ianya pula memiliki tujuan pembangunan ekonomi sosiokemasyarakatan. Selama ini, pelaburan wakaf dilaksanakan pada Institusi Perbankan, Baitul Māl wat Tamwīl (BMT), Industri Kecil dan Sederhana dan Pasar Saham. Adapun bentuk pelaburan harta dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pembiayaan atau perkongsian seperti akad mudārabah atau musyārakah. Oleh sebab itu, kaedah pelaburan harta wakaf meliputi aspek perkembangan ekonomi semasa, prinsip-prinsip syariat dan tujuan ekonomi, kekekalan harta wakaf dan keutamaan agihan harta untuk tujuan pembangunan ekonomi umat.107 106 Ibid.,461. Hari Candra, Kajian Kaedah Pelaburan Harta Wakaf di Dompet Dhuafa Republika, Indonesia, Tesis Jabatan Syariah dan Ekonomi UM, 2009. 68 107 2.8 Konsep Istibdal dan Aplikasinya dalam Wakaf Pendidikan Pada asalnya wakaf berkaitan dengan dua perkara, iaitu tahbi s al-a sl dan tasb i l almanfa’at. Tahbi s al-asl ialah menahan asal atau ‘ayn mawquf sehingga ia bersifat kekal. tasb i l al-manfa’at ialah berterusan manfaat daripada harta wakaf sehingga wakif mendapat ganjaran berlipat dan manfaat yang berterusan juga kepada ummat secara amnya. Bagi wujudnya dua hal tersebut di atas, maka dalam pembangunan wakaf hendaknya tidak mengabaikan bahawa wakaf itu sifatnya tahbi s al-asl dan tasb i l almanfa’at, sekiranya tahb i s sahaja tanpa tasbi l maka harta wakaf tidak akan memberikan manfaat dan sumbangan kepada kesejahteraan umat.108 Konsep istibd al merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan efisien dalam membangunkan harta wakaf. Harta-harta wakaf tersebut dapat dimanfaatkan dan dielakkan daripada terus terbiar tanpa ada kemajuan. Namun begitu, istibdal wakaf bukanlah satu kaedah yang boleh dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya. Ia perlulah mematuhi segala prinsip dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para fuqaha agar pelaksanaan istibdal terhadap sesuatu harta wakaf itu sah dan benar-benar mengikut apa yang telah digariskan oleh syarak serta tidak bercanggah dengan tujuan sebenar wakaf iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan untuk mendapat keredaanNya. Istibd al merupakan perkataan bahasa Arab yang berasal dari perkataan ( ‫ )ﺑﺪﻝ‬badal bermaksud ‘tukar’ atau ‘ganti’. Manakala ( ‫ )ﺇﺑﺪﺍﻝ‬ibdal dan (‫ ) ﺍﺳﺘﺒﺪﺍﻝ‬istibdal pula membawa maksud yang sama iaitu “menukarkan sesuatu dengan mengambil sesuatu 108 Salih bin Muhammad bin Ibrahi m al-H asan, Istibdal ‘A’yan al-Waqf Baina al-Maslahat wa al-Isti la’, Kertas Kerja dibentangkan pada Muktamar Wakaf ke-3, di Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia, 2009. 152. 69 yang lain sebagai ‘ganti’.109 Pada asalnya istilah ibd al dan istibdal penggunaannya tidak hanya terhad kepada wakaf sahaja, namun termasuk dalam zakat, kaffarah, jual beli dan lainnya.110 Secara kesimpulannya istibdal wakaf bermaksud menukarkan sesuatu harta wakaf dan menggantikannya dengan harta lain dengan cara menjual harta wakaf asal dan membeli harta baru sebagai ganti. 111 Fuqaha mempunyai pandangan yang berbeza mengenai istibd al mawquf sama ada ia melibatkan wakaf masjid, wakaf tanah atau harta alih dan sebagainya. Ada pendapat yang mengharuskan istibd al dan ada pendapat yang mengharamkan istibd al kecuali pada masa darurat berdasarkan kepada kaedah al-darurat tubih al-mahzurat, maka mereka mengharuskan istibdal mawquf untuk kepentingan umum. Menurut Imam Malik, istibdal adalah tidak dibenarkan kecuali dalam beberapa keadaan sahaja iaitu berlaku perubahan dari harta alih kepada tidak alih. Ia juga dibenarkan jika dalam keadaan darurat seperti pembesaran masjid, tanah perkuburan dan jalan umum. Hal ini jika dibenarkan atas asas jika dihalang kaedah istibdal maka ia akan mendatatangkan masalah yang besar kepada masyarakat umum.112 Bagi harta wakaf alih, istibd al diharuskan kerana harta wakaf alih kebiasaannya tidak akan tahan lama dan akan rosak, maka dengan melakukan istibd al pelaksanaan wakaf itu akan dapat dikekalkan.113 Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram. Lisan al-‘Arab. Jil. 1 perkataan (‫( )ﺑﺪﻝ‬Beirut: Dar Sadir, 1990), 344. 110 Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, Jil 1 (Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Shu-un al Islamiyyah, 1993), 142. 111 Al-Zarqa’, Mustafa Ahmad, Ahkam al-Awqaf, Edisi Pertama (`Amman: D ar `Ammar, 1997), 171; Hariz, Salim, (1994) al-Waqf: Dirasat wa Abhath, (Beirut: al-Jami`ah al-Lubnaniyyah, 1994), 74; Sha`ban, Zaki al-Din et.al, Ahkam al-Wasiyyah wa al-M irath wa al-Waqf fi al-Shari `ah al-Islamiyyah, Edisi Kedua (Kuwait: Maktabah al-Fallah,1989), 534. 112 Abu Zuhrah, Muhammad. Muhadarat fi al-Waqf (Kaherah: Jami’ah al-Duwal al-‘Arabiyyah, 1971), 171. al-Zuhaili , Wahbah. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Ed. ke-8 (Dimashq: Dar al-Fikr, 2005), 7675. 113 Malik bin Anas, al-Mudawwanah al-Kubra. Jil. 4. (Kaherah: Dar al-Fikr. t.th.), 342. 70 109 Manakala Ibnu Rushd pula menyatakan, jika harta wakaf berkenaan tidak boleh lagi mendatangkan manfaat, maka ia boleh ditukarkan dengan syarat mendapat persetujuan qadi atau pemerintah. Namun begitu, alasan yang sangat kukuk diutarakan bagi mengelakkan agar istibdal ini tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu mazhab Shafi’ie pula berpegang teguh dengan hadith yang diriwayatkan oleh Umar r.a. yang melarang istibdal. Oleh itu, syarat am wakaf iaitu harta berkenaan tidak boleh dijualbeli, dihibah atau diganti adalah menjadi pegangan bagi mazhab ini.114 Kaedah istibdal dalam wakaf tidak bermakna menghapuskan tujuan asal wakaf. Bahkan ia merupakan satu konsep di mana satu pertukaran dari asset wakaf yang asal telah ditukar secara sukarela, jualbeli dan harga dari jualan itu umpamanya dibelikan dengan harta yang lebih kompetitif dan dimaksimumkan penggunaannya. Sehubungan dengan itu, manfaat dari nilai asset berkenaan akan terus dapat dimanfaatkan. Zat harta berkenaan akan terus kekal, namun bentuk fizikalnya akan berubah. Bahkan dalam konteks yang lebih besar, segala manfaatnya akan boleh dinikmati sama ada pewakaf dan penerima wakaf berkenaan. 115 Dalam mazhab Hanafi konsep istibd al diharuskan dan dilaksanakan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan harta wakaf. 116 Dalam masalah ini pelaksanaan istibdal diharuskan disebabkan terdapat maslahah sekiranya mendapat keizinan oleh qadi.117 Adapun terdapat pendapat lain 114 Ikrimah Sa’i d Sabri , al-Waqf al-Islami Baina al-Nazariyyah wa al-Tatbi q.( Yordania: Dar al-Nafais, 2008), 182. al-Zuhaili , Wahbah. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 7678. 115 Mustafa Bugha, al-Khin dan ‘Ali al-Sharbaini, al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafi’ie, jil. 5 cetakan ketiga, (Damsyik: Dar al-Qalam, 1992), 16. 116 Abu Zuhrah, Muhammad. Muhadarat fi al-Waqf (Kaherah: Jami’ah al-Duwal al-‘Arabiyyah, 1971), 172. 117 Ikrimah Sa’i d Sabri , al-Waqf al-Islami Baina al-Nazariyyah wa al-Tatbi q.( Yordania: Dar al-Nafais, 2008), 182. 71 yang mengatakan bahawa istibd al tidak boleh dilakukan kerana istibdal hanya boleh dilakukan ketika keadaan mendesak.118 Bagi pendapat fuqaha yang bermazhab Hanbali, konsep istibdal wakaf diterima secara mutlak dan mereka mengharuskan konsep tersebut dilaksanakan terhadap harta alih dan harta tak alih. Fuqaha mazhab Hanbali mengemukakan hujah bahawa harta wakaf yang tidak boleh dijual, dihibah dan diwarisi adalah selagi mana ia memberi manfaat, maka apabila harta tersebut sudah rosak dan tidak bermanfaat maka ia harus diistibdal bagi mengekalkan maksud wakaf tersebut iaitu selamanya. 119 Daripada perbincangan tersebut, didapati bahawa konsep istibd al Wakaf merupakan satu konsep yang diterima pakai oleh jumhur ulama yang terdahulu dan masa kini. Mereka berpendapat bahawa konsep istibdal adalah salah satu jalan penyelesaian terhadap masalah wakaf yang berlaku. Cuma apa yang dihujahkan tentangnya adalah agak berbeza mengikut pendapat masing-masing. Dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-4 yang berlangsung pada 13 hingga 14 April 1982 di Kuala Lumpur, Jawatankuasa Fatwa telah membincangkan hal berkaitan Wakaf Gantian dan memutuskan bahawa: “Wakaf Gantian yang bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf, adalah diharuskan mengikut pendapat Imam Abu Hanifah”. 120 Istibd al mawquf mempunyai matlamat dan objektif tertentu, antaranya ialah mengekalkan mawquf umat Islam supaya manfaat dan kegunaannya dapat dinikmati 118 al-Zuhaili , Wahbah. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Ed. ke-8 (Dimashq: Dar al-Fikr, 2005), 7675. Ikrimah Sa’i d Sabri , al-Waqf al-Islami Baina al-Nazariyyah wa al-Tatbiq, 120 JAKIM, Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Berhubung dengan IsuIsu Muamalat, 2009, 84. 72 119 secara berterusan. Di antara matlamat tersebut ialah menjamin pembangunan mawquf mengikut arus pembangunan dan perkembangan ekonomi semasa negara, menjaga dan memelihara tujuan/ niat pewakaf bagi mendapat ganjaran secara berkekalan sebagai sedekah jariah, mengelak pembekuan mawquf yang tidak ekonomik dan menjadi terbiar; dan meningkatkan hasil dan pendapatan dana wakaf negeri-negeri untuk pembangunan ummah.121 Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di atas yang merupakan kesimpulan bagaimana hukum dan pelaksanaan kaedah istibd al, maka ianya dapat dilaksanakan sesuai ketentuan-ketentuan yang telah digariskan kepada wakaf harta wakaf, termasuk diantaranya wakaf pendidikan. Terdapat tanah-tanah yang wakaf untuk yang tidak memberikan manfaat dan digantikan dengan tanah yang dapat memberikan manfaat yang lebih termasuk dalam pendidikan, adakalanya wakaf tersebut tidak dapat dimanfaatkan kerana letak yang tidak strategik sehingga kaedah istibd al patut dilaksanakan. Kaedah istibdal harta wakaf pendidikan juga menepati maqasid syariah. Dalam kes wakaf khas, selain daripada wakaf masjid, terdapat juga tanah wakaf yang dikhususkan untuk pembinaan institusi pendidikan. Disebabkan masalah yang sama iatu tanah asal yang diwakafkan kecil dan tidak ekonomikal, maka kaedah istibdal perlulah dilakukan. Selain dari mendirikan bangunan sekolah seperti yang telah dinyatakan oleh pewakaf, boleh juga didirikan bangunan pusat perniagaan yang dijalankan di mana hasil keuntungan daripapada perniagaan yang dijalankan di tempat tersebut disalurkan kepada sekolah yang telah dikenalpasti sebagai penerima wakaf tersebut. Keuntungan yang diperolehi itu digunakan untuk aktiviti penambahbaikan atau menaik taraf sekolah tersebut. Selain daripada pusat perniagaan, tanah wakaf tersebut juga boleh dikelola 121 Jurnal JAWHAR, Manual Pengurusan Istibdal Wakaf, (Kuala Lumpur, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) 2010), h.12 73 secara produktif dengan usaha pertanian dan perkebunan di mana hasilnya disalurkan untuk pengelolaan serta pembangunan institusi pendidikan tersebut.122 Wakaf am memberikan ruang yang lebih besar kepada pentadbir wakaf untuk melaksanakan pelbagai perkara yang menjurus kepada kemaslahatan bersama. Secara amnya, tanah yang mempunyai nilai yang sangat tinggi tetapi tidak dapat dibangunkan, boleh dilakukan kaedah istibdal. Ia bagi merangsang ekonomi penerima wakaf. Antara bidang yang boleh diterokai melalui kaedah istibdal ini, hasil penjualan tanah asal adalah bidang pendidikan. Ianya dapat digunakan untuk kemajuan pendidikan dan penyelidikan Islam dan konvensional. Apatah lagi jika tujuan penyelidikan berkenaan untuk memperkemas dan memajukan hartnah wakaf, maka sudah pasti penyaluran dana wakaf am tersebut amat bertepatan dengan objektifnya.123 Terdapat kes pembangunan wakaf yang dilaksanakan melalui kaedah istibd al seperti pembinaan kompleks pendidikan al-Mashoor di Pulau Pinang. Ia melibatkan kos projek sebanyak RM37 juta. Peruntukan bagi pelaksanaan pembinaan kompleks pendidikan alMashoor bagi penempatan 1500 pelajar lelaki dan perempuan dengan kemudahan terkini. Tapak ini adalah sebagai gantian tapak asal Lot 23 dan 24 (1) Lebuh Tek Soon yang dibuat pengambilan balik untuk pembangunan KOMTAR.124 Selain di Pulau Pinang, di Kedah juga telah berlaku gantian tanah wakaf melalui kaedah istibdal, di mana tanah asal wakaf di jual dan digantikan dengan tanah wakaf yang baru yang boleh mendatangkan hasil yang lebih baik dan dibelanjakan untuk maslahat 122 Pedoman Pengelolaan dan Pengembangan Wakaf, (Jakarta: Direktorat Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam dan Penyelenggaraan Haji, 2003), 65. 123 Hisham bin Sabri, Muhammad Muda dan Nur Adilah Uthman, Penjanaan Ekonomi Umat Islam melalui Kaedah istibdal dalam Pembangunan Harta Wakaf, JMIFR, Vol. 3, No. 1, 2006, 219. 124 Ijtimak Zakat dan Wakaf 2007, Pengurusan Wakaf di Negeri Pulau Pinang: Pencapaian, Cabaran dan Strategi. Fakhruddin Abd. Rahman, 16. 74 mawquf alayh iaitu madrasah Saadah al-Darain Batu Hampar, Merbok seperti mendirikan bangunan tambahan dan lain-lain mana yang lebih diperlukan.125 2.9 Peranan Wakaf dalam Pembangunan Pendidikan Sejarah membuktikan bahawa wakaf memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Wakaf telah menjadi alat agihan semula kekayaan bagi mencapai pembangunan ekonomi dalam konteks yang menyeluruh. Ini kerana wakaf telah memainkan peranan untuk menyediakan pendidikan, pusat kesihatan, tempat ibadat serta menyediakan kemudahan jalan raya, jambatan dan sebagainya. 126 Menurut Cizakca, wakaf wang yang dilaksanakan semasa zaman Kerajaan Uthmaniyyah pula banyak membantu dalam menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi masyarakat seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.127Wakaf wang dilaksanakan dengan cara wang yang diwakafkan tersebut dilaburkan dan hasil keuntungan dibelanjakan untuk benefisiari wakaf. Ini bermakna modal asal wang wakaf kekal dan tidak berkurangan.128 Malah amalan yang dilaksanakan semasa Kerajaan Uthmaniyyah ini sangat menarik untuk diketengahkan. Contohnya Cizakca menjelaskan satu sampel wakaf wang yang dibuat oleh El-Hac Sulayman El-Hac, di mana beliau mewakafkan sebanyak 70,000 dirham perak yang dibuat pada tahun 1513. El-Hac mewakafkan sebanyak 30,000 125 Himpunan Fatwa 2 Negeri Kedah, (Kedah: Majlis Agama Islam Kedah, t.t.), 69. Sadeq, Abul Hasan Muhammad, “Waqf, Perpetual Charity and Poverty Alleviation”, International Journal of Social Economics, Vol. 29, No.1/ 2, (2002), 135-151. 127 Cizakca, Murat (1995), “Cash Waqfs of Bursa, 1555-1823,” Journal of the Economic and Social History of the Orient. Leiden: E.J.Brill, v.38, part 3 (August 1995), h. 313. 128 Ibid., hh. 315-316. 75 126 dirham untuk digunakan bagi pembinaan sekolah dan baki sebanyak 40,000 dirham dijadikan modal untuk dilaburkan iaitu dengan cara dipinjamkan kepada pihak yang berminat dengan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus setahun atas kontrak murabahah. Hasil keuntungan yang diperolehi dibelanjakan untuk perkara yang ditetapkan iaitu:129 a) 3 dirham gaji guru sekolah b) 1 dirham kepada pembantu guru 1 dirham kepada orang yang membaca al-Quran c) d) 2 dirham kepada nazir wakaf. Hasil kajian beliau mendapati bahawa kebanyakan hasil keuntungan daripada wakaf wang semasa Kerajaan Uthmaniyyah digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan pentadbiran wakaf, pendidikan, makanan, keluarga pewakaf, institusi keadilan, perbelanjaan untuk penyelenggaraan harta wakaf, masjid, sewa, keagamaan, sosial, cukai dan nazir wakaf. 130 Di dalam dunia pendidikan, tidak dapat dipertikaikan bahawa nama-nama lembaga pendidikan Islam tersohor seperti Universiti al-Azhar, Universiti Zaituniyyah di Tunisia dan ribuan Madaripadas Imam Lisesi di Turki, Universiti Nizamiyah di Baghdad, dan lain sebagainya bukanlah lembaga pendidikan yang fully profit oriented. Mereka merupakan lembaga yang bercorak sosial dengan pembangunan wakaf. Secara operasional tidak mungkin institusi tersebut akan bertahan hingga sekarang jikalau mengharapkan subsidi pemerintah, dan tidak mungkin hanya mengharapkan sumbangan 129 Ibid., h. 332. Ibid., h. 338-346. 130 76 masyarakat. Anehnya institusi-institusi tersebut bisa memberikan biasiswa bagi jutaan mahasiswa di seluruh dunia.131 Di Indonesia, Pondok Modern Gontor Ponorogo, Badan Wakaf Universitas Islam Indonesia (UII) Yogyakarta, dan Pesantren Tebuireng Jombang, merupakan beberapa potret perlembagaan wakaf yang dikembangkan dalam bentuk pelaburan yang manfaatnya dipergunakan untuk pengembangan pendidikan.132 Tidak hairan apabila beberapa lembaga pendidikan yang berasakan wakaf di Indonesia tidak bisa berkembang mandiri dan selalu bergantung pada subsidi pemerintah dan sumbangan daripada masyarakat.133 Peranan yang dimainkan oleh institusi wakaf dalam menyediakan pendidikan sememangnya amat banyak. Pendidikan adalah penting bagi pembangunan sumber manusia. Malah ahli ekonomi telah membuktikan bahawa pendidikan adalah faktor penting dalam mencapai pertumbuhan ekonomi selepas Perang Dunia II. Pendidikan penting untuk mengembangkan pengetahuan masyarakat dan seterusnya mempengaruhi proses pembangunan negara.134 Dalam laporan oleh Bank Dunia menjelaskan bahawa pendidikan mempunyai hubungan yang kuat dengan pertumbuhan ekonomi. Di negara-negara sedang membangun seperti di Afrika didapati bahawa bagi petani yang pernah mendapat pendidikan walaupun 131 Ali Amin Isfandiar, “Tinjauan Fiqh Muamalat dan Hukum Nasional tentang Wakaf di Indonesia”, Jurnal Ekonomi Islam La_Riba, Vol. II, No. 1, Juli, (2008), 69. 132 Chaider S. Bamualim dan Irfan Abubakar (ed.), Revitalisasi Filantropi Islam: Studi Kasus Lembaga Zakat dan Wakaf di Indonesia. (Jakarta: Pusat Bahasa dan Budaya UIN Syahid, 2005), 217-296. 133 Amin Isfandiar, “Tinjauan Fiqh Muamalat dan Hukum Nasional tentang Wakaf di Indonesia”, Jurnal Ekonomi Islam La_Riba,79. 134 Rahmah Ismail (2003), “Pendidikan dan Pembangunan”, dalam Rahmah Ismail (ed.), Ekonomi Pembangunan Isu Sumber Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 94. 77 pendidikan peringkat rendah selama empat tahun mampu menghasilkan hasil pertanian yang tinggi berbanding petani yang tidak pernah ke sekolah. 135 2.10 Kesimpulan Islam merupakan merupakan sebuah agama yang sempurna syariatnya. Di antara kesempurnaan itu adalah wujudnya syariat wakaf yang merupakan ibadah maliyah ijtima’iyah, ertinya ibadah harta yang memiliki kedudukan yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat. Jika wakaf ditadbir dengan profesional maka ianya akan memberikan impak yang besar kepada kesejehteraan umat dalam pelbagai aspek, termasuk aspek pendididkan. Terdapat banyak dalil yang menggalakkan umat untuk melakukan ibadah ini, wakaf lebih baik daripada sedekah biasa di mana wakaf berkekalan dan pahalanya akan berterusan kepada pewakaf. Sejarah peradaban Islam telah menunjukkan betapa wakaf telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kesejahteraan kaum muslimin. Amalan wakaf akan memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga pada suatu ketika dahulu tiada orang yang tidak merasakan kebaikan daripada amalan wakaf ini sepertimana yang telah berlaku pada masa-masa kegemilangan Islam. Wakaf telah berperanan dalam menyediakan pelbagai kemudahan awam. Institusi-institusi wakaf telah memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pembangunan wakaf sehingga wakaf tidak dipandang sebelah mata dalam pembangunan ekonomi. Oleh kerana itu, di antara tujuan penjajahan terhadap negaranegara muslim adalah untuk melenyapkan dan menghapuskan amalan berwakaf ini. 135 The World Bank (1990), World Development Report 1990. Oxford: Oxford University Press for The World Bank, h. 80. 78 Namun demikian, pada masa ini terdapat banyak institusi-institusi di negara-negara Islam yang akan mengembalikan kegemilangan wakaf ini. Pelbagai usaha ke arah itu pun telah dijalankan untuk mencapai matlamat sebenar daripada syariat wakaf ini iaitu untuk mensejahterakan umat dalam pelbagai aspek kehidupan. 79