Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pad a abad ini, dunia telah menyedari akan penggunaan semula air hujan untuk keperluan rumah, lanskap dan pertanian. Sebelum sistem ini berkembang,air hujan telah pun dikumpul atau ditakungkan melalui bumbung rumah dan disimpan di dalam tangki takungan. Air hujan adalah merupakan sumber bekalan air percuma yang mempunyai kualiti menghampiri air tulen. la boleh digunakan untuk membekalkan air minuman dan juga bukan untuk minuman. Untuk minuman, air hujan ini perlu dirawat untuk membuang atau membunuh baktiria yang terdapat di dalamnya. Hari ini, kebanyakkan tempat di dunia, termasuk Hawai dan beberapa tempat di Australia telah memperkenalkan penggunaan air hujan seperti mana air yang dibekalkan di rumah-rumah. Kebanyakkan di pulau-pulau Caribbian telah berjaya menggunakan air hujan ini sebagai pilihan bekalan air. Di negara kita, sistem bekalan air adalah berpunca dari sungai. Air sungai yang diem pang biasanya akan dibekalkan kepada pengguna tidak kira untuk kegunaan domestik, kegunaan industri, pertanian dan sebagainya. Air untuk kegunaan harian biasanya telah melalui proses rawatan sebelum ianya disalurkan kepada para pengguna melalui rangkaian paip bekalan. Kegunaan domestik melibatkan di antara 40 - 60 peratus daripada keseluruhan bekalan air. Antara lain contoh kegunaan domestik termasuklah untuk minum memasak, mandi mencuci rumah dan kereta, sanitari, menyiram taman serta membasuh pakaian dan pinggan mangkuk. ( Nik Fuaad,1990). Dalam Kajian ini pengkaji telah menetapkan tiga lokasi bangunan yang terletak di daerah di Seberang Perai untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Seperti mana yang dicadangkan, bangunan ini telah menggunakan sistem pengumpulan air hujan untuk kegunaan tandas Tiga bangunan tersebut ialah Bangunan Mahkamah Majistret (Munisipal) Seberang Prai, Pasar Awam Kota Permai, Bukit Mertajam dan Dewan Melinium, Kepala Batas.sebagai tempat kajian kes. Responden adalah terdiri daripada pekerja mahkamah tersebut.