Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Surat Jemputan

Kaizentrenovation Sdn Bhd (1167478-D) No A10-1 & A10-2 Gemilang Avenue Jalan Pulai 1 Proton City 35900 Tanjung Malim Perak | 017-571 6705 | info.kaizentrenovation@gmail.com| Rujukan Tuan : Rujukan Kami : KZN/ICASREMS00003/21042021 Tarikh : 21 April 2021 Kepada Encik Azlisham Abdul Aziz Emel: sham72aziz@gmail.com Tuan/Puan, JEMPUTAN MENYERTAI INTERNATIONAL CONFERENCE ON ADVANCED SOCIAL RESEARCH IN EDUCATION, MANAGEMENT AND SOCIETY (ICASREMS2021) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk, 2. Sukacita di maklumkan, kami akan menjalankan satu seminar pembentangan secara maya iaitu International Conference on Advanced Social Research in Education, Management and Society (ICASREMS2021) yang akan di jalankan secara rakaman video atas talian pada 24 dan 25April 2021. Seminar di sasarkan kepada pensyarah dan juga pelajar pascasiswazah terutamanya kepada yang ingin menerbitkan artikel sebagai syarat untuk bergraduat. 3. Kami amat berbesar hati jika pihak Tuan/Puan dapat menyertai seminar secara maya anjuran kami. Tuan/Puan hendaklah menghantar video pembentangan yang berdurasi 5 hingga 10 minit dalam apa-apa format ke emel icasrems.kaizentrenovation@gmail.com sebelum 24 April 2021 bagi tujuan penilaian. Tuan/Puan akan memperolehi sijil pembentangan selepas proses penilaian video pembentangan Tuan/Puan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 198.00 untuk yuran pembentangan dan yuran penerbitan artikel dalam eBook. Tambahan sebanyak RM 350.00 sekiranya Tuan/Puan berminat untuk menerbitkan artikel jurna berindeks ERA. 4. Oleh yang demikian, kami berharap agar jemputan kami ini dipertimbangkan oleh pihak Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh hubungi Puan Nurdiana Bt Ibrahim di talian 017 5716705 atau En Mohd Kamarul Azriq Bin Yusof di talian 011 14466148. Segala kerjasama dan keperihatinan pihak Tuan/Puan berikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Puan Nurdiana binti Ibrahim (Pengarah Urusan Kaizentrenovation Sdn Bhd)