Conference Presentations by Azlisham Abdul Aziz
E-Book International Conference On Advanced Social Research In Education, Managemnet and Society (ICASREMS 2021), 2021
Kertas kerja ini menjelaskan konsep rohani dalam konteks perspektif hujahan al-Quran dan hadis S.... more Kertas kerja ini menjelaskan konsep rohani dalam konteks perspektif hujahan al-Quran dan hadis S.A.W dengan menggunakan analisis tematik serta dari aspek perspektif sarjana Islam. Istilah rohani merujuk kepada aspek intangible diri manusia. Dari aspek sisi pandang epistemologi barat yang menyebabkan pandangan mereka bertentangan dengan Islam sehinggakan membawa salah anggap dalam mengaplikasi konsep rohani. Sedangkan menurut sisi hujahan Islam, dimensi rohani adalah tempat tumbuhnya agama. Manakala ianya sebaliknya dari sudut pandangan barat. Pada sisi hujahan al-Quran maksud roh digunakan dengan pelbagai perkataan di dalam al-Quran dan perkataan yang paling banyak sekali digunakan adalah perkataan al-qalb dimana ianya disebut dalam pelbagai ayat. Disamping itu juga, al-qalb itu sendiri membawa pelbagai pengertian iaitu al-aql, al-roh, al-ra’y, al-fu’ad, al- sadr, al-nafs dan al-lubb. Begitu juga dari perspektif hadis yang berkaitan rohani ialah takwa, perasaan cinta yang mutlak terhadap Allah S.W.T dan Rasul S.A.W, yakin dengan diri dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Manakala dari sisi perspektif sarjana Islam pula dimensi rohani merangkumi domain tauhid, ibadah dan akhlak dalam kehidupan seorang muslim.
Melaka International Conference On Social Science and Technology (MIC3ST), 2021
Kajian ini adalah satu pendekatan analisis tinjauan kajian literatur sistematik mengenai skala be... more Kajian ini adalah satu pendekatan analisis tinjauan kajian literatur sistematik mengenai skala berorientasikan agama Islam yang dibangunkan di Malaysia. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik, didapati terdapat pelbagai 15 skala telah dibangunkan yang bermula pada tahun 2006. Kebanyakannya skala yang telah dibangunkan adalah berasaskan kepada sumber epistemologi, teori dan model Islam. Analisis skala yang dirumuskan dalam kajian ini mampu untuk dijadikan rujukan bagi para penyelidik atau organisasi Islam yang menjalankan penyelidikan kuantitatif dari aspek memilih skala yang sah dan boleh dipercayai serta memenuhi keperluan dalam konteks penyelidikan.
Conference On International Union For Muslim Scholars In Socio-Politics 2021 (CIMS 21)
Modul Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera... more Modul Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan untuk melahirkan anggota tentera yang teguh kekuatan rohani disamping kekuatan fizikal, emosi dan intelek. Instrumen keberkesanan modul JERI yang ditadbir perlu mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan kesepadanan item yang tinggi. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis instrumen keberkesanan modul JERI dalam menentukan aras pencapaian instrumen oleh responden dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Kajian ini dijalankan melibatkan 306 orang responden anggota Tentera Darat Malaysia. Hasil kajian dianalisis berasaskan Model Pengukuran Rasch dimana hasil kajian secara keseluruhannya melibatkan seramai 306 responden telah diuji dan 40 instrumen telah digunakan dalam ujian ini menunjukkan skor kesahan item yang sangat tinggi iaitu 0.97 dengan nilai Cronbach Alpha (KR-20) 0.92. Kesahan responden juga menunjukkan nilai skor yang tinggi iaitu 0.81 bagi keseluruhan 306 responden. Analisis 306 responden telah menghasilkan keputusan setaraf dengan 11440 set data dan ini memperkukuhkan lagi hasil kajian yang dijalankan. Dapatan kajian ini merumuskan signifikan keberkesanan perlaksanaan modul JERI dalam Angkatan Tentera Malaysia terhadap kepentingan kehidupan dunia dengan akhirat dan nilai murni, doa serta solat dalam kehidupan, diikuti dengan motivasi, kerjaya, nilai hubungan sesama manusia dan kesedaran alam akhirat.
E-Proceeding 7th International Conference On Islamic Education (ICIED 2020), 2020
Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mendepani aspek keselamatan dan keamanan negara perlu mempunyai... more Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mendepani aspek keselamatan dan keamanan negara perlu mempunyai anggotanya yang kukuh peribadi mereka yang terangkum kekuatan rohani disamping jasmani, emosi dan intelektual. Modul Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam TDM berobjektif untuk memperkukuh kekuatan rohani anggota tentera. Instrumen kaji selidik yang ditadbir perlu mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kesahan, kebolehpercayaan dan kesepadanan item - individu terhadap instrumen yang ditadbir menggunakan Model Pengukuran Rasch (MPR) bagi melihat tahap keberkesanan pengukuhan kekuatan rohani TDM yang telah mengikuti modul JERI. Persampelan kajian melibatkan 306 orang responden anggota TDM. Hasil kajian dianalisis berasaskan MPR dimana hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan keberkesanan modul JERI dalam memperkukuh kekuatan rohani anggota TDM yang menunjukkan kesahan item yang sangat tinggi iaitu 0.97 dengan nilai Cronbach Alpha (KR-20) ialah 0.92. Manakala kesahan responden nilai skor yang tinggi iaitu 0.81 bagi keseluruhan 306 responden dengan catatan 20 responden yang dikira sebagai ekstrem maximum. Kesahan responden ini sedikit meningkat lebih tinggi iaitu 0.82 sekiranya 20 responden yang dikira sebagai ekstrim maximum disisihkan daripada keseluruhan responden. Oleh kerana selisih nilainya yang sangat sedikit, keseluruhan 306 responden diambilkira dalam analisis kajian ini. Berdasarkan MPR analisis 306 responden ini menghasilkan keputusan setaraf dengan 11440 set data dan ini memperkukuhkan lagi hasil kajian yang dijalankan.
Papers by Azlisham Abdul Aziz
The Journal of Contemporary Issues in Business and Government, Mar 16, 2021
This study analyzes the systematic approach of the literature review on Islamic- oriented instrum... more This study analyzes the systematic approach of the literature review on Islamic- oriented instruments developed. Based on a survey conducted by the researcher, it was found that 15 instruments had been developed in Malaysia based on Islamic theories, models and muslim scholars. Most of the instruments that have been developed involve students at school, university, youth, adolescents, school administrators, and the appreciation of religion and the religiosity of the Muslim community in general. The analysis of the instruments formulated in this study is appropriate as a reference for Islamic researchers or organizations engaged in quantitative research in the selection of legitimate and reliable instruments and meeting research needs.
This paper aims to explain the concept of spirituality from an argumentative perspective from the... more This paper aims to explain the concept of spirituality from an argumentative perspective from the al-Qur'an, hadith and Islamic scholars. The term spiritual refers to the intangible aspect of one's being, from Western epistemology, which causes their views to be contrary to Islam, resulting in misconceptions in the application of the concept of spirituality. Meanwhile, religion, according to the Islamic argument, grows in the spiritual dimension. From a Western perspective, however, it is the polar opposite. On the Qur'anic side, the meaning of spirit is used with different words in the al-Qur'an, the most common of which is the word al-qalb, which is mentioned in various verses. Furthermore, al-qalb has several meanings, including al-aql, al-roh, al-ra'y, al-fu'ad, al-sadr, al-nafs al-lubb. Similarly, taqwa, the feeling of absolute love for Allah SWT and the Messenger of Allah SWT, self-confidence, and patience, is mentioned in a spiritually related hadith. ...
Kajian ini adalah satu pendekatan analisis tinjauan literatur sistematik mengenai instrumen beror... more Kajian ini adalah satu pendekatan analisis tinjauan literatur sistematik mengenai instrumen berorientasikan agama Islam yang dibangunkan di Malaysia. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik, didapati terdapat pelbagai 15 instrumen telah dibangunkan berasaskan sumber rujukan teori Islam. Kebanyakannya instrumen yang telah dibangunkan adalah dalam konteks pelajar peringkat sekolah, universiti, belia, remaja, pentadbir sekolah dan penghayatan beragama serta religiositi masyarakat Islam secara umum. Analisis instrumen yang dirumuskan dalam kajian ini mampu untuk dijadikan rujukan bagi penyelidik atau organisasi Islam yang menjalankan penyelidikan kuantitatif dari aspek memilih instrumen yang sah dan boleh dipercayai serta memenuhi keperluan dalam konteks penyelidikan.
Journal of Contemporary Issues in Business and Goverment (CIBG), Vol 27, Issue 1 Pages 3222 - 3233, 2021
This study analyzes the systematic approach of the literature review on Islamic- oriented instrum... more This study analyzes the systematic approach of the literature review on Islamic- oriented instruments developed. Based on a survey conducted by the researcher, it was found that 15 instruments had been developed in Malaysia based on Islamic theories, models and muslim scholars. Most of the instruments that have been developed involve students at school, university, youth, adolescents, school administrators, and the appreciation of religion and the religiosity of the Muslim community in general. The analysis of the instruments formulated in this study is appropriate as a reference for Islamic researchers or organizations engaged in quantitative research in the selection of legitimate and reliable instruments and meeting research needs.
Uploads
Conference Presentations by Azlisham Abdul Aziz
Papers by Azlisham Abdul Aziz