Topik
X
7
Pembelajaran
Bestari
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan jenis-jenis pembelajaran bestari;
2. Menghubungkaitkan kecerdasan emosi dengan kecerdasan intelektual
(IQ); dan
3. Menjelaskan elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P.
X PENGENALAN
Pendidikan Bestari yang diperkenalkan pada tahun 1998 di sekolah-sekolah
rintis seluruh negara merupakan pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh atau „systemically‰ dari segi proses pengajaran dan pembelajaran (P
& P) dan pengurusan sekolah. Ia adalah untuk membantu murid menghadapi
cabaran abad ke-21. Proses P & P merupakan teras atau „jantung‰ bagi sekolah
bestari. Proses berkaitan kurikulum, pedagogi, penilaian serta penaksiran dan
bahan P & P direka semula untuk membantu murid-murid supaya dapat belajar
dengan cekap dan berkesan.
Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran capaian
kendiri dan terarah kendiri mengikut kadar pembelajaran kendiri. Inilah tunjang
utama Pedagogi Bestari yang diketengahkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendekatan yang digunakan dalam
pengurusan Pembelajaran Bestari ini mampu merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang daripada
segi roh dan jasmani. Ia adalah selaras dengan aspirasi teras ketiga Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006 hingga 2010) iaitu melahirkan modal insan
berkualiti.
TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
W
123
AKTIVITI 7.1
1. Masihkah anda ingat, apakah empat komponen P & P Bestari yang
mesti diberi perhatian?
2. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan kurikulum
bestari.
7.1
JENIS PEMBELAJARAN
Untuk pengetahuan anda, terdapat enam jenis pendekatan pembelajaran bestari.
Pendekatan yang digunakan dalam pengurusan pembelajaran bestari ialah:
(a)
Pembelajaran berpusatkan murid;
(b)
Pembelajaran berpusatkan individu;
(c)
Pembelajaran berdaya fikir atau berfikrah;
(d)
Pembelajaran berbantukan teknologi;
(e)
Pembelajaran berasaskan otak; dan
(f)
Pembelajaran berasaskan projek.
Dalam Topik 7 ini, kita akan membincangkan mengenai pembelajaran
berpusatkan individu yang menekankan empat pendekatan seperti yang dapat
dilihat dalam Rajah 7.1. Jika anda masih ingat, tajuk ini pernah dibincangkan
secara ringkas dalam Topik 4.
Rajah 7.1: Empat jenis pembelajaran berpusatkan individu
124 X TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
Dalam pembelajaran berpusatkan individu, keperluan, minat serta kebolehan
murid secara individu diambil kira. Oleh itu, isi kandungan, pendekatan serta
kadar kemampuan murid mesti diserasikan dan disepadukan serta
diintegrasikan dengan keupayaan dan sifat-sifat keperibadian setiap individu
murid. Secara umumnya, pembelajaran berpusatkan individu berkonsepkan
penglibatan aktif murid-murid dalam P & P. Berdasarkan konsep ini, keperluan,
minat serta kemampuan murid perlu diberikan perhatian sebelum sesuatu cara
P & P dihasilkan.
Berikut ialah prinsip-prinsip pembelajaran berpusatkan individu:
(a)
Memberi ruang kepada murid memanfaatkan pengetahuan sedia ada
dengan cara baharu;
(b)
Pembelajaran dilaksanakan secara berstruktur agar murid dapat membuat
pemerhatian dengan teliti dan mengumpul maklumat secara aktif;
(c)
Mewujudkan peluang dan ruang untuk membuat refleksi dan komunikasi;
(d)
Menyediakan peluang untuk memberi maklum balas;
(e)
Murid berpeluang membuat keputusan sendiri dan mengambil risiko serta
menerima kesilapan sebagai satu cabaran untuk memperbaiki diri; dan
(f)
Memberi kebenaran kepada murid mengumpul maklum balas dan menilai
pembelajaran.
AKTIVITI 7.2
Secara berkumpulan, lakukan kaji selidik mengenai pembelajaran
berpusatkan murid.
(a)
Bincangkan peranan
berpusatkan murid.
guru
dan
murid
dalam
pembelajaran
(b)
Nyatakan juga prinsip-prinsip pembelajaran berpusatkan murid.
(c)
Jelaskan perbezaan antara pembelajaran berpusatkan murid dengan
pembelajaran berpusatkan guru.
(d)
Rancang aktiviti pembelajaran berdasarkan jenis pembelajaran
berpusatkan murid.
TOPIK 7
7.1.1
PEMBELAJARAN BESTARI
W
125
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai atau
menguasai hasil pembelajaran melalui kualiti P & P. Dengan kata lain, dipercayai
bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai
(master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mendapat kualiti
pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang
mencukupi untuk belajar. Ringkasnya, pembelajaran masteri ialah pembelajaran
di mana murid berupaya mencapai objektif pembelajaran jika diberi situasi yang
sesuai dan memberangsangkan dan masa yang mencukupi.
Terdapat tiga elemen yang perlu diambil berat dalam pembelajaran masteri,
iaitu:
(a)
Strategi Pembelajaran Masteri
Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran masteri ditentukan oleh masa
yang mencukupi bagi murid menguasai pembelajarannya dan pengajaran
yang berkualiti. Oleh itu, guru mestilah mempunyai strategi yang
bersesuaian dalam proses P & P masteri ini. Strategi pembelajaran masteri
dapat diringkaskan seperti berikut:
(i)
Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid;
(ii)
Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa
segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran;
(iii) Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran;
(iv) Aras masteri bagi setiap hasil pembelajaran ditetapkan pada aras 80%;
(v)
Proses P & P bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan
menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan P & P yang
sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan
atau secara individu;
(vi) Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan
kemajuan pembelajaran murid;
(vii) Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran
yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid; dan
(viii) Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut
tahap penguasaan setiap murid.
126 X TOPIK 7
(b)
PEMBELAJARAN BESTARI
Peranan Guru dalam Pembelajaran Masteri
Kecekapan dan keterampilan guru dalam merancang dan menguruskan
aktiviti P & P akan memastikan kejayaan pelaksanaan pembelajaran masteri
di dalam kelas. Antara peranan guru dalam pembelajaran masteri adalah
seperti dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Peranan Guru dalam Pembelajaran Masteri
Peranan Guru
Guru sebagai
tenaga pengajar
Guru sebagai
pengurus
pembelajaran
Penjelasan
x
Guru harus menyedari bahawa semua muridnya mampu belajar dan
memberi peluang yang mencukupi kepada murid untuk menguasai
hasil pembelajaran.
x
Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar serta
fasilitator sesuai dengan strategi yang digunakan. Contohnya, jika guru
mengajar secara kelas, guru lebih berperanan sebagai pemimpin atau
pengajar. Jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau murid
memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat, maka peranan guru
lebih kepada sebagai fasilitator.
x
Guru merancang dan mengenal pasti hasil pembelajaran setiap unit
pembelajaran yang perlu dikuasai.
x
Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan sesuai dengan
hasil pembelajaran. Contohnya, daripada yang mudah kepada yang
sukar dan memastikan perkara-perkara asas diajar di peringkat awal.
x
Guru memilih, mengubah suai dan merancang pelbagai strategi,
kaedah, aktiviti serta bahan untuk aktiviti P & P, aktiviti pengayaan dan
pemulihan bagi murid menguasai hasil pembelajaran.
x
Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.
x
Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya.
x
Guru membekalkan murid dengan bahan P & P yang sesuai.
x
Guru melaksanakan P & P mengikut kadar yang sesuai untuk setiap
murid.
x
Guru mengawasi
pencapaian murid.
x
Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid
dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu.
x
Guru memberi ganjaran melalui pujian dan galakan kepada murid yang
memperoleh peningkatan dalam pembelajaran.
x
Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan
minat dan semangat murid untuk terus belajar.
x
Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sumber P & P yang sesuai
dan menarik serta mencabar termasuk penggunaan multimedia,
lembaran kerja, buku teks, majalah serta modul pembelajaran kendiri.
dan
memantau
kemajuan
pembelajaran
dan
TOPIK 7
Guru sebagai
penilai
pembelajaran
(c)
PEMBELAJARAN BESTARI
W
127
x
Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta
membuat analisis item ujian dan respons murid bertujuan untuk
mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid-murid.
x
Guru harus melihat penilaian formatif dan sumatif sebagai alat P & P.
Maklum balas yang diterima daripada penilaian ini dapat digunakan
dengan berkesan untuk tujuan meningkatkan P & P dan motivasi murid
untuk terus belajar.
x
Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons murid.
x
Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti
murid yang telah menguasai hasil pembelajaran dan murid yang belum
menguasainya.
x
Guru menggalakkan murid yang telah menguasai hasil pembelajaran
menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan sekelas
atau ke unit pembelajaran seterusnya.
x
Guru perlu mempertingkat pengetahuan dan kemahiran supaya lebih
bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran masteri di sekolah.
Peranan Murid dalam Pembelajaran Masteri
Oleh kerana pembelajaran masteri lebih memfokuskan kepada tanggungjawab
murid, mereka perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan
perlaksanaan pembelajaran masteri. Peranan murid dalam pembelajaran
masteri adalah seperti berikut:
(i)
Murid perlu belajar dan bukan bertanding dengan rakan yang lain.
Ini disebabkan penguasaan hasil pembelajaran dinilai bagi setiap
individu murid dan bukannya dibandingkan pencapaiannya dengan
murid lain.
(ii)
Murid mempunyai sifat berdikari. Oleh itu, mereka harus menguasai
kemahiran berfikir dan belajar. Sifat berdikari ini membolehkan
murid-murid menjalani pembelajaran kendiri khususnya bagi aktiviti
pengayaan.
(iii) Murid mengetahui hasil pembelajaran yang perlu dikuasai. Ini
membolehkan mereka memfokuskan pembelajaran ke arah penguasaan
dan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diketahuinya itu.
(iv) Murid memaklumkan kepada guru jika masih belum menguasai dan
memahami pembelajaran. Ini membolehkan guru merancang
program pemulihan bagi murid tersebut.
128 X TOPIK 7
(v)
PEMBELAJARAN BESTARI
Murid haruslah bermotivasi, terarah kendiri serta tekun dalam
menghadapi pembelajaran. Pembelajaran masteri memberi peluang
kepada murid memperbaiki prestasi diri. Oleh itu, murid haruslah
memiliki keyakinan diri, tidak putus asa, boleh mengubah suai cara
berfikir serta bekerjasama dengan murid lain.
SEMAK KENDIRI 7.1
1. Berikan maksud pembelajaran berpusatkan individu.
2. Jelaskan peranan guru dan murid dalam pembelajaran masteri.
AKTIVITI 7.3
Nyatakan contoh-contoh penglibatan murid dalam P & P Bahasa Melayu
berdasarkan pembelajaran masteri.
7.1.2
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
Pembelajaran kadar kendiri bermaksud murid diberi tanggungjawab dan
diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka. Murid tidak
tertakluk kepada kebolehan murid lain tetapi dibenarkan untuk maju bagi
kemahiran atau tajuk baharu apabila seseorang murid itu telah menguasai
sesuatu pelajaran. Murid diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan
pembelajaran dan mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui
penggunaan modul pembelajaran mengikut tahap kebolehan. Dengan kata lain,
PKK ialah pembelajaran yang mendidik murid melalui penyerahan
tanggungjawab supaya dapat mengawal kadar pembelajaran mereka secara
berperingkat. Murid boleh beralih ke tahap yang lebih tinggi apabila telah
menguasai kemahiran daripada topik tertentu. Guru juga akan menyediakan
panduan belajar, tutorial dan penilaian. Pembelajaran ini boleh berlaku secara
koperatif.
Berikut ialah strategi guru bagi mencapai PKK:
(a)
Menyedia dan mengubah suai panduan belajar ke arah pencapaian objektif;
(b)
Merancang P & P dan tutorial bagi memotivasikan murid;
(c)
Merancang penilaian dan menilai murid secara berterusan;
TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
W
129
(d)
Merancang dan menyediakan bahan sumber yang mengambil kira
kepelbagaian murid dari segi minat, kebolehan serta kecerdasan; dan
(e)
Menggubal item ujian diagnostik untuk mengesan kesukaran pembelajaran
murid.
Kaedah PKK boleh ditingkatkan melalui kemahiran-kemahiran yang dapat
dilihat dalam Rajah 7.2.
Rajah 7.2: Kemahiran-kemahiran yang dapat diintegrasikan untuk meningkatkan PKK
130 X TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
Murid diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan
pembelajaran mereka melalui:
(a)
Modul dan pakej pembelajaran;
(b)
Penggunaan program iaitu pengetahuan
kerangka „Programmed Instruction‰;
(c)
„Keller Plan‰ iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut
tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk murid mengesan
kemajuan pembelajaran;
(d)
Audio-tutorial; dan
(e)
Pembelajaran dengan menggunakan bantuan.
diperingkatkan
mengikut
SEMAK KENDIRI 7.2
Jelaskan strategi guru dalam pembelajaran kadar kendiri (PKK).
7.1.3
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah pembelajaran yang memberi akses kepada
sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari. Murid mengakses maklumat daripada pelbagai
sumber seperti buku, jurnal, media elektronik, komputer, bahan interaktif, Internet
serta „networking‰.
Murid juga belajar secara bebas tanpa kawalan secara langsung daripada guru.
Bahan-bahan sesuai dengan pembelajaran akan disediakan dan dikategorikan
mengikut kemahiran dan keupayaan murid. Bahan-bahan ini akan ditempatkan
di pusat akses kendiri di dalam bilik darjah atau di Pusat Sumber Sekolah.
Bahan-bahan akses kendiri yang dibina ini mesti mempunyai objektif,
penerangan (cara menggunakan modul yang mesra murid), latihan serta sarana
atau cadangan jawapan. Dalam konteks ini, murid boleh memilih bahan yang
ingin dipelajari dan menilai pencapaian sendiri melalui saranan jawapan yang
disediakan.
TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
W
131
Ringkasnya PAK ialah:
(a)
Pembelajaran yang berlaku tanpa pengawasan secara langsung daripada
guru;
(b)
Murid disediakan dengan bahan sumber yang sesuai dengan topik dan
hasil pembelajaran tertentu; dan
(c)
Bahan pembelajaran akan ditempatkan di dalam bilik akses kendiri.
Komponen-komponen utama PAK ialah:
(a)
Pelbagai jenis bahan;
(b)
Pelbagai jenis aktiviti;
(c)
Maklum balas segera;
(d)
Fasilitator pilihan; dan
(e)
Suasana pembelajaran yang kondusif.
Peranan guru dalam PAK pula ialah:
(a)
Membantu murid mengenal pasti keperluan pembelajaran mereka;
(b)
Menyediakan bahan-bahan pembelajaran;
(c)
Memastikan bahan-bahan pembelajaran dalam keadaan tersusun kemas;
(d)
Melatih murid untuk belajar atas daya usaha dan inisiatif mereka sendiri;
(e)
Mengurus proses pembelajaran akses kendiri;
(f)
Menyediakan bimbingan dan penerangan; dan
(g)
Membantu proses pembelajaran.
Berikut ialah peranan murid dalam PAK:
(a)
Memutuskan atau mengenal pasti apa yang hendak diketahui;
(b)
Mencari atau menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan;
(c)
Melaksanakan tugasan yang diberi;
(d)
Membuat penilaian terhadap tugasan yang dilaksanakan; dan
(e)
Memurnikan dan membetulkan hasil kerja sendiri.
132 X TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
Sekarang, mari kita lihat strategi guru untuk mencapai PAK. Iaitu:
(a)
Merancang dan memilih topik yang sesuai;
(b)
Merancang objektif pengajaran pembelajaran;
(c)
Merancang dan menyediakan bahan akses dan memastikan bahan sedia
ada boleh digunakan;
(d)
Memastikan hasil pembelajaran murid tercapai; dan
(e)
Kawal selia dan memantau pusat akses kendiri.
Ringkasnya, seorang guru boleh menggalakkan berlakunya pembelajaran
individu melalui PAK dengan cara menyediakan bahan-bahan pembelajaran
yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan
di suatu tempat khusus yang dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri. Murid belajar
mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan serta gaya pembelajaran mereka.
Pentaksiran kendiri disediakan supaya murid dapat maklum balas tentang
pencapaian dan kemajuan mereka.
SEMAK KENDIRI 7.3
1. Berikan maksud Pembelajaran Akses Kendiri (PAK).
2. Senaraikan komponen utama dalam Pembelajaran Akses Kendiri
(PAK).
7.1.4
Pembelajaran Terarah Kendiri
Pembelajaran terarah kendiri ialah usaha seseorang individu untuk memperbaiki
dirinya. Objektif utama pembelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan
pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Jenis
pembelajaran ini lebih menekankan sikap daripada teknik-teknik atau mod-mod
pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktivitiaktiviti pembelajaran murid, guru dan interaksi mereka.
Murid menentukan sendiri kemahiran dan pengetahuan yang ingin diterokai
dan objektif sama ada secara persendirian atau dengan rakan tanpa terikat
dengan kurikulum yang terhad. Murid mengenal pasti sendiri sumber
pembelajaran, mengguna strategi belajar yang berkesan serta memantau
pencapaian pembelajaran. Di samping itu, murid juga menangani masalah
pengurusan masa dan tekanan yang dihadapi secara berkesan dan bijaksana.
TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
W
133
Seterusnya, murid dapat membuat refleksi proses dan hasil pembelajaran dan
mendokumentasikannya dalam bentuk yang dipilih, sama ada „softcopy‰ cakera
(CD) atau „hardcopy‰ bercetak. Dalam konteks ini, murid berautonomi dan
boleh mengawal pembelajaran kendiri, manakala, guru hanya membuat
pemantauan.
Ringkasnya PTK ialah:
(a)
Pembelajaran yang mendidik murid menjadi pelajar yang berdikari.
Matlamat utamanya adalah untuk membantu murid meningkatkan proses
pembelajaran terarah kendiri; dan
(b)
Murid menentukan apa yang seharusnya dilakukan, menentukan
matlamat, jadual pembelajaran, mengurus dan melaksanakan mod
pembelajaran dan menilai hasil pembelajaran kendiri.
Rajah 7.3 menunjukkan strategi guru untuk mencapai PTK.
Rajah 7.3: Tiga peringkat dalam strategi untuk mencapai PTK
134 X TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
Ringkasnya, seorang guru boleh menggalakkan berlakunya pembelajaran
individu melalui PTK dengan cara membimbing murid untuk menentukan
sendiri tujuan dan isi kandungan pembelajaran, memastikan murid menguasai
kemahiran-kemahiran pembelajaran, mengadakan inferens, perbincangan serta
berbincang mengenai pembelajaran murid.
SEMAK KENDIRI 7.4
Terangkan strategi guru untuk mencapai Pembelajaran Terarah Kendiri
(PTK).
7.2
CIRI-CIRI PELAJAR
Elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P merangkumi tiga unsur
utama, iaitu gaya pembelajaran yang terdiri daripada model-model pembelajaran,
kecerdasan pelbagai yang berkaitan dengan keupayaan dan kemampuan akan
manusia serta kecerdasan emosi. Diharap anda masih ingat bahawa unsur pertama
yang berkaitan dengan gaya pembelajaran yang terdiri daripada Model
Pembelajaran VAK dan Dunn & Dunn telah dibincangkan dalam Topik 2.
Manakala, unsur kedua ciri pelajar iaitu kecerdasan pelbagai pula telah dibincang
dalam Topik 4. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan mengenai unsur
ketiga ciri pelajar, iaitu kecerdasan emosi.
7.2.1
Kecerdasan Emosi
Daniel Goleman (1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan
sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual atau intellligent quotient (IQ)
tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi atau emotional quotient (EQ).
Kecerdasan emosi meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan
aspek kehidupan seseorang individu termasuklah aspek kesihatan dan sosial.
Mengikut Goleman, kecerdasan emosi ialah situasi apabila aspek kerohanian
perlu diberi keutamaan dalam kehidupan seperti yang ditegaskan oleh Ary
Ginanjar Agustian dalam bukunya ESQ iaitu Emotional Spiritual Quotient.
Goleman mengkategorikan kecekapan emosi kepada dua, iaitu kecekapan
personal dan kecekapan sosial seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 7.4. Topik
ini akan membincangkan kedua-dua aspek kecerdasan emosi tersebut yang
merupakan komponen elemen bestari ciri-ciri pelajar.
TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
W
135
Rajah 7.4: Kategori dalam kecekapan emosi
Mari kita lihat setiap kategori dengan lebih lanjut.
(a)
Kecekapan Personal
Kecekapan personal merangkumi tiga unsur utama, iaitu:
(i)
Kesedaran Kendiri (Self-Awareness)
Terdapat tiga jenis kesedaran kendiri seperti yang dalam dilihat
dalam Jadual 7.2.
Jadual 7.2: Tiga Jenis Kesedaran Kendiri
Jenis
Kesedaran emosi kendiri
(mengenali emosi dan
kesannya)
Individu yang memiliki kecekapan ini...
x Sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya.
x Sedar akan kaitan antara perasaan dengan pemikiran,
perlakuan dan pertuturan.
x Sedar bagaimana perasaan mempengaruhi prestasi.
x Mempunyai kesedaran tentang nilai dan matlamat.
Ketepatan taksiran
kendiri
(mengetahui kekuatan
dan kelemahan sendiri)
x Bersifat reflektif, iaitu belajar daripada pengalaman.
x Terbuka kepada maklum balas, jujur, perspektif baru,
pembelajaran berterusan.
x Berupaya menunjukkan unsur kepekaan dan perspektif
sendiri.
Keyakinan kendiri
(mempunyai keyakinan
dan keupayaan diri)
x Sedar akan keyakinan dan keterampilan diri.
x Berani menyuarakan pandangan yang kurang popular
dan mempertahankan sesuatu yang betul.
x Berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun
dalam ketidakpastian dan tekanan.
136 X TOPIK 7
(ii)
PEMBELAJARAN BESTARI
Pengurusan Kawalan Kendiri
Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat melalui:
x
Kawalan diri iaitu menguruskan emosi yang tidak stabil tertekan
dengan desakan.
x
Kebolehpercayaan iaitu mengekalkan piawai kejujuran dan
ketulusan serta keikhlasan hati.
x
Kesungguhan iaitu menunaikan tanggungjawab dalam mencapai
prestasi diri.
x
Penyesuaian diri iaitu keanjalan dalam menangani perubahan dan
cabaran.
x
Inovasi iaitu kebolehan menjana idea-idea bernas dan maklumat
terkini serta kreatif.
(iii) Motivasi
Motivasi boleh dilihat melalui:
(b)
x
Dorongan pencapaian, iaitu kesungguhan untuk mencapai
kecemerlangan.
x
Komitmen iaitu berusaha mencapai sasaran organisasi, iaitu
sekolah atau pasukan.
x
Inisiatif iaitu kesediaan untuk bertindak dan mencari peluang.
x
Optimis iaitu mempunyai kesabaran dalam mencapai matlamat
dan menempuhi halangan dan kekecewaan dengan tenang.
Dengan kata lain, orang yang optimis mempunyai daya tahan,
daya saing dan daya juang yang tinggi.
Kecekapan Sosial
Kecekapan sosial ini pula menentukan bagaimana seseorang mengendalikan
hubungan dengan orang lain. Kecekapan sosial merangkumi dua unsur,
iaitu:
(i)
Empati
Empati boleh dilihat melalui:
x
Memahami orang lain iaitu menyedari perasaan dan perspektif
orang lain serta berminat pada apa yang dilakukan oleh orang
lain.
TOPIK 7
(ii)
PEMBELAJARAN BESTARI
W
137
x
Membangunkan orang lain iaitu menyedari keperluan
pembangunan orang lain. Dalam konteks ini, rakan-rakan dan
murid-murid serta menyokong kebolehan mereka.
x
Berorientasikan orang lain iaitu mengenali, menyertai dan
memenuhi keperluan pelanggan, iaitu murid-murid.
x
Kepelbagaian peluang iaitu menjaga peluang-peluang melalui
individu yang berlainan.
Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial boleh dilihat melalui:
x
Pengaruh iaitu kebolehan menggunakan teknik-teknik memujuk
yang berkesan atau dengan kata lain mempunyai daya pujuk yang
tinggi.
x
Komunikasi iaitu kebolehan mendengar dengan terbuka serta
menghantar mesej yang meyakinkan.
x
Pengurusan konflik iaitu kebolehan berunding dan menyelesaikan
pergaduhan serta mengelakkan persengketaan.
x
Kepimpinan iaitu kebolehan memberi inspirasi atau semangat dan
panduan kepada individu dan kumpulan.
x
Pemangkin perubahan iaitu
menguruskan perubahan.
x
Membina ikatan atau silaturrahim iaitu kebolehan membina
hubungan yang baik, sejahtera dan harmoni.
kebolehan
memulakan
dan
Kesimpulannya, elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P
merangkumi tiga unsur utama, iaitu gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai
serta kecerdasan emosi. Guru harus bijak membuat perancangan P & P supaya
elemen-elemen ini dapat disepadukan dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan
di dalam bilik darjah.
SEMAK KENDIRI 7.5
1. Berikan maksud kecerdasan emosi (EQ).
2. Jelaskan kepentingan kecerdasan emosi kemahiran sosial dalam
kehidupan seseorang individu.
138 X TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
x
Terdapat enam jenis pendekatan pembelajaran bestari, iaitu pendekatan
berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan individu, pembelajaran berdaya
fikir atau berfikrah, pembelajaran berbantukan teknologi, pembelajaran
berasaskan otak serta pembelajaran berasaskan projek.
x
Pembelajaran berpusatkan individu terbahagi kepada empat jenis, iaitu
pembelajaran masteri (PM), pembelajaran kadar kendiri (PKK), pembelajaran
akses kendiri (PAK) serta pembelajaran terarah kendiri (PTK).
x
PKK, PAK serta PTK merupakan tunjang P & P Bestari untuk meningkatkan
pencapaian murid yang holistik dan melahirkan modal insan.
x
PAK memfokuskan kepada pusat akses kendiri. Bahan pembelajaran
ditempatkan di dalam bilik akses kendiri.
x
Kecerdasan emosi (EQ) memberi penekanan terhadap aspek kerohanian. EQ
penting dalam kehidupan seseorang individu. EQ terbahagi kepada dua,
iaitu kecekapan personal dan kecekapan sosial.
x
Kecekapan personal terbahagi kepada tiga unsur, iaitu kesedaran kendiri,
pengurusan kawalan kendiri serta motivasi.
Elemen bestari
Pembelajaran akses kendiri (PAK)
Kecekapan personal
Pembelajaran berpusatkan individu
Kecerdasan emosi dan spiritual atau
emotional spiritual quotient (ESQ)
Pembelajaran kadar kendiri (PKK)
Kesedaran kendiri
Pembelajaran masteri (PM)
Pembelajaran terarah kendiri (PTK)
TOPIK 7
PEMBELAJARAN BESTARI
W
139
Ary Ginanjar Agustian. Pengantar, Kh. Habib Adnan. (2002). Rahsia sukses
membangun kecerdasan emosi dan spiritual. Arga: Indonesia.
Jensen, E. (2000). Brain-based learning: The new science of teaching & training.
San Diego, United States of America.
Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi.
Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors.
Nik Aziz Nik Pa. (1999). Potensi intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pembelajaran akses kendiri. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 Edisi Pelancaran (2006), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Salhah Abdullah. (2005). Guru sebagai fasilitator. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.
Shahabuddin Hashim., Dr. Rohizani., & Mohd. Zohir bin Ahmad. (2003).
Pedagogi, strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur:
PTS Publication & Distributors.
The Malaysian Smart Shool: An MSC flagship application. A conceptual blueprint.
(1997). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.