Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Nota kajian tindakan

REFLEKSI DEFINISI Satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian (Woolfolk, 1995) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya juga sependapat dengan saudari berkaitan dengan kebaikan refleksi kepada guru umumnya. Refleksi merupakan suatu proses mengingat dan merenung kembali susunan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah kita jalankan samada di dalam kelas atau di luar kelas. Dengan adanya refleksi, guru dapat membuat analisis terhadap pelajarnya bukan sahaja secara pengujian di atas kertas, malahanturut dapat menilai muridnya secara lisan. Dari ini, seseorang guru akan sentiasa menggunakan pelbagai teknik dan cara untuk memastikan muridnya sentiasa mendapat maklumat yang terbaik. Oleh itu, refleksi merupakan cara yang terbaik bai seorang guru membaiki segala kelemahan yang ada samada dipihak murid atau guru itu sendiri. Di samping itu juga guru akan menjadi lebih peka serta perihatin terhadap setiap bidang yang diceburinya. KONSEP Refleksi ialah Satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan RASIONAL MEMBUAT REFLEKSI 1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam situasi tertentu 2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara) 3. Pelatih menjadi lebih peka dan prihatin terhadap dunianya dan dunia orang lain 4. Pelatih menjadi lebih senang menerima dan kurang menghakim 5. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan PRA SYARAT UNTUK MEMBUAT REFLEKSI Keterbukaan melihat masalah dari semua aspek mengambil kira semua maklumat yang diperoleh sebelum membuat keputusan pengajaran Bertangggungjawab bertanggungjawab di atas kejayaan dan segala kegagalan Kerelaan komitmen sepenuhnya terhadap pengajaran rajin mengajar semua murid CADANGAN UNTUK MENGATASI TINDAKAN SUSULAN ANALISISdapat memenuhi keperluan profesion KEPENTINGAN REFLEKSI Membuat penilaian kendiri Berfikir secara analitik, kritis & kreatif Menganalisis aktiviti pengajaran pembelajaran di sekolah Mencari alternatif dalam membuat keputusan Mencari jalan penyelesaian Mengubah tingkah laku JENIS-JENIS REFLEKSI (SCHON, 1987) 1. Refleksi ke atas tindakan Refleksi terhadap praktis, tindakan dan pemikiran seseorang selepas sesuatu sesi praktis 2. Refleksi semasa tindakan Refleksi terhadap fenomena, pemikiran dan tindakan semasa praktis 3. Refleksi untuk tindakan Hasil yang diperlukan daripada kedua-dua jenis refleksi Bertujuan memandu seseorang ke arah tindakan masa depan CIRI-CIRI GURU REFLEKTIF 1. Sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalamannya yang telah dilalui 2. Sentiasa berfikir tentang tujuan, isi, kandungan dan tindakan dalam konteks pengajaran 3. Sentiasa melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik 4. Berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan melaksanakan pengajaran 5. Boleh menghubung kait apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian 6. Sentiasa mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan negara SOALAN YANG BOLEH DIKEMUKAKAN UNTUK REFLEKSI > Apakah yang telah saya lakukan ? > Apakah akibat / hasil tindakan saya ? > Mengapa terjadi demikian ? > Apakah perasaan saya ? > Apakah yang telah saya pelajari ? > Apakah tindakan saya selepas ini? CADANGAN KOMPONEN REFLEKSI > Perasaan/Bisikan Hati - bagaimana perasaan, apa yang dirasa > Analisis/Penilaian - menilai secara objektif > Kesedaran Baru/Harapan - kesimpulan dari peristiwa yang berlaku > Cadangan/Tindakan - langkah akan diambil CONTOH REFLEKSI 1 Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan. Ini merupakan kali pertama saya melakukan kaedah ini. (PERISTIWA) Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar melibatkan diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan terdapat pelajar menyumbang idea dan pendapat yang bernas. (PERASAAN) Saya memulakan pengajaran dengan membahagi kelas kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan. Saya memberi tajuk yang sesuai untuk dibincangkan. Saya menjelaskan langkah- langkah dan peraturan yang perlu dipatuhi. Saya rasa saya telah bertindak sebagai fasilitator yang berkesan. (MENILAI/MENGANALISIS) Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru harus menggilap potensi mereka. (HARAPAN/KESEDARAN BARU) Untuk pengajaran di masa hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu merangsang pemikiran pelajar seperti forum, projek, perbahasan. (CADANGAN/TINDAKAN) CONTOH REFLEKSI 2 Saya amat kecewa kerana gagal memberi penerangan dengan Berkesan disebabkan murid di belakang kelas yang agak bising. (PERASAAN) Walaupun saya menyediakan BBM, tapi ia gagal menarik perhatian murid. Mungkin BBM tersebut tidak menarik. Atau mungkin ia kurang jelas (disebabkan penggunaan warna yang kurang sesuai) bagi murid di belakang kelas. Untuk mengawal kelas saya telah mengetepikan BBM dan menyuruh murid menyalin nota di papan kapur ke dalam buku catatan mereka. (ANALISIS DAN KESEDARAN) Pada masa akan datang saya akan membina BBM yang bukan sahaja cantik bahkan menitikberatkan aspek warna yang digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Saya juga akan meminta pandangan dan nasihat rakan dan guru pembimbing. (CADANGAN/TINDAKAN) Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru. Reflek merupakan satu aktiviti penting untuk seorang guru atau pendidik dalam mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian berdasarkan persoalan-persoalan apa, siapa, dimana, kenapa, mengapa dan bagaimana. Hasil dari refleksi yang dibuat akan tercetus kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan persepsi dan perubahan amalan. Contoh Persoalan Yang Timbul Semasa Refleksi Apakah masalah dalam kelas saya? Siapa yang menyebabkan masalah tersebut, guru atau murid? Dimana punca masalah itu timbul? Kenapa berlaku demikian? Bagaimanakah masalah itu boleh ditangani? Apakah strategi yang perlu digunakan? dan bagaimana? Mengapa saya perlu berubah cara pengajaran saya? Bagaimanakah menilai keberkesanan strategi saya? Tujuan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Menilai kemahiran mengajar atau amalan sendiri dan mempertimbangkannya. Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran atau intervensi yang digunakan. Menganalis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran. Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pengangan dan nilai peribadi berkaitan dengan pendidikan. KAJIAN TINDAKAN 1. Definisi Kajian Tindakan Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing) 2. Tujuan Kajian Tindakan Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah: i.         Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan. ii.       Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya. 3. Prinsip Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Walau bagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti. 4. Proses Menjalankan Kajian Tindakan Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu: Proses Tindakan Proses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan. Proses 2 Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti. Proses 3 Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan ) Proses 4 Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru ) Proses 5 Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Proses 6 Bertindak ( melaksanakan rancangan ) Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang. Proses 7 Memerhati ( mengumpul bukti ) Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.          Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.          Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.          Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.          Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.          Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya. Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi )          Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.          Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.          Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis ) 5. Langkah Tindakan Langkah Tindakan 1 Mengenalpasti masalah / fokus / Isu 2 Mengumpul Data 3 Menganalisa data / membentuk persoalan kajian 4 Merancang Pelan Tindakan 5 Melaksanakan Pelan Tindakan 6 Mengumpul data untuk mengesan perubahan 7 Menganalisis dan menilai 8 Penilaian Impak Assalamualaikum dan sejahtera. Saya turut bersetuju dengan pendapat saudari. Kajian tindakan amat relevan dan signifikan dalam menyelesaikan masalah dalam pengurusan sekolah. Sesuatu Kajian Tindakan bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu meta pelajaan yang lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap yang cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, guru perlu membuat perancangan dengan menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bangi menangani masalah yang dikenalpasti. Guru juga perlu memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti contohnya dalam aktiviti berkumpulan. Seterusnya guru perlu membuat analisa tentang keputusan atau dapatan serta mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan. Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti. Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan ) Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru ) Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Bertindak ( melaksanakan rancangan ) Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang. Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut: 6. Kebaikan Kajian Tindakan Kajian Tindakan amat releven dan signifikan dalam menyelesaikan masalah dalam pengurusan sekolah. Ianya amat mudah dan dapat memberi tindaksusul semerta. Tidak memerlukan masa yang panjang. Rekebentuk boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan sebenar di sekolah. Penyelidik Kajian Tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian. Penyelidikan dilakukan dalam keadaan sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskripsi dan naratif. Laporan hasil kajian menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru. Format Kajian Tindakan  1.        Pendahuluan 2.        Pernyataan Masalah 3.        Tujuan Kajian 4.        Reka Bentuk dan Metodologi Kajian 5.        Dapatan Kajian i.         Faktor Penyebab ii.       Peranan Murid iii.      Peranan Guru iv.     Peranan Ibu Bapa v.       Peranan Kaunselor vi.     Tatacara Pengurusan & Pentadbiran vii.    Lain-lain 6.        Implikasi 7.        Kesimpulan 8.        Cadangan Program 9.        Lampiran CONTOH KAJIAN TINDAKAN DARI BLOG KOLABORASI ILMU MELALUI KAJIAN TINDAKAN Aplikasi Kaedah Potongan Kertas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dalam Tajuk Sistem Solar di Sekolah Teaching School Idarmawati Binti Ahmad Jabatan Sains ABSTRAK Kemahiran Abad ke-21 memerlukan guru member pendedahan kepada murid dengan pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun dalam era ledakan maklumat serta dunia tanpa sempadan proses pemerolehan ilmu merupakan asas utama untuk menjana pembangunan sumber manusia yang berkualiti merupakan aset utama dalam menentukan kekuatan sesebuah negara atau masyarakat. Selaras dengan itu pelbagai cara penerapan ilmu diusahakan bagi memaksimumkan pemindahan ilmu di kalangan pelajar sekolah. Kajian ini bertujuan untuk  meneliti suatu konsep belajar melalui Kaedah Potongan Kertas dalam meningkatkan kefahaman dalam sains. Selain itu kajian ini juga mengkaji pesepsi dan motivasi murid terhadap kaedah yang diperkenalkan. Dapatan kajian ini mendapati berlaku peningkatan pencapaian yang positif dan didapati kaedah ini dapat memberi motivasi kepada murid untuk belajar sains. Sehubungan itu juga Kaedah Potongan Kertas dapat membantu murid untuk memahami konsep sains dengan cara pembinaan konsep. Ia juga dapat memberi tahap kefahaman yang mendalam tentang isi serta melibatkan pelbagai cara komunikasi di antara murid. Cara ini membolehkan murid bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri. Pendahuluan Senario pendidikan kini amat memerlukan guru-guru sains yang kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif, inovatif dan kreatif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang untuk mencipta, menghasilkan dan memperkembang sesuatu. Inovatif pula ialah kebolehan seseorang untuk memulakan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan atau sebagainya (Jamaludin, 2000). Menurut Albion (1999) daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para murid. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran sains Tina (2002). Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat untuk belajar Allinder (1995). Kelemahan ini berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang lebih banyak diorientasikan oleh keperluan peperiksaaan dan menghabiskan sukatan pelajaran (Irfan Naufal, 2003). Malah ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam pengajaran sains di sekolah menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan Tina (2002).             Sains bukanlah satu mata pelajaran yang statik, tradisional, mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan deskriptif seperti yang difahami oleh kebanyakan murid. Sehubungan itu, guru sains perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pemerolehan ilmu adalah tonggak kepada pembangunan sumber manusia dalam sesebuah Negara. Sumber manusia yang berilmu, progresif dan inovatif merupakan aset utama yang perlu dijana bagi membentuk kekuatan negara tersebut. Sebaik dan secanggih manapun sesuatu kaedah atau strategi jika ia berterusan dalam setiap pengajaran tetap akan membosankan murid, oleh itu strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan. Dalam menyahut cabaran ini Kaedah Potongan Kertas yang telah diperkenalkan oleh Al-mukmin (2008) diaplikasikan dalam tahap, kumpulan dan tajuk yang berbeza di lokasi kajian dengan tujuan perkongsian ilmu. Kaedah Potongan Kertas adalah berasaskan Teori Pemodelan Bandura (1986) yang memfokuskan empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. Malalui kajian ini murid akan diberi permodelan dalam bentuk potongan kertas semasa pembelajaran tajuk sistem solar.  Sistem solar merupakan tajuk yang abstrak dan murid perlu membanyangkannya, oleh itu teori permodelan diperlukan untuk  pemahaman konsep (Arends, 1997). Penyataan Masalah Pembelajaran sains adalah rumit dan kompleks disebabkan sebahagian besar daripada konsep-konsep sains itu sendiri amat abstrak, tambahan pula dengan perwakilan konsep-konsep itu dalam bahasa matematik (Zurida et.al., 2006). Pada umumnya, model transmisi dalam pengajaran diterima dan dianggap sesuai dalam sains kerana sains dipercayai mempunyai jawapan yang benar, boleh dicari dan ditemui manakala tugas guru hanya menyalurkan pengetahuan ini kepada murid. Walau bagaimanapun, model transmisi ini tidak dapat menjelaskan kegagalan murid dalam aspek-aspek tertentu pembelajaran seperti kreativiti, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Gagne, 1985; dalam Zurida et.al., 2006). Dalam amalan lazim, murid selalunya melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran  secara pasif seperti menghafal maklumat, menyiapkan lembaran kerja, dan memuntahkan semula pengetahuan dalam ujian bertulis. Akibatnya murid menghafal maklumat tanpa memahami prinsip sains yang terlibat dan tidak mampu mengaplikasi maklumat dalam fenomena yang sebenar (Eylon & Linn, 1988; dalam Scott et.al., 1998). Pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran sains cenderung membawa kepada kebosanan, kekecewaan dan persepsi negatif terhadap sains. Malah hasil kajian menunjukkan bahawa semakin banyak murid mengalami pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan tradisional semakin kurang motivasi mereka untuk meneruskan cita-cita atau kerjaya dalam bidang sains (Yager & Penick, 1986; dalam Scott et.al., 1998). Murid menghadapi masalah yang besar dalam memahami konsep dan proses sains yang kompleks dan abstrak yang selalunya melibatkan istilah yang baru, urutan serta saling berkaitan antara satu dengan lain. Masalah ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam skrip jawapan experimen sains juga semasa penyoalan secara lisan di dalam kelas. Kesukaran tersebut menyebabkan murid tidak dapat membuat gambaran mental (pengabstrakan) tentang konsep dan proses yang dipelajari. Akhirnya mereka kurang bermotivasi malah sebahagiannya tercicir dalam pembelajaran. Jika mereka belajar sekalipun, lazimnya mereka hanya menggunakan pendekatan tradisional secara baca dan hafal. Pendekatan tradisional kurang berkesan khususnya bagi tajuk-tajuk yang abstrak dalam sains. Keadaan ini menyebabkan murid kurang berminat dalam sains dan membuat persepsi bahawa sains susah kerana terlalu banyak teori dan konsep yang perlu dihafal (Al-Mukmin, 2008). Kajian ini amat  penting dalam menghasilkan pengajaran pembelajaran menggunakan Kaedah Potongan Kertas yang boleh membantu para guru dan murid untuk memahami teori dan konsep sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti. Kajian aplikasi potongan kertas telah dilakukan dalam subjek Biologi sekolah menengah dengan kejayaan yang positif oleh                   Al-Mukmin (2008). Oleh itu pengkaji ingin mengkaji keberkesanan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah dengan berasaskan Teori Permodalan Bandura kerana pemahaman konsep asas sains perlulah dari sekolah rendah seperti kata pepatah ”kalau hendak mengajar anak biarlah dari rebungnya”. Tujuan Kajian Mengaplikasikan Kaedah Potongan Kertas dalam pengajaran dan pembelajaran sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti untuk peningkatan kefahaman pelajar dalam memahami teori dan kaedah sains. Objektif Kajian       i.        Meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk-tajuk sains yang dikenalpasti.      ii.        Memotivasikan murid untuk mempelajari sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti.  Persoalan Kajian       i.        Adakah Kaedah Potongan Kertas dapat meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti.      ii.        Adakah Kaedah Potongan Kertas dapat memotivasikan murid dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti. Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini akan menjadi asas kepada alternatif kepada kaedah-kaedah yang yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini juga merupakan kaedah yang boleh diaplikasikan untuk membantu murid-murid dalam akademik dan motivasi terutama pada tahap sederhana dan lemah dalam memahami teori dan konsep sains. Tinjauan Literatur Kementerian Pendidikan di Malaysia sentiasa berusaha dalam melahirkan tenaga manusia kelas pertama. Sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar yang lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan Negara (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006). Dalam menghasilkan kajian ini beberapa penelitian tentang hasil kajian serta penulisan terdahulu berkaitan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada Teori Pemodelan Bandura (1986). Dapatan kajian Christopher (1984) menyatakan prinsip hafalan dalam pembelajaran pelajar masyarakat Jepun, sama dititikberatkan dengan kefahaman dan aplikasi maklumat. Berdasarkan dapatan tersebut Chirstopher sangat menyokong teori permodelaran untuk tujuan hafalan sebelum proses pemahaman yang kekal. Kaedah Potongan Kertas menekankan proses pemahaman melalui permodelan selaras dengan pendapat Faridah et al. (2005) yang menyatakan pengajaran konsep mesti dititikberatkan kerana kajian telah membuktikan bahawa pelajar yang mempunyai kefahaman konsep pada peringkat awal akan “perform best on procedural knowledge later”. Penyelidikan juga membuktikan pengajaran yang menekankan teaching for meaning mempunyai kesan positif ke atas pembelajaran, termasuk “better initial learning, greater retention and an increased likelihood that the ideas will be used in new situations” Sowell (1989). Konsep Kaedah Potongan Kertas berasaskan kepada pemindahan ilmu dari konkrit ke abstrak, kerana hasil kajian Musa, et. al. (1994) mendapati penggunaan bahan konkrit dalam jangka masa panjang oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sikap mereka. Proses Kaedah Potongan Kertas membolehkan ulangan dibuat oleh murid sehingga kefahaman terhadap konsep terbina dalam situasi yang menyeronokkan, bersesuaian dengan hasil kajian  Faridah et al. (2005) yang mendapati bahawa guru perlu menggunakan banyak contoh bagi menerangkan konsep terutama konsep asas kerana berdasarkan laporan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002), pencapaian pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran yang masih lagi bersifat tradisional seperti terlalu banyak menggunakan kaedah syarahan kurang menarik minat dan perhatian malah membosankan pelajar, guru yang kurang komited dan kreatif, tiada hubungan yang akrab antara guru dengan pelajar, dan guru tidak membantu mengatasi masalah pelajar. Manakala  Gerstner et.al., (1994) berpendapat bahawa “Nothing happens in school unless students want to learn”, oleh itu  menurutnya untuk mewujudkan pelajar yang ingin belajar, elemen keseronokan belajar harus wujud dan guru sebagai agen perubahan perlu berupaya menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan (make learning fun). Ciri-ciri pembelajaran Kaedah Potongan Kertas juga berasaskan ciri-ciri pembelajaran yang berasaskan projek dan teori pembelajaran Konstruktivisme yang berorentasikan pendekatan seperti berfokuskan murid dengan cara meneroka sendiri, membolehkan pelajar dalam persekitaran yang bebas, seronok dalam membuat pilihan berkaitan, menggunakan kaedah pengalaman hands-on. memberi pemahaman yang tinggi melalui minds-on, membolehkan rujukan, cubaan oleh semua pelajar dan boleh melibatkan pelbagai mod komunikasi dimana guru sebagai fasilitator. Aplikasi kaedah ini dalam pembelajaran membolehkan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri, pelajar merasa pembelajaran sebagai kepunyaan sendiri dan menggalakkan pembelajaran yang bermakna Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Metodologi Kajian Kerangka Teoritikal Kajian ini adalah berasaskan Teori Pemodelan Bandura yang menekankan pembelajaran melalui peniruan atau pemodelan serta pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (Bandura, 1986). Terdapat empat unsur utama dalam teori ini iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan melalui motivasi. Hasil kajian Bandura dan Walters (dalam Faridah et al. 2005) mendapati kanak-kanak belajar melalui peniruan model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Teori ini juga mendapati bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis juga menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Berdasarkan kepada Teori Pemodelan Bandura Kaedah Potongan Kertas diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains untuk membantu murid untuk memahami tajuk-tajuk sains khususnya tajuk-tajuk yang abstrak. Kaedah Potongan Kertas memberikan pembelajaran permodelan melalui potongan kertas yang diberikan dalam bentuk tugasan individu dan kumpulan. Rekabentuk kajian Kajian ini berbentuk kajian  kes dan laporan kajian dalam bentuk deskriftif kualitatif. Aplikasi Kaedah Potongan Kertas dijalankan di dalam Tahun 4 kelas Teaching School manakala dalam kelas Tahun 4 Biasa kaedah yang dijadikan kawalan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran selain Kaedah Potongan Kertas dalam tajuk yang sama. Sampel Kajian Sampel kajian terdiri daripada 25 orang  murid Tahun 4 Kelas Teaching School dan          25 orang murid Tahun 4 dalam Kelas Biasa yang dijadikan sebagai kawalan. Kedua-dua kelas mempunyai aras kognitif yang hampir sama. Instrumen kajian Instrumen pertama kajian menggunakan ujian prestasi mengikut tajuk yang diajar. Soalan digubal oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007) dan berdasarkan Aras Bloom Bloom (1987). Instrumen kedua dibina oleh pengkaji sendiri bertujuan untuk meninjau pesepsi dan motivasi dan tanggapan murid terhadap kaedah yang diperkenalkan kepada murid dalam bahasa yang mudah difahami.  Hasil kajian rintis terhadap instrumen kedua didapati nilai Cronbach Alpha adalah 0.77. Tempat kajian ini dijalankan ialah SK. Bukit Queen Tawau yang merupakan sekolah angkat IPG Kampus Tawau.  Tempat ini dipilih berdasarkan kesesuaian tajuk kajian dan lokasinya yang strategik untuk menjalankan pelbagai projek atau siasatan yang melibatkan beberapa pencapaian murid dalam sains. Analisis Data Penganalisaan data kualitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif (Sulaiman, 1996). Statistik deskriptif dibuat dengan cara menentukan peratusan tahap kemudahan dan perkhidmatan yang dikehendaki, dan peraturan yang dicadangkan oleh pelajar. Dapatan Kajian Data Demografi Populasi Kajian Data demografi kajian terdiri dari semua murid Tahun 4 pada Tahun 2010 yang terdiri daripada dua kelas iaitu satu kelas Tahun 4 Kelas Teaching School dan satu kelas Tahun 4 untuk Kelas Biasa di  SK. Bukit Queen yang merupakan Sekolah Angkat IPG Kampus Tawau. Pelajar terdiri dari 28 orang murid perempuan dan 22 orang murid lelaki. Dapatan Kajian Dapatan dan Perbincangan Kajian Berdasarkan keputusan Ujian t didapati nilai t kiraan (data) adalah lebih besar berbanding nilai t jadual pada darjah kebebasan 30 (Jadual 1). Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.01) di antara pencapaian Kelas Teaching School dan Kelas Biasa. Ini membuktikan bahawa pembelajaran menggunakan Kaedah Potongan Kertas secara signifikannya dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar.             Jadual 1.         Min, Sisihan Piawai dan Nilai Ujian t Antara                                      Kelas biasa (kawalan) dan Kelas Teaching School (Experiman) Nilai Kelas Biasa Kelas Teaching School Min 58.7820 47.5938 Sisihan Piawai 20.0432 18.6453 Nilai  t 3.552                         Nilai  t (0.01, 30)  =  2.750 Analisis Pencapaian Prestasi Tugasan Murid Analisis prestasi menunjukkan tahap pencapaian di antara Kelas biasa dan  Kelas Teaching School  dalam tugasan 1 hingga tugasan 5 mengikut tahap pencapapian mengikut kategori rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam Jadual 2 dan Jadual 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prestasi murid dalam kelas Teaching School lebih tinggi berbanding di dalam kelas biasa. Dapatan kajian Tina (2002) juga selaras dengan dapatan kajian ini bahawa pendekatan konstruktivis lebih berkesan berbanding pendekatan langsung dalam pencapaian sains. Perbandingan min pencapaian untuk kedua-dua kelas seperti dalam Rajah 1. Jadual 2.  Markah Perestasi Tugasan Kelas Teaching School Skor Tahap Pencapaian Kumpulan N=25 Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3 Tugasan 4 0 - 40 Rendah  (42%)  (39%)  (12%)  (23%) 41 - 70 Sederhana  (52%)  (48%)  (65%)  (61%) 71 - 100 Tinggi  (6%)  (13%)  (23%)  (16%) Jadual 3.  Markah Perestasi Tugasan Kelas Biasa Skor Tahap Pencapaian Kumpulan N=25 Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3 Tugasan 4 0 - 40 Rendah  (32%)  (20%)  (8%)  (18%) 41 - 70 Sederhana  (42%)  (22%)  (25%)  (15%) 71 - 100 Tinggi  (0%)  (2%)  (5%)  (3%) Rajah 1:  Min Pencapaian Prestasi Murid dalam Kelas Teaching School Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah Potongan Kertas (KPK) Jadual 4 menunjukkan analisis lengkap persepsi murid dalam Kaedah Potongan Kertas dalam Kelas Teaching School. Min terbaik adalah 3.87 (aktiviti ini membolehkan saya bersaing dengan kumpulan lain), 368 (aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar) dan 3.38 (Menyeronokkan saya untuk belajar tajuk yang diajar). Min yang rendah adalah 2.19 (aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan prestasi pelajar yang diukur melalui tugasan dalam bentuk penyelesaian masalah yang diberikan mengikut kumpulan. Dapatan kajian selaras dengan dapatan kajian oleh John (2008) yang menggunakan pendekakatan pembelajaran berasaskan projek di sekolah Teaching School. Peratus Persepsi keseluruhan seperti dalam Rajah 2.             Jadual 4.   Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah Potongan Kertas  (KPK) Pernyataan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Min Sisihan Piawai (A1) Menyeronokkan saya untuk belajar tajuk yang diajar 1 (3.23%) 1 (3.23%) 14 (45.16%) 15 (48.39%) 3.38 0.72 (A2) Aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar 3 (9.68%) 19 (61.29%) 9 (29.03%) 0 (0%) 2.19 0.60 (A3) mempercepatkan saya faham tajuk yang diajar 0 (0%) 7 (22.58%) 10 (32.26%) 14 (45.16%) 3.23 0.80 (A4) Aktiviti yang dijalankan membolehkan saya berbincang dengan kawan dalam pelbagai cara komunikasi 5 (16.13%) 13 (41.94%) 11 (35.48%) 2 (6.45%) 2.32 0.83 (A5) Aktiviti ini dapat mengaktifkan saya 4 (12.90%) 2 (6.45%) 19 (61.29%) 6 (19.35%) 2.87 0.88 (A6) Memudahkan saya memahami sains 0 (0%)        1 (3.23%) 8 (25.81%) 22 (70.97%) 3.68 0.54 (A7) Aktiviti ini membolehkan saya bermain sambil belajar 3 (9.68%) 10 (32.36) 11 (35.48%) 7 (22.58%) 2.71 0.94 (A8) Aktiviti ini memudahkan saya mengingat apa yang saya belajar 3 (9.68%) 6 (19.35%) 9 (29.03%) 13 (41.94%) 3.03 1.02 (A9) Aktiviti ini membolehkan saya bersaing dengan kumpulan lain 0 (0%) 0 (0%) 4 (12.9%) 27 (87.10%) 3.87 0.34 (A10) Aktiviti ini memotivasikan saya untuk belajar sains 3 (9.68%) 9 (29.03%) 14 (45.16%) 5 (16.13%) 2.68 0.87                                               Rajah 2:  Peratus Persepsi Keseluruhan Rajah 3 merupakan peratus pecahan mengikut jantina bagi keempat-empat skala yang telah dinyatakan. Pelajar perempuan mencatat peratus yang paling tinggi untuk skala 3 iaitu setuju sebanyak 22.26%. Manakala Pelajar lelaki mencatat 18.71% untuk peratus tertinggi  bagi skala sangat setuju. Bagi skala 1 atau sangat tidak setuju responden perempuan mencatat peratus paling rendah iaitu 2.26% sahaja sedangkan responden lelaki mencatat 4.84% untuk kategori yang sama. Dapatan ini menunjukkan murid perempuan lebih gemar melalukan kaedah ini berbanding murid lelaki. Dapatan ini selaras dengan teori konseptual mengikut jantina yang mengatakan murid perempuan memerlukan permodelan untuk memahami konsep abstrak berbanding murid lelaki kerana murid lelaki mempunyai penguasaan pemikiran tiga demensi yang lebih tinggi daripada murid perempuan (Abdul Rashid, 2008). Daya konsentrasi antara pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza. Kajian menunjukkan daya konsentrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki (Zalizan, 2001). Bagi mencapai celik belajar di kalangan pelajar lelaki, guru perlu lebih prihatin kepada pendekatan mengajar yang lebih sesuai kepada “learning style of boys”.                                                   Rajah 3:  Taburan Peratus Responden Mengikut Jantina Kesimpulan Pembelajaran secara Kaedah Potongan Kertas pada keseluruhannya berkesan dalam subjek sains dari aspek peningkatan prestasi dan motivasi murid dilokasi kajian. Kajian ini boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain dalam sains yang berasaskan kepada konsep permodelan. Pemahaman konsep sains yang diasaskan dari teori-teori yang pelbagai memerlukan pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi. Guru-guru sains perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru sains seharusnya mempunyai keyakinan untuk mencuba pelbagai kaedah, strategi atau model dalam pengajaran bagi meningkatkan “outcomes” dan keberkesanan pengajaran. Kepelbagain pembelajaran murid dalam satu kelas juga perlu diambil kira oleh para pendidik oleh itu kaedah ini perupakan salah satu alternatif yang boleh diaplikasikan. Rujukan Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008). Guru Sebagai Penyelidik. PTS Professional Publishing. Abdul Rashid Abdul Rahman (2008). Pendekatan Tiga Dimensi Multimedia Bagi Meningkat Kemahiran Visualisasi Spatial Di Kalangan Pelajar Kognitif Rendah Dalam Tajuk Pelan Dan Dongakan. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).\ Albion, P.R. (1999). Self efficacy beliefs as an indicator of teachers’ preparedness for teaching with technology. Association for the advancement of computing in Education.: http://www.usq.edu.au/users/albion/paper/site99/html Allinder, R.M. (1995). An examination of the relationship between teacher efficacy and curriculum-based measurement. Remedial & Special Education. Jul. 99, Vol. 16:P.247. Al-Mukmin Al-Kanta (2009). Kajian Tindakan Aktiviti Potongan Kertas dalam meningkatkan pencapaian murid. Kertas Cadangan Inovasi SMK. Agaseh Lahad Datu. Arends R, I. (1997). Learning to Teach. 6th Edition. Guide to Field Experiences and Portfolio Development. Badura A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Teory. 1st edition. Bhashah bin Abu Bakar (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Edisi Pertama. Syarikat Miharja Sdn. Bhd. Bloom, A. (1987). The closing of the American mind. Simon & Schuster Inc., New York. Christopher, R.C. (1984). The Japanese mind: The goliath explained. Pan books. London. Coladarci,T. (1992). Teachers’ sense of efficacy and commitment to teaching. Journal of experimental education, 60: 323-337. Corey, S.M., (1953). Action research to improve school practices. New York: Teachers College Press. Educational Technology Division, Ministry of Education (2006). Project-Based Learning Handbook. Kuala Lumpur, Communications and Training Sector Smart Educational Development Educational Technology Division, Ministry of Education (1-56). Faridah A. H., Naimah I., Hamidah Y., dan Habibah A.R. (2005). Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Ferrance, E., (2000). Action Research. Northeast and Islands Regional Educational Laboratory at Brown University. Gerstner, L.V., Semerad, R. D., Doyle, D. P., & Johnston, W.B., (1994). Reinventing education: Entrepreneurship in America’s public schools. Penguin, New York. Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan. (2004). Pendekatan inkuiri dan pembelajaran berasaskan masalah dalam persekitaran web. Prosiding Teknologi Pendidikan. Universiti Sains Malaysia. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rashud Johar. (2000). Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Percetakan Warni Sdn. Bhd. John Brodi (2008). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School, Jurnal IPTAR. Johnson, B.M., (1995). Why conduct action research?. Teaching and Change, 1, 90-105. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Kemmis, S dan Mc. Taggart, R., (1988). The action research planner. (3 rd ed.). Geelong, Victoria: Deakin University Press. Keogh.B.,  Simon. S., Naylor. S., Maloney. J & Downing. B. (2008). Puppets and Engagement In Science. International Journal of Science Education .Jld  30,1229-1244. Lomax, P., (1994). Change and educational innovation: The case for action research. Ucapan Keynote yang disampaikan semasa di Educational Conference: Inovation in Educatin di USM, Oktober 1994. Mills, G. E., (2000). Action research: Principles and practice. Routledge London. Musa Mohamed, Jaohari Mohd. Nordin, Bahiyani Abd. Aziz (1994). Kajian prestasi matematik murid Melayu di luar bandar. Laporan Kajian Tindakan di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research. Pusat Perkembangan Kurikulum (1992). PPK (1999). Kepentingan kajian tindakan. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/penting.htm; Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil Belajar. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun. Kajian Tindakan Guru, 1, 173-185. Scott G. Paris; Kirsten M. Yambor; Becky Wai-Ling Packard (1998). Hands-on biology: a museum-school-university partnership for enhancing students' interest and learning in science. The Elementary School Journal, Vol.98 (3). 267(22). Tina Lim Swee Kim. (2002). Pembelajaran web. Kesan pendekatan konstruktivis berbanding pendekatan langsung terhadap pencapaian sains dan kemahiran berfikir aras tinggi. Tesis Master. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan). Zalizan (2001) Kajian prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem pendidikan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zurida, I., Syarifah Norhaidah, S.I, dan Mohd. Ali, S. (2006). Kaedah Mengajar Sains. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur. JAWAPAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menurut Woolfolk, 1995 telah menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan refleksi ialah, refleksi erupakan satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian. Berdasarkan maksud tersebut, maka dapatlah dinyatakan bahawa konsep dalam penggunaan refleksi adalah satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan serta kekurangannya yang bertujuan untuk memikirkan cara bagaimana untuk memperbaiki serta mengubahsuai untuk mencari panduan dan kegunaan di masa hadapan. Antara kebaikan yang dapat diperolehhi daripada penyediaan refleksi ini adalah:- 1. Bersikap Keterbukaan Dengan adanya refleksi, seseorang guru akan lebih bersikap terbuka serta melihat masalah murid dari segenap aspek. Guru juga akan mengambil kira semua maklumat yang diperolehi sebelum membuat keputusan pengajaran. 2. Bertanggungjawab Dengan membuat refleksi selepasa sesi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru akan lebih bertanggungjawab di atas kejayaan dan segala kegagalan. 3. Mempunyai Sikap Kerelaan Guru akan lebih memberi komitmen terhadap proses pengajaran serta rajin mengajar semua murid di sekolah. Sebagai kesimpulannya dapat saya nyatakan di sini bahawa adalah sangat penting bagi seseorang guru membuat refleksi selepas pengajarannya kerana ianya dapat memberi manfaat bukan sahaja terhadap pengajaran guru, malahan juga dapat membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya turut bersetuju dengan pandangan saudari. Disini saya ingin menambah sedikit maklumat tentang kebaikan membuat refleksi terhadap guru dan murid. Rasional seseorang guru membuat refleksi adalah bertujuan mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam situasi tertentu. Ia juga dapat memberikan gambaran yang lebih objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara. Guru-guru juga akan menjadi lebih prihatin terhadap pembelajarannya serta dapat menerima pandangan murid sebelum meneruskan proses pengajarannya. Dari sudut konteks pembelajaran, refleksi pengajaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, guru akan melubatkan diri mereka secara aktif serta dapat meneroka kefahaman murid dengan menerapkan penghayatan baru. Hasilnya apabila refleksi dibuat, diharap ianya dapat mencetuskan kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan persepsi dan perubahan amalan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya turut bersetuju dengan pendapat saudari. Sesuatu kajian dibuat bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau bagi membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran menepati matlamat pendidikan iaitu agar murid mencapai tahap kecemerlangan dalam satu-satu mata pelajaran dengan kaedah yang sesuai. Dengan cara ini setiap permasalahan dapat diatasi serta murid belajar dengan lebih efektif melalui pengajaran guru yang berkesan. Kaedah yang sesuai juga dapat membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan menggunakan kaedah atau kemahiran baru yang lebih menarik minat murid untuk belajar. • Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan. • Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.