Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
PENDAHULUAN Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah yang berlaku dikalangan murid Tahun 3 yang mempunyai masalah menulis tanda baca dengan betul dan tepat. Kemahiran menulis merupakan komponen utama yang terdapat dalam 3K Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu membaca, menulis dan menaakul. Kepentingan untuk murid menguasai kemahiran ini adalah kritikal sehubungan dengan kegagalan murid untuk mengatasi masalah menulis dengan cara yang betul. Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis.Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir menulis tanda baca dengan betul.Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran membaca. Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan..Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul. Kemahiran menulis merupakan suatu kemahiran bahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia.Kemahiran menulis merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu.Sistem penulisan yang baik dapat membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa. Kelemahan menguasai kemahiran menulisakan menjejaskan pengunaan sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran menulis dengan tanda baca yang betul di kalangan murid. Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah dibuat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan latihan dan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas selepas satu sesi pengajaran dan pengajaran.Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini. Sekolah ini mempunyai murid seramai 1253 orang murid.Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja warga asing.Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur dalam dialek mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah dan di rumah. Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik.Ini adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang responden alami.Taraf sosioekonomi masyarakat di sekeliling sekolah juga adalah bercampur-campur antara yang berpendapatan tinggi, sederhana dan juga rendah. Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu menulis dengan amat baik mewujudkan suatu situasi yang membina. Murid yang mahir menulis dengan tanda baca yang betul dan tepat akan menjadi sumber rujukan dikalangan rakan-rakannya yang lain. REFLEKSI PENGAJARAN LALU Murid-murid di dalam kelas pengkaji terdiri daripada murid-murid yang sederhana lemah. Sewaktu pengkaji menanda buku latihan murid Tahun 3 Dedikasi, pengkaji mendapati terdapat banyak kesalahan tanda banca yang dilakukan oleh murid di dalam pembinaan ayat. Apabila pengkaji meneliti dan menyemak latihan murid berulangkali, didati murid melakukan kesalahan yang sama. Ketika sesi pengajaran, pengkaji menegur dan meminta murid-murid tidak melakukan kesilapan tanda baca ketika membina sesuatu ayat. Namun, walaupun telah ditegur dan diminta membuat pembetulan, murid-murid masih juga mengulangi kesilapan yang sama. Dalam pemerhatian pengkaji, didapati hamper 30% murid membuat kesalahan tanda baca di dalam ayat. Ada di antara mereka yang tidak dapat membezakan penggunaan huruf besar dan kecil serta mengambil mudah ketika meletakkan tanda baca seperti noktah, koma, tanda seru dan juga tanda soal ketika membina sesuatu ayat. Setelah difikirkan, tindakan memperbaiki kelemahan murid perlu dibuat dengan segera. Jika ianya tidak diambil tindakan, kelemahan ini akan terus berulang sehinggalah mereka sampai ke Tahun 6 malah kesalahan yang sama pasti dilakukan apabila mereka melangkah ke sekolah menengah. LATAR BELAKANG KAJIAN Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika membaca dengan mengikut intonasi yang betul. Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.