Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Dasar Buku Negara

1992

Dasar Buku Negara telah disusun beberapa tahun yang lalu dan ka li ini diterbitkan untuk diedarkan kepada orang ramai, khususnya mereka yang berkecimpung di dalam bidang perbukuan. (ni adalah suatu usaha yang baik supaya tujuan Dasar Buku Negara ini dapat didedahkan dengan meluasnya dan difahami oleh masya rakat umum. Antara matlamat utama Dasar Buku Negara ialah untuk meningkatkan taraf profesionali sme di dalam industri perbukuan. Seiain itu ialah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan bermaklumat. Kedua-dua matlamat ini sekiranya tercapai bermakna kita bukan sahaja mampu meningkatkan mutu penerbitan buku, tetapi juga dapat memperkaya fikiran masyarakat kita. Kadar celik huruf yang agak tinggi di negara ini perlu dipupuk dengan tabiat suka membaca. Tetapi itu sahaja beluml ah memadai kalau bahan bacaan yang dibaca itu kurang bermutu dan kurang mencabar. Kanak-kanak seharusnyalah didedahkan kepada bahanbahan bacaan ya ng boleh memperka ya akal, ak hlak dan fikiran rakyat jelata. Saya berha rap dengan tersebar luasnya Dasa r Buku Negara ini usaha ke arah mencapai matlam atnya akan dapat bersamasama dilaksanakan segera oleh be rbagai-bagai pihak sepe rti penerbit, pencetak, penterjemah, editor, pengarang dan juga pengedar buku.

RISALAH .Dasar B NEGARA KATA PENGANTAR Dasar Buku Negara telah disusun beberapa tahun yang lalu dan ka li ini diterbitkan untuk diedarkan kepada orang ramai, khususnya mereka yang berkecimpung di dalam bidang perbukuan. (ni adalah suatu usaha yang baik supaya tujuan Dasar Buku Negara ini dapat didedahkan dengan meluasnya dan difahami oleh masya rakat umum. Antara matlamat utama Dasar Buku Negara ialah untuk meningkatkan taraf profesionali sme di dalam industri perbukuan. Seiain itu ialah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan bermaklumat. Kedua-dua matlamat ini sekiranya tercapai bermakna kita bukan sahaja mampu meningkatkan mutu penerbitan buku, tetapi juga dapat memperkaya fikiran masyarakat kita. Kadar celik huruf yang agak tinggi di negara ini perlu dipupuk dengan tabiat suka membaca. Tetapi itu sahaja beluml ah memadai kalau bahan bacaan yang dibaca itu kurang bermutu dan kurang mencabar. Kanak-kanak seharusnyalah didedahkan kepada bahanbahan bacaan ya ng boleh memperka ya akal, ak hlak dan fikiran rakyat jelata. Saya berha rap dengan tersebar luasnya Dasa r Buku Negara ini usaha ke arah mencapai matlam atnya akan dapat bersamasama dilaksanaka n segera oleh be rbagai-bagai pihak sepe rti penerbit, pencetak, penterjemah, editor, pengarang dan juga pengedar buku. 111 DASAR BUKU NEGARA Akhimya, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anggota Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. (Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud) Menteri Pendidikan Malaysia iv PRAKATA Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) telah ditubuhkan pada tahun 1968 dengan matlamat untuk memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia di samping menggalak pembangunan dan penggunaan buku di negara ini. Bagi mencapai matlamat tersebut, MBKM menyusun beberapa kegiat an termasuk Projek Gerakan Membaca bagi menjayakan cita-cita keraj aan untuk mewujudkan masya rakat yang membaca dan bermaklumat. Namun demikian, satu dasar buku yang lengkap lagi bersepadu (integr·ated) yang dapat menyelaraskan usaha perkembangan buku bagi pembangunan negara, adalah perlu. Menyedari hakikat yang buku dapat memperkayaka n keh idupan manusia individu serta dapat melahirkan persefahaman dan perdamaian antara masya rakat berbilang kaum dan kebudayaan, MBKM telah menggubal Dasar Buku Negara (DBN) dan men yampaikannya kepada Menteri Pendidikan. Mesyuarat Jemaa h Menteri pada 27 November 1985 tel ah meluluskan Dasar Buku Negara (DBN) dan merestui penubuhan sebuah j awatankuasa untuk mengkaji langkah-langkah yang patut diambil bagi melaksanakan DBN. Jawatankuasa tersebut tel ah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan dengan anggotanya terdiri daripada wakil-wakil: v DASAR BUKU NEGARA Jabatan Perdana Menteri Kementerian Pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Dalam Negeri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Kementerian Kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka Persatuan Penulis Persatuan Penerbit .. Persatuan Penterjemah '.'.:" Persatuan Editor Jawatankuasa yang dipengerusikan oIeh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan ketika itu telah menyediakan satu Iaporan yang mengandungi matlamat, strategi dan program ke arab pembangunan buku secara menyeluruh. Laporan ini juga telah disampaikan kepada Menteri Pendidikan. Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 9 November 1988 telah meluluskan Laporan tersebut dengan Iangkah-Iangkah yang dicadangkan untuk melaksanakan DBN. Dasar Buku Negara dan Iaporan tersebut telah dijadikan pedoman dan panduan oleh MBKM dalam menajamkan Iagi tujuhala dan kegiatannya dalam bidang pembacaan dan perbukuan. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan menerbitkan Dasar Buku Negara ini, khasnya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas khidmat menyunting, mereka bentuk dan mencetak buku ini. Tidak ketinggalan penghargaan yang sama dihijukan kepada Persatuan Penterjemah Malaysia atas usaha menterjemah Dasar Buku Negara ini ke bahasa Inggeris. vi PRAKATA Semoga dengan penerbitan ini, Dasar Buku Negara dapat dimasyarakatkan ke seluruh negara dan matlamatnya dapat dihayati dan ditangani bersama. Insya-Allah. (Dato' Asiah Abu Samah) Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) vii KANDUNGAN Kata Pepgantar Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia Prakata Pengerusi MajIis Buku Kebangsaan Malaysia Dasar Buku Negara - Mukadimah Mengapa Dasar Buku Negara Diperlukan Keadaan dan Suasana untuk Perkembangan Buku Rumusan dan Saranan Kesimpulan Lampiran I ix iii v 1 3 6 24 32 34 MB Krv1 • Diterbitkan untuk MajJis Buku Kebangsaan Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Pertama Dewan Bahasa dan Pustaka 1992. DASAR BUKU NEGARA MUKADIMAH Kesedaran tentang pentingnya" buku di kalangan negara membangun telah wujud sejak tahun-tahun enam puluhan. Pada tahun 1966, suatu mesyuarat pakar-pakar buku telah diadakan di Tokyo di bawah anjuran UNESCO. Salah satu saranan yang dikemukakan adalab untuk menggesa negara-negara membangun di rantau Asia-Pasifik menubuhkan sebuah badan dengan tugas memajukan buku, termasuklah mengembangkan perpustakaan serta memupuk minat membaca, dengan matIamat mencapai kadar pembacaan 80 halaman buku bagi setiap penduduk setahun dalam jangka waktu 10 tahun antara tahun 1970 dan 1980. Sehingga kini, hanya negara Jepun dan Korea yang telah mencapai matlamat tersebut. Negara-negara lain tidak mencapai matlamat tersebut kerana tidak ada dasar buku dan pembacaan yang jelas. Hasil daripada mesyuarat tersebut, 18 buah negara di Asia-Pasifik telah menubuhkan badan yang diberi nama National Book Development Council. Di Malaysia, pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan badan yang demikian, dengan nama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan. Matlamat Majlis K.emajuan Buku Kebangsaan adalah untuk kemajuan dan penggunaan buku di Malaysia. Majlis ini telah bergerak selama beberapa tahun, tetapi mulai tabun" 1971-72, Majlis tersebut tidak lagi aktif. Antara sebab-sebab Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan tidak aktif adalah kerana badan tersebut merupakan badan sukarela sahaja dan tidak mempunyai kemudahan bantuan pentadbiran dan peruntukan wang yang tetap untuk menjalankan DASAR BUKU NEGARA kegiatan-kegiatan perkembangan baru. Beberapa arahan oleh empat Menteri Pelajaran serta gesaan daripada badan-badan profesional yang berkait rapat dengan bulQI akhirnya telah menghidupkan semula Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan pada bulan November, 1981 dengan Urus Setianya ditempatkan di Bahagian Hal-Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pelajaran. Di samping itu, Kementerian Pelajaran telab memberikan peruntukan sejumlab $100000 untuk Projek Gerakan Membaca. Dengan yang demikian, dapatIah Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan memulakan kegiatan dengan agak aktif. Namun demikian, satu DASAR BUKU yang lengkap, lagi sepadu (integrated) serta dapat menyelaraskan usaha mengembangkan buku bagi pembangunan negara masih belum wujud. Malaysia memerlukan DASAR BUKU NEGARA di samping Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Bahasa Kebangsaan. Tujuan dasar itu bukanlah sahaja untuk menyambut seruan World Congress on Books 1982, London, untuk mencapai cita-cita membentuk masyarakat yang membaca, tetapi juga kerana menyedari bahawa buku dapat memperkaya kehidupan manusia individu serta dapat melahirkan persefahaman dan perdamaian antara masyarakat berbilang bangsa dan kebudayaan. Buku merupakan alat perakam dan penyambung tamadun manusia; buku juga merupakan media komunikasi yang penting bagi penyebaran maklumat, pendidikan dan penyelidikan dan sumber penting bagi kebudayaan, rekreasi serta pembangunan negara. 2 MENGAPA DASAR BUKU NEGARA DIPERLUKAN Sehingga kini, Malaysia masih tid~ mempunyai satu perancangan penerbitan buku yang boleh membantu para penerbit menentukan keperluan buku bagi negara ini. Penerbit swasta lebih banyak menumpukan perhatian kepada penerbitan teks sekolah untuk memenuhi keperluan sistem pelajaran kebangsaan. Buku-buku bacaan umum tidak diberi perhatian yang serius dalam rancangan penerbitan. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana infrastruktur perkembangan buku yang ada sekarang Keadaan tersebut boleh menjejaskan Dasar Bahasa sangat lem~h. Kebangsaan kita. Selama negara tidak dapat menerbitkan bukubuku untuk keperluan masyarakatnya, selama itu pula negara terpaksa bergantung pada buku-buku yang diimport untuk mengisi vakum yang wujud. Penerbit buku menjadi sasaran, apabiJa buku dalam bidang tertentu tidak ada atau tidak mencukupi. Sesungguhnya antara kerajaan dengan penerbit swasta hampir tidak wujud kerjasama untuk menerbitkan buku-buku untuk mengisi keperluan ma, syarakat Malaysia seluruhnya. Sehubungan dengan itu, perkembangan buku negara ini tidak mendapat' bantu an yang jelas baik secara langsung mahupun tidak langsung daripada ekonomi negara. Dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat tidak ada rancangan dan peruntukan untuk pembangUnan buku. Sungguhpun ada peruntukan untuk perkembangan perpustakaan, temyata peruntukan yang ada tidak mencukupi untuk membeli buku-buku 3 DASAR BUKU NEOARA dan mengisi rak-rak perpustakaan, jauh sekali untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan yang ada. Buku dan usaha menerbitkannya dianggap seolah-olah 'soal swasta' dan bukan soal negara. Buku merupakan suatu bahan yang unik dan memerlukan satu proses yang khusus dari peringkat penulisannya hingga buku itu sampai kepada sasarannya. Perusahaan buku ialah perusahaan yang kompleks, yang melibatkan satu rangkaian terdiri daripada pengarang, penterjemah, editor, penerbit, pereka bentuk, pelukis, pengatur huruf, pencetak, penjilid, pengeluar kertas, pengeluar taip, penjual buku, guru dan pustakawan. Kejayaan perusahaan buku bergantung pada mereka. Industri yang unik ini berkait rapat pula dan sosial nedengan perkembangan pendidikan, kebud~yan gara. Perusahaan buku tidak boleh dianggap sebagai soal ekonomi semata-mata. Perusahaan buku ialah perusahaan ilmu pengetahuan (knowledge industry) kerana buku merupakan alat penting bagi perkembangan intelek. lumlah buku, jenis buku yang dikeluarkan, bilangan kedai buku serta perpustakaan yang ada, akan menggambarkan tingkat perkembangan intelektualisme masyarakat Malaysia. Untuk itu, DASAR BUKU NEGARA penting untuk memastikan pendekatan yang padu bagi perkembangan buku, untuk mengatasi rintangan yang mungkin timbul dalam usaha mewujudkan serta mengembangkan industri buku yang sihat dan untuk mengatasi pelaksanaan yang tidak teratur yang mungkin menghalang perkembangan buku. Kesimpulannya, matlamat DASAR BUKU NEGARA adalah: 1. Untuk memastikan supaya buku dalam bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan, sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara; 2. Untuk memastikan supaya buku dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat di negara ini; 4 MENGAPA DASAR BUKU NEGARA DIPERLUKAN 3. Untuk meast~n supaya rakyat di negara ini mempunyai minat membaca yang tinggi, dan menjelang tahun 2000, masyarakat Malaysia boleh dianggap seratus peratus masyarakat yang membaca; dan 4. Untuk memastikan supaya semua buku yang ditetbitkan di negara ini mencapai mutu yang baik dati segi isi dan juga dati segi bentuk fizikalnya. Untuk mencapai matlamat ini, maka negara hendaklah: 1. Memastikan supaya semua kegiatan pembangunan buku dianggap sebahagian datipada perusahaan pendidikan dan dengan demikian perlu dimasukkan dalam perancangan pembangunan Negara. Peruntukan khas untuk pembinaan buku mesti ada; dan 2. Memastikan supaya· perusahaan buku diiktiraf sebagai salah satu perusahaan penting (essential industry), iaitu perusahaan budaya yang amat penting. Namun demikian, perusahaan buku tidak mungkin berkembang sekiranya tidak wujud keadaan yang boleh membantu perkembangannya. 5 KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU Untuk memungldnkan perancangan yang sistematik bagi perkembangan buku dilaksanakan dengan jayanya, maka haruslah terlebih ~ahul wujud keadaan serta suasana seperti yang berikut: 1. KADAR MEN GENAL HURUF DAN MINAT MEMBACAHARUSLAH TINGGI DAN MELUAS Pentingnya membaca bagi individu dan masyarakat seluruhnya tidaklah dipersoalkan lagi. Pelajaran dan pendidikan memerlukan pembacaan. Sebelum dilaksanakan sistem 3M asas kemahiran membaca tidak begitu ditekankan. Tetapi, membaca tidaklah sekadar bererti mengenal huruf. Beberapa faktor diri, keadaan sekeliling, serta labial seseorang perlu ada untuk mendorong seseorang itu membaca. Sesungguhnya buku memerlukan penglibatan yang lebih aktif daripada penerimaannya, jika dibandingkan dengan media elektronik seperti radio dan televisyen. Radio dan televisyen boleh merupakan media perhubungan yang berkesan meskipun golongan yang menjadi sasaran proses perhubungan itu menerimanya secara pasif. Tidak demikian halnya dengan buku. Golongan yang menjadi sasarannya mestilah telah memutuskan bahawa buku diperlukan, berusaha untuk memperolehnya, dan akhirnya secara aktif pula berusaha untuk membaca dan menyerapkan kandung6 KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU annya. T~biat gemar membaca hanya dapat dikatakan berkembang dalam sesuatu masyarakat itu jika sebilangan besar anggotanya secara aktif melibatkan diri dalam proses pembacaan yang sedemikian itu. Jika tidak, paling tinggi proses tersebut hanya akan mencapai peringkat pembacaan yang ringan sahaja. Jika minat membaca tidak ada, maka segala usaha untuk menerbitkan buku akan. mengalami lingkaran masa.1ah yang kait-berkait dan tidak putus-putus. Hasil kajian A Survey of the Reading Habits and Interests of the Malaysian People (DBP 1983) menunjukkan bahawa kadar mengenal hurnf masyarakat Malaysia adalah 74%. Tetapi kadar mengenal hurnf ini tidak semestinya mempunyai korelasi yang positif dengan kadar pembaeaan. Suatu indeks yang boleh kita gunakan untuk mengukur betapa meluasnya kadar pembaeaan dalam masyarakat ialah angka-angka penjualan dan penyebaran buku. Jika tabiat membaca telah berkembang, maka kita andaikan bahawa industri penerbitan buku akan berkembang dan para pengarang buku akan dapat menyara hidup dengan menghasilkan buku-buku sepenuh masa. Keadaan ini belum wujud di Malaysia. Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh industri buku, temyata bahawa minat membaea di kalangan masyarakat Malaysia masih rendah, terutama pada kalangan penduduk d~sa. Untuk memecahkan lingkaran masalah yang dihadapi dalam penerbitail buku, maka salah satu eara yang paling berkesan adalah dengan meningkatkan kebolehan dan minat membaca. Salah satu eara yang baik untuk mencapai maksud ini adalah dengan mengadakan Projek Gerakan Membaca. 2. PERUSAHAAN BUKU HENDAKLAH DIIKTIRAF SEBAGAI PERUSAHAAN BUDAYA YANG PENTING Proses penerbitan buku memerlukan tenaga dan penge7 DASAR BUKU NEGARA tahuan profesional dati mula konsep sesebuah karya itu dicetuskan hinggalah bukunya sampai di tangan pembacanya. Untuk memungkinkan perusahaan buku diiktiraf sebagai perusahaan budaya yang penting, maka beberapa masalah yang dihadapi oleh para penerbit buku mestilah diatasi terlebih dahulu . . (a) Tenaga Penulis Langkah pertama dalam rancangan penerbitan buku ialah penulisan manuskripnya. Penulis merupakan unsur penting dalam penghasilan manuskrip. Malangnya, tenaga penulis yang benar-benar berbakat, yang produktif, yang jitu pemikirannya dan yang boleh menulis dalam bahasa Melayu yang indah lagi gramatis amatlah terbatas. Tambahan pula, penulisan dijadikan kerja sepenuh buku masih belum bole~ masa atau satu profesion. Sehubungan dengan itu, penerbit tidak begitu gbairah menanam modal untuk menerbitkan basil karya para penulis muda atau yang belum terkenal, kerana risiko perdagangannya yang amat besar. Jika penulisannya berkebolehan, maka terdapat pula kemungkinan besar bahawa bukunya akan dicetak rompak. Pelaksanaan Akta Hak Cipta di Malaysia yang am at longgar boleh membunub kreativiti para penulis. Penulis yang menulis dalam bahasa Melayu barus bersaing dengan penulis yang menulis dalam bahasa-babasa lain, seperti bahasa Inggeris. Selalunya, penulis -yang menulis dalam bahasa kebangsaan mendapati pembacanya terbatas dalam lingkungan negara ini sahaja. Pasaran bukunya juga terhad, kerana tidak mungkin mendapat pasaran antarabangsa. Perkara begini sudah tentu tidak akan menggalakkan penulisan dalam bahasa kebangsaan. Sementara itu, beberapa AIda Kerajaan yang ada 8 KEADAANDANSUASANAUNTUKPERKEMBANGANBUKU kaitannya dengan penerbitan dan penulisan seperti Akta Mesin Cetak (Printing Press Act) ISA, tidak akan merupakan dorongan bagi penulis berkarya. Untuk membolehkan penulis negara ini berkarya dan menghasilkan manuskrip yang bermutu, maka suasana yang sesuai serta galakan yang sewajarnya untuk penulisan haruslah wujud. (b) Tenaga Penterjemah Dasar Pelajaran Kebangsaan nlemerlukan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan seterusnya pada peringkat pengajian tinggi. Dasar ini dilaksanakan berperingkat-peringkat sejak tahun 1970. Sejak tahun 1970 itu, buku-buku teks sekolah rendah dan menengah dalam bahasa Melayu dalam semua mata pelajaran mula diterbitkan dengan banyaknya. Dalam tahun 1983, semua kursus tahun pertama dalam semua bidang pengajian di universiti-universiti setempat diajar dalam bahasa Melayu. Malangnya, buku-buku pengajian tinggi dalam bahasa Melayu masih amat kecil bilangannya. Malaysia masih bergantung pada buku-buku yang diimport, khusny~ buku-buku dalam bahasa Inggeris, supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan ilmu. Oleh yang demikian, bahan-bahan asing ini terpaksalah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. Justeru itu, tenaga penterjemah profesional diperlukan untuk membuat terjemahan yang permutu, tepat dan mudah difahami. Pada masa ini, bilangan penterjemah yang benar-benar profesional hampir tidak ada. Beberapa penterjemah yang ada dalam organisasi-organisasi penerbitan, tidaklah membuat kerja-kerja penterjemahan sepenuh masa. Kerja-kerja menterjemah tidak dianggap sebagai, satu us aha yang profesional dan kreatif. 9 DASAR BUKU NEGARA Masalah besar yang dihadapi dalam bidang penterjemahan pada masa ini ialah: i. kebanyakan pakar dalam sesuatu bidang kurang menguasai bahasa dan teknik penterjemahan; ii. pada kebiasaannya, pakar dalam sesuatu bidang boleh menguasai satu bahasa sahaja (bahasa Inggeris sahaja atau bahasa Melayu sahaja) sedangkan penterjemah perIu menguasai keduadua bahasa yang terIibat dalam sesuatu kerj a penterjemahan itu; iii. orang-orang yang menguasai dua bahasa dan berkebolehan untuk menterjemah terdapat dalam beberapa bidang sahaja; iv. penterjemah tidak mendapat pengiktirafan dari segi gaji atau status. Andaikata seorang peguam yang bekerja dengan pihak kerajaan membuat apa-apa terjemahan untuk jabatannya, beliau tidak mendapat apa juga pengiktirafan; dan v. penterjemah tidak mendapat royalti daripada penjualan bukunya. Dia cuma menerima bayaran 'sekali' yang tidak menggalakkan. (Kadar bayaran yang diberikan oleh penerbit swasta agak rendah). Penterjemahan mempunyai 2 fungsi besar: i. untuk memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan dengan yang demikian dapat memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu;, dan "ii. untuk membina pemikiran serta budaya negara. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi negara membina tenaga penterjemah profesional supay a usaha penterjemahan dalam negara dapat 10 KEADMN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU dirancang dengan cepat dan secara besar-besaran. Pada hakikatnya, penterjemahan telah digunakan sejak zaman-berzaman dan oleh pelbagai negara untuk mencapai pembangunan dan untuk memperkaya tamadunnya. Menyedari bahawa Malaysia masih bergantung pada perkembangan ilmu yang ditulis dalam bahasa-bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, maka lenaga penterjemah yang profesional perlu dibina. Penterjemahan bukan sahaja merupakan satu kemahiran, tetapi juga merupakan kerja kreatif. Dalam hal ini, sudah tentulah latihan setakat mengetahui teknik penterjemahan sahaja tidak memadai. Pengetahuan tentang bahasa-bahasa asing yang diperlukan sangat penting. Penterjemah bukan sekadar mengalih bahasa tetapi mentaksirkan cita rasa penulis asal yang menulis untuk masyarakatnya dalam bendungan rangka budayanya. Oleh itu seseorang penterjemah harus sensitif terhadap cita rasa ini apabila menterjemah untuk masyarakatnya pula. Pengetahuan, kepekaan dan pengalaman dalam bidang tertentu amatIah penting. (c) Tenaga Editor Bahagian yang sering lemah dalam rangkaian, kegiatan penerbitan ialah bahagian pengeditan manuskrip. Para penerbit selalu mengalami kesukaran untuk mendapat editor yang berpengalaman dan yang benar-benar profesional. Oi Malaysia, tugas editor juga belum begitu difahami sehinggakan dalam organisasi kerajaan tidak terdapat satu skim jawatan yang sesuai untuk para editor penerbitan. Sesungguhnya editor merupakan seorang yang amat penting yang boleh memandu penulisan sesebuah manuskrip yang baik. Editor juga bertang11 DASAR BUKU NEGARA gungjawab terhadap kandungan intelek sesebuah buku itu. Isu buku sudah tentunya merupakan perkara yang amat sensitif dan hanya editor yang sensitif juga dapat mengesan buruk baiknya sesebuah buku yang hendak diterbitkan itu. Hanya pengeditan yang dibuat dengan penuh kemahiran dan kepakaran akan dapat menghasilkan buku yang tinggi mutunya yang setanding dengan penerbitan yang diimport. Untuk memperoleh editor yang mahir, maka perlulah tenaga editor dibina dan profesion editor dinaikkan statusnya selaras dengan tugasnya. (d) Pengeluaran buku i. Pelukis dan Pereka Bentuk Editor yang baik bukan sahaja harus mempunyai daya untuk mengkonsepsikan isi buku tetapi juga rupa bentuk buku. Editor mesti disokong oleh tenaga pelukis, pereka bentuk dan jurugambar yang profesional lagi kreatif dalam usaha menghasilkan buku yang diterbitkan itu. Pereka bentuk buku dalam erti kata yang sebenarnya masih keeH bilangannya di negara ini. Apa yang ada dalam organisasi penerbitan ialah pelukis grafik yang harus membuat pelbagai ilustrasi: daripada sepanduk hinggalah kepada reka bentuk kulit buku yang serius. Selain itu, ada pula yang tidak terlatih tentang penggunaan muka taip. Oleh sebab bHangan tenaga dalam profesion ini agak keeil, tidak ada pengkhususan dalam bidang reka bentuk buku. Jelas sekali tenaga profesional dalam bidang reka bentuk buku sangat penting dibina untuk menghasilkan reka bentuk buku yang bermutu. ii. Pencetak Dalam perusabaan buku, manuskrip yang sudah 12 KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU diuruskan untuk diterbitkan tidak akan dapat diperbanyak tanpa pencetak. Industri percetakan di Malaysia masih belum boleh menandingi industri percetakan di negara-negara asing seperti Amerika, England, Korea dan Jepun. Hanya sebilangan keciI sahaja syarikat percetakan yang mempunyai alat-alat percetakan yang baru lagi maju. Sebilangan besar syarikat percetakan tidak mempunyai alat-alat lengkap untuk membuat atur huruf, satu proses yang amat penting dalam percetakan. Sejumlah keciI pencetak sahaja yang benarbenar mempunyai kelayakan dan pengetahuan dalam teknologi dan seni percetakan yang moden. Syarikat percetakan yang. ada hanya sanggup mencetak bahan-bahan yang mudah seperti borang, risalah dan lain-lain. Syarikat-syarikat Itu tidak mampu mencetak buku-buku yang sukar dan yang berwarna-warni. Tenaga pencetak yang mahir perlu dibina untuk meningkatkan profesionalisme dalam bidang percetakan. Percetakan memerlukan' kertas. Kertas yang bermutu sangat mahal harganya dan terpaksa dibeli dari negara-negara asing. Harga kertas juga tirlak terkawal iaitu sentiasa naik. 3. KEADAAN EKONOMI YANG DAPAT MEMBANTU PERUSAHAAN BUKU (a) EkonomiPenerbitan Untuk menghasilkan buku yang murah, yang mampu dibeli oleh setiap rakyat, maka penerbitan mestilah berusaha untuk menurunkan kos penerbitan serendah yang mungkin. Malangnya, kos penerbitan tidak pernah turun. lni disebabkan oleh kenaikan harga kertas, dakwat dan bahan-bahan mentah yang berkaitan dengan 13 DASAR BUKU NEGARA :'i penerbitan buku. Apabila kos penerbitan tinggi, maka harga buku juga menjadi mahaI. Para pembeli akan merungut kerana harga buku mahaI. Kos penerbitan juga tidak dapat diturunkan kerana jumlah eetak' satu-satu judul itu amat keeil, rata-rata 3000 naskhah sahaja. Dengan pasaran yang terbatas ini, amatlah sukar bagi para penerbi t menambahkan judul-judul terbitan mereka. Jika ditinjau dari segi ekonomi penerbitan, tiaptiap judul mestilah dieetak sekurang-kurangnya sejumlah 10000 naskhah. Jumlah ini merupakan jumlab yang paling wajar dari segi ekonominya dan yang dapat menurunkan kos untuk eetak. Untuk meneapai jumlah tersebut, peratusan yang lebib besar daripada para penduduk Malaysia mestilab membeli buku. Ini tidak mungkin terjadi kerana masyarakat Malaysia belum merupakan masyarakat yang me~ba. Mengikut laporan Kajian tentang Tabiat dan Minat Membaea Masyarakat Malaysia (DBP 1983) purata jumlab wang yang dibelanjakan untuk membeli baban baeaan amat keeil sekali, iaitu dua puluh tujub ringgit ($27.00) sebulan. Daripada jumlah tersebut sepertiga e/3) digunakan untuk membeli suratkbabar, seperlima els) untuk majalah dan bakinya barulah untuk buku. Ternyata bahawa pembaeaan buku belum lagi merupakan keperluan harian masyarakat Malaysia. Disebabkan pasaran yang am at terbatas ini, dan ini bererti risiko perdagangan yang agak besar, maka para penerbit Malaysia tidak berani menerbitkan buku bermutu dengan banyak umum. Para penerbit lebib senang meuntuk b~ean nerbitkan buku teks sekolab rendab atau sekolab menengah. Pasaran untuk buku-buku demikian telab sedia ada. Untuk mengelakkan suasana pembaeaan rakyat Malaysia terbatas kepada buku-buku teks sahaja, ~ 14 I KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU maka usaha yang jujur daripada semua pihak yang berkenaan amat penting. Sebagai langkah pertama, penerbitan buku-buku teks hendaklah tidak dimonopoli oleh penerbit kerajaan. Penerbit swasta mesti juga diajak bersama menerbitkan buku-buku teks ini. Dengan keuntungan yang diperoleh daripada penerbitan buku teks, bolehlah penerbit-penerbit swasta itu membiayai penerbitan buku-buku umum. Inilah yang berlaku di negara-negara lain seperti di negeri Jepun dan Amerika Syarikat. . Satu jalan lain yang boleh difikirkan adalah dengan mengadakan projek penerbitan bersama. Penerbit kerajaan serta penerbit swasta bekerjasama menerbitkan sesuatu judul buku, seperti ensiklopedia misalnya, dan bersama-sama menanggung kos penerbitannya. Dalam sesuatu projek penerbitan yang besar, bantuan langsung daripada kerajaan mungkin diperlukan. Dengan adanya bantuan yang demikian, dapatlah para penerbit mempelbagaikan bidang P6nerbitannya. Industri penerbitan buku di negeri ini belum lagi merupakan bidang perusahaan yang lumayan dan berkembang pesat, jika dibandingkan dengan bidang-bidang perusahaan lainnya. Oleh itu, sokongan dan bantu an kerajaan diperlukan _supaya industri penerbitan buku boleh dianggap sebagai salah satu industri yang terpenting bagi pembangunan negara. 4. PROMOSI, PENGEDARAN DAN PENJUALAN BUKU Buku mesti dipasarkan, diberi promosi yang hebat dan diedarkan sehingga sampai kepada sasarannya. Segala usaha untuk menerbitkan buku akan sia-sia sahaja tanpa sistematik. Pengesatu rangkaian pengedaran buku ya~g daran buku merupakan aspek penting dalam industri 15 DASAR BUKU NEGARA buku. Malangnya aspek ini pula yang tidak mendapat perhatian sepatutnya. Rangkaian pengedaran buku di Malaysia dewasa ini, jika adapun, amatlah lemah. Saluran pengedarannya tidak menyeluruh, tidak jelas, dan sementara itu tenaga profesional untuk mengendalikannya hampir tidak ada. Pengedaran buku merumitkan apabila tidak ada promosi yang berkesan dan profesional sifatnya, maklumat bibliografi yang tidak cukup, sistem kredit yang tidak tentu, diskaun yang tidak standard, serta pembelian melalui tender oleh institusi yang menimbulkan persaingan yang tidak sihat. Pengedaran buku menjadi lebih rumit lagi apabila tidak ada jalan raya yang dapat menghubungkan kawasan-kawasan bandar dengan kawasankawasan luar bandar yang terpencil, di samping kuasa membeli yang rendah serta minat membaca yang kurang pada kalangan masyarakat. (a) Promosi Buku Pembaca tidak akan tahu apabila satu-satu buku itu sudah terbit, jika tidak ada iklan dan promosi buku. Dewasa ini, penerbit tidak banyak membuat promosi, kerana kos promosi, iklan dan seranta yang tinggi. Media massa seperti akhbar, radio dan televisyen mengenakan kos yang tinggi bagi pengiklanan buku, sarna seperti pengiklanan bahan-bahan pengguna yang lain. Untuk memberitahu masyarakat bahawa sesebuah buku sudah terbit, penerbit hanya dapat mengeluarkan katalog yang edarannya terhad . .Tidak semua penerbit pula yang mampu mengeluarkan katalog penerbitan mereka. Oleh itu, langkah atau campur tangan kerajaan harus ada untuk mengadakan promosi buku yang berkesan. (b) Pengedar Buku Institusi 'pengedaran memainkan peranan yang pen16 KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU ting dalam sistem pengedaran dan pemasaran buku. Pengedar merupakan sumber utama bagi penjual buku untuk mendapatkan buku daripada semua penerbit dengan tidak payah menghubungi tiap-tiap penerbit. Penerbit juga perIu menghadapi satu sumber sahaja untuk menjual buku-buku mereka. Melalui pengedar, penerbit boleh menjual buku-buku mereka sekaligus dengan jumlah yang besar. Pengedar boleh membantu peked.ai buku runcit dengan memberikan kredit yang lebih baik. Pengedar boleh membantu penerbit dan pekedai buku dengan mengadakan promosi buku yang ada. Mereka juga secara tidak langsung menyediakan stor untuk penerbit dan pekedai_ tiuku. Sesungguhnya institusi pengedar masih bam lagi di Malaysia ini. Penerbit yang menggunakan sistem pengedar untuk menjual buku mereka, mengalami berbagai-bagai masalah pula. Hampir semua pengedar yang digunakan tidak mempunyai pengetahuan langsung ten tang pengedaran buku. Mereka belum boleh dinamai pengedar yang profesional. Tidak semua pengedar yang kerjanya khusus mengedar buku kerana mereka mempunyai minat atau pengurusan lain, selain buku. Oleh itu, mereka tidak memberikan sepenuh masa untuk memikirkan hal-hal tentang pengedaran buku. Lain keadaannya di negeri Jepun. Negeri Jepun menlpunyai sistem pengedaran yang sudah berkembang, dan banyak menggunakan mesin. Buku yang terbit hari ini, sudah sampai ke tangan pembaca di seluruh Jepun dalam masa satu minggu. Sistem pengedaran boleh membantu para penerbit menjual buku mereka dengan cepat, sekiranya sistem tersebut diwujudkan dengan perancangan yang baik. Mereka yang menjadi pengedar mestilah mempunyai pengetahuan yang khusus tentang buku. 17 DASAR BUKU NEGARA (c) Pusat Buku Masalah pengedaran akan dapat diatasi dengan mewujudkan sebuah PUSAT BUKU yang seolaholah berfungsi sebagai tempat pengedaran. Penerbit yang tidak mampu mengedarkan buku mereka, ierutama penerbit-penerbit kecil, boleh berbuat demikian melalui Pus at Buku ini. Institusi seperti perpustakaan boleh juga memperoleh buku melalui Pusat Buku. Kedai-kedai buku di merata-rata ceruk rant au Malaysia hanya memesan buku teros ke satu tempat, iaitu Pusat Buku. Melalui Pusat Buku juga diskaun yang standard daripada penerbit kepada kedai-kedai buku dan pembeU dapat diawasi. Pusat Buku boleh menjalankan tugas-tugas penjualan buku secara profesional dengan lebih jimat dan meluas seperti menyimpan stok, memberikan bantuan kredit kepada pekedai buku, mengadakan promosi besar-besaran, dan mendapatkan pasaran luar negeri. Pusat Buku seperti ini boleh ditubuhkan segera sebagai sebuah konsortium daripada semua penerbit dengan subsidi daripada kerajaan pada peringkat awalnya. (d) Kedai Buku Kedai buku merupakan saluran yang terpenting sekali bagi industri btiku, kerana kedai buku mempunyai hubungan langsung dengan pembelinya. Kedai buku menyediakan kemudahan kepada mereka yang hendak membeli buku, atau yang tidak merancang hendak membeli buku. Kedai buku bukan sahaja menyediakan buku untuk pembelinya, tetapi juga merangsang keperluan untuk membeli buku. Kedai-kedai buku yang besar dan menarik sangat sedikit bilangannya di Malaysia, dan kedai-kedai buku ini selalunya terdapat di bandar-bandar besar 18 KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANOAN BUKU sahaja. Kedai-kedai buku di bandar keeil, kalau adapun, tidak khusus menjual buku. Kedai-kedai buku tersebut menjual barang lain seperti guh'l-gula, permainan atau barang makanan. Bahan baeaan yang dijual merupakan bahan baeaan ringan seperti majalah-majalah pop dan fHem. Kedai buku di daerah-daerah keeil luar bandar hampir tiada. Pembinaan kedai-kedai buku terutama sekali di kawasankawasan luar bandar harus diberi perhatian yang berat. Kedai-kedai buku yang sedia ada pula patut diini galakkan perkembangannya. Kedai-kedai bu~ juga hendaklah meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada pelanggan serta juga kepada perpustakaan. Kedai-kedai buku hendaklah dikendalikan oleh pekerja-pekerja profesional yang faham betul ten tang buku dan masalah penjualannya. Satu perkara yang patut diamalkan untuk membolehkan kedai buku hidup, ialah para penerbit tidak membekalkan buku-buku terus kepada pembeli atau institusi yang memesan buku, seperti perpustakaan. Mesti wujud perjanjian antara penerbit dan penjual buku, untuk mengelakkan penerbit bersaing dengan penjual buku sekaligus. (e) Kelab Buku Selain kedai buku, saluran biasa seperti pejabatpejabat pos, stesen minyak, stesen keretapi, pasar Malam di kawasan luar bandar patut juga diberi perhatian untuk penjualan buku. Lebih banyak saluran digunakan lebih baik. Satu lagi saluran penjualan buku yang semakin popular di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, ialah penjualan buku melalui KELAB BUKU. Kelab Buku amat popular kerana dengan menjadi ahli bermaeam-maeam faedah dapat dinikmati. Ahli-ahli mendapat buku 19 CASAR BUKU NEOARA dengan lebih cepat melalui pos, tidak perlu bersusahpayah ke kedai buku. Ahli-ahli juga dapat memiliki bulm dengan harga istimewa. Kelab Buku jika dilaksanakan deIigan baik, dapat membantu penjualan buku. Untuk menjayakan KELAB BUKU, kos pengangkutan serta belanja pos bagi buku mestilah rendah. Pengedaran buku akan lebih mudah dan berkesan lagi, sekiranya pihak kerajaan dapat mengusahakan kos yang istimewa, yang rendah, bagi pengangkutan buku melalui udara, laut dan darat. Buku, alat budaya yang penting ini, merupakan bahan yang sungguh mudah untuk dibawa ke manamana, tidak kotor, tidak mudah pecah, dan tidak memerlukan ruang yang besar. Sudah sewajarnyalah kos pengangkutan buku diberi kos yang istimewa; berbeza dengan barang-barang lain. Kelab Buku boleh diwujudkan sebagai satu bad an yang bersifat komersil, atau boleh juga wujud sebagai satu badan sosial di bawah anjuran perpustakaan, bilik-bilik bacaan serta sekolah dan jabatan-jabatan. 5. RANGKAIAN PERPUSTAKAAN YANG MENYELURUH YANG BOLEH MEMBANTU BUKUSAMPAIKESASARANNYA Perpustakaan harus dilihat sebagai suatu institusi sosial yang penting yang membolehkan masyarakat mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan. Perkernbangan perpustakaan seiring dengan perkernbangan buku. Penerblt mengisi rak-rak perpustakaan dan perpustakaan merupakan pembeli buku yang utama. Perpustakaan juga merupakan pusat sumber, pusat maklumat, pusat penyelidikan serta pusat rekreasi. Perpustakaan merna ink an peranan penting dalam masyarakat yang mempunyai kuasa membeli yang rendah. Perpustakaan juga dapat membantu industri buku dengan menyediakan bibliografi 20 KEADMN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANOAN BUKU terbitan yang kemas kini. Sayangnya perkembangan perpustakaan di Malaysia masih belum sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. Perpustakaan masih belum meluas sehingga ke desa-desa. Mutu perkhidmatan yang diberikan belum begitu tinggi, dan perpustakaan sebagai sebuah institusi sosial tidak .memainkan peranan yang berkesan menyebarkan bahan-bahan bacaan mahupun mendorong pembacaan. Perpustakaan awam yang ada masih mengalami berbagai-bagai kelemahan dan tidak berkembang dengan kadar yang telah dicadangkan di dalam Blue Print for Public Library Development in Malaysia (PPM 1968). Demikian juga halnya dengan .perpustakaan sekolah. Cadangan-cadangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia (PPM 1979) tidak dilaksanakan deng~ sepenuhnya. Di kawasan-kawasan luar bandar pula, bilik bacaan, perpustakaan rakyat atau perpustakaan desa diadakan oleh agensi berlainan tanpa penyelarasan serta perancangan yang bersepadu. Sesungguhnya, satu kajian yang terperinci, khusus bagi perkembangan perpustakaan desa atau perpustakaan rakyat, bilik bacaan dan sebagainya harus ada. Sebelum us aha untuk mengadakan perpustakaan di desa-desa dapat dilaksanakan dengan jayanya, haruslah diperjelas apa.kah 'keperluan' yang hendak dipenuhi dengan usaha tersebut. Konsep perpustakaan (baik statik mahupun bergerak) merupakan alatan budaya dan inovasi yang perlu diperkenalkan kepada sesuatu masyarakat yang hidup. Dalam masyarakat luar bandar telah wujud aturan hidup yang tradisional, bentuk komunikasinya yang turun-temurun dan tempat-tempat berhimpun yang biasa seperti masjid, surau, balai raya, kedai kopi dan sebagainya. Perpustakaan sebagai suatu institusi yang baru haruslah dapat diselaraskan dalam jalinan pola kehidupan dan struktur sosial masyarakat desa tersebut. Pada analisis terakhirnya, perpustakaan hanya akan dapat melaksanakan peranan yang diharapkan pada masa 21 DASAR BUKU NEOARA hadapan dalam masyarakat desa, jika institusi itu dapat menjadi lebih bermakna dari segi budaya kepada anggota masyarakat desa kini. o (a) Latihan Perpustakaan juga memerlukan tenaga profesional untuk menguruskannya dengan lebih bermakna. Latihan untuk bakal pustakawan mestilah sesuai dengan peranan yang diharapkan daripada mereka. Pustakawan harus mendampingi spektrum pengetahuan. Oleh itu, calon pustakawan mestilah sudah menjalani pendidikan yang liberal, iaitu mempunyai ijazah pertama dalam bidang-bidang yang diminati; selepas itu barulah menjalani kursus profesional lepasan ijazah dalam bidang sains perpustakaan. Utihan untuk calon pustakawan telah dibentangkan dengan terperinci di dalam Memorandum Menubuhkan Sekolah Ijazah Lanjutan Sains Perpustakaan °dan Arkib (PPM 1972) yang telah dikemukakan kepada Majlis Universiti Malaya. Pihak universiti telah membincangkan perkara ini secara terperinci dengan tertubuhnya Board of Studies for the Graduate Laporan School of Library and Archival Scieng~. Lembaga Penyelidikan ini yang diedarkan pada bulan April 1982, boleh dijadikan asas kepada jenis kursus dan latihan untuk mereka yang memilih profesional kepustakawanan. Latihan bakal pustakawanan, selain meliputi pengetahuan asasi yang biasa tentang pentadbiran perpustakaan, harus juga menyediakan para pustakawan yang mengenali masyarakatnya (kalau perpustakaan desa, men genal masyarakat desa dan bersedia menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada mereka). Selain itu, tugas mendorong pembacaan pada kalangan anggota masyarakat kita patut dilaksana0 22 KEADMN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU kan secara profesional oleh para pustakawan. Sehingga kini, masalah kewangan serla masalah lainnya, tidak mengizinkan perpuslakaan berkembang dengan berkesan dan bererti dalam kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Oleh itu usah~r ditumpukan untuk membolehkan instilusi sosial ini berkembang dalam rancangan pembangunan sosial negara. 6. SISTEM PELAJARAN KEBANGSAAN YANG MEMERLUKAN BUKU UNTUK MENDIDIK DAN MEMBANGUNKAN FIKlRAN GENERASI MUDA MENGIKUT PERKEMBANGAN ILMU Sistem Pelajaran Kebangsaan hendaklah menekankan aspek pembacaan dan penggunaan buku dengan seluasluasnya. Pelajar-pelajar hendaklah didedahkan kepada buku-buku lain dalam bidang yang berkaitan dan· tidak dibataskan kepada buku-buku leks sahaja. Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan hendaklah melahirkan generasi yang berfikir, yang membaca dengan kritis dan yang liberal pemikirannya, untuk menghadapi cabaran perkembangan ilmu yang pesat sekali dalam dunia moden ini. 7. KEADAANBAHASA YANG TIDAK AKAN MENGHINDARKANPEMBACAAN Dasar Bahasa Kebangsaan hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk membolehkan semua rakyat Malaysia membaca dan menikmati buku-buku yang diterbitkan di negara ini. Penggunaan bahasa kebangsaan yang betul hendaklah ditekankan dan digunakan seluasluasnya. 23 RUMUSAN DAN SARANAN Berdasarkan perkara-perkara yang dibentangkan, maka dikemukakan rumusan dan saranan yang berikut: 1. MINAT MEMBACA Untuk meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia maka, Projek Gerakan Membac.a seperti yang terdapat di dalam dokumen yang disediakan oleh M. Noor Azam 'berjudul PROJEK GERAKAN MEMBACA MAlLIS KEMAJUAN BUKU KEBANGSAAN (April 1983) hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Peruntukan khas serta kakitangan diperlukan untuk menjayakan projek ini. MatIamat projek adalah bahawa dalam tahun 2000 diharapkan masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang membaca. 2. MEMBINA TENAGA PENULIS TEMPATAN Menyedari pentingnya dibina tenaga penulis tempatan, maka bakat-bakat yang ada hendaklah dipupuk dan diberi kemudahan yang diperlukan: . (a) penulis diberi bantuan fizikal seperti temp at menu lis, bahan bacaan dan rujukan untuk berkarya; (b) penulis diberi bantu an kewangan untuk penyelidikan dan 24 I, j RUMUSAN DAN SARANAN (c) (d) . (e)' (t) (g) penyediaan manuskrip. Untuk tujuan ini, mungkin patut diwujudkan TABUNG PENULIS; penulis patutIah diberi galakan seperti hadiah-hadiah penuUsan. Oalam konteks ini galakan patutIah diberikan kepada pelbagai kumpulan (Persatuan PenuIis, Persatuan Penterjemah, Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah, Universiti) untuk menganjurkan hadiah-hadiah penulisan pelbagai rupa. Oi samping itu MajIis Kemajuan Buku Kebangsaan sendiri patutIah menyelenggarakan hadiahhadiah nasional yang sesuai bagi kemajuan buku, untuk melengkapi hadiah-hadiah yang telah sedia ada; seseorang penuIis tidak dilahirkan untuk menjadi penuUs. Tetapi, mereka yang mempunyai bakat untuk menulis hendaklah digalakkan, diberi latihan formal dalam bidang penulisan kreatif. Dalam konteks ini kursus kreatif yang ada di Universiti. Malaya" umpamanya mungkin patut dikaji semula kurikulumnya. Memandangkan bahawa berkarya bukan sekadar mengetahui teknik-teknik penulisan sahaja, maka kursus kreatif itu patut ditingkatkan kepada kursus lepasan ijazah (postgraduate). Oengan ini bakal calon yang akan mengikuti kursus terse\>ut sudah mempunyai pendidikan liberal dalam bidang tertentu seperti bahasa atau sastera, dan hanya mereka yang benar-benar hendak mengasah bakat dalam bidang penulisan sahaja yang akan mengikuti kursus tersebut. Dengan itu juga masalah tidak mengiktiraf kelayakan atau diploma mereka tidak timbul, kerana Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai skim profesional yang jelas, iaitu Diploma Lepasan Ijazah yang bermula dengan tangga gaji A19; kursus teknik penulisan mungkin perlu dijadikan kursus wajib bagi tahun terakhir di universiti, untuk membantu para siswazah menuIis dalam urusan pekerjaan mereka nanti; royalti penulis hendaklah diberi pelepasan cukai daripad a jumlah $10000 dan tidak setakat $3000; UNDANG-UNDANG HAK CIPTA NEGARA ini 25 DASAR BUKU NEGARA hendaklah dikaji semula. Sebaik-baiknya sebuah badan pendaftaran hak cipta segala jenis karya kreatif negara 'ini sudah sewajarnya diwujudkan. Badan ini sebaikbaiknya merupakan badan kerajaan; (h) Public Lending Rights seperti yang dilaksanakan di United Kingdom dan Australia, patut diberi perhatian oleh kerajaan. Kerajaan harus mempunyai peruntukan khas untuk melaksanakan Public Lending Rights di Malaysia; (i) syarikat perfileman serta media televisyen dan radio. hendaklah memberikan galakan kepada karya-karya sastera yang baik untuk dijadikan fHem, rancangan televisyen dan radio. Sebaliknya, skrip drama televisyen, radio dan fHem yang baik boleh diolah untuk diterbitkan dalam bentuk buku; dan G) kegiatan ptmulisan seperti penulisan buku, seminar penulis hendaklah diteruskan dengan memberikan isi yang lebih ilmiah. 3. MEMBINA TENAGA PENTERJEMAH (a) Memandangkan bahawa penterjemah perIu (i) menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa, (ii) menguasai bidangnya, (iii) mempunyai pengetahuan tentang teknik menterjemah, (iv) mempunyai daya kreatif, dan (v) sensitif terhadap cita rasa dan budaya penulis dan pembaca, !., I I I, I: maka kursus penterjemahan yang mengandungi lima unsur di atas haruslah diadakan secara besar-besaran agar satu golongan terbesar yang layak untuk membuat penterjemahan yang bermutu dapat diwujudkan di negara kita; (b) memandangkan betapa pentingnya fungsi penterje26 RUMUSAN DAN SARANAN mahan, sulitnya masalah yang dihadapi dan betapa perlunya segolongan besar para penterjemah profesional wujud, maka sebuah badan penterjemahan negara patut ditububkan; . (c) memandangkan betapa banyaknya hasil penterjemahan yang diperlukan dan betapa terdapatnya tahap-tahap dalam sumber bahan yang hendak diterjemahkan (seperti untuk tahap sekolah, tahap umum dan tahap pengajian tinggi), maka perancangan untuk pendidikan penterjemahan harus dipusatkan di satu tempat seperti badan penterjemahan, seperti yang dicadangkan itu. Badan tersebut boleh merancang bilangan tenaga penterjemah, bidang ilmu serta tahap penterjemahan yang diperlukan dan dengan kerjasama pihak universiti dan institusi yang berkemampuan untuk memberikan kursus penterjemahan, maka satu golongan besar para penterjemah profesional mengikut keperluan bidang dan tahap dapatlah dibina. Dengan adanya perancangan khusus pada peringkat negara, seperti yang boleh dibuat oleh badan penterjemahan negara itu, maka soal pengiktirafan, tangga gaji dan pembayaran dapatlah diselesaikan. 4. SEKOLAH PENERBlTAN Menyedari pentingnya tenaga profesional penerbitan dibina, maka dicadangkan sebuah Sekolah Penerbitan (School of Publishing) diadakan di Malaysia. Sekolah ini akan melatih calon editor, pereka bentuk buku, pencetak'dan sebagainya. Sekolah ini akan mengadakan kursus lepasan ijazah dan kursus diploma dalam bidang penerbitan. Sekolah ini sebaikbaiknya ditempatkan di universiti yang sudah ada Institut Pengajian Tingginya seperti Universiti Malaya. Memandangkan bahawa tidak ada sebuah sekolah latihan bagi penerbitan buku di rantau ASEAN atau Asia Tenggara, maka sekolah yang dicadangkan boleh merupakan sebuah Sekolah Serant au (Regional School). Bantuan kewangan serta tenaga profesional boleh dipohon daripada pihak UNESCO. 27 DASAR BUKU NEGARA 5. EKONOMI PENERBITAN Pengeluaran buku hendaklah diiktiraf sebagai perusahaan yang penting di negara ini. Dengan demikian, maka segala galakan dan bantuan daripada ekonomi negara patut diad akan untuk memajukan perusahaan buku itu demi kepentingan negara, misalnya, (a) Kerajaan hendaklah membantu industri penerbitan buku dengan memberikan pelepasan eukai kepada bahanbahan mentah untuk buku seperti dakwat, kertas ataupun mesin eetak; dan . (b) Kerajaan hendaklah menyokong penubuhan sebuah Bank _ Buku atau Tabung Pembinaan Buku. Tujuan utama Bank tersebut adalah untuk memberikan kemudahan kredit atau pinjaman wang kepada penerbit-penerbit, terutamanya penerbit keeil tetapi mempunyai kesanggupan profesional, untuk menerbitkan buku-buku yang penting dari segi sosial, tetapi tidak menguntungkan dari segi ekonomi penerbitan. 6. PROMOSI, PENGEDARAN DAN PENJUALAN BUKU Memandangkan betapa pentingnya buku mendapat. promosi yang luas, serta menginsafi bahawa para penerbit tidak mampu membayar kos promosi yang tinggi oleh sebab-sebab pasaran buku yang terbatas, maka: (a) pihak akhbar, radio dan televisyen diminta memberikan kadar bayaran yang istimewa lagi rendah bagi iklan buku; (b) kerajaan diminta memainkan peranan yang positif dalam promosi buku sebagai tugas nasional dengan mengtentang buku dan pemadakan raneg:~ bacaan dalam media kerajaan yang lain selain radio dan televisyen; (c) persatuan Penerbit bersama badan pembangunan buku 28 RUMUSAN DAN SARANAN hendaklah, rnernainkan peranan yang aktif dalam promosi buku dengan rnenerbitkan Malaysian Books in Print; (d) BERITA BUKU hendaklah dikeluarkan lebih kerap lagi (e) (t) (g) (h) (i) oleh badan pembangunan buku; perpustakaan hendaklah rnenyediakan maklurnat bibliografi yang lengkap dan kernaskini bagi buku-buku terbitan Malaysia dengan rnengeluarkan Bibliografi Negara Malaysia dengan kerap lagi; institusi pengedaran digalakkan rnemainkan peranan yang aktif dalarn prornosi dan pengedaran buku. Kernudahan seperti diskaun yang standard, kos pengangkutan yang istimewa serta latihan tentang penjualan buku (book trade) hendaklah didedahkan kepada para pengedar; sebuah PUSAT BUKU hendaklah diwujudkan bagi kepentingan prornosi dan pengedaran buku. Pusat Buku ini berfungsi sebagai ternpat pengedaran, sebaik-baiknya ditempatkan mengikut zan, iaitu di Utara, Selatan dan Timur; sekurang-kurangnya setiap ibu daerah, 126 daerah sernuanya, mestilah ada sebuah kedai buku yang menarik dan diselenggarakan secara profesional; para penerbit hendaklah rnembantu kedai buku dengan tidak menjual buku-buku mereka terus kepada pembeli. Diskaun yang standard serta sistem kredit yang baik hendaklah diberikan oleh para penerbit kepada penjual; (j) KELAB BUKU hendaklah digalakkan perkembangannya; raya dan sis tern (k) perhubungan-perhubungan seperti jal~n pas yang rnembolehkan buku sampai ke kawasan-kawasan terpencil harus berkernbang; dan (1) kadar bayaran pengangkutan buku melalui pos, udara dan laut hendaklah diberikan kadar yang istimewa agar buku dapat sampai kepada para pembacanya. 29 DASAR BUKU NEGARA 7. PERKEMBANGAN PERPUSTAKAAN Menyedari betapa pentingnya perpustakaan kepada masyaraperkembangan perpuskat Malaysia, maka sudah sebaruny~ takaan diberi keutamaan dalam rancangan pembangunan sosial negara. Satu rancangan yang sepadu bagi perkembangan perpustakaan mesti ada untuk menjayakan Dasar Buku Negara: (a) rangkaian perpustakaan yang tegub barus wujud dari desa sebingga ke ibu negeri. Sekurang-kurangnya sebuab perpustakaan .mesti ada di setiap daerah atau di setiap kawasan pili han raya negeri; (b) peruntukan yang sesuai bendaklah diberikan kepada perpustakaan untuk pembinaan koleksi dan pengembangan perkhidmatan; (c) tiap-tiap perpustakaan negeri. mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pegawai perpustakaan berijazab dan mempunyai Diploma Sains Perpustakaan Lepasan Ijazah (Post-Graduate Diploma) serta dibantu dengan penolong pegawai perpustakaan yang mempunyai diploma sains perpustakaan; dan (d) latihan bagi calon pustakawan hendaklah ditingkatkan kepada Iatihan Iepasan ijazah (post-graduate training) dan sekolahnya ditempatkan di universiti yang sudah ada infrastruktur untuk pengajian· Iepasan ijazah. 8. BADAN KEMAJUAN BUKU Untuk melaksanakan Dasar Buku Negara ini, maka perIu ada sebuah badan profesional yang menjalankan tugas-tugas pembanguilan buku yang mempunyai peruntukan tahunan yang tetap untuk perkembangan buku dan yang mempunyai kaitn~? profesional. se~a alat kelengkapan yang tetap. Badan 1m bolehlah dlben nama Badan Kemajuan Buku Kebangsaan dengan tugas serta struktur organisasin'ya seperti yang terdapat dalam Lampiran I. 30 RUMUSAN DAN SARANAN Badan ini mestJlah bertaraf autonomi. Tugas-tugas penting badan ini antara lain adalah untuk: (a) menjadi pusat pendaftaran hak cipta penerbitan dengan hak undang-undang untuk melaksanakan AIda Hak Cipta Penerbitan; (b) menjadi tempat pengedaran bagi permohonan hak cipta di dalam dan di luar negeri; (c) menjadi pusat maklumat bagi industri penerbitan buku dengan tugas-tUgas penyelidikan untuk menentukan keperluan buku negara: i. penyelidikan minat membaca bagi golongan tertentu; ii. mempunyai data bagi penyebaran buku (import dan eksport); iii. mengeluarkan penerbitan panduan tentang kegiatan buku;dan iv. mengadakan Pesta Buku Tahunan. (d) menggalakkan perkembangan profesionalisme dalam perusahaan buku; (e) mengawasi mutu dan etika penerbitan buku negara; dan (f) menyelaraskan semua kegiatan perkembangan buku negara dengan kerjasama badan-badan profesional buku. 31 KESIMPULAN Dasar "Buku Negara telah dibangkitkan dalam sidang Parlimen pada bulan November 1981 dankali keduanya pada bulan Mac 1984. Dasar Buku Negara hendaklah dilaksanakan seiring dengan DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN, DASAR BAHASA KEBANGSAAN, DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN dan DASAR KOMUNIKASI NEGARA. Dengan adanya DASAR BUKU NEGARA ini, maka diharapkan fungsi buku, masalah penerbitan dan pengedaran buku, masalah kadar pembacaan, masalah ekonomi buku, masalah tenaga manusia dalam perusahaan buku dapat dihadapi secara padu. Dokumen yang disertakan bersama-sama ialah: 1. Memorandum Mengenai Kekurangan Bahan Bacaan dalam Bahasa Malaysia dan Pt:ranan Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 2. Memorandum for the Establishment of a Graduate School of Librarianship and Archives 1972. Kuala Lumpur: Persatuan Perpustakaan Malaysia. 3. Projek Gerakan Membaca. 4. Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia. 1979. Kuala Lumpur; Persatuan Perpustakaan Malaysia. 5. Report of the Board of Studies for the Post-Graduate School 32 KESIM PU LAN of Library and Archival Sciences, 1982 Kuala Lumpur: Universiti. Malaya. 6. A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian People. 1983. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Oktober 1, 1984. 33 ," LAMPIRANI MAJLlSBUKU KEBANGSAAN MALAYSIA KETUA EKSEKUTIF BAHAGIAN PENGEMBANGAN (KEGIATAN) BUKU DAN GALAKAN MINAT MEMBACA BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN KA WALAN HAK CIPTA BUKU BAHAGIAN LATIHAN PENERBITAN BAHAGIAN PENYELlDIKAN DAN MAKLUMAT r.