ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman serta pencapaian kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Peserta kajian terdiri daripada 128 orang siswa guru Semester 3 yang...
moreABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman serta pencapaian kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Peserta kajian terdiri daripada 128 orang siswa guru Semester 3 yang mengikuti 6 bidang pengkhususan iaitu 19 orang siswa guru pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (39 orang), Pendidikan Muzik (22 orang), Pengkhususan Bahasa Inggeris (3 orang), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (30 orang), dan Pendidikan Seni Visual (15 orang). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Tujuh aspek kajian telah diuji iaitu sikap dan sahsiah, kemahiran kepimpinan, kemahiran pengurusan maklumat, daya saing, integriti dan kemahiran penyelesaian masalah. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan menunjukkan bahawa 87 orang (68%) siswa guru faham dan jelas manakala lapan orang (6%) lagi menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham dengan terhadap kemahiran insaniah yang perlu dilaksanakan semasa berada IPGKIK. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa enam aspek kemahiran insaniah iaitu sikap dan sahiah, kemahiran kepimpinan, kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran komunikasi, daya saing dan integriti berada pada tahap sederhana tinggi dengan masing-masing berada pada min 3.82-3.36. Sementara itu kemahiran penyelesaian masalah pula berada pada tahap sederhana rendah dengan catatan min 2.96 (sp=. 51) sahaja. Selain itu kajian juga mendapati bahawa 54 orang (41%) tidak akan memilih IPG sebagai tempat pangajian sekiranya tiada peruntukan elaun disediakan. Pengkaji mencadangkan agar pihak pengurusan memberikan lebih input kepada siswa guru agar mereka lebih memahami kemahiran insaniah, visi dan misi yang perlu dilaksanakan semasa berada di institusi ini serta memahami perbezaan fungsi antara IPG dengan institusi Pendidikan yang lain. Kata kunci: visi, misi, kerjaya keguruan, kemahiran insaniah ABSTRACT The purpose of this study was to find the level of understanding and achievement of student's soft skills among the undergraduate teachers (June 2016 intake) pursuing the Bachelor of Teaching Program at Teacher Education Institute, Ilmu Khas Kuala Lumpur Campus. The respondents of this study were 128 undergraduate teachers who are in the third semester and from 6 majors such as 19 from the Special Education programme (Blind), 39 fom the Special Education (Hearing) followed by 22 from the Music Education, 3 from the English Studies Department, 30 from the Sports and Health Education and 15 from the Visual Arts Education. This study employed quantitative approach using a questionnaire as the main instrument. Seven aspects tested were attitude and personality, leadership skills, information management