Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Universiti Putra Malaysia

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN MOTIVASI DENGAN PERILAKU PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR DWIBAHASA PERIBUMI SARAWAK

RADNA WISMAWATI MUHIBAH BINTI YAHYA SAWEK FBMK 2010 3

HUBUNGAN MOTIVASI DENGAN PERILAKU PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR DWIBAHASA PERIBUMI SARAWAK

Oleh RADNA WISMAWATI MUHIBAH BT YAHYA SAWEK

Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Siswazah, Universiti Putra Malaysia, sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master Sastera

Februari 2010

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the Master of Arts

THE RELATIONSHIP BETWEEN MOTIVATION AND MALAY LANGUAGE LEARNING BEHAVIOUR OF SARAWAK INDEGENOUS BILINGUAL STUDENTS

By RADNA WISMAWATI MUHIBAH BT YAHYA SAWEK February 2010 Chair: Professor Madya Dr Noor Aina Dani, PhD Faculty: Faculty of Modern Language and Communication

In language learning, the purpose of learning a new knowledge by second language learners was normally being linked to motivation. Therefore this research was

conducted mainly to identify the relationship between motivation and Malay language learning behavior of indigenous bilingual students in Samarahan Division of Sarawak. The research population were derived from Form 4 students of two schools in a different category. About 85 students as respondents came from low achievement rural school of SMK Tarat whereas 123 students came from high achievement sub urban school of SMK Wira Penrissen. A survey was conducted intensively on one unit of the school community with intention to seek motives that encouraged the Sarawak indigenous iii

bilingual students to accept or reject L2 (Malay Language) learning. The researcher was also interested in factors which motivate the respondents for a higher achievement in L2 and factors effecting motivation in L2 homework accomplishment and their L2

learning behavior. The data was collected by using questionnaire, observation technique and interview. The theory implied in this research made use of theory Operant by Skinner as part of behaviorism learning theory with notion that environment factors played as a stimulus and response and made use of a certain exercise model which reinforce learning and behavioral change. Findings showed there was indeed a

relationship between motivation and L2 learning behavior of the Sarawak indigenous bilingual students. The research hypothesis has clearly proven that there is a strong and positive relationship between motivation and L2 learning behavior amongst the bilingual students.

iv

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Sarjana Sastera (Bahasa Melayu)

HUBUNGAN MOTIVASI DENGAN PERILAKU PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR DWIBAHASA PERIBUMI SARAWAK oleh

RADNA WISMAWATI MUHIBAH BT YAHYA SAWEK Februari 2010

Pengerusi: Profesor Madya Dr Noor Aina Dani,PhD Fakulti: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Dalam pembelajaran bahasa, sebab-musabab pelajar mempelajari sesuatu pengetahuan baru sering dikaitkan dengan motivasi. Sehubungan itu, kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan motivasi dengan perilaku pembelajaran Bahasa Melayu pelajar dwibahasa peribumi di bahagian Samarahan, Sarawak. Populasi kajian ini terdiri daripada semua pelajar peribumi tingkatan empat di dua buah sekolah yang terpilih iaitu sekolah pencapaian rendah (SMK Tarat) kategori luar bandar sebanyak 85 orang dan sekolah pencapaian sederhana (SMK Wira Penrissen) kategori pinggir bandar sebanyak 143 orang. Kajian tinjauan dijalankan secara intensif ke atas satu unit masyarakat sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti motif yang mendorong pelajar dwibahasa peribumi Sarawak bertindak menerima atau menolak pembelajaran B2. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti faktor yang mendorong motivasi pelajar

dwibahasa peribumi Sarawak ke arah pencapaian yang lebih tinggi dalam B2. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan faktor yang dapat mempengaruhi motivasi tugasan B2 dan menghuraikan perilaku pembelajaran B2 mereka. Data kajian dikumpul melalui teknik pemerhatian, temu bual dan soal-selidik. Kajian ini menggunakan Teori Operant Skinner yang tergolong dalam teori pembelajaran pembentukan kebiasaan dengan gagasan utamanya ialah rangsangan dan gerak balas. Teori pembelajaran ini menggunakan model latihan yang dikukuhkan, pembelajaran dan perubahan tingkah laku. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara motivasi dengan perilaku pembelajaran bahasa kedua pelajar dwibahasa peribumi Sarawak. Hal ini jelas

dibuktikan dengan kebenaran hipotesis penyelidikan bahawa terdapat kekuatan hubungan positif teguh antara motivasi dengan perilaku pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar dwibahasa.

ii

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai mematuhi syarat keperluan untuk Ijazah Master Sastera. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

Dr. Noor Aina Dani, PhD Prof. Madya Jabatan Bahasa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Pengerusi) S. Vijayaletchumy, PhD Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Ahli Jawatankuasa) Abdul Rashid Daeng Melebek, Ph.D Pensyarah Jabatan Bahasa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Ahli Jawatankuasa)

_______________________________ HASANAH MOHD GHAZALI, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 8 April 2010

viii

PENGESAHAN

Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa pada ____________ untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Radna Wismawati Muhibah bt Yahya Sawek untuk menilai tesis Sarjana Bahasa Melayu beliau yang bertajuk Hubungan Motivasi dengan Perilaku Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Dwibahasa Peribumi Sarawak mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah berkenaan.

Ahli Pemeriksa Jawatankuasa adalah seperti berikut: Pengerusi Prof Madya Dr. Hajah Samsina Abd Rahman Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Pemeriksa Dalam Dr. Adi Yasran Abdul Aziz Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Pemeriksa Dalam Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor

Pemeriksa Luar Prof Madya Dr Puteri Roslina Abdul Wahid Pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur
vii

____________________

Tarikh:

viii

PERAKUAN

Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain.

________________________________________________ RADNA WISMAWATI MUHIBAH BT YAHYA SAWEK

Tarikh: 18 Februari 2010

ix

JADUAL KANDUNGAN

Muka Surat ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN KELULUSAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN BAB 1 PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Negeri Sarawak Masyarakat Dwibahasa Pribumi di Bahagian Samarahan Asal Usul Peribumi di Sarawak Bahasa Melayu di Sarawak Sejak 1963 Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Hipotesis Kepentingan Kajian Skop Kajian Definisi Operasional Hubungan Motivasi Perilaku Pembelajaran Bahasa Kedua Pembelajaran Pelajar Dwibahasa Pribumi Sarawak SOROTAN LITERATUR Kajian Umum tentang Motivasi Kajian tentang Motivasi dan Pembelajaran Bahasa Kedua Kajian tentang Pendedahan Bahasa Kajian tentang Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Pelbagai Etnik Bukan Melayu 1 1 1 3 7 9 11 15 15 16 16 18 19 19 19 19 19 20 20 26 32 38
x

i iii v vii viii ix xiii xv xvi

Etnik Kemahiran Bahasa Pencapaian Kajian tentang Percampuran Kod Kajian tentang Sikap Pelajar Cina terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Kaitan antara Sorotan Kajian dengan Kajian ini 3 METODOLOGI Rekabentuk Kajian Kerangka Teori Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan Kerangka Konsepsi Kaedah Kajian Tempat Kajian Populasi Kajian Pendekatan Kajian Pemboleh ubah Kajian Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar Alat Kajian Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian Tatacara Kajian Kajian Rintis Pentadbiran Soal Selidik Kajian Sebenar Penganalisisan Data KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Persembahan Dapatan Objektif 1 Motif yang mendorong pelajar dwibahasa peribumi Sarawak bertindak menerima atau menolak pembelajaran B2 Objektif 2 Faktor yang mendorong kea rah motivasi pelajar dwibahasa peribumi Sarawak kea rah pencapaian yang lebih tinggi dalam B2 Objektif 3 Faktor yang dapat mempengaruhi motivasi tugasan B2 oleh pelajar dwibahasa peribumi Sarawak Objektif 4 Perilaku pembelajaran bahasa kedua pelajar dwibahasa peribumi Sarawak

40 41 42 43 56 58 62 62 62 62 64 66 66 67 68 68 68 69 71 82 82 82 83 83 84 86 86 87

92 97 108
xi

Rumusan Rasional Teori dengan Dapatan Implikasi Dapatan Penyelidikan

118 119 120

RUMUSAN DAN CADANGAN Rumusan Cadangan

122 122 126 131

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN Lampiran A Lampiran A1 Lampiran A2 Lampiran A3 Lampiran A4

: Surat-menyurat : Surat Kelulusan Menjalankan Kajian : Pengesahan Pelajar : Prestasi Pencapaian PMR 2008 : Pencapaian Cemerlang sekurang-kurangnya Gred D di Sekolah Bahagian Samarahan Lampiran A5 : Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah : Soal Selidik : Soal Selidik Set A : Soal Selidik Set B : Soalan Temubual Guru : Contoh Soal Selidik Kajian Rintis (Jawapan Pelajar) : Contoh Jawapan Kajian Rintis Temubual Guru Sekolah

Lampiran B Lampiran B1 Lampiran B2 Lampiran B3 Lampiran B4 Lampiran B5

Lampiran C Lampiran D Lampiran E Lampiran F

: Kawasan Kajian / Peta Sarawak : Jadual Objektif 2 dan Objektif 3 : Jadual 15 -23 (Soalan 23 31) : Jadual 25 37 (Soalan 41 53)

BIODATA PENULIS

xii

SENARAI JADUAL Jadual 1 Empat Pandangan terhadap Motivasi Muka Surat 25

Tahap Pendedahan Bahasa Melayu Responden

33

Sikap Responden

35

Motivasi Responden

37

Populasi Kajian

67

Profil Responden Kajian

86

Analisis Motif Data SPT dan SPR dalam Set A

88

Korelasi antara Pelajar SPR dan SPT dengan Motif Soal Selidik Set A

88

Hubungan Motivasi dengan perilaku pembelajaran B2 soal Selidik Set A 89

10

Korelasi antara pelajar Sekolah Pencapaian Tinggi dan Rendah dengan Motif Soal Selidik Set B 90

11

Aspek Motivasi yang Mendorong Motif Menerima atau Menolak pembelajaran B2 pelajar 91

12

Faktor yang Mendorong Motivasi Pelajar Ke arah Pencapaian yang Lebih Tinggi dalam B2 95

xiii

13

Ciri Guru Bahasa Melayu yang Menjadi Faktor Mempengaruhi Motivasi Tugasan B2 101

14

Respon daripada Temu bual Guru berkaitan Peneguhan Positif

110

15

Respon daripada Temu bual Guru berkaitan Peneguhan Negatif

111

16

Respon Temu bual Guru berkaitan Dendaan

113

17

Respon Temu bual Guru berkaitan Prinsip Premack

115

18

Respon Temu bual Guru berkaitan Pelupusan

116

xiv

SENARAI RAJAH

Rajah

Muka Surat

1 2 3 4 5 6

Peribumi Sarawak Sikap terhadap Pembelajaran Bahasa Sasaran Teori Pembelajaran Operan Kerangka Teori Kerangka Konsepsual Teori BF Skinner

7 30 63 64 65 108

xv

SENARAI SINGKATAN

B2 BM BI BA

= Bahasa kedua = Bahasa Melayu = Bahasa Inggeris = Bahasa Asing

HSC = Higher School Certificate KT KB KD O R = Kemahiran bertutur = Kemahiran membaca = Kemahiran Mendengar = Organisme = Respon

PMR = Penilaian Menengah Rendah PPK = Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan

P & P = Pengajaran dan Pembelajaran S = Stimulus

STPM = Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia SPB SPT SPR = Strategi Pembelajaran bahasa = Sekolah Pencapaian Tinggi = Sekolah Pencapaian Rendah

xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian

Negeri Sarawak berkeluasan 124,967km persegi. Jumlah penduduknya, menurut statistik tahun 2000 ialah 2,071,506 orang dan mempunyai kepadatan penduduk 16.8 orang per km. persegi. Peter M. Kedit, mantan pengarah Muzium Sarawak, menganggap Sarawak sebagai negeri yang mempunyai kumpulan etnik yang paling banyak dengan kebudayaan yang paling pelbagai sifatnya (Sarawak Museum Journal Dis.1989:1).

Menurut statistik tahun 2006, taburan dan jumlah penduduk negeri Sarawak mengikut kumpulan etnik adalah seperti yang berikut: Melayu Iban Bidayuh Melanau Bumiputera Lain* 462,270 603,735 166,756 112984 117,690

*Terdiri daripada Kayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Murut, Bisaya, Penan, Tagal, Tabun, Ukit, Bukitan, lisun, Tatau, Sihan, dan lain-lain bukan Islam. Tidak dapat dipastikan adakah ini termasuk Kedayan, Miriek, dan Narum yang beragama Islam. Cina 537,230 Lain-lain 8,103 (Buku Tahunan Perangkaan Sarawak, 2007 hlm 103)

Secara tradisinya taburan kumpulan-kumpulan ini dikaitkan dengan ekologi atau alam sekitar mengikut bentuk muka bumi Sarawak. Golongan Islam seperti Melayu, 1

Melanau, Kedayan, dan lain-lain mendiami pesisir pantai, dan di kawasan inilah tumbuhnya kota dan pelabuhan yang menerima pendatang awal terutamanya Cina. Golongan Bidayuh, Iban, Kayan, Kenyah dan lain-lain mendiami kawasan pedalaman yang landai dan semakin berbukit dan tebal dengan tumbuhan semula jadi serta dibelah oleh batang-batang sungai yang boleh dilalui. Golongan etnik yang kecil seperti Kelabit, Murut, Penan dan lain-lain mendiami kawasan ulu yang dipenuhi oleh gunung-ganang yang tinggi dan hutan tebal yang masih asli (Zainal Kling 1988:3). Menurut Lee Yong Leng (1981:22), Sarawak mempunyai muka bumi yang merumitkan kehidupan orangnya dalam beberapa hal disebabkan negerinya berbukit-bukau, berceranggah, beriklim khatulistiwa, dan tanah-tanihnya yang pada keseluruhannya tidak subur.

Dalam masyarakat Sarawak yang pelbagai itu, amat jelas ialah perbezaan bahasa ibunda yang kebanyakannya tidak ada kesalingfahaman. Sebagai contoh, bahasa Bidayuh yang dikatakan mempunyai empat dialek utama, tidak ada kesalingfahaman antara dialek-dialek tersebut. Hal yang sama berlaku pada dialek Melanau kerana semakin ke utara semakin kurang saling fahaman antara variasi bahasa kumpulan etnik tersebut.

Sabihah Osman (1990:31), yang mengkaji perkembangan pendidikan bumiputera di Sarawak menyebut bahawa sebelum Brooke memerintah Sarawak kedua-dua golongan Melayu dan Dayak di dearah-dearah yang terdedah pada hubungan luar seperti Skrang, Saribas, Kuching, Mukah dan Oya, hidup saling bergantung antara satu dengan yang lain dan bercampur gaul berdasarkan kesetiaan politik mengikut pola-pola petempatan alam sekeliling masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian umum, terdapat keadaan yang memperlihatkan bahasa tertentu menjadi lingua franca atau salah satu daripada lingua franca, misalnya bahasa Iban di Bandar Kapit, Kanowit, Saratok dan Sri Aman, atau bahasa Melanau di pekan Mukah, Dalat, Daro dan Matu, yang disebabkan wujud kumpulan majoriti penuturnya di situ. Bahasa Melayu atau kreol masih digunakan.

Masyarakat Dwibahasa Peribumi di Bahagian Samarahan

Bahagian Samarahan merupakan bahagian kelapan negeri Sarawak.

Bahagian

Samarahan terdiri daripada Kota Samarahan, Asajaya dan Sadong Jaya. Masyarakat negeri Sarawak di bahagian Samarahan terdiri daripada masyarakat yang bekerja sebagai petani dan pekebun kecil. Kehidupan mereka amat sederhana. Penduduk di bahagian Samarahan terdiri daripada Kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, bumiputera lain dan Cina. Manakala penutur dwibahasa peribumi di kawasan kajian ialah kaum Iban, Bidayuh dan Melanau. Penduduk di bahagian Samarahan ini

berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu Sarawak. Pendedahan kepada bahasa Melayu baku amat terhad kerana taraf pendidikan ibu bapa yang rendah dan saluran penyebaran bahasa yang terhad. Pembelajaran Bahasa Melayu cuma diajar dan digunakan semasa pembelajaran formal di sekolah. Hal ini menyebabkan

berlakunya percampuran dialek yang pekat dalam pembelajaraan Bahasa Melayu di sekolah. Oleh itu masyarakat dwibahasa ini tidak suka mempelajari bahasa Melayu kerana Bahasa ibunda sudah sebati dalam kehidupan mereka.

Pertuturan seharian mereka turut dipengaruhi oleh ibu bapa yang dominan menggunakan bahasa ibunda ketika bertutur dengan anak-anak dalam pertuturan seharian. Hal ini dapat diperhatikan dalam ayat-ayat yang berikut:

1.

Masyarakat Iban a. Manah amai baju nuan ari tuk. (Cantik juga baju kamu hari ni) b. Aku ka minta tolong nuan ngajar karang jako BM. (Saya nak meminta pertolongan awak membuat karangan BM)

2.

Masyarakat Bidayuh a. Daki asal-usul ingan leh? (Di manakah asal-usul kamu) b. Sikiak ku malas masak noh leh bonon eh karik dayung de bokon neh. (Kakak saya malas memasak, sebab itulah suaminya cari perempuan lain)

3.

Masyarakat Melanau a. Wak eno sibet kelow cuti sekol tow? (Apa rancangan kamu semua semasa cuti sekolah ni?) b. Apak bei melei ubat keyyah gak kedai tuaehkah? (Ada tak bapa membeli ubat nyamok di kedai?)

Kebanyakan pelajar yang terdapat di pertuturan ibu bapa mereka.

daerah Samarahan terdedah kepada gaya

Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka kurang

menggunakan bahasa ibunda sebaliknya mencampurkan bahasa Ibunda, atau bahasa Inggeris di dalam pertuturan mereka seharian. Hal ini menyebabkan berlakunya percampuran kod di dalam perbualan mereka. Fenomena ini dijelaskan mengikut contoh yang berikut:

1.

Masyarakat Iban a. Aku school bak sekula Stampin. (Aku bersekolah di SMK Stampin) b. Aku ngau Tony berpangan kenyau ari sekula primary. Aku dan Tony berkawan sejak sekolah rendah. c. Pengajar selalu bendar merik kami maioh home work. Cikgu saya selalu memberi kerja rumah banyak-banyak. d. Sidak iya nggau people bergempuru nadai pemendar ba KL. Mereka suka mengikut perhimpunan haram di KL. e. Sis aku suka ka amat pulai jauh malam. Kakak aku suka balik lewat malam.

2.

Masyarakat Bidayuh a. Aku belajar dang form pat. (Saya belajar dalam tingkatan empat) b. Asa dapat aku yak mitia tulung muu nai kuih for Gawea. Kalau dapat saya nak minta pertolongan kamu buat kuih untuk Gawai. c. Leha rajin help sino eh ponyap bori. Leha rajin membantu maknya mengemas rumah. d. Uncle ku ogi lison dien de ayuh. Pak cik aku ada kebun durian yang besar. e. Sumuk ku mok babua always jak sina doik tatong totu. Nenek aku dah nyanyuk dan selalu bercakap perkara mengarut.

3.

Masyarakat Melanau a. Shien membaca book. (Dia sedang membaca buku) b. Emak bebiran dari pagi tadik sik stop. Emak membebel dari pagi tadi tak henti-henti. c. Ngak agei pisak ball, maghrib ngak. Sudah lagi bermain bola tu, dah nak maghrib. d. Semuneh mua sungkai gak hotel five star. Esok kami berdua nak berbuka puasa di hotel lima bintang e. Juh telow catch buta leboh kow bak menaban sew. Jom kita pergi menangkap belalang di padang belakang rumah aku.

Di samping itu, tahap sosial pelajar berkait rapat dengan persekitaran dan tempat tinggal mereka. Sebagai contoh, apabila tahap sosio ekonomi ibu bapa rendah, penggunaan bahasa ibunda adalah menjadi bahasa utama dalam pertuturan. Oleh itu dalam kajian ini penyelidik ingin mengenal pasti hubungan motivasi yang dapat menggalakkan pelajar-pelajar mempelajari bahasa kedua di samping mempelihat sikap pelajar yang mendorong mereka mempelajari bahasa kedua (seterusnya B2). Motivasi ialah keadaan dalam diri dan individu yang memunculkan, mengarah dan mempertahankan perilaku. Memandangkan pendedahan bahasa Melayu pelajar-

pelajar di bahagian Samarahan kurang meluas, maka pembelajaran Bahasa Melayu mereka menjadi turut lemah.

Asal Usul Peribumi di Sarawak

Peribumi di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli, iaitu Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit, atau yang berketurunan campuran daripada kaum tertentu.

Peribumi Sarawak terbesar terdiri daripada kaum Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan Kenyah. (lihat rajah 1)

Rajah 1: Masyarakat Peribumi Sarawak

PERIBUMI SARAWAK TERBESAR MELAYU MELANAU UUU IBAN BIDAYUH KENYAH

Melayu Narum Tutong Seru Miri

Seduan Segalang Beliun Bintulu Matu Rejang

Batang Ai Skrang Saribas Undup Maloh Lemenak Milikin

Jagoi Lara

Nyamuk Batu Blah Murik Lirong Sebob Sipeng Berawan Badang Long Kiput

(Sumber : http:// www. Peribumi Sarawak)

Kaum Melayu Sarawak berhijrah dari Sumatera dan Celebes. daripada 18% penduduk Sarawak dan 25%

Mereka terdiri

peribumi Sarawak. Kaum Melayu

tinggal di pesisir pantai dan sungai di barat daya Sarawak. Semasa prakolonial mereka hidup dalam hirarki berkelas iaitu kelas atasan seperti abang, sheriff, dan pengiran, manakala kelas pertengahan terdiri daripada pegawai dan pedagang, kelas rakyat dan kelas ulun, terikat kepada bangsawan atasan. Kebanyakan orang Melayu Sarawak bekerja sebagai nelayan, pengumpul hasil hutan, petani, penanam pokok getah dan kelapa. Mereka memeluk agama Islam, percaya pada hantu, semangat, tangkal dan azimat.

Orang Melanau pula dipanggil A Liko yang bermaksud penduduk sungai. Mereka dikaitkan dengan Dayak Darat dan Melayu di persisiran. Golongan ini merupakan golongan minoriti di Sarawak, iaitu 6% daripada penduduk Sarawak dan 8% daripada masyarakat peribumi Sarawak. Orang Melanau menganut agama Islam dan Kristian. Mereka juga percaya pada kuasa ghaib.

Masyarakat Iban (Dayak Laut) pula terdiri daripada 47% peribumi dan 30% penduduk Sarawak. Masyarakat Iban tinggal berdekatan dengan sungai Batang Mereka tinggal di rumah panjang dan menganut

Lupar dan Sungai Rejang.

kepercayaan Animisme, Hindu-Buddha dan Kristian. Masyarakat Iban juga percaya pada pantang-larang dan ritual.

Seterusnya masyarakat Bidayuh merupakan etnik Sarawak yang rata-rata mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum dalam

kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat

You might also like