1. 1.0 Pengenalan
Pantang larang merupakan kepercayaan
mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.
Pantang larang adalah sesuatu perkara yang
menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana
ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya
diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan
masyarakat Melayu, Cina dan India.
Kebanyakan pantang larang diturunkan secara
lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang
sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas
diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak,
jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang
tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat
khususnya generasi muda agar dapat membawa
kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh
diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian
Pantang larang sudah menjadi amalan atau
prinsip dalam kehidupan hari ini.
2. Segala pantang larang sebenarnya
diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri
seperti pantang larang semasa perkahwinan,
perayaan dan juga semasa
menganudung.Sebenarnya pantang larang yang
diturunkan oleh nenek moyang mementingkan
penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa
sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan
kaum India mempunyai pantang larang semasa
perkahwinan, perayaan dan juga mengandung
tetapi pantang larang yang diamalkan oleh
kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan
Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.
Disediakan Oleh : Cheng Yueh Ming
(126635)
Posted by Pantang Larang at 1:05 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
2.1 Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan
beemakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang
3. ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid
kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun
bakal pengantin zaman sekarang jarang
disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak
rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh
diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar
dengan pasangan selama 40 hari sebelum
diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan
masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk
mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan
perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah
orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga
nama baik keluarga.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar
kemana-mana kerana takut dissantau oleh
mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan
4. makan nasi dengan gulai berkuah beberapa
bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut
buncit. Pengantin juga dilarang bercermin
terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan
juga dilarang membuang air kecil dan air besar
serentak di dalam air contohnya dalam sungai,
kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena
cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan
tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka
juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana
angan-angan yang tinggi menjelang
perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin
mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu
mengingatkan anak cucunya supaya tidak
melanggar pantang larang .Pantang larang perlu
dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu
kejadian yang tidak baik.
5. Disediakan Oleh : WAN MOHD FIRDAUS
WAN ZAHARI (204216)
Posted by Pantang Larang at 1:03 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
2.2 Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Aidulfitri
Pantang Larang Perayaan
Hari Raya Aidilfitri.
1. Dilarang membazir dan berbelanja lebih-
lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan
tuntutan agama Islam itu sendiri.
2. Memakai pakaian bersih,cantik dan juga
wangi-wangian.
3. Umat Islam yang kehilangan saudara mara
akan menziarahi pusara mereka dan
menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan
surah Yasin.
4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan
rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan
melupakan kisah silam yang lampau.
5. Memasang pelita di waktu malam untuk
menyambut malam tujuh likur.
6. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh
orang dewasa.
6. 7. Mengadakan rumah terbuka ataupun
berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
8. Membuat dan menghidangkan juadah wajib
seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-
bagai lagi.
Hari Raya Aidiladha.
1. Melakukan ibadah korban sebelum
dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan
juga orang ramai.
2. Mengenakan pakaian bersih,cantik dan
memakai wangi-wangian.
3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan
sahabat handai yang telah pergi.
4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung
dan rumah terbuka.
Disediakan Oleh: MOHAMAD FARID BIN
ISMAIL (204378)
Posted by Pantang Larang at 1:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
2.3 Pantang Larang Mengandung Orang Melayu
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang
mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci
atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul
binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang
7. untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat
juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup
sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang
ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.
Disediakan Oleh :Nurul Shakinah Jusoh (204186)
Posted by Pantang Larang at 12:54 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
3.1 Perkahwinan Orang Cina
1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan
sebelum dan selepas majlis perkhawinan.
2. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru
tua, hitam dan hijau.
3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam
kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
4. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang
cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan
yang tidak sah.
Disediakan Oleh :Chen Ling Kenn (204399)
Posted by Pantang Larang at 12:46 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
3.2 Pantang Larang Tahun Baru Cina
8. Walaupun kehidupan kini yang serba moden,
adat resam ini masih dikekalkan dan tetap
diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan
remaja Cina masih mempercayai dan
mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat
dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan
kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai
beberapa pantang larang sempena perayaan
Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi
kaum cina ialah orang Cina mempercayai
bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah
pada hari raya pertama kerana menganggap ia
boleh membuang segala keuntungan atau “ong”
yangada.
9. Selain itu, masyarakat Cina turut percaya
bahawa mereka akan ditimpa malang jika
pinggan mangkuk yang digunakan pada hari
sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan
pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan
kerjarumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu
malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina
paling dinantikan kerana ia dapat
memperlihatkan perpaduan dan keakraban
sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama
berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga
orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk
manapun individu terbabit dengan pelajaran,
kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian
mereka, sambutan acara ini tidak boleh
dilepaskan.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna
buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun
Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan
mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan
pada masa raya.Kaum cina mempercayai
10. bahawa ini akan membawa buruk sepanjang
tahun tersebut.
Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak
lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu,
ini tidak bermakna segala tradisi turut
dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian
berwarna merah dan mengelakkan pemakaian
baju warna hitam kerana beranggapan ketika
menyambut sesuatu perayaan, kita perlu
kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa
buruk bagi orang cina.
Selain itu, pemberian angpau masih tetap
diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah
berkahwin mereka perlu memberikan angpau
kepada kanak-kanak dan mereka yang belum
berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan
sudah lanjut usia, tetapi masih belum
berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian
angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun
tidak, bergantung kepada individu-individu.
11. Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan
adalah untuk membimbing perlakuan supaya
tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak
beradab.Baginya saya, walaupun zaman
semakin moden berbanding dengan
dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang
yang diperturunkan tidak boleh dipandang
rendah.Adat resam yang diperturunkan patut
mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi
yang akan datang.
Disediakan Oleh : Goh Sze Kei (204594)
Posted by Pantang Larang at 12:33 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
3.3 Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.
1.Dilarang makan daging arnab
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan
mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka
mengigit orang, terutamanya masa menyusui
bayi.
12. 3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah
malam.
4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk.
seperti ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah
keguguran bayi.
6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit
kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami
kecacatan.
7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras
bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri .
8.Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan
keguguran bayi.
9.Dilarang menyidai baju.
13. Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi
emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak
langsung.
Disediakan oleh: Soo Suet Ching (204016)
Posted by Pantang Larang at 12:19 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
4.1 Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India
Perkahwinan kaum india di malaysia
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu
tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat
14. tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang
larang perlu diikut oleh kaum india semasa
perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah
bakal pasangan akan saling membalas
kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika
rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana
dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan
berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan
dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa
kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna
perkahwinan tersebut akan tidak dapat
dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di
kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan
lain tidak boleh dihidangkan terutamanya
daging lembu,kerana agama hindu melarang
makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem
sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi
15. adat dan pantang larang yang diwarisi oleh
nenek moyang kerana keadaan ini
membuktikan tradisional budaya dan unik
terhadap kaum india .
Disediakan Oleh :Tan Chen Hin (204257)
Posted by Pantang Larang at 12:06 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Friday, August 20, 2010
4.2 Pantang Larang Semasa Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh
dunia. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya
dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan.
Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan
Oktober dan November). Perayaan ini juga
dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya
bermaksud „harapan‟, „kemenangan‟ dan
„kebahagian‟.
16. Pada petang sebelum perayaan, semua ahli
keluarga akan berkumpul untuk makan malam
bersama dengan pelbagai jenis makanan
hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam
pula diadakan upacara mesti memasang pelita
oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang
dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara
menyusun beras atau hampas kepala yang telah
diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan
pintu. Upacara ini membawa maksud yang
mendalam kepada semua penganut Hindu
termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya
semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada
para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu
bangun pagi sebelum matahari terbit untuk
mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu
mandi dengan minyak bijan yang akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga
oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek. Mengikut kepercayaan kaum India,
mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai
17. Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari
segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah
warna yang garang seperti merah, biru dan oren.
Mereka dilarang berpakai pakaian yang
berwarna hitam atau putih yang lebih
bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah
bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara
sembahyang dijalankan di kuil bagi
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga
serta memperingati ahli keluarga yang telah
meninggal dunia.
Disediakan Oleh : Yoong Yen Sen (204254)
Posted by Pantang Larang at 11:58 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
4.3 Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India
Bagi masyarakat India,terdapat beberapa
pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada
waktu malam
18. 2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur
berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan
buruk seperti mengumpat, membuat fitnah,
bergaduh, menyembelih binatang dan
sebagainya.
4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si
ibu perlu menghindarkan diri daripada
melakukan kerja-kerja yang berat.
Masyarakat India mengamalkan tempoh
berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari
yang pertama, saudara mara dan jiran tidak
digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi
yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.
Disediakan Oleh : Ter Ser Yeen (204202)