Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
SlideShare a Scribd company logo
III : PROSPEK 2006-2010


23.12 Dalam tempoh RMKe-9, penumpuan yang lebih akan diberi untuk mempertingkat
peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan industri
berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini adalah kerana penglibatan aktif semua golongan
dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga menyumbang ke arah membangun individu
secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat
Malaysia. Sehubungan ini, usaha lebih gigih akan diambil bersama sektor swasta bagi
mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan
budaya negara. Dengan demikian, teras strategik untuk tempoh RMKe-9 adalah seperti
berikut:

a) memupuk nilai budaya positif di kalangan rakyat Malaysia;

b) memperkukuh penghayatan budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia;

c) memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara;

d) memajukan industri kraf dan menggalakkan produk kraf untuk pasaran dunia;

e) membangunkan industri kebudayaan yang kreatif, dan

f) mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan
warisan yang mampan dan berterusan.


Pemupukan Nilai Budaya yang Positif

23.13 Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan
satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan
keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana
kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti
ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program
lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan
sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal
perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan.

Pengukuhan Penghayatan Budaya, Seni dan Warisan

23.14 Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di
kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan
ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan
ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali
seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian
akan dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan
moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan
masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar.

23.15 Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai
budaya, seni dan warisan di kalangan belia akan diberi penekanan yang lebih dalam tempoh
RMKe-9. Bagi mencapai tujuan ini, langkah gigih akan diambil oleh agensi berkaitan untuk
menambah bilangan yang dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka
ini akan dihantar kepada beberapa sekolah di bawah program Tunas Budaya bagi melatih
pelajar dalam bidang kesenian. Program ini menghubungkan komuniti seni dengan sektor
pendidikan bagi menyokong pembangunan profesional pendidik seni dan penyedia
pendidikan seni. Di samping itu, program yang sama akan diperluas meliputi kakitangan
sektor awam dan belia bagi meningkatkan akses mereka terhadap seni. Perkongsian
strategik antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, organisasi berasaskan seni dan
masyarakat berserta sektor swasta akan diwujudkan untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan program ini.

23.16 Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di peringkat akar
umbi, pelbagai program jangkauan seperti Laman Seni Kuala Lumpur akan dipergiat dan
diperluaskan ke semua negeri. Bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta
kefahaman dalam seni tampak dan persembahan, beberapa program interaktif melibatkan
penyertaan belia, masyarakat dan sektor swasta akan dilaksanakan. Selaras dengan dasar
yang diluluskan, langkah bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan aktiviti
kesenian akan diambil dalam tempoh RMKe-9.

23.17 Seni persembahan juga merupakan jentera bagi pemuliharaan dan penyebaran
budaya di samping sebagai sumber hiburan dan penghayatan kebudayaan kepada individu.
Sehubungan ini, peranan Istana Budaya sebagai pusat kecemerlangan bagi pementasan
seni persembahan yang berkualiti tinggi akan diperkukuhkan. Usaha yang berterusan akan
diambil untuk menarik lebih banyak pementasan asing menggunakan Istana Budaya
sebagai tempat persembahan yang akan menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur
sebagai hab budaya serantau. Bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni serta kesedaran
mengenai kemudahan yang canggih di Istana Budaya, aktiviti promosi yang agresif dengan
tumpuan kepada penerbitan tempatan dan asing akan dilakukan. Usaha ini adalah selaras
dengan langkah untuk mewujudkan kawasan budaya di dalam dan persekitaran Istana
Budaya.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Produk Warisan

23.18 Akta Warisan Negara 2005 yang dikuatkuasa pada bulan Mac 2006 akan
membolehkan satu pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan produk warisan negara
yang ketara dan tidak ketara secara lebih selaras dan bersepadu. Akta ini meliputi langkah
penguatkuasaan bagi memastikan amalan pemeliharaan dan arkeologi mematuhi piawaian
dunia. Pelaksanaan Akta ini akan memudahkan proses mengenalpasti dan menentukan
bangunan, monumen dan tapak yang mempunyai kepentingan sejarah untuk diwartakan
sebagai zon bersejarah.

23.19 Arkib Negara akan terus memelihara dan mengurus koleksi arkib sebagai warisan
negara. Dalam tempoh Rancangan, Arkib Negara akan memberi tumpuan untuk menjadi
pusat sumber dan penyelidikan yang menyediakan perkhidmatan perundingan kurator. Bagi
tujuan ini, Arkib Negara akan mempelbagai dan meningkatkan kualiti koleksi dan
perkhidmatannya serta memperluaskan kepakarannya dalam pelbagai bidang berkaitan.
Berikutan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, penyimpanan rekod
elektronik dan pemeliharaan dokumen kerajaan yang mempunyai nilai sejarah secara digital
pada fasa kedua akan dilaksanakan. Di samping itu, Pusat Dokumentasi Pandang Dengar
akan ditubuhkan sebagai pusat penyimpanan rekod.

23.20 Sebagai satu usaha untuk memupuk kesedaran dan penghayatan yang tinggi
terhadap kekayaan warisan budaya negara, Muzium Tekstil akan ditubuh pada tahun 2006.
Muzium ini akan membantu menyebar pengetahuan dan maklumat serta menggalakkan
penyelidikan mengenai tenunan, songket dan batik dan akan mempamerkan tekstil dari
seluruh negara. Muzium ini juga menjadi pusat sumber yang baik kepada pelajar,
penyelidik, ahli akademik dan pengusaha kraf.

Pengukuhan Industri Kraf dan Promosi Kraf Untuk Pasaran Dunia

23.21 Dalam tempoh RMKe-9, usaha yang berterusan akan diambil untuk membangun dan
meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan dan pembangunan
mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan
reka bentuk dan teknologi baru. Usaha mempromosi kraf Malaysia di pasaran tradisi dan
baru akan dilaksanakan secara meluas dengan kerjasama sektor swasta. Kaedah
pemasaran yang inovatif dan kreatif serta penjenamaan kraf negara akan diusahakan.

Pembangunan Industri Kebudayaan Yang Kreatif

23.22 Malaysia mempunyai sumber budaya yang kreatif dan luas dalam bidang seni
persembahan, seni halus dan seni tampak, kaligrafi Islam dan penulisan Jawi, filem,
pendidikan seni, kesusasteraan dan kraf yang boleh dimaju dan diterokai. Dalam tempoh
Rancangan, potensi ekonomi industri budaya kreatif akan terus dibangunkan melalui
kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Bagi memudahkan pembangunan industri
ini, Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif. Pihak industri akan
digalakkan untuk mengguna pelbagai kemudahan di peringkat negeri seperti pusat
kebudayaan negeri dan galeri untuk menjayakan aktiviti mereka. Di samping itu, Kerajaan
juga akan menyediakan premis perniagaan kepada usahawan untuk mempromosi kraf dan
barangan keluaran mereka.

23.23 Promosi dan pemasaran keluaran seni, budaya dan produk warisan di peringkat
tempatan dan antarabangsa akan dipergiatkan melalui pelbagai kempen pemasaran dan
penganjuran acara antarabangsa yang berprestij. Acara ini seperti Pesta KL, Pesta Filem
Malaysia dan Hari Kraf Kebangsaan akan diadakan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai
hab kebudayaan.

Pengukuhan Program Bina Upaya

23.24 Selaras dengan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan di kalangan profesional
dalam bidang seni persembahan dan warisan, ASK akan dinaiktaraf kepada Akademi Seni
Budaya dan Warisan. Kursus yang ditawarkan di akademi ini akan diperluaskan meliputi
kursus di peringkat ijazah dalam bidang pengajian warisan merangkumi museumology,
arkeologi dan sains arkib. Di samping itu, Akademi juga akan mempergiatkan latihan
kemahiran untuk melahirkan tenaga professional yang berkualiti tinggi dalam bidang seperti
pementasan dan pengurusan teater, pencahayaan dan bunyi, peralatan dan set
penggambaran serta pemasaran yang berkesan. Untuk terus menggalak dan
membangunkan industri filem tempatan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(FINAS) akan memberi penekanan kepada aktiviti bina upaya untuk membangunkan modal
insan berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan filem.

23.25 Program bina upaya akan terus dilaksana di Institut Kraf Kebangsaan serta melalui
pelbagai program pembangunan usahawan bagi menyumbang kepada pembangunan artisan
berkemahiran teknologi bagi menghadapi cabaran masa depan. Satu program khas, iaitu
Skim Perantisan Warisan Kraf akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan untuk memberi
kemahiran di samping memelihara seni dan kraf tradisional.

More Related Content

Warisan budaya

  • 1. III : PROSPEK 2006-2010 23.12 Dalam tempoh RMKe-9, penumpuan yang lebih akan diberi untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan industri berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini adalah kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Sehubungan ini, usaha lebih gigih akan diambil bersama sektor swasta bagi mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan budaya negara. Dengan demikian, teras strategik untuk tempoh RMKe-9 adalah seperti berikut: a) memupuk nilai budaya positif di kalangan rakyat Malaysia; b) memperkukuh penghayatan budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia; c) memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara; d) memajukan industri kraf dan menggalakkan produk kraf untuk pasaran dunia; e) membangunkan industri kebudayaan yang kreatif, dan f) mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mampan dan berterusan. Pemupukan Nilai Budaya yang Positif 23.13 Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan. Pengukuhan Penghayatan Budaya, Seni dan Warisan 23.14 Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. 23.15 Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan belia akan diberi penekanan yang lebih dalam tempoh RMKe-9. Bagi mencapai tujuan ini, langkah gigih akan diambil oleh agensi berkaitan untuk menambah bilangan yang dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka
  • 2. ini akan dihantar kepada beberapa sekolah di bawah program Tunas Budaya bagi melatih pelajar dalam bidang kesenian. Program ini menghubungkan komuniti seni dengan sektor pendidikan bagi menyokong pembangunan profesional pendidik seni dan penyedia pendidikan seni. Di samping itu, program yang sama akan diperluas meliputi kakitangan sektor awam dan belia bagi meningkatkan akses mereka terhadap seni. Perkongsian strategik antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, organisasi berasaskan seni dan masyarakat berserta sektor swasta akan diwujudkan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini. 23.16 Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di peringkat akar umbi, pelbagai program jangkauan seperti Laman Seni Kuala Lumpur akan dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri. Bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak dan persembahan, beberapa program interaktif melibatkan penyertaan belia, masyarakat dan sektor swasta akan dilaksanakan. Selaras dengan dasar yang diluluskan, langkah bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan aktiviti kesenian akan diambil dalam tempoh RMKe-9. 23.17 Seni persembahan juga merupakan jentera bagi pemuliharaan dan penyebaran budaya di samping sebagai sumber hiburan dan penghayatan kebudayaan kepada individu. Sehubungan ini, peranan Istana Budaya sebagai pusat kecemerlangan bagi pementasan seni persembahan yang berkualiti tinggi akan diperkukuhkan. Usaha yang berterusan akan diambil untuk menarik lebih banyak pementasan asing menggunakan Istana Budaya sebagai tempat persembahan yang akan menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya serantau. Bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni serta kesedaran mengenai kemudahan yang canggih di Istana Budaya, aktiviti promosi yang agresif dengan tumpuan kepada penerbitan tempatan dan asing akan dilakukan. Usaha ini adalah selaras dengan langkah untuk mewujudkan kawasan budaya di dalam dan persekitaran Istana Budaya. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Produk Warisan 23.18 Akta Warisan Negara 2005 yang dikuatkuasa pada bulan Mac 2006 akan membolehkan satu pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan produk warisan negara yang ketara dan tidak ketara secara lebih selaras dan bersepadu. Akta ini meliputi langkah penguatkuasaan bagi memastikan amalan pemeliharaan dan arkeologi mematuhi piawaian dunia. Pelaksanaan Akta ini akan memudahkan proses mengenalpasti dan menentukan bangunan, monumen dan tapak yang mempunyai kepentingan sejarah untuk diwartakan sebagai zon bersejarah. 23.19 Arkib Negara akan terus memelihara dan mengurus koleksi arkib sebagai warisan negara. Dalam tempoh Rancangan, Arkib Negara akan memberi tumpuan untuk menjadi pusat sumber dan penyelidikan yang menyediakan perkhidmatan perundingan kurator. Bagi tujuan ini, Arkib Negara akan mempelbagai dan meningkatkan kualiti koleksi dan perkhidmatannya serta memperluaskan kepakarannya dalam pelbagai bidang berkaitan. Berikutan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, penyimpanan rekod elektronik dan pemeliharaan dokumen kerajaan yang mempunyai nilai sejarah secara digital pada fasa kedua akan dilaksanakan. Di samping itu, Pusat Dokumentasi Pandang Dengar akan ditubuhkan sebagai pusat penyimpanan rekod. 23.20 Sebagai satu usaha untuk memupuk kesedaran dan penghayatan yang tinggi terhadap kekayaan warisan budaya negara, Muzium Tekstil akan ditubuh pada tahun 2006. Muzium ini akan membantu menyebar pengetahuan dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan mengenai tenunan, songket dan batik dan akan mempamerkan tekstil dari
  • 3. seluruh negara. Muzium ini juga menjadi pusat sumber yang baik kepada pelajar, penyelidik, ahli akademik dan pengusaha kraf. Pengukuhan Industri Kraf dan Promosi Kraf Untuk Pasaran Dunia 23.21 Dalam tempoh RMKe-9, usaha yang berterusan akan diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru. Usaha mempromosi kraf Malaysia di pasaran tradisi dan baru akan dilaksanakan secara meluas dengan kerjasama sektor swasta. Kaedah pemasaran yang inovatif dan kreatif serta penjenamaan kraf negara akan diusahakan. Pembangunan Industri Kebudayaan Yang Kreatif 23.22 Malaysia mempunyai sumber budaya yang kreatif dan luas dalam bidang seni persembahan, seni halus dan seni tampak, kaligrafi Islam dan penulisan Jawi, filem, pendidikan seni, kesusasteraan dan kraf yang boleh dimaju dan diterokai. Dalam tempoh Rancangan, potensi ekonomi industri budaya kreatif akan terus dibangunkan melalui kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Bagi memudahkan pembangunan industri ini, Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif. Pihak industri akan digalakkan untuk mengguna pelbagai kemudahan di peringkat negeri seperti pusat kebudayaan negeri dan galeri untuk menjayakan aktiviti mereka. Di samping itu, Kerajaan juga akan menyediakan premis perniagaan kepada usahawan untuk mempromosi kraf dan barangan keluaran mereka. 23.23 Promosi dan pemasaran keluaran seni, budaya dan produk warisan di peringkat tempatan dan antarabangsa akan dipergiatkan melalui pelbagai kempen pemasaran dan penganjuran acara antarabangsa yang berprestij. Acara ini seperti Pesta KL, Pesta Filem Malaysia dan Hari Kraf Kebangsaan akan diadakan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab kebudayaan. Pengukuhan Program Bina Upaya 23.24 Selaras dengan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan di kalangan profesional dalam bidang seni persembahan dan warisan, ASK akan dinaiktaraf kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan. Kursus yang ditawarkan di akademi ini akan diperluaskan meliputi kursus di peringkat ijazah dalam bidang pengajian warisan merangkumi museumology, arkeologi dan sains arkib. Di samping itu, Akademi juga akan mempergiatkan latihan kemahiran untuk melahirkan tenaga professional yang berkualiti tinggi dalam bidang seperti pementasan dan pengurusan teater, pencahayaan dan bunyi, peralatan dan set penggambaran serta pemasaran yang berkesan. Untuk terus menggalak dan membangunkan industri filem tempatan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan memberi penekanan kepada aktiviti bina upaya untuk membangunkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan filem. 23.25 Program bina upaya akan terus dilaksana di Institut Kraf Kebangsaan serta melalui pelbagai program pembangunan usahawan bagi menyumbang kepada pembangunan artisan berkemahiran teknologi bagi menghadapi cabaran masa depan. Satu program khas, iaitu Skim Perantisan Warisan Kraf akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan untuk memberi kemahiran di samping memelihara seni dan kraf tradisional.