1. TEKNIK MENJAWAB
BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 2 (1103/2)
Dihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
saharuddinabdullah81@yahoo.com
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
3. Bentuk Soalan Peribahasa
• A. Membina ayat daripada peribahasa:
Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka
bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.
•
2. seperti katak di bawah tempurung
Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku
menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah
tempurung.
•
3. seperti paku dengan penukul
Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak
mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
4. Bentuk Soalan Peribahasa
• B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi
yang diberi:
Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.
•
1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara
dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang
terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat
dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya
yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan
kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.
•
i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh
kasih sayang)
ii. bagai menconteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)
5. Bentuk Soalan Peribahasa
• C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:
Contoh:
•
1. Setelah berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar,
gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak
meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
•
2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara, akhirnya Ramli
membuat keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya
kerana berasakan suasana di kampung halamannya lebih tenteram
dan harmoni.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hujan batu di negeri sendiri.
6. Bentuk Soalan Peribahasa
• D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya
membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila
projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka
bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak
mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-
kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian
kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok
penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah
…………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua
pihak.
•
i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah
7. Latihan 1
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada
peribahasa tersebut.
•
1. bagaikan kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput
8. JawapanLatihan 1
• 1. bagaikan kera mendapat bunga
• -Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
• -Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana
dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai
pemberian kita itu.
• 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
• -disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi
buruk.
• -Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik
sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur,
semuanya terpalit.
• 3. burung terbang dipipiskan lada
• -mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
• -Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini
bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi
keuntungan akan menjelma.
9. PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA
FORMULA A.
Siapa + buat apa + peribahasa
contoh: Murid-murid kelas 5UiTM bekerjasama membersihkan kelas
bagai aur dengan tebing.
Haiqal ditangkap oleh pihak polis pagi semalam kerana tangan
panjang.
Pak Daud sangat menyayangi anak angkatnya dan menjaga beliau bagai
menatang minyak yang penuh.
Pemuda yang cacat tangan itu sangat laju berlari seperti lipas kudung.
Perompak yang melakukan rompakan itu telah berjaya diberkas oleh
pihak polis bak kata pepatah sepandai pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah jua.
10. FORMULA B
Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh: Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Ali
telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk
mencapai keputusan SPM yang cemerlang.
Oleh sebab usaha tangga kejayaan, pelajar SMK Bukit Kuda telah
menghadiri seminar pecutan akhir untuk menimba pelbagai ilmu
pengetahuan.
Oleh sebab sikap keras kepala Hassan beliau enggan menerima
nasihat guru-gurunya
11. FORMULA C
Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa
Contoh:
Fauzi yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih
mata telah menyertai pasukan tentera demi mempertahankan
kedaulatan negara.
Masyarakat yang berpegang pada prinsip bagai aur dengan tebing
telah melakukan gotong royong untuk membersihkan kawasan
perumahan mereka.
Pemuda yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih
mata telah sanggup menabur fitnah kepada sahabatnya untuk
mendapatkan jawatan itu.
12. FORMULA D
Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh:
Kita mestilah makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan
penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.
Kita mestilah berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan rakan
kerana ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Kita mestilah membaca buku dan membuat latihan dalam pelajaran
kerana yang jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
13. Jawapan Latihan 1
• 7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
• -mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
• -Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak
jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di kepuk.
• 8. matinya semut kerana gula
• -mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
• -Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan
hidup melarat kerana matinya semut kerana gula.
• 9. air dicincang tidak akan putus
• -pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi
akan berbaik semula.
• -Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air
dicincang tidak akan putus.
14. Jawapan Latihan 1
• 10. bagaikan embun di hujung rumput
• -kasih-sayang yang tidak berkekalan.
• -Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput
dan tidak berkekalan.
15. Latihan 2
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding
dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu
kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua
pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk
mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah
apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya
Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
16. Latihan 2
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba
menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun
akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua
pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas
pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam
namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya,
akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi
cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
17. Jawapan Latihan 2
1. Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir
(janji yang ada sesuatu di sebaliknya)
2.Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan
kembali tenang/ baik semula)
3.Jawapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau
selepasnya)
4.Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan
lemah lembut)
18. Jawapan Latihan 2
5. Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat
ditutup / bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun/
pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga)
6. Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit /
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga (seorang ahli berbuat
keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar)
7. Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang
bodoh jika diajar akan menjadi pandai)
8. Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga
(Jika tidak ada kemampuan janganlah melakukan sesuatu yang kita
tidak mampu lakukan)
19. Jawapan Latihan 1
• 4. menegakkan benang yang basah
• -cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
• -Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua
rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.
• 5. bagaikan telur dihujung tanduk
• -dalam keadaan berbahaya.
• -Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai
telur di hujung tanduk.
• 6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
• -orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
• -Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
20. Latihan 3
• Beri maksud peribahasa di bawah:
1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi
2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama
5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga
8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
9. bagai lebah menghimpun madu
10. cepat kaki, ringan tangan
21. Jawapan Latihan 3
• 1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi
Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri
sifatnya.
• 2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri
daripada bersikap sombong.
• 3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat
jahat sama sekali.
• 4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama
Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah
tiada ialah nama baiknya.
22. Jawapan Latihan 3
5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan
masyarakat dan jangan berbuat jahat.
6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan
menjadi baik juga akhirnya.
7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan
dimuliakan orang juga.
8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh
sehingga mendapat hasil yang baik.
9. bagai lebah menghimpun madu
Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.
10. cepat kaki, ringan tangan
Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.