2. Takrif frasa
Dalam nahu tranformasi generatif, frasa didefinisikan sebagai
bahagian ayat kerana itu frasanya mungkin terdiri daripada
kata, rangkai kata atau klausa (anak ayat).
Menurut Tatabahasa Dewan frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau
lebih.
Manakala Asmah Hj. Omar pula memdefinisikan frasa
sebagai unit yang dalam skala tatatingkat nahu yang
menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Tetapi
aliran tradisional, mengatakan frasa terdiri dari sekurang-
kurangnya dua kata yang letaknya berturutan tetapi tidak
mempunyai subjek dan predikat.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
3. Frasa Nama
12.1 Pendahuluan
Menurut Nik Safiah Karim frasa nama merupakan
Binaan yang dari sudut nahu, boleh terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh
berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
Asmah Hj. Omar pula mendefinisikan frasa nama
sebagai frasa yang boleh berdiri pada subjek dan
objek ayat dan predikat nama, di samping boleh
menggantikan kata nama.
Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri
daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan
predikat.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
4. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen
utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu terdiri
daripada yang berikut:
i. FN + FN
ii. FN + FK
iii. FN + FA
iv. FN + FSN
5. Dalam semua pola ayat tersebut, frasa nama
berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya
berfungsi sebagai predikat dalam pola FN +
FN. Contoh:
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama
1. Bapa guru.
2. Bapa budak itu guru.
3. Bapa budak itu guru sekolah agama
4. Kelang bandar diraja.
5. Bandar Kelang bandar diraja.
6. Frasa nama juga boleh hadir dalam konstituen
objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja
transitif dalam frasa kerja (FK). Contoh:
Subjek Predikat Frasa Kerja
Kata Kerja Objek
1. Orang itu memanggil saya.
2. Mereka semua melambaikan tangan.
3. Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
4. Para siswazah memohon jawatan itu.
5. Kedamaian memerlukan kekuatan pertahanan.
6. Tanah air meminta pengorbanan anak
watan.
7. Cahaya matahari menyinari alam semesta.
7. Frasa nama juga terletak di bahagian unsur nama dalam
frasa sendi nama. Frasa nama boleh wujud sebagai
unsur dalam predikat frasa sendi nama (FSN). Contoh:
Subjek Predikat Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
1. Mereka di Kuala Lumpur.
2. Hadiah itu daripada Ahmad.
3. Lukisan tersebut oleh Syed Jamal.
4. Tabung simpanan itu untuk masjid.
5. Kereta itu ke Kota Bharu.
6. Keluarnya dari pintu besar.
8. Frasa nama juga boleh wujud sebagai unsur dalam frasa
keterangan.Contoh:
Subjek Predikat
Frasa Kerja Frasa Keterangan
Kata Frasa Nama
Sendi
Nama
1. Mereka bekerja di bandar.
2. Pena itu ada pada saya.
3. Semua makhluk bergantung Pada Tuhan.
4. Penumpang- meletakkan beg di dalam bas
penumpang mereka itu.
5. Pembangunan memerlukan daripada semua
ekonomi sumbangan rakyat.
6. Umat Islam berpegang pada takdir Ilahi.
7. Dia memotong buah itu dengan pisau.
8. Seutas rantai terlilit di lehernya.
10. 12.2 Konstituen Frasa Nama
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi
frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai
unsur intinya.
Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian
ataupun dengan sederetan penerang yang
hadir sebelum frasa nama atau
sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa
nama.
11. Pendapat Pertama
Ada pendapat yang mengatakan bahawa
unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi
pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh
saling berganti dengan unsur-unsur nama.
Misalnya:
i. Senaman menyihatkan badan.
Kata nama senaman sebagai pengisi frasa
nama boleh diganti oleh kata kerja
bersenam, seperti dalam contoh berikut:
ii. Bersenam menyihatkan badan.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
12. Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain
yang dianggap boleh menjadi pengisi frasa
nama ialah kata kerja seperti
berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-
memperli, frasa kerja seperti berlagak ke sana
ke mari dan makan suap, dan kata adjektif
seperti putih, misalnya dalam ayat-ayat yang
berikut:
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
13. i. Berolahraga menjadi kegemaran remaja.
ii. Merokok amalan yang tidak digalakkan.
iii. Bersawah kurang menarik perhatian para
belia.
iv. Berlagak ke sana ke mari tabiat orang
sombong.
v. Perli-memperli boleh mengakibatkan
pergaduhan.
vi. Putih melambangkan kesucian.
14. Pendapat Kedua
Pendapat lain pula mengatakan bahawa
unsur-unsur yang yang menduduki tempat
subjek frasa nama dalam ayat-ayat tersebut
bukanlah merupakan pengisi sejati, tetapi
pada hakikatnya ialah penerang kepada unsur
inti yang telah dihilangkan. Jika unsur-unsur
inti frasa nama bagi ayat i dan ii
dinyatakan, maka binaannya adalah seperti
ayat berikut:
i. Kegiatan bersenam menyihatkan badan.
ii. Aktiviti berolahraga menjadi kegemaran
remaja.
15. Contoh-contoh lain adalah seperti yang berikut:
iii. Tabiat merokok amalan yang tidak digalakkan.
iv. Pekerjaan bersawah padi kurang menarik
perhatian para belia.
v. Kebiasaan berlagak ke sana ke mari tabiat
orang sombong.
vi. Kegiatan perli-memperli boleh mengakibatkan
pergaduhan.
vii. Perbuatan makan suap perbuatan yang keji.
viii. Warna putih melambangkan kesucian.
16. Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang
menjadi pengisi inti frasa nama adalah
daripada golongan kata nama juga, iaitu
kegiatan, aktiviti, tabiat, pekerjaan, kebiasaan,
perbuatan, dan warna.
Kesimpulannya, inti frasa nama pada
hakikatnya dibentuk oleh kata nama, tetapi di
peringkat kewujudannya inti frasa nama itu
dapat juga dibentuk oleh kata kerja dan kata
adjektif.
18. 12.3 Binaan Frasa Nama
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada
satu perkataan sahaja ataupun sederetn
perkataan.
Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka
terdapat dua jenis hubungan antara perkataan
itu:
a) Jenis 1
b) Jenis 2
19. Jenis 1: Inti + Penerang
Terdiri daripada satu perkataan yang
merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu,
sementara perkataan atau perkataan yang lain
merupakan penerang atau penerang-
penerangnya. Contoh: Predikat
Frasa Nama Subjek
Inti Penerang
1. Askar Melayu Diraja berbaris di padang.
2. Guru sekolah agama guru saya.
itu
3. Berlagak ke sana ke mari menjadi tabiatnya.
4. Perbuatan makan suap akan menjejaskan ekonomi negara.
5. Kelakuan baik selalu mendapat pujian.
20. Inti dan Penerang
Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna
dan mewakili seluruh frasa dari segi makna.
Penerang merupakan unsur yang
menerangkan makna dalam inti itu.
Misalnya dalam frasa nama bapa budak itu
intinya ialah bapa, sementara budak dan itu
ialah penerang-penerang yang menerangkan
bapa.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
21. Jenis 2: Inti + Inti
Terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya.
Contoh:
Frasa Nama Subjek Predikat
Inti Penerang
1. Kerusi meja untuk pelajar-pelajar sahaja.
2. Ibu bapa tidak perlu datang.
3. Pemuda Pemudi boleh ikut serta.
4. Pinggan mangkuk tersusun dengan rapi di atas para.
5. Suami isteri hendaklah bertolak ansur.
22. 12.3.1 Binaan Frasa Nama: Inti +
Penerang
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur
yang mempunyai hubungan inti + penerang
boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan
berikut:
i. Inti + penerang nama
ii. Inti + penerang bukan nama
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
23. Inti + Penerang Nama
Semua konstituen terdiri daripada kata nama; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata
nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan:
a) Penerang nama keturunan.
b) Penerang nama jenis.
c) Penerang nama penyambut.
d) Penerang nama kegunaan.
e) Penerang nama kelamin.
f) Penerang nama tempat.
g) Penerang nama arah.
h) Penerang nama anggota badan.
i) Penerang nama tenaga penggerak.
j) Penerang nama hal atau perkara.
k) Penerang nama milik.
l) Penerang nama khas.
m) Penerang nama panggilan atau gelaran.
Penerang-penerang nama ini memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti kata
nama.
24. Inti + penerang nama keturunan
Penerang nama keturunan menerangkan
aspek salasilah pada inti kata nama. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama
Keturunan
orang Melayu
pelajar Amerika
askar British
bangsa Belanda
suku bangsa Kadazan
bahasa Melayu
masyarakat Cina
kaum Banjar
keturunan Jawa
25. Inti + penerang nama jenis
Penerang nama jenis menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-
nama itu. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Jenis
harimau bintang
kelapa sawit
pokok getah
air limau
buah mangga
baju kemeja
kerusi rotan
gelang emas
kasut getah
kipas kain
beg kulit
pingat gangsa
26. Inti + penerang nama
penyambut
Penerang nama penyambut menerangkan
perkara atau benda yang menjadi objek atau
penyambut kepada alat atau pelaku yang ada
pada inti, misalnya penyabit rumput; rumput
ialah penyambut kerja dengan alat penyabit.
Contoh:
27. Frasa Nama
Inti (Sebagai Alat atau Pelaku) Penerang Nama Penyambut
penyendal pintu
penjaga stor stor
pam air
gunting kain
penyelenggara pejabat
pengarang cerpen
pengawal bangunan
pemandu teksi
pengurus syarikat
pelayan tetamu
28. Inti + penerang nama kegunaan
Penerang nama kegunaan ialah unsur yang
menerangkan makna fungsi atau peranan
kepada inti, misalnya serbuk perasa. Perasa
ialah kegunaan yang ditimbulkan oleh bahan
serbuk. Contoh:
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
29. Frasa Nama
Inti Penerang nama kegunaan
alat pemadam
sabun pencuci
kayu pengukur
minyak pelincir
tali penyidai
getah pemadam
jamu pengawet
batu penanda
batu pengasah
kayu pemukul
30. Inti + penerang nama kelamin
Penerang nama kelamin ialah nama yang
menerangkan jenis jantina bagi inti. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Kelamin
ayam jantan
lembu betina
orang lelaki
kaum perempuan
budak lelaki
anak perempuan
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
31. Inti + penerang nama tempat
Penerang nama tempat ialah unsur yang
menerangkan lokasi bagi inti, misalnya
tamadun timur. Timur ialah tempat tamadun,
sama ada tempat asal ataupun tempat wujud.
Contoh:
32. Frasa Nama
Inti Penerang Nama Tempat
penduduk bandar
anak Johor
orang tempatan
Melayu Pulau Pinang
kawasan luar bandar
tepi pantai
anak desa
Cina Melaka
pinggir kota
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
33. Inti + penerang nama arah
Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan
hala bagi inti. Contoh :
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Arah
kawasan barat
wilayah selatan
angin timur
jalan tengah
simpang kanan
ruang hadapan
kulit luar
tingkat atas
rumah belakang
34. Inti + penerang nama anggota
badan
Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian
tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Anggota
Badan
jam tangan
gelang kaki
tali pinggang
tudung kepala
sarung kaki
rantai leher
barah kulit
penyakit jantung
kepala lutut
batang hidung
35. Inti + penerang nama tenaga
penggerak
Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan
daya yang menggerakkan benda dalam inti. Misalnya jam bateri;
bateri ialah tenaga yang menggerakkan jam. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Tenaga
Penggerak
lampu minyak
dapur gas
seterika arang
kipas elektrik
kereta motor
kapal layar
kapal api
mesin kaki
perahu galah
36. Inti + penerang nama perihal atau
perkara
Penerang nama perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau
perkara tentang inti, misalnya sijil persekolahan. Persekolahan ialah
perkara tentang sijil itu. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Perihal atau
Perkara
lesen perniagaan
surat kebenaran
borang pendaftaran
hari perayaan
garis permulaan
surat perjanjian
majlis perasmian
bilik persidangan
37. Inti + penerang nama milik
Penerang nama milik menerangkan makna kepunyaan
bagi benda dalam inti. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Milik
rumah saya
pekerjaan mereka
bumbung sekolah
kemajuan Malaysia
keluaran Jepun
belalai gajah
pakaian Aminah
harta kerajaan
kawasan Jerman
penduduk -nya
38. Inti + penerang nama khas
Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata
nama khas bagi menerangkan inti. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Khas
bandar Ipoh
kampung Sungai Penchala
Republik Indonesia
planet Marikh
Teluk Siam
Terusan Suez
Negeri Sabah
Kerajaan Arab Saudi
Sungai Pahang
Gunung Kinabalu
39. Inti + penerang nama panggilan atau
gelaran
Penerang nama panggilan atau gelaran ialah
unsur yang merujuk nama julukan atau
penghormatan kepada makhluk atau
benda, misalnya Si Belang, Tan Sri, dan
sebagainya. Bentuk ini merupakan kecualian
kepada bentuk susunan inti + penerang
nama, iaitu penerang ini terletak di hadapan
inti.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
40. Frasa Nama
Penerang Nama Panggilan Gelaran Inti
Haji Ahmad
Yang Arif Hakim Mohd. Yusof
Si Belang
Nik Abdullah
Ybhg. Datuk Ali
Syed Nasir
Doktor Majid
Profesor Harun
YB Senator Fatimah
Tan Sri Abdullah
Sang Kancil
41. Inti + penerang bukan nama
Penerang bukan nama terdiri daripada
penerang-penerang yang dibentuk oleh
perkataan yang bukan daripada kelas kata
nama, iaitu:
a) Penerang penentu.
b) Penerang kata kerja atau akar kata kerja.
c) Penerang kata adjektif.
d) Penerang kata adverba.
e) Penerang frasa sendi nama.
f) Penerang bilangan ordinal.
42. Inti + penerang penentu
Penerang penentu ialah unsur yang
memberikan sifat ketentuan kepada kata nama
dan keddudukannya boleh di hadapan atau di
belakang inti.
Ada dua golongan penerang penentu kata
nama, iaitu:
i. Penentu hadapan.
ii. Penentu belakang.
43. Penentu Hadapan
Unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu
terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh
bilangan.Contoh:
Frasa Nama
Penentu Hadapan Inti
Bilangan Penjodoh
Bilangan
lima orang askar
sepuluh buah bangunan
beratus- orang penonton
ratus
beberapa pucuk senapang
kelima-lima ekor kambing
kesemua - pekerja
segala - kelengkapan
44. Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh
bilangan, misalnya * sebuah keberanian.
Beberapa kata bilangan jenis tak tentu,
misalnya semua, segala, sedikit, dan
selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh
bilangan, umpamanya *semua batang sungai,
*segala orang manusia, dan *sedikit helai
kertas.
45. Penentu Belakang
Unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama,
dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata
penentu itu dan ini. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penentu Belakang
orang itu
rumah ini
pemenang itu
calon ini
46. Inti + penerang kata kerja
Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya
menerangkan perlakuan* kepada inti.
Misalnya tempat menari; menari ialah
perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu.
Contoh:
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
47. Frasa Nama
Inti Penerang Kata Kerja
mesin jahit
meja makan
wad bersalin
kamar tidur
bilik menunggu
kolam renang
tarikh lahir
tuala mandi
majlis bahas
kedai gunting
meja meja tulis
* Makna perlakuan dibezakan daripada makna kegunaan atas dasar kegunaan
ialah sifat yang khusus bagi inti itu, sementara perlakuan ialah aksi yang
berkaitan dengan inti itu. Misalnya meja makan boleh juga dijadikan meja tulis,
sementara serbuk perasa khusus untuk menimbulkan rasa.
48. Inti + penerang kata adjektif
Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan
makna sifat bagi inti. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adjektif
anak muda
warna merah tua
minyak wangi
bulan terang
tahun baharu
kulit putih
rumah haram
penutur asli
emas tulen
sekolah rendah
49. Inti + penerang kata adverba
Penerang kata adverba ialah unsur yang menerangkan
cara atau masa bagi kata nama inti. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adverba
masa serentak
cara demikian
hari lusa
ketibaan nanti
hujan begitu
lawatan julung kali
kedatangan sering kali
jawapan sekali gus
kemasukan kemudian
50. Inti + penerang frasa sendi
nama yang mengandungi
Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur
kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung
antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Nama
rumah di bandar
wang pada saya
kehidupan pada masa ini
sumbangan kepada negara
surat dari kampung
hadiah untuk ibu
kebisingan di dewan makan
kiriman daripada abang
lawatan ke Muzium
51. Inti + penerang bilangan ordinal
Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan
kedudukan dari segi urutan bilangan, misalnya
pertama, kedua, kesepuluh, keseratus, dan sebagainya yang hadir
sesudah inti. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang bilangan
ordinal
tempat pertama
tingkat kesepuluh
bab ketiga
rukun kelima
anak kedua
pelawat keseribu
52. 12.3.2 Binaan Frasa Nama: Inti +
Inti
Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai
unsur penerang, kerana makna keseluruhan
frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata
nama inti. Binaan jenis ini tidak mempunyai
makna penerang.
Ada dua golongan frasa nama jenis inti + inti,
iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh
perkataan-perkataan:
i. Inti + inti dengan maksud sama erti.
ii. Inti + inti dengan maksud lawan erti.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
53. Inti + inti dengan maksud sama
erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan
frasa demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan
semcam ulangan. Contoh:
Frasa Nama
Inti Inti
tubuh badan
rakan taulan
wang ringgit
ribut taufan
hutan rimba
pinggan mangkuk
sawah ladang
hamba abdi
kampung halaman
54. Inti + inti dengan maksud lawan
erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalm binaan
frasa nam jenis ini membawa makna yang berlainan. Contoh:
Frasa Nama
Inti Inti
kerusi meja
lelaki perempuan
jantan betina
abang adik
ibu bapa
datuk nenek
teruna dara
saudara saudari
tuan puan
56. 12.4 Susunan Konstituen Frasa
Nama
Dalam pembinaan frasa nama, ada peraturan
tertentu yang mengatur susunan kedudukan
konstituen-konstituennya, iaitu unsur yang
hadir dahulu dan unsur yang hadir kemudian.
Peraturan-peraturan itu adalah seperti berikut:
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
57. 12.4.1 Peraturan D-M (Hukum
D-M)
D-M bermaksud diterangkan (D) dan
menerangkan (M).
Unsur yang diterangkan itu merupakan unsur
inti yang hadir pada kedudukan pertama dan
unsur yang menerangkan merupakan unsur
penerang yang hadir pada kedudukan yang
kedua. Contoh:
58. Frasa Nama
Diterangkan (D) Menerangkan (M)
orang lelaki
askar Melayu
kelapa sawit
baju kemeja
pam angin
penulis buku
guru bahasa
jentera pendingin
serbuk perasa
lampu gas
Sabarudin tukang kasut
Penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan
peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima, seperti dalam contoh-
contoh yang berikut: *Aminah Restoran, *Gigi Klinik, *Koh Klinik, *Militari Polis,
*Kerinting Rambut Salon, *Tenggara Asia, kerana intinya terletak di belakang.
59. 12.4.2 Kecualian Hukum D-M
Penerang mendahului unsur yang diterangkan.
Boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada
nama-nama jawatan. Contoh:
Frasa Nama
Penerang (M) Yang Diterangkan (D)
perdana menteri
timbalan menteri
naib presiden
naib yang dipertua
naib canselor
timbalan pengerusi
pembantu penyelidik
ibu pejabat
60. 12.4.3 Bilangan dan Panggilan
Apabila unsur penerang itu terdiri daripada
perkataan yang menunjukkan bilangan atau
nama panggilan dan gelaran, maka penerang
demikian boleh juga mendahului inti, iaitu
hadir di bahagian hadapan frasa nama.
Contoh:
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
61. Bilangan
Frasa Nama
Bilangan Penjodoh Bilangan Inti
dua orang calon
beberapa ekor binatang
sekawan - burung
sekalian - hadirin
segelintir - penduduk
semua - pasukan
ketiga-tiga helai sapu tangan
segala - perkakas
para - tetamu
sepuluh buah rumah
se- kuntum bunga
62. Nama Panngilan dan Gelaran
Frasa Nama
Panggilan/Gelaran Inti
Puan Juriah
Tun Abdul Razak
Raja Zainal
Engku Ali
Megat Terawih
Kak Timah
Datuk Menteri
Si Belang
Sang Sapurba
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
63. 12.4.4 Penerang
Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada
satu. Peraturan kedudukan penerang-penerang ini
adalah seperti yang berikut:
i. Penerang adjektif yang menerangkan inti harus
hadir sesudah inti itu diikuti oleh penerang-penerang
yang lain, manakala penentu belakang hadir di
belakang sekali. Secara aturan, susunannya adalah
seperti yang berikut:
Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu
Belakang*
*Walau bagaimanapun, terdapat penggunaan bentuk nama khas seperti
Pejabat Pos Besar (General Post Office) yang bertentangan dengan
peraturan ini.
64. Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang Penerang Penentu
Adjektif Kata Nama Belakang
kereta baharu ayah itu
pejabat lama pengurus itu
pegawai tinggi tentera ini
pintu besar asrama itu
pegawai tinggi polis ini
keluaran kasar negara itu
kotak hitam pesawat itu
baju tebal orang ini
65. Sekiranya kata adjektif bertugas sebagai penerang kepada inti yang
berbentuk kata majmuk, maka perkataan itu boleh hadir di belakang
kata majmuk. Misalnya pasaran sekuriti lengkap; lengkap ialah kata
adjektif yang menerangkan kata majmuk pasaran sekuriti. Contoh-
contoh lain:
Kata Inti Majmuk Penerang Adjektif
tawaran bayaran balik penuh
modal pulangan sama
margin untung kasar
sistem pemercik ekonomi
zon ekonomi ekslusif
66. ii. Unsur penerang boleh juga merupakan satu
binaan frasa tersendiri yang mengandungi
unsur-unsur inti dan penerang.
Unsur penerang itu menerangkan unsur inti
yang ada pada frasa penerang, dan bukan
menerangkan unsur inti bagi frasa nama.
Kata adjektif wujud juga sesudah inti.
Contoh:
67. Frasa Nama
Inti Penerang I Penerang II (Frasa) Penentu
(Adjektif) Inti Penerang Belakang
kereta baharu ayah saya itu
pejabat lama pengurus syarikat ini
pegawai tinggi tentera darat itu
pintu besar asrama puteri itu
pegawai tinggi polis daerah itu
keluaran kasar negara membangun ini
kotak hitam pesawat Boeing itu
baju tebal orang Jepun itu
68. Hubungan unsur-unsur yang ada pada frasa nama di atas boleh
ditunjukkan melalui gambar rajah berikut. Garis-garis pada gambar
rajah itu menghubungkan unsur-unsur yang paling rapat dari segi
makna.
kereta baharu ayah saya itu
pejabat lama pengurus syarikat ini
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
69. pegawai tinggi tentera darat itu
pintu besar asrama puteri itu
pegawai tinggi polis daerah itu
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
70. Kelainan daripada bentuk-bentuk tersebut
ialah binaan yang terdapat di dalamnya ada
dua unsur penerang atau lebih, yang terdiri
daripada frasa-frasa.
Frasa penerang yang menerangkan sifat hadir
selepas inti, sementara yang menerangkan
milik, hasil, jenis, dan sebagainya wujud
selepasnya. Contoh:
71. Frasa Nama
Inti Penerang I (Frasa) Penerang II (Frasa) Penentu
Inti Peneran Inti Penerang Belakang
g
pakaian kain kapas buatan Malaysia ini
rumah harga murah binaan kerajaan -
tingkap bilik kecil rumah kami ini
bangunan pencakar langit bentuk piramid itu
buku kulit nipis harga murah ini
guru sekolah menenga lepasan universiti -
h
penghuni rumah pangsa keturuna India itu
n
pegawai pangkat tinggi tentera laut -
kereta jenis mahak pengurus besar itu
72. Hubungan unsur-unsur dalam frasa nama di atas dapat
digambarkan melalui gambar rajah berikut:
Pakaian kain kapas buatan Malaysia ini
Rumah harga murah binaan kerajaan
Tingkap bilik kecil rumah kami ini
73. Bangunan pencakar langit bentuk piramid itu
Buku kulit nipis harga murah ini
Guru sekolah menengah lepasan universiti
74. Penghuni rumah pangsa keturunan India itu
Pegawai pangkat tinggi tentera laut
Kereta jenis mahal pengurus besar itu
75. iii. Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu dengan unsur
yang kedua dan unsur yang pertama merujuk benda yang
serupa. Contoh:
Frasa Nama Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Nama
Seorang wanita pemenang hadiah itu telah tampil ke hadapan.
Melayu
Sebuah jentera kecil alat pendingin udara terpasang di dinding itu.
Dua orang lelaki tua penjamin pelajar itu telah membayar hutangnya.
Sepinggan nasi pengalas perut masih terletak di atas meja.
goreng kosong
Sebilah pisau lipat alat pencukur terselit pada sakunya.
janggut
77. 12.5 Kesimpulan
Frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai
binaan yang kompleks.
Binaan frasa nama boleh digambarkan seperti
berikut (jika dipandang dari sudut kedudukan
unsur-unsurnya) :
Tidak semua frasa nama mesti mengandungi
setiap unsur yang digambarkan di atas.
Jadual berikut ialah contoh unsur-unsur frasa
nama yang disebutkan itu, tetapi tidak semuanya
boleh hadir bersama-sama.
78. Bil Penj Gel KNIn KNIn Pen Pen Pen Pen Pent
Bil
beberap orang tok guru - ilmu silat gayung - -
a
beratus- buah - rumah - pangsa jenis harga murah -
ratus
ketiga- orang datu pengara urusa Perbandara Kemajuan Negeri Selangor itu
tiga k h n n
setiap batan - jalan - di kawasan luar bandar - -
g
semua - - pengeru - sidang panel seminar kebangsaa itu
si n
beberap buah - kerusi meja bilik persidanga fakulti - itu
a n
para - - ibu bapa murid-murid sekolah menenga vokasional itu
h
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/