SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU
1. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR
_______________________________________________
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
2012
SKEMA JAWAPAN
1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
OKTOBER
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
_______________________________________________________________________.
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah ]
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai
disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah
tidak melebihi 120 patah kata.
Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.Secara lebih terperinci
disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang
berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap
akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri.
Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam
keseluruhan hidupnya kelak.
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 1
2. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan?Hal ini demikian kerana, disipin merupakan
kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan peraturan.Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri
kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat
kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada
diri sendiri.
Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi
tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah
disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar
yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka
sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajar-
pelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu
diberi dorongan oleh orang lain.
Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada
masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati
masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah yang
menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti
dan berketerampilan.Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru
berbanding yang tidak berpesonaliti.
Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru.Hal ini
mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun
pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih
memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh
berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah
pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar
akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan
utama dalam menentukan kejayaancemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya.
Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang
mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat
menempa kejayaan yang cemerlang.Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah
laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada
Rencana Umum: Disiplin Perisai Kawalan Diri,
Oleh Izani Hj. Daud,
Muka surat 30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA
JAWAPAN:
Pengenalan
1. Petikan membincangkan peranandisiplin dalam membentuk peribadi baik pelajar.(2 m)
2. Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik dalam
kalangan pelajar. ( 2 m)
3. Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik ( 1 m)
4. Petikan membincangkan kebaikan-kebaiakna mempunyai disiplin yang baik di
Malaysia/ di negara ini ( 1 m)
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 2
3. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
5, Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik ( 1 m)
6.Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan
usaha-usaha meningkatkan disiplin ( 0 m)
ISI TERSURAT: ( 2 -12 MARKAH )
S1 Seseorang pelajar mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya.
( 2M)
S2 kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan peraturan ( 2M)
S3 menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi
implikasi buruk kepada diri sendiri/ mengawal perilaku dalam kelas (2M)
S4 memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. (2M)
S5 tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin / gejala negatif yang menjejaskan
fokus tumpuan terhadap pembelajaran. ( 2M)
S6 mengadakan jadual belajar sendiri. ( 2 M)
S7 sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. ( 2 M)
S8 sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan oleh
orang lain. ( 2M)
S9 melatih pelajar dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa ( 2M)
S10 pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan ( 2M)
S11 mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding
yang tidak berpesonaliti. ( 2M)
S12 hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin
keberkesanan pembelajaran. ( 2 M)
ISI TERSIRAT : (2-12 MARKAH )
T1 ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak mereka
di sekolah ( 2M)
T2 pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa /masyarakat untuk mengawal
tindak laku pelajar di dalam dan di luar sekolah ( 2 M)
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 3
4. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
T3 guru-guru/guru kaunseling /pebimbing rakan sebaya sentiasa memantau / mendekati
pelajar-pelajar bermasalah ( 2M)
T4 pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin di sekolah
( 2M)
T6 ibu bapa memberikan didikan agama yang serius kepada anak-anak ( 2 M)
T7 pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aaktiviti kerohanian /keagamaan /moral ( 2M )
KESIMPULAN: 2 MARKAH
1. Para pelajar, ibu bapa , sekolah dan masyarakat perlu sama-sama membantu pelajar
menghayati kepentingan disiplin agar generasi muda berkualiti dapat dihasilkan
untuk kemajuan negara ( 2M)
2, Para pelajar perlu berusaha memantapkan kualiti diri dengan menjaga disiplin agar
menjadi generasi muda yang memberi manfaat kepada ibu bapa ,masyarakat dan negara (2
M)
SOALAN 2
( 35 Markah )
JAWAPAN 2a: PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN UMUM
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikanSoalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
i. Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilanberdasarkan penggunaannya
dalam petikan.
P1 berkeperibadian dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap:
P2 ada watak dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap:
( rujukan : pusat rujukan persuratan melayu DBP – prpm.dbp.gov.my )
( 1 ISI=2 markah )
ii. Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
P1 Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.
P2 kemahuan untuk mentaati peraturan
P3 kemahuan untuk menghormati peraturan.
P4 peraturan untuk membentuk tingkah laku baik
P5 pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 4
5. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
pelajar.
(3 ISI= 3 markah )
iii. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan
rakan-rakan sebaya?
P1 sentiasa menjaga nama baik sekolah/berusaha mencipta kejayaan
untuk sekolah
P2 tidak bersikap kurang sopan/kurang ajar dengan guru dan rakan-
rakan/menghormati guru-guru dan rakan
P3 sentiasa memberi kerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan
aktiviti-aktiviti
yang dirancang
P4 sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan guru tanpa bertangguh-
tangguh
P5 sentiasa beradab apabila berbicara dengan guru-guru dan rakan-rakan
P6 sentiasa mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan jujur
P7 serius belajar
( 2 isi=4 markah )
Soalan 2(b) – Petikan Drama
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda )
TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!
RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah, wak! Takada siapa pulak yang menanam semula.
TUK WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada
lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua
ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila
merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam!
RIPIN: Petua yang mana, wak ?
TUK WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih
kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti , jangan cemas. Kalau
belum mengenal, kenal dulu.
RIPIN : Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 5
6. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal )Yang langgar pantang,
anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung. ( Marah ) Si Berahim anak tiri aku
tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali,
dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai
jantan, apa gunanya tengkuk biawak!
i. Apakah pantang larang yang diberitahu oleh Tuk Wali kepada Ripin ketika masuk ke
hutan?
P1 Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang.
P2 Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.
P3 Kalau hati belum pasti , jangan cantas
P4 Kalau belum mengenal, kenal dulu.
( 2 isi=2markah )
ii. Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang
ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan?
P1 Anak-anak pokok ubat tidak dicantas sewenang-wenang kerana boleh
memupuskanpokok-pokok ubat di hutan dalam jangka panjang
P2 bekalan ubat-ubat herba tradisional tidak putus sampai bila-bila
P3 ada pokok-pokok ubat memerlukan puluhan tahun untuk dewasa sebelum
dapat digunakan
P4 pokok-pokok tersebut merupakan habitat haiwan liar
P5 pokok yang berbunga dan berbuah menghasilkan benih bagi menghasilkan
pokok-pokok baru bagi menggantikan pokok-pokok ubat yang teklah tua dan
tidak produktif
P6 generasi muda /anak cucu dapat terus mengenali khazanah alam dan ilmu
perubatan tradisional
( 3 isi= 3 markah )
iii. Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan di atas dan satu
perwatakannya dalam drama tersebut.
Dalam petikan
P1 Sayang akan alam semula jadi
Tuk Wali mengamalkan petua apabila mencari ubat-ubat tradisional di hutan agar
pokok-pokoktidak pupus.
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 6
7. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
P2 Kuat berpegang pada pantang larang
Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang ketika masuk ke hutan agar pokok-
pokok hutan dapat kekal sehingga ke anak cucu
( 1 isi = 2 markah
1 m- isi
1m –huraian
(Huraian tanpa isi= 0 markah )
Dalam Keseluruhan Cerpen
P1 Dia seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
P2 Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
P3 Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan
solat
sunat.
P4 Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah ,
menggali kubur
tanpa meminta upah.
( 1 isi = 2 markah)
1 m- isi
1m –huraian
(Huraian tanpa isi= 0 markah )
Soalan 2(c)- Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka
ia pun memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum
baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun keluar hendak
berjalan. Sebermula isteri Khoja Maimun pun teringat akan pesan suaminya itu. Maka lalu ia
pergi mendapatkan burung Tiung seraya katanya, ” Hai Tiung, apakah bicaramu bahawa aku
sangatlah berahi akan anak raja itu, kerana aku hendak mendapatkan dianya pada malam ini? ”
Maka diceterakannya perihalnya ia berahi itu. Setelah Tiung itu mendengar kata Bibi Zainab
maka ia pun menampar-nampar dadanya seraya katanya, ” Ayuhai Tuan Siti yang baik rupa,
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 7
8. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
pekerjaan apakah tuan hamba kerjakan ini? Tiadakah takut akan Allah dan malu akan Nabi
SAW. Maka tuan hendak mengerjakan yang maksiat lagi larangan Allah Taala, ditegah
Rasulullah istimewa pula sangat kejahatannya itu, tiada wajib atas segala perempuan yang
mulia mengerjakan pekerjaan yang demikian itu. Tiadakah tuan mendengar hadis? Barang
siapa perempuan menduakan suaminya bahawa sesungguhnya dimasukkan malaikat ke dalam
neraka jahanam seribu tahun lamanya, dan lagi tiadakah tuan malu samanya makhluk di dalam
dunia ini? Sabarlah tuan hamba dahulu, insya-Allah Taala tuan yang laki-laki pun bangat cepat
juga akan datang. Jikalau diketahuinya kelak tiadakah tuan malu dan mati dibunuhnya?
Alangkah aib nama tuan tersebut pada sekalian alam ini.”
(Dipetik daripada
’Hikayat Khoja Maimun’
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksudbangat cepat juga akan datang.
P1 lambat laun akan pulang juga
P2 lambat laun akan kembali juga
P3 lambat laun akan balik juga
[1 isi =2 markah]
(ii)Apakah yang dilakukan oleh isteri Khoja Maimun setelah tiba waktu malam?
Setelah tiba waktu malam,
P1 memakai pakaian yang amat indah-indah
P2 memakai bau-bauan yang amat harum baunya,
P3 mahu bertemu anak raja itu.
P4 berjumpa burung Tiung bagi mendapatkan pandangan burung Tiung.
[2 isi= 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda,bagaimanakah menjadi pasangan suami isteri yang bahagia ?
P1 saling mempercayai
P2 saling membantu tugas-tugas rumah tangga
P3 menjalinkan hubungan baik dengan keluarga kedua-dua belah pihak
P4 saling menjaga hati pasangan masing-masing
P5 saling menghormati
P6 bertolak annsur
P7saling mendoakan pasangan /berpegang pada ajaran agama
[3isi=3 markah]
Soalan 2 ( d) Puisi Tradisional
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR SITI SIANAH
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 8
9. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.
Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.
Setengah perempuan sangat persolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.
Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.
Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.
Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri
Pekerjaan tipu sangat digemari.
Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.
Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 9
10. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
Jangan menjadi betina sempolah.
Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi,
Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.
Abu Hassan Sham(Penyelenggara)
(Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009
(i) Berikan maksud rangkap,
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah
maksud
P1 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah ( 1 m)
P2 agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, ( 1m)
P3 malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan
yang tidak berakhlak. ( 1m)
1 isi=2 markah
2 isi=2 markah
3 isi=2 markah
[3 isi = 3markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang wanita yang
berperibadi mulia ?
P1 taat perintah agama
P2 berkawan dengan rakan-rakan yang baik akhlak/tidak berkawan dengan
rakan-rakan yang buruk tingkah laku
P3 sentiasa mendapat nasihat /ilmu agama daripada orang yang
berkelayakan/guruagama
P4 patuh akan pantang larang dalam adab budaya bangsa
P5 membaca buku-buku agama
P6 taat akan ibu bapa /suami dalam perkara-perkara kebaikan
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 10
11. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
[3 isi =3 markah]
(iii) Jelaskan TIGA pengajaran yang terdapat dalam syair ini?
P1Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati
oleh orang lain..
P2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun
tidaklah secaraberlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
P3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak
berlakunyapembaziran.
P4 Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan
lelaki agarterpelihara daripada maksiat.
P5 sentiasa berdoa kepada tuhan agar terpelihara daripada terlibat dengan
Maksiat/ menjadi wanita yang jahat peribadinya
[3 isi=3markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a. Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i. negara bangsa
a. negara yang berdaulat dan didiami oleh satu bangsa
b. Rukun Negara digubal bertujuan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara bangsa yang harmoni.
ii. runding cara
a. khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi
perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya
b. Pelbagai teknik runding cara digunakan oleh kaunselor itu bagi
mengatasi masalah pelanggan yang datang meminta khidmat
nasihatnya.
iii. alam semula jadi
a. alam / bumi yang masih kekal sifat-sifat asalnya
b. Hari Habitat Sedunia diraikan pada 1 Oktober 2012 untuk
memberi kesedaran kepada warga dunia tentang kepentingan
memulihara alam semulajadi
iv. paparan kristal cecair
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 11
12. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
a. LCD ( bidang teknologi maklumat )
b. Semua nota tentang sajak Arkitek Kota di dalam komputer
dipancarkan ke skrin paparan kristal cecair bagi memudahkan
pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan para pelajar
v. segi empat tepat
a. bentuk segi empat yang memanjang ( rectangle)
b. Kotak tisu yang cantikitu berbentuk segi empat tepat.
vi. warisan budaya bangsa
a. peninggalan peradaban/tamadun bangsa
b. Semua rakyat Malaysia perlu mengekalkan warisan budaya
bangsa yang ada jika mahu dihormati dan disanjung tinggi oleh
masyarakat antarabangsa.
( 6 markah )
b. Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang
terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama
terbitan bagi setiap ayat.
i. Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak
sopan.
tertawa ( kata akar- tawa)
ii. Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke
Malaysia.
lautan ( kata dasar- laut)
iii. Pantai di kampung saya mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun
lalu.
hakisan ( kata dasar- hakis )
iv. Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh
syarikat itu terlalu mahal.
pembinaan ( kata dasar – bina )
v. Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati,
semalam.
peragut ( kata dasar – ragut )
vi. Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika menanti keberangkatan tiba sultan
yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.
keberangkatan ( kata terbitan – berangkat )
( 6 markah )
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 12
13. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
c. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara
untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
mekanisma –mekanisme
diekspresikan - mengekspresikan
ii. Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan
lagi aktiviti hiburan mereka.
agresif - agresif
merancakan - merancakkan
iii. Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan
kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan
terpesong daripada aqidah.
mengkiblatkan – berkiblat
aqidah -akidah
[6 markah]
d. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa
menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di
dalam kemalangan.
menyeberang – melintas
di dalam - dalam
(ii) Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang
untuk melanjutkan pelajaran.
digunakan oleh kita – kita gunakan
kesuntukan -kesempitan/kekurangan
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 13
14. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
(iii) Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-
dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.
bertahun- bertahun-tahun
pergi –pulang/balik
[6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang
sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan
membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu
berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada
kemudian hari. Hal ini
besesuaian dengan peribahasa ..................................................................................
Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan
pujukan mereka seperti
............................................................................................................
i. lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan
ii. sesaldahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
iii. lembu/kerbau dicucuk hidung
[6 markah]
Soalan 4- Novel
( 15 markah )
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, jawab semua soalan-soalan
berikutnya
a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh
watak utama.
Cabaran watak utama:
i. Cabaran sebagai saudara baru
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 14
15. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak
Ismail.Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam
keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara
berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.
ii. Cabaran mencari ibu kandungnya
Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk
mengesan pusara ibunya.Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad
mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga
kini.Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta
bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.
iii. Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.
Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan
punca kematian Sofia.Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia
enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah.Fuad tetap bersabar
menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.
iv. Cabaran berpisah dengan orang tersayang
Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya,
Farhana merupakan adik kandungnya.
v. Cabaran dalam kerjaya
Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam
kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang ‘Program
mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar
mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
( 2 isi= 4 markah )
Huraian tanpa isi = 0 markah )
Isi tanpa huraian = 1 m)
( 7 markah )
b. Huraikan tiga latar masa danperistiwa penting yang berlaku pada setiap latar masa
tersebut.
( 8 markah )
Pada tahun 1969.
Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari
anaknya yang dilarikan
Pada waktu pagi.
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 15
16. SULIT 1103/2, OKTOBER 2012
Sebelum subuh apabila Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan untuk
ke Sekolah Menengah Seri Setia.
Fuad keluar pada awal pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah
Menengah Seri Setia.
Pada waktu pagi, semasa Fuad memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan Fuad
mengambil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee
Lan.
Fuad dan Farhana menjelaskan duduk perkara yang sebenar kepada Cikgu Abas di
pejabat Cikgu Abas iaitu mereka ialah adik-beradik dan meminta Cikgu Abas
menyebarkan berita itu kepada semua warga SMK Seri Setia
Pada waktu petang.
Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selama dua hingga tiga jam
selepas tamat sesi persekolahan.
Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.
Fuad mengerjakan solat Asar di rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan
perjalanan ke Sungai Ruan
Fuad mengingat semula peristiwa kematian adiknya Sofia dan berangan-angan jika
Sofea masih hidup , dia yang mengurus kemasukan Sofea ke universiti
Pada waktu malam.
Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik.
Semasa jemaah surau sedang menunaikan solat Isyak.
Fuad ke rumah Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri. Rupa-rupanya Cikgu Zamani
mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti politik.
Robert Lim dan Pak Ismail serta Chin sampai ke Hospital Tengku Afzan dan
mengesahkan Mariana iaialh ibu Fuad
Fuad terbaca maklumat diri Mariana di katil Mariana dan memerhati raut wajah
Mariana lalu menyedari hidungnya sama dengan hidung Mariana
Farhana terkejut dengan penjelasan Fuad tentang Mariana lalu menangis dengan kuat
Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 16