Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai penulisan rumusan dan karangan untuk peperiksaan Bahasa Melayu. Terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan dalam penulisan rumusan seperti pengenalan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan. Karangan pula perlu memenuhi unsur pendahuluan, isi dan kesimpulan dengan mengikuti formula tertentu. Dokumen ini juga memberikan contoh soalan dan pendekatan yang tepat untuk
Report
Share
Report
Share
1 of 20
More Related Content
Pemarkahan rumusan
1. Pemarkahan Rumusan
1. Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
2. 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa
3. Pengenalan – 2 markah
4. Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah
5. Kesimpulan – 2 markah
6. Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa
seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan
diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.
Perenggan
1. Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat
perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar
dicadangkan supaya menulis rumusan dalamempat(4) perenggan seperti di bawah:
2. Perenggan 1 – Pengenalan
3. Perenggan 2- Isi-isi tersurat
4. Perenggan 3 – Isi-isi tersirat
5. Perenggan 4 – Kesimpulan
Bilangan Perkataan
1. Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah
perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak
akan dibaca atau dinilai.
Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-
punca berlakunya banjir kilat dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
2. Panduan Menulis Rumusan
Pendahuluan
1. Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan.
2. Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema)
Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :
1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang
menyatakan isi tersurat.
2) Tema Petikan
3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.
3. Contoh Ayat :
Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.
1) Unsur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).
2) Tema Petikan – Banjir Kilat
3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan.
1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.
Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.
1. Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam
bahagian pengenalan.
3. 1. Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1)
markah sahaja.
1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.”
2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk
menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai
tersirat.)
Isi -isi Tesurat
1. Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam
soalan.
2. Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu,
pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4.
3. Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat
daripada petikan.
4. Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang
sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.
Contoh-contoh isi tersurat:
1- Hujan lebat hampir dua jam
2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.
3- Tiada sistem amaran awal.
Jawapan lengkap;
Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua
jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan
laluan air tersekat. Ketiadaan sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.
4. Isi-isi Tersirat
1. Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat.
2. Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau
kata kunci kedua dalam soalan rumusan.
Kesimpulan
1. Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :
Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)………………..supaya/agar/bagi/kerana
………………(Tema)………………..unsur 2…..(memperlihatkan kesan)
2. Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji
kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.
5. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Bentuk Soalan
2. Pendekatan menjawab soalan
Bentuk Soalan
Soalan 2 (a).
1. Soalan ini wajib dijawab.
2. Berdasarkan petikan untuk soalan Rumusan.
3. 3 soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:
1. 2 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan.
2. 1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK.
4. Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut:
1. Apa...
2. Siapa...
3. Di mana...
4. Mengapa/Kenapa...
5. Bagaimana...
ataupun menggunakan arahan berikut:
6. Jelaskan...
7. Terangkan...
8. Huraikan secara ringkas...
9. Gambarkan ...
dan sebagainya.
5. Soalan pemahaman/aplikasi berasaskan KBKK:
1. Pada pendapat anda,...
2. Sekiranya anda....
3. Jika anda....
dan sebagainya.
6. Pendekatan menjawab soalan
1. Baca petikan dari awal hingga akhir walaupun semasa menjawab soalan rumusan anda sudah
membacanya.
2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan.
3. Baca soalan dan garis kata kunci soalan.
4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK.
5. Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh
menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
6. Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
7. Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.
8. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
9. Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali menjawab
secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
10. Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.
11. Contoh soalan dan jawapan:
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membendung
keganasan oleh golongan pelampau?
(3 markah)
Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi kegiatan ganas
golongan pelampau dengan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA),memantau kegiatan persatuan dan pertubuhan yang diragui serta memberi
penerangan menerusi media massa.
1. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam
bahagian ini.
7. FORMULA MENULIS KARANGAN
Pendahuluan
I = Isu
K = Kesan isu
T = Tindakan umum untuk menangani isu
H = Hasil tindakan
H = Hubung kait dengan soalan
Isi
T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa
F = Frasa 1
F = Frasa 2
P = Penegasan
Kesimpulan
R = Rumusan keseluruhan
C = Cadangan umum
A = Amaran peringatan yang bakal berlaku
H = Harapan penulis terhadap isu.
Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini.
Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang.
1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas)
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.
8. Penulisan karangan (Bahagian A)
Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan:
1. memilih satu tajuk
2. meyakini tajuk yang dipilih
3. mendefinisikan tajuk dengan tepat
4. memikirkan isi dan subtopik
5. menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan
Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan
1. ringkas
2. tepat
3. padat
4. menarik minat pembaca
5. menggambarkan idea keseluruhan karangan
Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan:
1. berikan penilaian kamu
2. huraikan
3. pendapat
4. bincangkan (umum)
5. terangkan (penerangan)
6. cadangkan (cadangan)
7. ceritakan
8. jawablah surat
9. tuliskan sepucuk surat
10. sediakan satu laporan
11. gambarkan
12. tuliskan komen
13. tuliskan surat permohonan
14. bincangkan tema/isu
9. 15. bahaskan tajuk
16. anda sebagai pembahas pertama
17. dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang
18. sediakan sebuah rencana tentang…
19. sediakan syarahan
20. sediakan ucapan
21. tuliskan butir-butir mengapa..
22. tuliskan sebuah rencana (umum)
23. tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian
24. jelaskan pendapat anda dan sebab…..
25. sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah
26. tuliskan temuramah
27. tuliskan keadaan dan suasana
28. ceritakan pengalaman anda
29. tuliskan ucapan sepenuhnya
30. tuliskan rencana tentang
31. tuliskan wawancara
32. tuliskan laporan
33. tuliskan laporan minit mesyuarat
34. tuliskan pengalaman semasa
35. tuliskan laporan dalam majlis itu
36. gambarkan peristiwa
Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini
adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar
menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi
Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan
yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah.
Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek:
Pendidikan - disiplin - kemasyarakatan - adat resam sesuatu kaum - perindustrian -penyalahgunaan dadah
- bencana alam -kejiranan - telekomunikasi -kemiskinan -kesihatan-kebudayaan -jenayah - tenaga / kuasa
-perkembangan sains dan teknologi -keruntuhan akhlak - pencemaran -peranan belia - gerakan koperasi-
10. kempen-kempen kerajaan - peristiwa-peristiwa bersejarah -peranan akhbar - aspek tradisional- peranan
media elektronik - permainan rakyat dan soal-soal semasa .
Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji
para pelajar dari segenap aspek seperti
1. aspek penulisan
2. pemikiran
3. kekemasan kerja ( tanggungjawab)
4. teknik
5. tatabahasa
6. pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan
yang dihasilkan.
*** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang
tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di
dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM.
Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan
adalah 100 markah. iaitu ½ daripada markah keseluruhan kertas.
11. Format (Bahagian B)
Pendahuluan
Memperlihatkan kematangan
Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan)
Isi
Isi yang baik dan tidak berputar-belit
Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda.
Huraian berserta contoh yang konkrit
Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan)
Gunakan bahasa mantap
Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud
Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa.
Penutup.
Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan
yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis
12. Isu-isu menarik
( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman)
Contoh soalan karangan.
Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan
kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan
ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.
Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan
Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan
Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan
langkah-langkah mengatasinya
Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta
dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang
mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan
generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat
nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba
menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif
untuk membendungnya.
[ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p]
[merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan]
Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat
nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah
payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1(mereka tidak merasai pahit
maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato
Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda
dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh
dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah
13. yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam
diri mereka.
(Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p)
PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di
negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara].
Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan
melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua
kurikulum ini menjuruskearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid
tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-
murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di
sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah
Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu
, H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat
nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1]Jadi,
dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?
( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p)
PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian
H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar.
Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 (
Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada
pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa
tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran
lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 (
Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak
acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga
sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya
semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini .
( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)
14. Walau bagaimanapun / namun begitu……
Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat,
nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar
menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang
sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan
berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata
pelajaran pendidikan Moralpatut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3(
Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan
mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki
kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
(Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p )
PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan
penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh
menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian
Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan
adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem
bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-
kurangnya dapat membuka mata dan mindagolongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu
berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat
keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di
mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar
timbul rasa sayang akan negara sendiri.
(ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p)
Konklusinya / oleh itu,…….
[PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama
sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini
akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal
menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang
15. berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana
golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.
16. FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
17. -petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
18. -mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
19. KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta
hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang
yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-
Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat
meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk
langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga
dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak
warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan
madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang
jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
20. 18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang
sekali hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.