Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
SlideShare a Scribd company logo
SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan
keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara
jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat
kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan
setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita.
Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh
itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran
yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu,
jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan
setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah
dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama
jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah
dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif
melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala
tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya
beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat
antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang
kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada
persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya
memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan
jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya
negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

More Related Content

Petikan rumusan - hidup berjiran

  • 1. SOALAN 1: Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah- faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran. Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya
  • 2. negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria, Utusan Malaysia, Jun 2003)