Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
SlideShare a Scribd company logo
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR 
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
SESI 2013/2014 
1.0 PENDAHULUAN 
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas 
kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun 
(PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2013/2014. 
Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum 
mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi 
KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan. 
2.0 PROSEDUR TERIMA TAWARAN 
Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk : 
2.1 Menerima Tawaran – Saudara perlu mengambil tindakan berikut : 
a. Menyediakan yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan dengan membayar 
yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi di 
mana saudara ditempatkan. 
b. Membuka akaun dan membuat kad ATM berikut untuk tujuan pembayaran elaun 
wang saku : 
i. Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej 
berikut : 
 Kolej Matrikulasi Melaka 
 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 
 Kolej Matrikulasi Perlis 
 Kolej Matrikulasi Johor 
 Kolej Matrikulasi Perak 
 Kolej Matrikulasi Selangor 
 Kolej Matrikulasi Kelantan 
 Kolej Matrikulasi Sarawak 
 Kolej Matrikulasi Teknikal Johor 
 Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah 
ii. Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut : 
 Kolej Matrikulasi Kedah 
 Kolej Matrikulasi Labuan 
 Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang 
iii. Bank Islam, jika saudara ditempatkan dikolej berikut : 
 Kolej Matrikulasi Pahang 
Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih 
aktif dan hanya ada satu penama sahaja.
c. Menyediakan dan melengkapkan semua Dokumen Peribadi Pelajar yang 
2 
mengandungi : 
i. BMKPM/02 – Pin 2 
ii. BMKPM/02/01 – Pin 2 
iii. BMKPM/02/02 
iv. BMKPM/02/03 
d. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1). 
e. Mendaftar pada 27 Mei 2013 di kolej yang telah ditetapkan. 
3.0 YURAN 
3.1 Pembayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank 
Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa bersama salinan surat tawaran. Bayaran 
yuran pendaftaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran 
di kolej. 
3.2 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah : 
Jurusan Jumlah 
Sains (PST /PDT) / Teknikal RM 550.00 
Perakaunan RM 480.00 
4.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 
4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada 27 Mei 2013 (Isnin). Sekiranya tidak melapor 
diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, 
saudara dianggap menolak tawaran ini. 
4.2 Sila pastikan dokumen-dokumen dan borang-borang berikut diisi dengan lengkap dan 
dibawa bersama pada hari pendaftaran. 
a. Salinan s lip pembayaran yuran pendaftaran di BSN. (1 salinan) 
b. Salinan buku akaun bank (muka surat yang tercatat 
nombor akaun SAHAJA) bagi tujuan pembayaran elaun 
wang saku. 
(1 salinan) 
c. Surat taw aran (dicetak melalui internet) . (1 salinan) 
d. Dokume n Peribadi Pelajar yang lengkap diisi (dicetak 
melalui internet). 
(1 salinan) 
e. Dokume n Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan 
(PPM/BM.1/99-Pin-3) pelajar matrikulasi yang 
lengkap diisi (dicetak melalui internet). 
(2 salinan) 
f. Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping 
(RM 10.00 x 2 keping). 
g. Gambar berwarna berukuran pasport 
(minimum 6 keping)
5.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN/KULIAH/TUTORAN/AMALI/ACARA RASMI KOLEJ 
3 
5.1 Pelajar Lelaki 
a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 
panjang (slack). Tali pinggang yang lebarnya tidak melebihi 3 sm. 
b. Seluar jeans tidak dibenarkan. 
c. Berkasut kulit / PVC. 
5.2 Pelajar Perempuan 
a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. 
b. Seluar jeans, baju-T dan Skirt pendek tidak dibenarkan. 
c. Berkasut kulit / PVC bertutup. 
6.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU 
Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar 
diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria 
kolej kediaman. 
7.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN 
Saudara perlu mengurus sendiri pengangkutan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan. 
8.0 BANTUAN KEWANGAN 
8.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 
8.2 Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 satu semester atau sejumlah yang 
ditetapkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan bagi pelajar yang layak. 
9.0 PENUTUP 
Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk 
mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hubungi kolej dimana 
saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran 
dan sebagainya.
LAMPIRAN 1 
4 
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM) 
Pelajar Lelaki 
1. Kemeja berlengan panjang 3 helai 
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai 
3. Tali leher 1 helai 
4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang 
5. Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) 1 buah 
6. Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang 
7. Baju T berkolar 3 helai 
8. Selimut 1 helai 
9. Kasut kulit/ PVC 1 pasang 
10. Kasut sukan 1 pasang 
11. Sarung kaki 3 pasang 
12. Seluar trek 2 helai 
13. Keperluan peribadi yang lain 
14. Sarung bantal dan cadar 
Pelajar Perempuan 
1. Pakaian (sopan dan kemas) 3 pasang 
2. Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang 
3. Baju T berkolar dan berlengan panjang 
serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki 
2 helai

More Related Content

Pst matrik

  • 1. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014 1.0 PENDAHULUAN Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2013/2014. Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan. 2.0 PROSEDUR TERIMA TAWARAN Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk : 2.1 Menerima Tawaran – Saudara perlu mengambil tindakan berikut : a. Menyediakan yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan dengan membayar yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi di mana saudara ditempatkan. b. Membuka akaun dan membuat kad ATM berikut untuk tujuan pembayaran elaun wang saku : i. Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut :  Kolej Matrikulasi Melaka  Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan  Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  Kolej Matrikulasi Perlis  Kolej Matrikulasi Johor  Kolej Matrikulasi Perak  Kolej Matrikulasi Selangor  Kolej Matrikulasi Kelantan  Kolej Matrikulasi Sarawak  Kolej Matrikulasi Teknikal Johor  Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah ii. Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut :  Kolej Matrikulasi Kedah  Kolej Matrikulasi Labuan  Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang iii. Bank Islam, jika saudara ditempatkan dikolej berikut :  Kolej Matrikulasi Pahang Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja.
  • 2. c. Menyediakan dan melengkapkan semua Dokumen Peribadi Pelajar yang 2 mengandungi : i. BMKPM/02 – Pin 2 ii. BMKPM/02/01 – Pin 2 iii. BMKPM/02/02 iv. BMKPM/02/03 d. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1). e. Mendaftar pada 27 Mei 2013 di kolej yang telah ditetapkan. 3.0 YURAN 3.1 Pembayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa bersama salinan surat tawaran. Bayaran yuran pendaftaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej. 3.2 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah : Jurusan Jumlah Sains (PST /PDT) / Teknikal RM 550.00 Perakaunan RM 480.00 4.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada 27 Mei 2013 (Isnin). Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran ini. 4.2 Sila pastikan dokumen-dokumen dan borang-borang berikut diisi dengan lengkap dan dibawa bersama pada hari pendaftaran. a. Salinan s lip pembayaran yuran pendaftaran di BSN. (1 salinan) b. Salinan buku akaun bank (muka surat yang tercatat nombor akaun SAHAJA) bagi tujuan pembayaran elaun wang saku. (1 salinan) c. Surat taw aran (dicetak melalui internet) . (1 salinan) d. Dokume n Peribadi Pelajar yang lengkap diisi (dicetak melalui internet). (1 salinan) e. Dokume n Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan (PPM/BM.1/99-Pin-3) pelajar matrikulasi yang lengkap diisi (dicetak melalui internet). (2 salinan) f. Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping). g. Gambar berwarna berukuran pasport (minimum 6 keping)
  • 3. 5.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN/KULIAH/TUTORAN/AMALI/ACARA RASMI KOLEJ 3 5.1 Pelajar Lelaki a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang yang lebarnya tidak melebihi 3 sm. b. Seluar jeans tidak dibenarkan. c. Berkasut kulit / PVC. 5.2 Pelajar Perempuan a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. b. Seluar jeans, baju-T dan Skirt pendek tidak dibenarkan. c. Berkasut kulit / PVC bertutup. 6.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman. 7.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN Saudara perlu mengurus sendiri pengangkutan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan. 8.0 BANTUAN KEWANGAN 8.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 8.2 Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 satu semester atau sejumlah yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan bagi pelajar yang layak. 9.0 PENUTUP Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan sebagainya.
  • 4. LAMPIRAN 1 4 KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM) Pelajar Lelaki 1. Kemeja berlengan panjang 3 helai 2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai 3. Tali leher 1 helai 4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang 5. Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) 1 buah 6. Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang 7. Baju T berkolar 3 helai 8. Selimut 1 helai 9. Kasut kulit/ PVC 1 pasang 10. Kasut sukan 1 pasang 11. Sarung kaki 3 pasang 12. Seluar trek 2 helai 13. Keperluan peribadi yang lain 14. Sarung bantal dan cadar Pelajar Perempuan 1. Pakaian (sopan dan kemas) 3 pasang 2. Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang 3. Baju T berkolar dan berlengan panjang serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki 2 helai