Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
SlideShare a Scribd company logo
Susunan Ayat Biasa dan Susunan Ayat Songsang
SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat.
Contoh:
1. (Ali) (suka makan nasi goreng berlada).
2. (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah).
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu;
i). Susunan biasa
ii). Susunan songsang
Susunan Biasa
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan
konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:
1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu.
2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
3. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
4. Setiap tuntutan akan mendapat layanan.
5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia.
6. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi.
7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.
8. Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut.
9. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan.
10.Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita.
Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam
penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses
pendepanan, seperti dalam contoh berikut:
1. (a). Bapa saya dia.
(b). Dialah bapa saya.
2. (a). Adik kami datang semalam.
(b). Datangkah adik kami semalam?.
3. (a). Daya kita apa?
(b). Apatah daya kita?.
Dalam ayat sunusnan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga,
sahaja dan lagi.
Contoh;
1. Pengawai itu pun tidak melayan kita.
2. Saya ingin juga ke sana.
3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
5. Orang itu tidak akan datang lagi.
Susunan Songsang.
Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan
atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke
hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan
iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu;
a. Pendepanan seluruh predikat.
Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek.
1. Perangainya baik sungguh.
2. (Baik sungguh perangainya.)
3. Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
4. (Berjaya juga akhirnya pendaki itu.)
5. Orang itu sangat rajin.
6. (Sangat rajin orang itu.)
7. Rasa buah itu enak sekali.
8. (Enak sekali Rasa buah itu.)
9. Penyesalannya tidak berguna lagi.
10.(tidak berguna lagi penyesalannya.)
11.Ayam itu sudah mati agaknya.
12.(Sudah mati agaknya ayam itu.)
13.Pegawai itu masih belum sampai.
14.(Masih belum sampai pegawai itu.)
15.Ahmad sungguh bernasib baik.
16.(Sungguh bernasib baik Ahmad)
17.Surat itu dari seberang laut agaknya.
18.(Dari seberang laut agaknya surat itu.)
19.Bapanya petani.
20.(Petani bapanya)
b. Pendepanan sebahagian daripada predikat.
i. Pendepanan frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:
 kata kerja sahaja
1. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.
2. (Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.)
3. Hati saya terkilan tadi.
4. (Terkilan hati saya tadi.)
5. Mereka bekerja setiap hari.
6. (Bekerja mereka setiap hari.)
7. Dia terduduk di situ.
8. (Terduduk dia di situ.)
9. Bayi itu menangis setiap malam.
10.(Menangis bayi itu setiap malam.)
 kata kerja dengan objek
1. Dia membaca buku di perpustakaan.
2. (Membaca buku dia di perpustakaan.)
3. Pak Abu menanam jagung tahun ini.
4. (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.)
5. Hatiku terpaut oleh kemesraannya.
6. (Terpaut hatiku oleh kemesraannya.)
7. Sampah itu dibakarnya.
8. (Dibakarnya sampah itu.)
9. Budak-budak itu kena pukul kelmarin.
10.(Kena pukul budak-budak itu kelmarin.)
 kata bantu dengan kata kerja
1. Budak-budak itu masih bermain.
2. (Masih bermain budak-budak itu.)
3. Anaknya belum sampai ke sekolah.
4. (Belum sampai anaknya ke sekolah.)
5. Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok.
6. (Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.)
7. Guru itu sedang mengajar.
8. (Sedang mengajar guru itu.)
9. Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota.
10.(Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu negara.)
ii. Pendepanan frasa adjektif
 Pendepanan Kata Adjektif Sahaja
1. Dia sakit pada masa itu.
2. [Sakit dia pada masa itu.]
3. Badannya lesu sepanjang masa.
4. [Lesu badannya sepanjang masa.]
5. Calon itu baik dalam semua pelajarannya.
6. [Baik calon itu dalam semua pelajarannya.]
7. Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba.
8. [Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.]
9. Orang itu bijak.
10.[Bijak orang itu.]
 Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif
1. Barang itu belum tentu baik.
2. (Belum tentu baik barang itu.)
3. Bangunan itu masih teguh lagi.
4. (Masih teguh lagi bangunan itu.)
5. Pesakit itu sedang sakit tenat.
6. (Sedang sakit tenat pesakit itu.)
7. Anak pendeta itu sudah tentu pandai.
8. (Sudah tentu pandai anak pendeta itu.)
iii. Pendepanan frasa sendi nama
 Frasa sendi nama sebagai predikat.
1. Barang-barang itu untuk ibu.
2. [Untuk ibu barang-barang itu.]
3. Surat itu tentu daripada Ali.
4. [Tentu daripada Ali surat itu.]
5. Arahan itu tetap kepada pekerjanya.
6. [Tetap kepada pekerjanya arahan itu.]
7. Tiket basnya masih pada saya.
8. [Masih pada saya tiket basnya.]
9. Dia di Kuala Lumpur dia sekarang.
10. [Di Kuala Lumpur dia sekarang.]
 Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
1. Saya berpegang pada janji.
2. [Pada janji saya berpegang.]
3. Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.
4. [Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.]
5. Perarakan itu menghala ke bandar.
6. [Ke bandar perarakan itu menghala.]
7. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.
8. [Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.]
9. Kami mengait buah itu dengan galah.
10. [Dengan galah kami mengait buah itu.]
Sumber Rujukan Penulis:
 Nik Safiah Karim et.al.(1993). Tatabahasa Dewan; Jilid 1:Ayat.Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
TATABAHASA : AYAT BIASA / AYAT SONGSANG
 Ayat-ayat dalam bahasa melayu boleh disusun dengan dua cara, susunan biasa dan
susunan songsang.
 Ayat-ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa, manakala ayat songsang terbentuk
daripada susunan songsang.
 Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah berbeza
dari segi penekanannya.
 Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan
subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.
 Ayat biasa mempunyai susunan predikat yang mendahului subjeknya.
 Susunan ayat biasa dan ayat songsang dapat dilihat seperti di bawah :
1
AYAT BIASA ----> SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG -----> PREDIKAT + SUBJEK
Contoh :
Ayat Penyata
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Penduduk Kampung A sangat peramah Sangat peramah penduduk Kampung A
Kakak saya seorang guru Seorang guru kakak saya
Itu pokok durian Pokok durianlah itu
· Kata penegas –lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan
memberi penekanan kepada predikat dalam ayat penyata.
Ayat Tanya
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Anaknya sedang buat apa? Sedang buat apa anaknya?
Mereka hendak ke mana? Hendak ke mana mereka?
Hadiah ini untuk siapa? Untuk siapakah hadiah ini?
· Kata penegas kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan
memberi penekanan kepada predikat dalam ayat Tanya.
Ayat Pasif
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Bilik-bilik itu Sudah saya bersihkan. Sudah saya sapu bilik-bilik itu
Masjid itu dibina oleh datuk saya. Dibina oleh datuk saya masjid itu
Baju-bajunya belum bergosok. Belum bergosok baju-bajunya
 Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ayat songsang boleh dibentuk daripada
ayat biasa.
 Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara iaitu :
(a) PendepananSeluruh Predikat
· Dalam proses ini, seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke hadapan mendahului subjek.
Unsur-unsur predikat dalam ayat-ayat songsang dipindahkan ke hadapan mendahului subjek
untuk memberikan penegasan kepadanya. Dengan lain perkataan, bahagian yang dibawa ke
hadapan itu menjadi tumpuan dalam ayat songsang.
Contoh :
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
Baju dan seluar saya belum bergosok.
Pelajar perempuan itu sangat rajin.
Pekerja-pekerja kilang itu sudah pulang
Kerani pejabat itu masih belum sampai.
Rumah saya terletak berhampiran dengan
sebuah kedai buku.
Belum bergosok baju dan seluar saya.
Sangat rajin pelajar perempuan itu.
Sudah pulang pekerja-pekerja kilang itu?
Masih belum sampai kerani pejabat itu?
Terletak berhampiran dengan sebuah
kedai buku rumah saya.
(b) Pendepanan Sebahagiandaripada Predikat
 Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke
hadapan mendahului subjek.
 Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses ini :
( a ) Pendepanan frasa kerja
( b ) Pendepanan frasa adjektif
( c ) Pendepanan frasa sendi nama
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
Atan bekerja pada tiap-tiap hari.
Dia menulis surat di bilik.
Budak kecil itu sedang menangis.
( a ) Pendepanan Frasa Kerja
Bekerja Atan pada tiap-tiap hari.
Menulis surat dia di bilik.
Sedang menangis budak kecil itu.
Dia terkejut apabila mendengar berita
itu.
Kamalsedang sakit tenat di hospital.
Bangunan itu masih teguh lagi walaupun
dibina suku abad dahulu.
( b ) Pendepanan Frasa Adjektif
Terkejut dia apabila mendengar berita itu.
Sedang sakit tenat Kamal di hospital.
Masih teguh lagi bangunan itu walaupun di
bina suku abad dahulu.
Karim pergi ke perpustakaan untuk
mengulangkaji pelajarannya.
Soke Lee di Pulau Pinang pada masa ini.
Dia memotong kek itu dengan
sebilah pisau.
( c ) Pendepanan Frasa Sendi Nama
Ke perpustakaan Karim pergi
untuk mengulangkaji pelajarannya.
Di Pulau Pinang Soke Lee pada masa ini.
Dengan sebilah pisau dia memotong kek itu.

More Related Content

Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang

  • 1. Susunan Ayat Biasa dan Susunan Ayat Songsang SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat. Contoh: 1. (Ali) (suka makan nasi goreng berlada). 2. (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah). Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu; i). Susunan biasa ii). Susunan songsang Susunan Biasa Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut: 1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu. 2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu. 3. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu. 4. Setiap tuntutan akan mendapat layanan. 5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia. 6. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi. 7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya. 8. Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut. 9. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan. 10.Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita. Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh berikut: 1. (a). Bapa saya dia. (b). Dialah bapa saya. 2. (a). Adik kami datang semalam. (b). Datangkah adik kami semalam?. 3. (a). Daya kita apa?
  • 2. (b). Apatah daya kita?. Dalam ayat sunusnan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi. Contoh; 1. Pengawai itu pun tidak melayan kita. 2. Saya ingin juga ke sana. 3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua. 4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja. 5. Orang itu tidak akan datang lagi. Susunan Songsang. Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu; a. Pendepanan seluruh predikat. Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek. 1. Perangainya baik sungguh. 2. (Baik sungguh perangainya.) 3. Pendaki itu berjaya juga akhirnya. 4. (Berjaya juga akhirnya pendaki itu.) 5. Orang itu sangat rajin. 6. (Sangat rajin orang itu.) 7. Rasa buah itu enak sekali. 8. (Enak sekali Rasa buah itu.) 9. Penyesalannya tidak berguna lagi. 10.(tidak berguna lagi penyesalannya.) 11.Ayam itu sudah mati agaknya. 12.(Sudah mati agaknya ayam itu.) 13.Pegawai itu masih belum sampai. 14.(Masih belum sampai pegawai itu.) 15.Ahmad sungguh bernasib baik. 16.(Sungguh bernasib baik Ahmad) 17.Surat itu dari seberang laut agaknya. 18.(Dari seberang laut agaknya surat itu.) 19.Bapanya petani. 20.(Petani bapanya) b. Pendepanan sebahagian daripada predikat.
  • 3. i. Pendepanan frasa kerja Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:  kata kerja sahaja 1. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang. 2. (Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.) 3. Hati saya terkilan tadi. 4. (Terkilan hati saya tadi.) 5. Mereka bekerja setiap hari. 6. (Bekerja mereka setiap hari.) 7. Dia terduduk di situ. 8. (Terduduk dia di situ.) 9. Bayi itu menangis setiap malam. 10.(Menangis bayi itu setiap malam.)  kata kerja dengan objek 1. Dia membaca buku di perpustakaan. 2. (Membaca buku dia di perpustakaan.) 3. Pak Abu menanam jagung tahun ini. 4. (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.) 5. Hatiku terpaut oleh kemesraannya. 6. (Terpaut hatiku oleh kemesraannya.) 7. Sampah itu dibakarnya. 8. (Dibakarnya sampah itu.) 9. Budak-budak itu kena pukul kelmarin. 10.(Kena pukul budak-budak itu kelmarin.)  kata bantu dengan kata kerja 1. Budak-budak itu masih bermain. 2. (Masih bermain budak-budak itu.) 3. Anaknya belum sampai ke sekolah. 4. (Belum sampai anaknya ke sekolah.) 5. Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok. 6. (Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.) 7. Guru itu sedang mengajar. 8. (Sedang mengajar guru itu.) 9. Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota. 10.(Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu negara.) ii. Pendepanan frasa adjektif  Pendepanan Kata Adjektif Sahaja
  • 4. 1. Dia sakit pada masa itu. 2. [Sakit dia pada masa itu.] 3. Badannya lesu sepanjang masa. 4. [Lesu badannya sepanjang masa.] 5. Calon itu baik dalam semua pelajarannya. 6. [Baik calon itu dalam semua pelajarannya.] 7. Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba. 8. [Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.] 9. Orang itu bijak. 10.[Bijak orang itu.]  Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif 1. Barang itu belum tentu baik. 2. (Belum tentu baik barang itu.) 3. Bangunan itu masih teguh lagi. 4. (Masih teguh lagi bangunan itu.) 5. Pesakit itu sedang sakit tenat. 6. (Sedang sakit tenat pesakit itu.) 7. Anak pendeta itu sudah tentu pandai. 8. (Sudah tentu pandai anak pendeta itu.) iii. Pendepanan frasa sendi nama  Frasa sendi nama sebagai predikat. 1. Barang-barang itu untuk ibu. 2. [Untuk ibu barang-barang itu.] 3. Surat itu tentu daripada Ali. 4. [Tentu daripada Ali surat itu.] 5. Arahan itu tetap kepada pekerjanya. 6. [Tetap kepada pekerjanya arahan itu.] 7. Tiket basnya masih pada saya. 8. [Masih pada saya tiket basnya.] 9. Dia di Kuala Lumpur dia sekarang. 10. [Di Kuala Lumpur dia sekarang.]  Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. 1. Saya berpegang pada janji. 2. [Pada janji saya berpegang.] 3. Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah. 4. [Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.] 5. Perarakan itu menghala ke bandar. 6. [Ke bandar perarakan itu menghala.] 7. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.
  • 5. 8. [Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.] 9. Kami mengait buah itu dengan galah. 10. [Dengan galah kami mengait buah itu.] Sumber Rujukan Penulis:  Nik Safiah Karim et.al.(1993). Tatabahasa Dewan; Jilid 1:Ayat.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. TATABAHASA : AYAT BIASA / AYAT SONGSANG  Ayat-ayat dalam bahasa melayu boleh disusun dengan dua cara, susunan biasa dan susunan songsang.  Ayat-ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa, manakala ayat songsang terbentuk daripada susunan songsang.  Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah berbeza dari segi penekanannya.  Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.  Ayat biasa mempunyai susunan predikat yang mendahului subjeknya.  Susunan ayat biasa dan ayat songsang dapat dilihat seperti di bawah :
  • 6. 1 AYAT BIASA ----> SUBJEK + PREDIKAT AYAT SONGSANG -----> PREDIKAT + SUBJEK Contoh : Ayat Penyata AYAT BIASA AYAT SONGSANG SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT Penduduk Kampung A sangat peramah Sangat peramah penduduk Kampung A Kakak saya seorang guru Seorang guru kakak saya Itu pokok durian Pokok durianlah itu · Kata penegas –lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan kepada predikat dalam ayat penyata. Ayat Tanya AYAT BIASA AYAT SONGSANG SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT Anaknya sedang buat apa? Sedang buat apa anaknya? Mereka hendak ke mana? Hendak ke mana mereka? Hadiah ini untuk siapa? Untuk siapakah hadiah ini? · Kata penegas kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan kepada predikat dalam ayat Tanya.
  • 7. Ayat Pasif AYAT BIASA AYAT SONGSANG SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT Bilik-bilik itu Sudah saya bersihkan. Sudah saya sapu bilik-bilik itu Masjid itu dibina oleh datuk saya. Dibina oleh datuk saya masjid itu Baju-bajunya belum bergosok. Belum bergosok baju-bajunya  Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa.  Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara iaitu : (a) PendepananSeluruh Predikat · Dalam proses ini, seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke hadapan mendahului subjek. Unsur-unsur predikat dalam ayat-ayat songsang dipindahkan ke hadapan mendahului subjek untuk memberikan penegasan kepadanya. Dengan lain perkataan, bahagian yang dibawa ke hadapan itu menjadi tumpuan dalam ayat songsang. Contoh : AYAT BIASA AYAT SONGSANG Baju dan seluar saya belum bergosok. Pelajar perempuan itu sangat rajin. Pekerja-pekerja kilang itu sudah pulang Kerani pejabat itu masih belum sampai. Rumah saya terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku. Belum bergosok baju dan seluar saya. Sangat rajin pelajar perempuan itu. Sudah pulang pekerja-pekerja kilang itu? Masih belum sampai kerani pejabat itu? Terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku rumah saya. (b) Pendepanan Sebahagiandaripada Predikat  Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke hadapan mendahului subjek.
  • 8.  Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses ini : ( a ) Pendepanan frasa kerja ( b ) Pendepanan frasa adjektif ( c ) Pendepanan frasa sendi nama AYAT BIASA AYAT SONGSANG Atan bekerja pada tiap-tiap hari. Dia menulis surat di bilik. Budak kecil itu sedang menangis. ( a ) Pendepanan Frasa Kerja Bekerja Atan pada tiap-tiap hari. Menulis surat dia di bilik. Sedang menangis budak kecil itu. Dia terkejut apabila mendengar berita itu. Kamalsedang sakit tenat di hospital. Bangunan itu masih teguh lagi walaupun dibina suku abad dahulu. ( b ) Pendepanan Frasa Adjektif Terkejut dia apabila mendengar berita itu. Sedang sakit tenat Kamal di hospital. Masih teguh lagi bangunan itu walaupun di bina suku abad dahulu. Karim pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya. Soke Lee di Pulau Pinang pada masa ini. Dia memotong kek itu dengan sebilah pisau. ( c ) Pendepanan Frasa Sendi Nama Ke perpustakaan Karim pergi untuk mengulangkaji pelajarannya. Di Pulau Pinang Soke Lee pada masa ini. Dengan sebilah pisau dia memotong kek itu.