Teknologi Internet of Things (IoT) diperkenalkan sebagai perkembangan terbaru dalam teknologi Internet di mana peranti dan mesin dapat berkomunikasi satu sama lain tanpa campur tangan manusia. IoT diharapkan memberi impak besar dalam berbagai aspek kehidupan seperti penjagaan kesihatan, bangunan pintar, logistik, pengangkutan dan bandar pintar. Kerjasama antara industri, akademia dan kerajaan diperlukan unt
2. Temuduga IoT 3.....................................................
Apa Itu Internet of Things (IoT)? 3.........................................
Aplikasi IoT 5...........................................................................
Impak Teknologi IoT Kepada kehidupan 5............................
Perkembangan IoT di Malaysia 6..........................................
Kerjasama Industri IoT 7........................................................
Kesan IoT Pada Ekonomi Global 8.........................................
Teknologi IoT Pada 2020 9.....................................................
Harapan Sebagai Perintis IoT 11............................................
3. Temuduga IoT
Apa Itu Internet of Things (IoT)?
Tarikh: 5 hb Februari 2014
Rakaman Penuh di Youtube, sila klik disini.
Nasional FM: Boleh Dr. Mazlan terangkan
sedikit sebanyak tentang Internet of Things?
Adakah ia lanjutan dari teknologi Internet?
Bolehkah Dr. Mazlan cuba rungkaikan
maksudnya secara ringkas untuk pendengar
kita?
Dr. Mazlan:
▪ Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan
ke Slot Inspirasi Saluran Nasional FM pada petang ini.
▪ Sebenarnya ramai yang tertanya2 apa kah itu Internet of Things dan adakah ia
sama dengan teknologi Internet yang kita gunakan pada hari ini.
▪ Secara ringkasnya ia memang lah lanjutan dari teknologi Internet masa kini. Cuba
perhatikan – Perhubungan dua hala selalunya bermula dengan interaksi antara
dua insan manusia seperti kita lakukan sekarang. Tetapi pada zaman dimana kita
sudah mempunyai komputer, kita mula melihat interaksi antara manusia dan
4. mesin (atau komputer) (human-to-machine) atau mesin berinteraksi dengan
manusia (machine-to-human).
▪ Ini selalu kita lakukan di pejabat (sebagain contoh – kerja2 perakaunan,
pendaftaran dsbnya), dirumah (anak2 bermain dengan permainan komputer), di
kedai (pembelian atau menempah barang) dan sebagainya. Di zaman Internet,
memberi kita cara baru untuk berinteraksi antara mesin2 ini dari jarak jauh. Apa
yg selalu kita lakukan dari jarak dekat boleh dilakukan juga dari jarak jauh.
Bukankah ia menjimat masa dan kos? Tapi apakah itu “Internet of Things”?
▪ Sebenarnya ini ada lah suatu permulaan bila kita lihat “things” atau peranti
(device/machine) atau gadget berhubung antara satu sama lain tanpa campur
tangan manusia. Sebagai contoh – kereta atau pintu pagar rumah kita menghantar
amaran (alert) ke telefon bimbit kita apabila pintu tidak berkunci. Rumah kita akan
membuka penghawa dingin tersendiri apabila ia tahu kita akan sampai kerumah
hampir 30 minit lagi.
5. ▪ Telefon kita boleh memberi maklumat bahawa ada kemalangan berlaku didepan
lebih kurang 500m dan perlu mengelak dari melalui jalan tersebut.
▪ Kereta2 diatas jalan raya akan berkomunikasi sesama sendiri dan berada dijarak
yang selamat diantara satu sama lain. Ini adalah permulaan apabila kita melihat
“things” akan berinteraksi sesama sendiri tanpa campur tangan manusia. Ini
adalah secara ringkas apa yg di maksudkan oleh “IoT”.
Aplikasi IoT
Nasional FM: Adakah teknologi ini sesuatu
yang masih sangat baru, atau sudah
digunapakai? Boleh Dr. Mazlan kongsikan
contoh di mana teknologi ini telah diaplikasi
di dalam kehidupan seharian kita?
Dr. Mazlan:
▪ Sebenarnya Penyelidikan dan Pembangunan Internet bermula sejak tahun 1960an
lagi (yg kebanyakan nya di gunakan oleh Universiti dan pihak ketenteraan)
sehingga lah ke tahun 1980an barulah ia diperkenalkan kepada orang ramai.
▪ Seperti yang saya katakan tadi pada awalnya hanya komputer saja disambungkan
kepada Internet. Tetapi sejak kebelakangan ini kita lihat hampir kesemua telefon
bimbit dan tablet berkemampuan untuk disambungkan ke Internet. Bukan setakat
itu sahaja tetapi kita juga melihat trend dimana beberapa peranti (devices) yang
dilengkapi sensor disambungkan kepada Internet seperti sensor haba, humiditi,
motion (pergerakan), precision agriculture sensors yg mengira kandungan galian,
sensor pH (kadar asid), kandungan oksigen dan banyak lagi. Mengikut kajian yang
telah dibuat nisbah antara gadget2 (things) yg disambungkan ke Internet dan
penduduk manusia menunjukkan bahawa “things” yg disambungkan ke Internet
telah melebihi penduduk di Dunia pada tahun 2008 (penduduk manusia lebih
kurang 6.7Billion pada masa itu).
▪ Dan trend ini akan berterusan dan kajian juga mengatakan pada tahun 2020
terdapat 50 Billion “things” yg akan disambungkan pd Internet berbanding dengan
penduduk manusia hanya 7.6 Billion pada masa itu.
Impak Teknologi IoT Kepada kehidupan
6. Nasional FM: Teknologi ini kelihatan
sangat menarik, apakah agaknya impak
teknologi ini di dalam kehidupan kita di
masa akan datang?
Dr. Mazlan:
▪ IoT berperanan untuk mengoptimakan operasi, mengurangkan kos,
merangsangkan produktiviti dan memperbaiki kehidupan.
▪ Mari kita lihat bagaimana IoT dapat manafaat kan pengguna seperti kita pd hari
ini. Kita sebagai manusia hanya mempunyai 5 panca indera yang dianugerah oleh
Tuhan seperti bau, rasa, sentuh, dengar dan lihat. Apa kata kesemua panca indera
ini kita dibantu oleh sensor2 lain. Sebagai contoh, kita hanya dapat mendengar apa
yg berada disekitar kita tetapi jika kita dibantu oleh sensor yang terletak jauh
(seperti sensor dirumah yang memberitahu ada kejadian pecah rumah di kediaman
kita).
▪ Kita sebagai pengguna IoT ingin mencari jalan untuk mengautomasikan banyak
perkara terutama tugas-tugas biasa (samada remeh-temeh atau kerap terlepas
pandang). Sekarang cuba kita bayangkan ini – disuatu hari nanti, kita boleh
mengambil gambar dan video dengan kelipan mata sahaja atau dengan arahan
fikiran kita?
▪ Bayangkan kita dibangunkan dari tidur pada waktu pagi oleh penggera muzik
dengan muzik kegemaran kita, jam penggera akan memberitahu apa jadual kita di
pejabat dan cuaca di luar. Dan sebelum kita meninggalkan rumah, telefon kita akan
memberitahu keadaan kesesakan lalu lintas dan mencadangkan laluan terbaik ke
pejabat dengan anggaran masa ketibaan. Apabila kita meninggalkan rumah, secara
automatik akan mencetuskan penggera keselamatan dan matikan segala perkakas
elektrik yang tidak perlu untuk menjimatkan tenaga.
▪ Dan apabila kita membeli-belah di pasar raya, senarai membeli-belah dalam
telefon kita juga akan mendapat pemberitahuan daripada harga terkini barang-
barang dan menunjukkan lokasi barangan tersebut.
▪ Jadi ini adalah sebahagian daripada tugas-tugas harian yang boleh diautomasikan
melalui IoT. Gadget ini yang mempunyai sensor yang berkaitan akan
berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon atau mana-mana rangkaian
komunikasi (Internet).
▪ Terdapat Perisian pintar yang akan mempelajari tabiat dan lokasi kita untuk
memberikan cadangan yang lebih tepat.
Perkembangan IoT di Malaysia
7. Nasional FM: Bagaimanakah Malaysia,
memainkan peranan untuk
memperkembangkan teknologi ini?
Dr. Mazlan:
▪ Sebelum saya menjawab soalan tu, mari kita lihat sejarah perkataan “Internet of
Things” sendiri. Perkataan “Internet of Things” mula dicipta pada tahun 1999 oleh
Kevin Ashton, pengarah eksekutif Pusat MIT Auto-ID. Dia mempunyai visi pada
suatu hari nanti kesemua “things” akan berhubung antara satu sama lain.
Sebenarnya banyak perkara diperlukan sebelum kita dapat merealisasikan
bagaimana “things” ini boleh “merasa”, “berhubung” dan “berfikir” sendiri. Ia
memerlukan beberapa teknologi yang berlainan dan di sepadukan. Teknologi pada
tahun 1990an mungkin belum boleh merealisasikan visi tersebut. Tetapi dengan
zaman teknologi yang berkembang pesat, kita lihat sensor pintar (smart sensor)
sudah boleh menjadi lebih kecil, lebih cerdik dan dapat berhubung tanpa wayar.
Apabila data2 ini dikumpul dari pelbagai sensor ia menjadi semakin banyak – kita
panggil “big data”, dan untuk membuat ramalan yang tepat ini memerlukan cara
analisa yang lebih pintar.
Kerjasama Industri IoT
Nasional FM: Boleh terangkan kepentingan
kerjasama dengan pihak lain di dalam usaha
membangunkan teknologi IoT di Malaysia?
Dr. Mazlan:
▪ Pada pendapat saya untuk teknologi IoT ini berkembang dan berjaya di gunapakai
di Malaysia, ia memerlukan kerjasama banyak pihak. IoT memerlukan eko-sistem
yang baik. Kerap kali saya mengatakan eko-sistem (samada broadband atau IoT),
ia memerlukan DNA yang sihat. Apa itu DNA? D = Device, N = Network dan A =
Application.
▪ Seperti juga manusia yang mempunyai DNA yang berlainan, sesebuah negara juga
mempunyai DNA yang berlainan. Kadangkala kita sangka apabila kita meniru
bulat2 formula kejayaan sesebuah negara yang lain, ia akan berjaya dinegara kita.
Ini tidak semestinya. Malahan kita kena melihat dan mengkaji eko-sistem di
Malaysia – mungkin ia tidak sama seperti diluar negara maka kita perlu mencari
formula tersendiri.
8. ▪ Saya melihat banyak peluang terbuka luas dalam pasaran mikroelektronik dan
sensor (D=Device), perkhidmatan IoT (N=Network) (mungkin dari syarikat
telekomunikasi yang sedia ada atau membuka peluang kepada syarikat lain yg
berminat dalam menawarkan perkhidmatan IoT ini) dan Aplikasi (A=Application)
bergantung kepada kreativiti yang membina perisian ini.
▪ Saya masih merasakan perlu nya kerjasama yang lebih rapat diantara semua pihak
untuk menjadi eko-sistem IoT di Malaysia lebih mantap samada dari pihak
Universiti atau Badan2 Penyelidikan, pihak industri samada syarikat
telekomunikasi, pengilang elektronik, pembuat perisian (application developer).
Dan sekiranya kita hendak melaksanakan konsep seperti Bandar Pintar (Smart
City), ia memerlukan kerjasama beberapa badan dan agensi kerajaan.
Kesan IoT Pada Ekonomi Global
Nasional FM: Bagaimana pula kesan
teknologi IoT kepada pembangunan ekonomi
global?
Dr. Mazlan:
▪ Kesan secara global – mari kita lihat beberapa contoh seperti penjagaan kesihatan
(healthcare) – dahulu pesakit perlu berdepan dengan doktor untuk mendapat
nasihat tetapi dengan IoT seperti sensor yg diletak pada badan pesakit yg berada
dirumah, maka maklumat seperti pergerakan, keadaan jantung dan darah dapat di
hantar terus ke hospital di mana mereka akan segera bantuan serta merta
sekiranya ada berlaku kemalangan atau tanda2 penyakit akan melanda.
Pendapatan daripada perkhidmatan pemantauan pesakit (patient monitoring
services) boleh mencecah (RM 6.4Billion) pada 2014. Tetapi kalau ia dapat
menyelamatkan nyawa – bukankah ia tiada nilainya?
▪ Contoh ke-2, mengikut kajian dari United Nations, bangunan2 sekarang sebelum
penggunaan IoT menjana lebih 40% haba dan gas yg boleh memberi kesan pada
alam sekitar. Contoh yg mudah apabila kita menggunakan sensor cahaya, ia dapat
memberi petunjuk di kawasan mana yang perlu cahaya yg lebih atau memerlukan
penghawa dingin. Cahaya matahari keatas sensor tersebut boleh mengawal
penggunaan elektrik sesebuah bangunan. Ini semua dilakukan secara otomatik.
Pasaran global bangunan pintar seperti ini dijangka meningkat ke RM 34 Billion
pada tahun 2015.
▪ Contoh ke-3, bayangkan logistik tanpa penggunaan IoT seperti operasi 10 kilang
dengan 10,000 barang? Dengan bantuan IoT seperti RFID ia boleh memberitahu
dimana lokasi barang atau sesuatu aset yang baru atau yang akan hampir lupus
9. (expire). Begitu juga boleh memberi maklumat bila barangan tersebut akan tiba
dan sebagainya. Pasaran RFID ini dijangka boleh menjana sebanyak RM 236
Billion sejak 2009 hingga 2017.
▪ Contoh ke-4, sebelum IoT, pemandu2 menghabiskan waktu purata 34 jam setahun
di atas jalan raya. Tapi saya rasakan di Malaysia, saya sendiri menghabiskan waktu
30 minit hingga sejam dalam sehari diatas jalanraya bila waktu kesesakan.
Bayangkan jika ada sensor2 yang diletak ditepi jalan raya dan dapat berkomunikasi
terus dengan kereta2 yang dilengkapi sistem GPS yang boleh memberi nasihat
jalan raya yang terbaik. Sistem pengangkutan pintar boleh mengurangkan
kelewatan perjalanan sebanyak 25% dan gas karbon monoksida (eksos) sebanyak
22%. Pasaran pengangkutan pintar ini boleh mencecah RM 340 Billion pada 2018.
▪ Contoh ke-5, sebelum IoT, kita lihat bandar2 mengalami pencemaran tasik dan
sungai. Bahan buangan toksid menyebabkan kualiti air yang teruk pada hidupan2
air dan sebagainya. Jadi dengan sensor2 tertentu, ia dapat memantau sungai dan
mengesan sebelum tahap pencemaran sungai semakin teruk. Pasaran teknologi
untuk Bandar Pintar ini dijangka bernilai RM 67.6 Billion setiap tahun bila
mencapai 2020.
Teknologi IoT Pada 2020
Nasional FM: Apakah sasaran industri di
dalam masa 5 tahun akan datang untuk
teknologi IoT (Beri contoh yang akan
mengujakan pendengar)
Dr. Mazlan:
▪ Setiap tahun ada sebuah Pameran Elektronik yang antara terbesar di dunia di
adakan di USA dipanggil Consumer Electronics Show (CES). Nampak gaya pada
tahun ini, banyak alat elektronik yang di pamerkan bertemakan IoT sehinggakan
ramai penganalisa2 industri menamakan tahun 2014 adalah tahun IoT.
▪ Begitu juga industri, kami merasakan sudah tiba Malaysia menekankan teknologi
IoT.
▪ Perkembangan teknologi semakin pesat – teknologi yang terbaik ialah apabila
teknologi tersebut seolah2 ia ghaib (invisible) dan kita menggunakan teknologi
tanpa kita disedari. Sebagai contoh, kalau dahulu nya kita kena beli GPS dan
memasangnya diatas dashboard kereta tetapi kini kita melihat ia dah menjadi
sebahagian dari dashboard kereta itu sendiri. Kalau dahulu kita mengambil gambar
dengan kamera atau telefon bimbit tetapi sekarang Google sendiri telah
10. merekabentuk Google Glass (cermin mata) yang boleh mengambil gambar atau
merakam video.
▪ Gadget yang menjadi gelang atau jam boleh merakam dan menghantar data seperti
berapa langkah kita berjalan atau berlari, bagaimana tidur kita setiap malam.
Telefon bimbit kita juga mempunyai banyak sensor yang boleh merakam secara
otomotik keadaan sekeliling atau aktiviti yang dilakukan oleh pengguna telefon itu
sendiri.
▪ Kasut dan baju akan dilengkapi dengan sensor2 kecil (wearable devices) akan
sentiasa merakam kesihatan dan aktiviti seseorang itu.
▪ Ini adalah contoh2 dimana teknologi akan datang seolah2 semakin “ghaib” tetapi ia
memerlukan kepintaran sebab berbillion data2 yang kutip atau disimpan tidak
memberi makna sekiranya data2 tersebut tidak diolah menjadi maklumat. Tetapi
itu tidak cukup sebab maklumat tidak berguna sekiranya maklumat itu tidak
ditukar menjadi ilmu pengetahuan.
11. Harapan Sebagai Perintis IoT
Nasional FM: Apakah harapan Dr. Mazlan
sebagai perintis bidang ini di Malaysia?
Dr. Mazlan:
▪ Saya merasakan dalam masa 5-7 tahun akan datang, IoT akan membuka peluang
banyak lagi bentuk aplikasi yang pintar yang dapat memberi perkhidmatan yang
lebih baik mengikut cita rasa dan keperibadian pengguna atau orang ramai.
Sebenarnya tiada had pada kreativiti untuk aplikasi IoT. Tidak mustahil kalau saya
katakan teknologi yang kita tonton di filem2 dipanggung wayang sekarang,
Insyallah akan menjadi realiti tidak lama lagi.
▪ Untuk melangkah maju kedepan kita memerlukan kerjasama erat dari semua
pihak. Dengan cara menggunakan platform yang sama sahaja kita dapat
mempercepatkan segala Penyelidikan dan Pembangunan dan mengkomersilkan
aplikasi atau perkhidmatan.
▪ Saya merasakan dengan kerjasama semua peringkat, kita boleh merintis industri
IoT bukan setakat sahaja dalam negara kita Malaysia malahan boleh di
kembangkan di serantau Asia Tenggara ini.
▪ Sekian, terima kasih kerana menjemput saya pada petang ini dan berkongsi
mengenai teknologi IoT.
Dr. Mazlan Abbas adalah Ketua Pegawai Eksekutif FAVORIOT Sdn Bhd. Dia amat
berminat dengan teknologi IoT dan mempuyai sebuah Blog yang dikenali sebagai IOT
World.