Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran sosial murid-murid autisme di enam buah sekol... more Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran sosial murid-murid autisme di enam buah sekolah rendah di daerah Klang, Selangor. Kajian ini dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan kemahiran sosial kanak-kanak autisme supaya intervensi yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran sosial mereka dapat dirancang dan dilaksanakan. Kemahiran sosial yang dikaji adalah kemahiran interaksi sosial; kemahiran penyesuaian diri; memulakan perhubungan; dan penglibatan di dalam bilik darjah. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara tempoh persekolahan dengan bilangan adik beradik terhadap tahap kemahiran sosial mereka. Kajian ini menggunakan senarai semak yang diisi oleh guru dan dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif secara min dan analisis inferensi secara kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid autisme mempunyai tahap kemahiran sosial yang rendah di sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan bilangan adik beradik dengan tempoh persekolahan. Ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran sosial murid-murid autisme meningkat setelah lama mengikuti persekolahan. Oleh sebab itu, guru perlu menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid autisme bagi meningkatkan tahap kemahiran sosial mereka di sekolah.
ABSTRAK Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua individu di du... more ABSTRAK Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua individu di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk belajar. Maka, individu seperti ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka secara optimum. Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua, Program Pendidikan Inklusif diperkenalkan sebagai matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif bersama rakan sebaya mereka. Penulisan kertas konsep ini bertujuan memperjelaskan dengan lebih mendalam mengenai konsep pendidikan inklusif, jenis program inklusif, kepentingan program inklusif, isu dan cabaran program inklusif serta cadangan dalam menangani isu-isu tersebut. 1.0 PENGENALAN Secara umumnya, Pendidikan Khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas atau kurang upaya. Menurut Mohd Najib Ghafar (2006), kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, tingkah laku fizikal, sosial ataupun emosi serta pelbagai kekurangan yang lain sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan Pendidikan Khas agar dapat meningkatkan keupayaan mereka secara optimum.

Uploads
Papers by Saiful Azam Khoo