Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Thailand

Lua' Wikipidia
Kingdom of Thailand
  • ราชอาณาจักรไทย (Thai)
  • Ratcha-anachak Thai
Flag of Thailand
Flag
Emblem of Thailand
Emblem
Anthem: เพลงชาติไทย
Phleng Chat Thai
"Thai National Anthem"
Royal anthem: สรรเสริญพระบารมี
Sansoen Phra Barami
"Glorify His Prestige"
Location of Thailand (green)

– in Asia (grey)
– in ASEAN (grey)

Capital
and largest city
Bangkok
13°45′N 100°29′E / 13.750°N 100.483°E / 13.750; 100.483
Official language
(and national language
Thai[1]
Spoken languagesThai, Isan, Lanna, Dambro, Karen, Pattani Malay, Bangkok Malay, Teochew, Hokkien
Ethnic groups
Religion
(2023)[2]
Demonym(s)Thai
GovernmentUnitary parliamentary constitutional monarchy
• Monarch
Vajiralongkorn
(Rama X)
Paetongtarn Shinawatra
LegislatureNational Assembly
Senate
House of Representatives
Formation
1238–1448
1351–1767
1767–1782
6 April 1782
24 June 1932
6 April 2017
Area
• Total
513,120 km2 (198,120 sq mi) (50th)
• Water (%)
0.4 (2,230 km2)
Population
• 2022 estimate
Neutral increase 69,648,117[3] (20th)
• 2010 census
64,785,909[4] (21st)
• Density
132.1/km2 (342.1/sq mi) (88th)
GDP ((PPP)2023 estimate
• Total
Increase $1.578 trillion[5] (23rd)
• Per capita
Increase $22,490[5] (74th)
GDP ((nominal)2023 estimate
• Total
Increase $512.193 billion[5] (30th)
• Per capita
Increase $7,297[5] (91st)
Gini ((2021)Negative increase 35.1[6]
medium
HDI ((2021)Decrease 0.800[7]
very high · 66th
CurrencyThai baht (฿) (THB)
Time zoneUTC+7 (ICT)
Date formatdd/mm/yyyy (BE)
Driving sideleft
Calling code+66
ISO 3166 codeTH
Internet TLD

Thailand atau nama rasminya Kerajaan Thai adalah sebuah negara di rantau Asia Tenggara. Thailand bersempadan dengan Myanmar di barat laut, Laos dan Kemboja di timur, Teluk Thailand dan Malaysia di selatan, dan Laut Andaman di barat. Sempadan lautnya termasuk Vietnam di tenggara dalam Teluk Thailand, dan Indonesia dan India di barat daya dalam Laut Andaman. Ibu negara dan bandar terbesarnya Bangkok.[8][9][10] Dengan kira-kira 69 juta orang, Thailand merupakan negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia.

Geografi

[niuba | nguba poon]
Pemandangan Banjaran Luang Prabang Range yang merentangi sempadan Thai-Lao di Wilayah Nan, Utara Thailand
Pulau batu kapur tipikal di Thailand
Kepulauan Phi Phi

Dengan jumlah keluasan 513,120 km², Thailand merupakan negara ke-50th terbesar dari segi keluasan, sedikit kecil sedikit Yaman dan sedikit besar daripada Sepanyol.

Thailand terdiri daripada pelbagai rantau geografi yang sedikit sebanyak berpadanan dengan pembahagian wilayah. Rantau utara merupakan kawasan tanah tinggi Thai, dengan puncak tertinggi di Doi Inthanon di Banjaran Thanon Thong Chai pada 2,565 meter di atas paras laut. Rantau timur laut atau Isan terdiri daripada Banjaran Khorat Plateau yang bersebelahan dengan Sungai Mekong di timur. Rantau tengah negara dikuasai oleh lembah rata Sungai Chao Phraya yang mengalir hingga Teluk Thailand. Thailand Selatan terdiri daripada Segenting Kra yang sempit tetapi melebar hingga Semenanjung Tanah Melayu. Secara politik, terdapat enam kawasan geografi yang berbeza dengan satu sama lain dari segi populasi, sumber asas, ciri-ciri alam, dan tahap pembangunan sosial dan ekonomi. Kepelbagaian rantau-rantau merupakan ciri latar fizikal yang paling menonjol di Thailand.

Sungai Chao Phraya dan Mekong River merupakan nadi kehidupan kawasan luar bandar Thailand. Pengeluaran tanaman secara industri menggunakan kedua-dua sungai tersebut serta cawang-cawangnya. Teluk Thailand luasnya 320,000 kilometer persegi dan disuap oleh sungai-sungai Chao Phraya, Mae Klong, Bang Pakong, dan Tapi. Air yang cetek di sepanjang pinggir-pinggir selatan dan Semenanjung Kra menyumbang kepada sektor pelancongan. Pesisir timur Teluk Thailand merupakan pusat perindustrian Thailand dengan pelabuhan air utama negara di Sattahip pelabuhan perdagangan yang tersibukk, Laem Chabang.

Laut Andaman merupakan sumber alam berharga dengan bertempatnya antara pusat peranginan paling popular dan mewah di Asia. Wilayah Phuket, Krabi, Ranong, Phang Nga dan Trang, dan pulau-pulaunya semua terletak di sepanjang pesisir Laut Andaman. Biarpun dilanda tsunami 2004, semuanya merupakan tarikan pelancong dari seluruh dunia.

Bangkitnya usul untuk sebuah terusan yang dijangka dapat menghubungkan Laut Andaman dengan Teluk Thailand, seumpama Terusan Suez dan Panama. Usul ini disambut baik oleh pembesar Thai kerana ini boleh mengurangkan yuran yang dikenakan oleh Pelabuhan Singapura, mengeratkan hubungan dengan China dan India, menyingkatkan perjalanan kapal, dan menghapuskan ancaman lanun di Selat Melaka, di samping menyokong dasar kerajaan Thai untuk menjadi hab logistik Asia Tenggara. Didakwa bahawa terusan ini akan memperbaiki keadaan ekonomi di Thailand selatan yang amat bergantung rezeki pada pelancongan. Jika dijalankan, terusan ini akan menjadi projek kejuruteraan raya dengan jangkaan belanja AS$20–30 bilion.

Tungan metelak

[niuba | nguba poon]