Laporan Pai
Laporan Pai
Laporan Pai
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………………..….3
5.0 KESIMPULAN……….………………………………………………………………………….17
6.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………………….18
7.0 LAMPIRAN………………………………………………………………………………………19
1
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Shamsul
Aizuwani bin Nawi, pensyarah bagi kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, yang telah
memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak terkira kepada saya dan rakan seperjuangan.
Segala tip-tip dan teguran itu secara tidak langsung telah membantu saya untuk memperbaiki
segala cacat-cela yang terselit pada tugasan yang saya lakukan kali ini. Tanpa bimbingan
beliau, sudah pasti saya sukar untuk menghasilkan sebuah kerja yang cukup berkualiti.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda tercinta,
Md.Yunus Bin Sahat dan Roslina Binti Nordin kerana tidak putus-putus memberi dorongan dan
bantuan kepada anakanda dalam menyiapkan tugasan ini dari bentuk kewangan, kelengkapan
dan sebagainya. Tanpa sokongan kuat daripada kedua-dua insan ini, sudah pasti saya akan
tersungkur di tengah perjalanan dalam melengkapkan sebuah perjuangan. Mereka banyak
menasihati saya agar melakukan semua perkara dengan penuh kesungguhan dan ikhlas dalam
melaksanakannya. Kata-kata itu akan saya pegang dan amatinya buat selama-lamanya. Saya
begitu yakin bahawa doa-doa merekalah yang memberi semangat kepada saya untuk
bermusafir mencari ilmu di muka bumi ini.
2
Selain itu, ingin saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan
seperjuangan saya di kelas PISMP semester 1 C5 yang telah menyumbang seribu satu
sumber dan maklumat dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa mereka juga sudah pasti saya
buntu dalam mencari olahan idea yang penuh kreatif dan inovatif untuk menghasilkan satu nilai
estetika dalam tugasan kali ini. Dengan pengalaman ini bersama mereka juga saya dapat
merasakan begitu indahnya persahabatan yang senantiasa menghulur bantuan dalam apa jua
keadaan, sama ada susah ataupun senang.
Tidak dilupakan juga kepada mana-mana individu yang bersama-sama membantu saya
menyiapkan tugasan pada kali ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Segala bantuan
kalian amatlah saya hargai dan sudah pastinya pengorbanan kalian tidak saya akan lupakan
sampai bila-bila insya-Allah.
3
1.0 PENGENALAN
Islam merupakan agama yang sempurna, syumul dan menyeluruh dari semua aspek kehidupan
dunia dan akhirat, tidak mengira bangsa dan budaya mahupun warna kulit. Islam merupakan
agama atau sistem hidup yang syumul atau menyeluruh yang aturan-aturannya berkaitan
dengan semua aspek dan bidang kehidupan umat manusia, dari sebesar-besar perkara hingga
sekecil-kecil yang ada dalam kehidupan kita seharian. Bagi seorang muslim, bimbingan Islam
ini mencukupi semua keperluannya kerana Islam telah mengatur kehidupan manusia dengan
lengkap yang meliputi akidah, ibadat, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan,
kebudayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah,
sains, undang-undang dan sebagainya. Dengan datangnya Islam, maka lengkap dan
sempurnalah petunjuk hidup kita sebagai manusia dan hamba Allah SWT. Ini bertepatan
dengan firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 19:
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-
orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena
kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah
maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”
Islam telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia sejak berkurun lamanya melalui
pendekatan dakwah dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, Islam juga telah menjadi
agama rasmi negara kita. Dengan adanya pendedahan secara meluas tentang perkembangan
Islam di negara ini, ternyata sejumlah daripada masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang
Asli Broga, Semenyih, Selangor telah menganut agama Islam.
Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang sebuah kajian bagi masyarakat
Orang Asli yang beragama Islam yang telah kami jalankan di Perkampungan Orang Asli Broga,
Semenyih, Selangor pada bulan Mac yang lalu. Analisis tentang sistem akidah, akhlak dan
4
ibadah mereka akan kami perincikan melalui hasil dapatan kajian kami semasa kami berada di
sana.
Takrifan berkaitan dengan ‘Orang Asli’ membawa maksud ‘tulen’ dan ‘masyarakat pertama’
yang mendiami Semenanjung Malaysia (Nicholas, 2000). Orang asli secara umumnya terdiri
daripada masyarakat atau penduduk peribumi. Hassan Mat Nor (1998) berpendapat bahawa
masyarakat peribumi yang berada di Malaysia ini ialah orang asli dan masyarakat bumiputera.
Masyarakat bumiputera yang dimaksudkan di sini ilaha masyarakat yang berketurunan dan
berbangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun dan sebagainya. Masyarakat peribumi
pula ialah masyarakat orang asli yang terdiri daripada tiga kelompok etnik yang utama iaitu
Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.
Berdasarkan bancian Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang dipetik melalui
laman web Kenali Orang Asli Adat Istiadat dan Asal Usul, mereka hanya masyarakat yang
tergolong dalam kumpulan minority yang terdiri daripada 0.7 peratus sahaja daripada jumlah
penduduk di Malaysia. Melalui tiga kelompok yang besar itu pula, mereka akan berpecah pula
kepada enam suku kecil yang berjumlah 18 suku kaum.
Akta 134 yang telah dikhususkan untuk Orang Asli di Semenanjung Malaysia telah
menetapkan bahawa terdapat empat syarat utama bagi mendefinisikan Orang Asli. Antaranya
termasuklah bapanya keturunan Orang Asli yang bercakap dan mengikut segala adat serta
kepercayaan Orang Asli. Seterusnya, anak daripada seseorang perempuan Orang Asli
bersama dengan lelaki dari kaum yang lain dan anaknya bercakap dalam bahasa Orang Asli
serta mengamalkan kehidupan seharian Orang Asli akan dikenali sebagai masyarakat Orang
Asli.
Di samping itu, mana-mana Orang Asli yang memasuki agama lain atas sebab-sebab
yang tertentu yang membuatkan mereka tidak berpegang kepada kepercayaan Orang Asli
tetapi mereka masih lagi bercakap dalam bahasa Orang Asli serta mengikuti cara kehidupan
mereka, masih lagi dikenali sebagai Orang Asli. Akhir sekali, hanya menteri sahaja yang berhak
menentukan dan memutuskan tentang soal yang berkaitan dengan seseorang itu sama ada
tergolong dalam kalangan Orang Asli atau tidak.
5
Berikut merupakan infografik yang akan menjelaskan lagi tentang syarat-syarat utama
yang mendefinisikan masyarakat Orang Asli di Malaysia:
6
3.0 KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI MUSLIM
Untuk memenuhi kehendak penulisan akademik ini, kami telah membuat satu kajian lapangan
terhadap masyrakat Orang Asli muslim yang bertempat di Perkampungan Orang Asli Broga,
Semenyih, Selangor yang telah diadakan pada 15 Mac 2019. Kajian lapangan yang telah
dilakukan adalah kajian yang berkaitan dengan sistem akidah, ibadah dan akhlakyang
diamalkan oleh masyarakat Orang Asli muslim di sana. Melalui kajian lapangan yang dijalankan
selama satu hari ini, kami telah mendapatkan maklumat berkaitan dengan tiga sistem tersebut
melalui penziarahan dari rumah ke rumah Orang Asli muslim. Sebelum memulakan program
penziarahan tersebut, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada
5 orang bagi satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengunjungi mana-mana
rumah Orang Asli muslim bagi mendapatkan maklumat dan membuat pemerhatian berkaitan
dengan sistem-sistem tersebut.
Semasa program penziarahan dari rumah ke rumah ini dijalankan, kami telah
menggunakan konsep pendekatan dakwah yang bertujuan untuk menyeru dan mengajak
saudara seIslam kita di sana untuk bersama-sama mengamalkan ajaran Islam yang sebenar,
berbuat baik sesama manusia serta membantu mereka untuk memperkembang lagi ilmu
pengetahuan mereka tentang agama Islam. Sesungguhnya setiap umat Islam diwajibkan untuk
berdakwah dan menyebarkan kebaikan, sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nahl ayat
125 yang berbunyi ;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.”
7
3.1 LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian kami terhadap masyarakat Orang Asli muslim ini tertumpu di Perkampungan
Orang Asli Broga, Semenyih yang terletak di negeri Selangor. Perkampungan ini terletak kira-
kira 45 km dari Kuala Lumpur dan 15 km dari Semenyih, Selangor. Perkampungan mereka ini
ternyata merupakan sebuah perkampungan yang terletak di sempadan antara negeri Selangor
dan Negeri Sembilan. Perkampungan Orang Asli Broga ini telah didiami oleh suku kaum
Temuan iaitu kumpulan Melayu Proto.
Menurut sumber yang diperoleh melalui laman web Kenali Orang Asli Adat Istiadat dan Asal
Usul, kumpulan Melayu Proto ini cenderung untuk mengusahakan pertanian sara diri dengan
membuka ladang dan bercucuk tanam. Mereka juga dikatakan hidup di pinggiran
perkampungan. Sistem pentadbiran bagi suku kaum Temuan ini lebih tersusun. Mereka
mempunyai Tok Batin, Menteri iaitu bertindak sebagai penasihat Tok Batin, Tok Kenang,
Jurukerah, Panglima dan Pemangku.
8
kawasan rumah mereka. Suasana dan keadaan perkampungan tersebut kelihatan normal dan
sama seperti masyarakat Melayu yang biasa dengan pelbagai rutin harian yang biasa.
Walaupun masyarakat Orang Asli Muslim di Broga ini terletak di pinggir perkampungan, namun
ianya tidak menjadi masalah buat mereka untuk mendapatkan perkembangan agama Islam
yang baik di sana. Ini dibuktikan melalui kemudahan surau yang disediakan di tempat mereka
membolehkan mereka menjadikan kemudahan tersebut sebagai sebuah medan ilmu dan
medan dakwah kepada mereka.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah kami jalankan di perkampungan Orang
Asli ini, penghayatan Islam oleh masyarakat Orang Asli Muslim ini telah dianalisis melalui tiga
aspek yang berikut;
Rajah 2 : Tiga Sistem Utama yang Dianalisis semasa Kajian Lapangan dijalankan
9
3.2.1 SISTEM IBADAH
Berdasarkan kajian yang telah kami laksanakan terhadap masyarakat Orang Asli Muslim di
Broga ini, kami dapati bahawa terdapat beberapa aspek dalam sistem ibadah yang boleh kami
analisis. Kebanyakan soalan yang kami kemukakan dan kami perhatikan adalah soalan yang
berkaitan dengan rukun dan bacaan dalam solat.
Untuk lafaz niat bagi solat fardhu, berdasarkan analisis data yang kami buat (rujuk
lampiran 1), sebanyak 61.5% masyarakat di sana mempunyai pengetahuan mengenainya
namun tidak begitu fasih membacanya. Walaupun hanya 38.5% sahaja yang lancar melafazkan
niat dalam solat, namun analisis ini membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli Muslim di
Broga ini majoritinya mempunyai pengetahuan asas tentang solat dengan mengetahui tentang
lafaz niat bagi solat terutamanya solat fardhu. Mengikut analisis yang dibuat (rujuk lampiran 1),
0% yang tidak tahu mengenai lafaz niat solat fardhu. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pemerhatian yang telah kami buat semasa kami menemu bual salah seorang masyarakat
Orang Asli Muslim yang bernama Timah yang berumur 45 tahun. Menurut beliau, beliau baru
sahaja memeluk agama Islam beberapa tahun yang lalu. Tetapi apabila ditanya mengenai
pengetahuannya tentang lafaz niat, beliau mengetahuinya secara umum walaupun tidak dapat
melafazkannya dengan lancar.
Seterusnya, analisis juga menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli Muslim di Broga
ini rata-rata mempunyai pengetahuan asas namun tidak cekap dalam hal yang berkaitan
dengan bacaan dan perbuatan di dalam solat. Ini dapat dilihat melalui analisis (rujuk lampiran 1)
tentang pengetahuan asas yang mereka ada dalam bacaan rukuk serta perbuatan (58.3%),
bacaan duduk antara dua sujud serta perbuatan (58.3%) dan bacaan sujud serta perbuatan
(58.3%). Masing-masing dilihat mempunyai peratusan yang sama. Ini menunjukkan bahawa
majority dalam kalangan masyarakat Orang Asli Muslim di Broga mempunyai pengetahuan
asas dalam sistem ibadah, khususnya mengenai bacaan dan perbuatan dalam solat. Namun
begitu, mereka masih perlu menguasai pengetahuan sedia ada tersebut dengan lebih
mendalam supaya mereka lebih fasih dan mahir dalam melakukan perkara-perkara tersebut.
Selain itu, bacaan Al-Fatihah juga dilihat mempunyai peratusan yang bagus, yang mana
jumlah responden yang tidak mengetahui cara bacaan surah Al-Fatihah dengan betul ialah 0%.
10
Ini membuktikan bahawa semua responden boleh membaca surah Al-Fatihah, cuma yang
membezakan antara mereka ialah kefasihan dalam melafazkan bait-bait kalimah ayat suci
surah tersebut.
Melihat kepada sistem akhlak yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli Muslim
di Broga melalui kajian yang dijalankan baru-baru ini, kami melihat bahawa secara umumnya,
masyarakat di sana tetap mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik, sama seperti
masyarakat biasa.
Ini dapat dibuktikan melalui data analisis (rujuk Lampiran 1) yang menunjukkan
sebanyak 60% daripada responden memberi salam kepada orang lain. Selain itu, data
menunjukkan bahawa 93.3% daripada responden menghormati tetamu dan menggunakan
bahasa yang sopan semasa bercakap dengan orang lain, dan ternyata 100% responden
memberi senyuman kepada tetamu yang hadir. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat
Orang Asli Muslim di Broga ini meraikan tetamu, berbudi pekerti dan beradab dengan tetamu
dan orang sekeliling. Berdasarkan temu bual yang telah kumpulan kami jalankan dengan salah
seorang responden, beliau turut menceritakan dan berkongsi tentang hubungannya yang akrab
dengan jiran tetangga mereka. Ini jelas membuktikan bahawa masyarakat di perkampungan ini
juga mengamalkan kesepaduan dan kebersamaan dalam rukun tetangga mereka.
Seterusnya, kita dapat lihat melalui analisis data (rujuk Lampiran 1) mengenai adab
mereka semasa makan dan adab mereka di surau. Berdasarkan data yang diperoleh, didapati
sebanyak 100% dalam kalangan responden menjaga adab semasa makan, dan sebanyak
86.7% responden menjaga adab ketika berada di surau. Berdasarkan pemerhatian dan temu
bual yang telah kami laksanakan, salah seorang responden yang bernama Jamhatul Huda,
yang merupakan isteri kepada orang asli yang menetap di sana berkata bahawa mereka sering
ke surau, terutamanya pada bulan Ramadhan. Mereka akan bersama-sama berbuka puasa di
surau seterusnya menunaikan solat terawih secara berjemaah di surau. Ini jelas menunjukkan
bahawa rata-rata masyarakat Orang Asli Muslim di perkampungan orang asli ini pernah dan
kerap datang ke surau terutamanya apabila surau melaksanakan program ibadah, walaupun
mereka hanyalah golongan minoriti dalam kawasan perkampungan tersebut.
11
serta penjagaan kebersihan diri dan persekitaran mereka. Setelah diperhati dan dianalisis,
ternyata sebanyak 73.3% daripada mereka menutup aurat dengan baik. Ini dapat dibuktikan
apabila ada dalam kalangan mereka yang bertudung dan berpakaian sopan apabila kami tiba di
rumah mereka. Namun begitu, masih ada juga sebanyak 26.7% yang tidak menutup aurat
dengan sempurna. Salah seorang responden kami tidak menutup aurat ketika kami menemu
bual beliau. Ini menunjukkan bahawa cara pemakaian mereka rata-ratanya sopan dan menutup
aurat, da nada juga yang masih mengamalkan ajaran yang dipegang dahulu dan mengambil
remeh berkenaan hal menutup aurat ini.
Dari segi kebersihan diri dan persekitaran pula, setelah dianalisis dan berdasarkan data
yang telah kami kutip hasil daripada pemerhatian kami dan kumpulan lain, kami dapati bahawa
86.7% menjaga kebersihan diri mereka. Manakala terdapat 66.7% yang menjaga kebersihan
persekitaran. Ini jelas menunjukkan bahawa ada dalam kalangan mereka yang menjaga
kebersihan diri namun kebersihan persekitaran kurang diambil berat. Sebagai contoh, salah
sebuah rumah yang kami kunjungi masih lagi memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan
dan meletakkan anjing tersebut di hadapan rumah sebagai pengawal. Najis anjing dan ayam
yang diternak kelihatan di sekitar kawasan rumahnya yang menyebabkan kami dapat
menyimpulkan bahawa ada dalam kalangan mereka yang kurang cakna dalam menjaga
kebersihan persekitaran, walaupun mereka sudah menjaga kebersihan diri.
12
3.2.3 SISTEM AKIDAH
Sistem akidah merupakan sistem yang sangat penting yang telah kami kaji terhadap
masyarakat Orang Asli Muslim di Perkampungan Orang Asli, Broga ini. Melalui pemerhatian
dan temu bual yang kami laksanakan, kami dapati terdapat beberapa perkara mengenai akidah
yang akan kami perincikan.
Ada dalam kalangan responden kami yang masih mengamalkan budaya animisme.
Setelah ditemu bual, ternyata mereka sudah beberapa tahun memeluk agama Islam. Budaya
animism seperti masih mempunyai kepercayaan yang karut, masih mempunyai objek pemujaan
di kawasan rumah dan sebagainya menjadi bukti bahawa masyarakat Orang Asli Muslim di
perkampungan orang asli ini tidak mendapat pendedahan tentang asas akidah yang kukuh
setelah mereka menganut agama Islam. Namun begitu, ada dalam kalangan orang asli ini yang
sudahpun menganut agama Islam sejak lahir lagi. Jadi, setelah ditemu bual, ternyata tiada
amalan syirik ataupun amalan karut yang mereka amalkan. Ini dapat membuktikan bahawa
masyarakat yang sudah Islam dari kecil telah didedahkan dengan asas akidah, mungkin
didedahkan semasa mereka kecil lagi oleh ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang beragama
Islam.
Seterusnya, kami juga ada menemu bual responden kami dan bertanya tentang bacaan
Al-Quran. Ada dalam kalangan mereka yang mempunyai Al-Quran di rumah, da nada yang
tidak mempunyai Al-Quran di rumah. Ini jelas menunjukkan bahawa ada dalam kalangan
masyarakat Orang Asli Muslim ini yang beriman dengan kitab iaitu Al-Quran yang telah
diturunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, manakala ada juga masyarakat Orang Asli Muslim di
sini yang masih kurang berpengetahuan tentang Al-Quran, apatah lagi untuk beriman
dengannya. Kami mendapati bahawa kekurangan guru Al-Quran serta pendedahan yang sedikit
mengenai kitab Allah ini menyebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang meluas
tentang kitab Allah ini.
13
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AMALAN ISLAMI MASYARAKAT ORANG ASLI
MUSLIM
14
6.0 LAMPIRAN
Lampiran 1
Data Analisis Kajian
15
Gambar 1 dan 2 : Data Nama Responden
16
17
18
Gambar : Aspek Akhlak
19
20
21
Gambar : Aspek Ibadah
22
Lampiran 2
Borang Soal Selidik
yang Digunakan
23
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK: KAJIAN SISTEM IBADAH MASYARAKAT ORANG ASLI DI KG. SUNGAI LALANG,
SEMENYIH.
NAMA: ______________________________________
UMUR: ______________________________________
Arahan: Sila tanda sejauh manakah anda mengetahui dan melaksanakan perkara yang
dinyatakan. Sila tandakan ( / ) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada
setiap penyataan.
24
BORANG SOAL SELIDIK
NAMA: ______________________________________
UMUR: ______________________________________
JANTINA: ____________________________________
4. Menghormati tetamu
25
BORANG SOAL SELIDIK
MAKLUMAT DIRI
NAMA: ______________________________________
UMUR: ______________________________________
JANTINA: ____________________________________
Arahan: Sila tanda sejauhmanakah anda mempercayai akidah yang dinyatakan Dengan
menggunakan skala 1 hingga 5, sila tandakan ( / ) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan
anda menanda pada setiap penyataan.
26
Lampiran 3
Surat Kebenaran
Menjalankan Kajian
Lapangan
27
28
Lampiran 4
Gambar-Gambar
Sepanjang Kajian
Dijalankan
29
Swafoto bersama para pensyarah pengiring
30
Sesi temu bual dan pemerhatian terhadap responden
31
Sesi temu bual dan pemerhatian terhadap responden
Swafoto bersama responden dan keluarga setelah selesai sesi temu bual
32
Swafoto di hadapan sebuah rumah masyarakat Orang Asli Muslim di Broga
33
Kumpulan 3
34
35