Esei PLC
Esei PLC
Esei PLC
Penghargaan .............................................................................................................................................. 2
1.0 Pengenalan........................................................................................................................................... 4
2.0 Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (Plc) ......................................................................... 5
3.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Strategi PLC........................................... 6
4.0 Kesimpulan ........................................................................................................................................... 9
5.0 Rujukan ............................................................................................................................................... 10
Lampiran .................................................................................................................................................... 11
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Amir
Hamzah bin Aman, pensyarah bagi kursus Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran, yang
telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak terkira kepada saya dan rakan
seperjuangan. Segala tip-tip dan teguran itu secara tidak langsung telah membantu saya untuk
memperbaiki segala cacat-cela yang terselit pada tugasan yang saya lakukan kali ini. Tanpa
bimbingan beliau, sudah pasti saya sukar untuk menghasilkan sebuah kerja yang cukup
berkualiti.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda tercinta,
Md.Yunus Bin Sahat dan Roslina Binti Nordin kerana tidak putus-putus memberi dorongan dan
bantuan kepada anakanda dalam menyiapkan tugasan ini dari bentuk kewangan, kelengkapan
dan sebagainya. Tanpa sokongan kuat daripada kedua-dua insan ini, sudah pasti saya akan
tersungkur di tengah perjalanan dalam melengkapkan sebuah perjuangan. Mereka banyak
menasihati saya agar melakukan semua perkara dengan penuh kesungguhan dan ikhlas dalam
melaksanakannya. Kata-kata itu akan saya pegang dan amatinya buat selama-lamanya. Saya
begitu yakin bahawa doa-doa merekalah yang memberi semangat kepada saya untuk
bermusafir mencari ilmu di muka bumi ini.
Selain itu, ingin saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan
seperjuangan saya di kelas PISMP semester 4 C5 yang telah menyumbang seribu satu
sumber dan maklumat dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa mereka juga sudah pasti saya
buntu dalam mencari olahan idea yang penuh kreatif dan inovatif untuk menghasilkan satu nilai
estetika dalam tugasan kali ini. Dengan pengalaman ini bersama mereka juga saya dapat
merasakan begitu indahnya persahabatan yang senantiasa menghulur bantuan dalam apa jua
keadaan, sama ada susah ataupun senang.
Tidak dilupakan juga kepada mana-mana individu yang bersama-sama membantu saya
menyiapkan tugasan pada kali ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Segala bantuan
kalian amatlah saya hargai dan sudah pastinya pengorbanan kalian tidak saya akan lupakan
sampai bila-bila insya-Allah.
Menurut Smith (1999), PLC merupakan platform untuk berbincang dan berforum yang
bertujuan untuk perkembangan pembelajaran guru. Guru dapat berkongsi idea dan membuat
refleksi amalan pengajaran mereka. Guru juga dapat memperbaiki amalan pengajaran menjadi
lebih menarik dan berkesan. PLC juga merupakan usaha para pemimpin dan pendidik yang
bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat usaha sama bagi mencapai prestasi
yang baik untuk murid-murid (DuFour, Eaker& Many, 2008). Hal ini dapat membuktikan bahawa
para pendidik komited dalam bekerja secara berpasukan melalui PLC bagi membuat kajian
tindakan di samping merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang cemerlang.
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merujuk kepada budaya sekolah yang menggalakkan
pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah; budaya di mana mengajar bukan di anggap
kerja masing-masing, tetapi untuk mendapatkan maklum balas dan melaksanakan
penambahbaikan (Fullan, 2007). Strategi PLC dapat meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan selain dapat membina hubungan yang berkualiti antara komuniti di sekolah lalu
dapat bekerjasama bagi menjalankan program yang berkesan menggunakan sumber-sumber
yang dikongsi.
Terdapat tiga prinsip utama dalam PLC iaitu memastikan pembelajaran murid, budaya
kolaboratif dan fokus pada pencapaian. Pembelajaran sebenar di sekolah berlaku apabila
semua warga sekolah memberi fokus kepada pembelajaran iaitu bukannya menumpukan
kepada apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari oleh murid. Kewujudan kerjasama dan
kolaboratif antara warga sekolah yang memberi fokus kepada pembelajaran murid sangat
mempengaruhi prestasi pencapaian mereka. Pencapaian murid bukanlah sesuatu
tanggungjawab seorang guru semata-mata bahkan juga menjadi tanggungjawab semua warga
sekolah.
Secara keseluruhannya, objektif utama PLC menekankan kepada kesediaan guru-guru
untuk membantu dalam perkongsian maklumat, idea, bahan, modul dan kaedah pengajaran
serta memberi bimbingan kepada murid yang berpencapaian rendah bukan sahaja dapat
membantu meningkatkan pencapaian murid bahkan juga turut membantu mengurangkan kadar
bilangan murid yang ketinggalan dalam pelajaran. Pelaksanaan PLC ini turut membantu dalam
mencapai visi dan misi sekolah yang mempunyai matlamat yang sama terutama dalam
meningkatkan prestasi akademik murid. Umumnya, PLC adalah berteraskan kepada lima
elemen kritikal sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
Lima elemen kritikal tersebut adalah Dialog Reflektif (Reflective Dialogue), Penswastaan
Amalan (DePrivatization of Practice), Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid
(Collective Focus on Student Learning), Kolaborasi (Collaboration) dan Norma dan Nilai
Dikongsi Bersama (Shared Norms and Values).
Bimbingan Rakan
Sebaya
(Peer Coaching)
Jelajah
Pembelajaran
(Learning Walk)
Berdasarkan rajah 1, strategi Jejak Pembelajaran (Learning Walk) dipilih bagi diaplikasikan
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang direka cipta. Strategi ini diambil daripada
amalan pengurusan eksekutif Hewlett-Packard (HP) yang mengamalkan konsep ‘pengurusan
dalam pemerhatian’ (Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, 2017). Antara ciri perlaksanaan
ini adalah pemerhatian dilaksanakan secara tidak formal, dilaksanakan dalam bentuk kumpulan
yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang dan mengumpul bahan bukti daripada pemerhatian yang
dilakukan. Pelaksanaan strategi Jejak Pembelajaran dimulakan dengan penetapan fokus untuk
pemerhatian, pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian dan akhir sekali perkongsian
dapatan.
Jadual 1.0: Maklumat Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti yang dirancang menggunakan strategi ini dinamakan sebagai aktiviti Jejak Maklumat.
Aktiviti ini menggunakan konsep daripada strategi Jejak Pembelajaran. Melalui konsep ini,
murid akan mendapat mengumpul lebih banyak maklumat serta kongsi pendapat bersama-
sama rakan yang lain selain dapat membina hubungan komuniti yang baik dalam persekitaran
sekolah. Bagi langkah yang pertama, murid hendaklah berada secara berkumpulan yang
dianggotai 3 hingga 4 orang. Keahlian murid hendaklah ditentukan oleh guru agar dapat
interaksi daripada pelbagai kaum. Hal ini bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya dari
segi sosial (Vellymalay, 2016).
Setelah mengumpulkan bahan dan maklumat daripada setiap stesen, guru akan
mengumpulkan murid mengikut kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah berbincang bagi
berkongsi maklumat yang diperoleh dan kemudian membentangkan dihadapan kelas. Setiap
ahli kumpulan perlu mengemukakan satu isi, pendapat atau maklumat yang diperoleh daripada
hasil tinjauan. Hal ini bagi memastikan penglibatan murid dilaksanakan secara menyeluruh
tanpa terkecuali. Aktiviti ini juga dijalankan bagi memupuk keberanian dalam setiap individu
bagi berhadapan dan berkomunikasi di khalayak ramai. Melalui aktiviti ini juga guru dapat
mengesan kelemahan murid seperti bahasa yang digunakan, penggunaan kosa kata dan lain-
lain. Hal ini dapat membantu guru untuk mendapatkan tinjauan dan melaksanakan aktiviti bagi
memperbaiki kelemahan murid (Mior Khairul Azrin, 2011). Aktiviti ini juga bertepatan dengan
langkah ketiga perlaksanaan strategi Jejak Pembelajaran.
Selain itu, konsep strategi Jejak Pembelajaran juga dapat diaplikasikan menggunakan
kaedah ICT yang bertepatan dengan pembelajaran abad ke 21. Penglibatan guru dan murid
dapat dilihat dan dipantau walaupun secara maya. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang
khusus untuk dilaksanakan. Murid diperkenalkan dengan aplikasi Padlet yang mana murid
dapat melayarinya menggunakan internet pada bila-bila masa. Secara berkumpulan, murid
perlu mencari bahan dan membuat satu laman tentang fokus tajuk yang telah diberikan.
Kemudian, murid hanya perlu memuat naik hasil kerja mereka melalui aplikasi Padlet. Aplikasi
ini membenarkan sesiapa sahaja untuk mengakses dan melihat hasil kerja murid. Hal ini
memberi kemudahan kepada guru bagi memantau penghasilan kerja murid dari masa ke masa
(Vellymalay, S.K, 2014) .
Apabila semua kumpulan sudah memuat naik hasil kerja mereka dalam aplikasi
tersebut, semua murid perlu membaca dan melihat hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh
kumpulan lain. Murid perlu meninjau dan menilai hasil kerja yang dilakukan yang sebenarnya
dapat menambahkan pengetahuan. Seterusnya, guru dapat menyambung aktiviti tersebut di
dalam kelas dengan mengadakan aktiviti perkongsian daripada semua murid hasil daripada
tinjauan yang telah mereka lakukan. Murid dapat memberikan pendapat penambahbaikan atau
berkongsi pengalaman mereka semasa mereka menggunakan aplikasi Padlet. Hasil daripada
tugasan itu dapat disimpan dan dijadikan bahan bantu belajar. Melalui aktiviti ini, murid bukan
sahaja dapat berinteraksi secara maya, namun dapat berinteraksi secara bersemuka yang
seterusnya dapat meningkatkan kemahiran murid dari aspek komunikasi dan Teknologi,
Maklumat dan Komunikasi (TMK).
4.0 Kesimpulan
DuFour, E. M. (2008). Revising professional learning communities at work : New insights for
improving schools. Bloomington, IN: Solution Tree Press.
Fullan. (2007). What's worth fighting for in the principalship.2nd edition. New York: Teachers
College Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme berterusan
guru dan pemimpin sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran dan pelaksanaan ke
arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 33-47.
Mohd Faiz bin Mohd Yaakob, N. b. (2015). Konsep komuniti pembelajaran profesional
kepimpinan dan transformasi sekolah kepada komuniti pembelajaran profesional . 1-12.
Pejabat pendidkan daerah Hulu Langat. (2017). Manual perlaksanaan pembelajaran abad 21.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Smith. (1999). The learning organization ten years on: A case study. The learning organization,
6(5),217-223.
Vellymalay, S. (2014). Etnisiti dan interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik di bilik
darjah. Jurnal Ilmi, 47-61.
Vellymalay, S. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas-murid dalam merangsang
kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik darjah. Jurnal Ilmi, 69-
88.
Lampiran
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
11.Standard Pembelajaran
1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan ayat yang gramatis secara bertasusila.
Keperibadian tokoh.
1. Berfikiran terbuka.
2. Mencintai tanah air.
3. Berkepimpinan
4. Berwibawa
5. Tetap pendirian.
KSB :
Lirik lagu
‘Tanggal 31’