Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

26 APRIL Tugasan Bola Baling

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

WAN MUHAMMAD AIMAN BIN WAN ABDULLAH V2

MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZA’BAR V2

Bincangkan strategi dan tektikal permainan dalam bola baling .

- Formasi Pertahanan

- Formasi Menyerang

Bincangkan dalam group berdua dan hasil kerja diuploadkan di dalam GC sebelum Jam 5.00 petang.

FORMASI PERTAHANAN

Strategi bertahan juga memerlukan formasi yang baik agar dapat menggagalkan serangan dan

jaringan lawan. Kemahiran asas yang digunakan ketika bertahan adalah dengan mengadang,

merampas bola dan menjaga gol. Kemahiran ini digunakan semasa pasukan menggerakkan formasi

bertahan. Pemain perlu bijak mencari peluang yang sesuai untuk merampas bola, seterusnya

melakukan serangan balas. Terdapat beberapa formasi yang boleh digunakan ketika bertahan.

Antaranya ialah 6:0 dan 5:1.

Formasi 6.0

1. Formasi ini meletakkan semua pemain bertahan berada dalam kawasan enam meter di
2. garisan lengkung.
3. Pemain akan melakukan pertahanan rapat di garisan enam meter untuk menyukarkan
pemain lawan melakukan jaringan.
4. Setiap pemain akan mengawasi seorang pemain lawan yang berada berhampiran
dengannya.
5. Pergerakan pemain semasa bertahan mengikut pergerakan bola tanpa meninggalkan
pengawasan terhadap pemain lawan yang berada berhampiran dengannya.
6. Formasi ini mengaplikasikan man to man marking.
7. Formasi bertahan ini menyukarkan penyerang lawan melakukan percubaan menjaring dari
kawasan enam hingga sembilan meter.
STRATEGI BERTAHAN FORMASI 6:0

1. Semua pemain pertahanan berada di garisan enam meter untuk melakukan pertahanan di
garisan lengkung dan bersiap sedia dengan setiap percubaan menjaring oleh pihak lawan.
2. Setiap pemain bertanggungjawab memerhati, mengawasi dan mengawal zon yang telah
ditetapkan dengan rapi.
3. Setiap pemain akan keluar melakukan adangan, merebut dan menepis bola, seterusnya
kembali ke posisi asal dengan pantas.
4. Setiap pemain perlu berkomunikasi antara satu sama lain supaya pemain lawan tidak
berjaya melakukan percubaan ke arah gol.
5. Walaupun sistem ini memberikan peluang kepada penyerang lawan bebas melakukan
hantaran kiri dan kanan, namun mereka tidak mudah untuk memasuki kawasan enam meter
dan melakukan percubaan ke arah gol.
6. Strategi bertahan mudah dilakukan dengan pertahanan dibahagikan kepada dua kumpulan
kiri dan kanan. Hal ini menjadikan kawalan lebih rapat dan serangan lawan mudah dibaca.

Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Formasi 6.0

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.


2. Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi bertahan yang telah dipelajari.
3. Kumpulan A akan memulakan permainan dengan melakukan serangan manakala KumpulanB
bersedia untuk bertahan.
4. Kedua-dua kumpulan menggunakan semua kemahiran asas ketika bertahan.
5. Setiap kumpulan bebas melakukan strategi bertahan yang difikirkan sesuai. Gunakan
kreativiti kumpulan anda dalam usaha menggagalkan serangan pihak lawan.
6. Kedua-dua kumpulan akan bermainndalam situasi permainan sebenar dengan
mengaplikasikan peraturann dan undang-undang permainan bola baling.
7. Kumpulan yang berjaya mengurangkan bolos dalammasa yang ditetapkan dikira sebagai
pemenang.
FORMASI MENYERANG

ASAS SERANGAN

- Wajib ada 1 orang - penjaring gol utama (Center Runner).


- Wajib ada 1 orang -perancang (pemain tengah/Center Back)
- Wajib ada 2 orang -pertahanan kanan/kiri(LB/RB) dan bekerjasama dengan pemain tengah.
- Wajib ada 2 orang pemain sayap untuk buat jaringan jarak dekat 9m / 7m.

Sistem Serangan 3-3 adalah sistem serangan yang paling kerap dilaksanakan.

https://youtu.be/p9TgLd8Bjqw

Anda mungkin juga menyukai