Cerpen Seram
Cerpen Seram
Cerpen Seram
Perkampungan Bunian
ErAisyaaa
11/8/2020 23:20:06
327
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
Aku membuka mata dan sedar bahawa keadaan telah berubah. Suasana nyaman. Cuaca yang
redup. Ahh… sangat menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang berada di situ. Aku menutup mataku
seketika. Aku cuba untuk menikmati suasana yang tenang dan nyaman itu. Ahhh.. Tenangnya jiwa.
Bagaikan hilang segala masalah yang pernah bertamu di minda. Tiada sesiapa yang datang
mengganggu. Perlahan-lahan aku membuka mata semula. Aku lihat kawasan sekeliling. Pokok-
pokok tumbuh segar. Bunga-bungaan yang mengeluarkan bau yang harum semerbak. Adakah aku
di syurga?
Telingaku menangkap bunyi seperti bunyi di kawasan air terjun. Sayup-sayup bunyi air itu
memenuhi ruang telingaku. Kakiku perlahan-lahan melangkah mengikuti bunyi air terjun tersebut.
Semakin lama semakin kuat bunyi itu. Mataku sekali lagi terpesona akan keindahan yang
dipaparkan dihadapanku pada masa itu. Cantiknya!!! Indah sungguh!! Hanya itu yang mampu
diucapkan olehku di saat itu. Aku duduk di sebuah batu yang sederhana besarnya. Kakiku
direndamkan ke dalam air itu. Sejukkknyaa!! Sangat menenangkan. Aku tersenyum puas. Puas
akan keindahan dan kenikmatan suasana yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini.
Sedang tanganku sibuk bermain-main air di situ. Aku terdengar seseorang menegurku dari arah
belakang. Aku berpaling dan melihat seorang pakcik sedang memandangku dengan penuh tanda
tanya.
“Adakah tuan ini orang luar?” Soal pakcik tua itu. Nak kata tua pun tak tua sangat. Tapi pangkat
“mesti masa muda pakcik ni handsome.” Kata aku sendirian di dalam hati sambil tersengih-sengih.
“ha’ah.. sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh sampai kat sini.” Ujar aku
menerangkan hal sebenar. Aku tidak dapat mengingati bagaimana aku boleh berada di kawasan
itu. Tapi yang pasti aku suka berada di situ. Aku suka akan suasananya. Tempatnya bersih dan
“Mungkinlah.” Jawab aku ringkas sambil mengeluarkan telefonku. Aku baru teringat akan adanya
telefon itu. Aku membuka telefonku dan mendapati line dekat kawasan itu tiada.
“Tuan perlukan apa-apa bantuan?” soal Pakcik itu. aku yang mendengar soalan itu bagaikan orang
“telefon saya tak ada line. Saya nak hubungi kawan saya. Pakcik ada telefon yang boleh saya
hubungi kawan saya.” Ujar aku dengan sopan. Kita kalau nak minta bantuan orang mestilah kena
sopan.
“telefon? Apa itu?” soalan yang keluar dari mulut pakcik itu membuatkan aku tercengang. Takkan
lah zaman sekarang orang tak tahu apa itu telefon. Tapi aku terus husnuzon. Mungkin pakcik tu tak
“Ni.. ni telefon. Saya guna untuk hubungi kawan saya.” Ujar aku sambil menunjukkan telefonku
kepada pakcik itu. tetapi dia menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Aku hanya mampu
mengeluh perlahan.
“beginilah. Hari pun sudah agak gelap. Tidak mungkin tuan mahu tinggal di sini keseorangan. Mari
jemput ke pondok kecil hamba.” Jemput pakcik itu. Aku mula terasa aneh akan cara percakapan
yang diucapkan oleh pakcik itu. Cara percakapan seperti orang lama. Tetapi aku tidak mahu
memikirkan yang bukan-bukan. Jadi aku hanya bersetuju dengan perlawaan itu.
Aku mengikuti pakcik itu tanpa sebarang suara. Dia membawa aku melalui Lorong kecil untuk
keluar daripada kawasan air terjun itu. Sepanjang perjalanan keluar daripada kawasan air terjun
itu, setiap laluan pasti ada pokok buluh yang sepertinya dijaga rapi. Tidak kelihatan terbiar,
bersemak. Sehingga lah aku sampai di sebuah perkampungan yang pintu gerbangnya juga
diperbuat daripada pokok buluh yang telah dihias. Melangkah sahaja masuk ke dalam kampung
itu, aku melihat kawasan kampung itu sungguh bersih. Tiada satu pun sampah atau daun-daun
kering berguguran.
“bersih gila.” Bisik aku di dalam hati sendirian. Dalam pada masa yang sama aku turut kagum akan
“mana semua orang kampung ni?” soal hatiku sendirian kerana aku hanya melihat beberapa orang
tersenyum.
Kaki ku masih mengikuti langkah pakcik itu sehingga kami berhenti di sebuah rumah. Rumah yang
kelihatan seperti rumah orang lama-lama tetapi masih cantik dan tersergam indah. Kayunya
diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi mungkin. Itu hanyalah tekaan ku sahaja.
“jemput naik, tuan.” Jemput pakcik itu dengan ramah. Aku hanya mengangguk dan tersenyum lalu
naik ke rumah.
Aku disambut oleh seorang wanita yang aku fikir mungkin isteri pakcik itu.
Aku dijemput untuk duduk. Aku hanya menurut. Walaupun rumah itu tidak dilengkapi dengan
peralatan seperti sofa, televisyen atau peralatan teknologi lain namun akua mat senang berada di
situ. Bagaikan terpisah daripada dunia yang penuh dengan teknologi yang kadang kala
menyesakkan kepala. Aku dipelawa untuk minum. Minuman bujang kata orang. Namun begitu aku
Aku berbual kosong dengan pakcik itu. katanya jarang orang luar seperti aku ini dapat masuk ke
dalam kampung ni. Bila ditanya mengapa, pakcik itu mengatakan kampung ini tidak mudah dilihat
oleh orang luar. Aku fikir mungkin kampung itu agak tersorok daripada pandangan orang luar.
Pakcik itu juga berkata, kalau orang luar ingin masuk ke kampung itu perlu ada orang dari dalam
kampung tersebut yang membawa masuk. Kalau tidak takkan dapat masuk. Hebat juga lokasi
kampung ni fikir aku. Kiranya aku ni orang yang bertuah lah dapat masuk kampung ni. Dah lah
cantik, bersih, nyaman dan menenangkan jiwa orang seperti aku ni yang sedia maklum banyak
masalahnya.
Tak sedar masa berlalu, lama juga aku berbual dengan pakcik itu. Daripada hal kampung
Sebenarnya aku pun tak pasti bagaimana aku boleh berada di kawasan air terjun itu. Tetapi yang
aku pasti, aku mula jatuh cinta dengan tempat tu. Bagaikan aku terlupa akan rumah aku sendiri.
“pakcik, esok saya dah kena balik” kata aku kepada pakcik yang masih tidak ku ketahui namanya.
“tak usah tergesa-gesa. Pulangnya lusa sahaja.” Balas pakcik itu. kata-katanya membuatkan aku
serba salah. Aku memang ada niat ingin pulang tetapi dalam masa yang sama aku ingin terus
“kalau macam tu. Baiklah.” Aku bersetuju untuk tinggal sehari lagi. aku dilayan seperti raja oleh
pakcik dan keluarganya. Rupanya pakcik itu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang
anak lelaki. Anak lelakinya sudah pun berkeluarga dan anak perempuannya pula masih tinggal
bersama mereka.
Aku hanya pernah terserempak sekali sahaja dengan anak perempuannya itu. sangat cantik.
Bagaikan bidadari yang turun daripada kayangan. Walaupun tinggal serumah tetapi aku tidak
pernah melihat anak perempuan pakcik itu keluar berkeliaran. Jika tidak di dapur, pasti akan duduk
“bagus pakcik ni didik anak perempuannya” bisik hatiku. Jauh di sudut hatiku agak tertanya-tanya
Keesokkan harinya, aku dibawa pusing-pusing kampung. Aku yang meminta pakcik itu membawa
aku untuk melihat-lihat suasana kampung. Baru ku tahu, luas jugak kampung ni. Aku kagum akan
Walaupun aku agak pelik dengan keadaan kampung itu yang rumah-rumah di situ diperbuat
daripada kayu keseluruhan. Pada zaman 2020 ni, kebanyakan rumah sudahpun diubah suai
menjadi rumah batu atau separa batu. Aku tak tahu pula ada kampung yang masih menjalankan
kehidupan seperti orang-orang dulu kala. Jika melihat keadaan kampung itu seperti hidup di zaman
sekarang. Semuanya berbaju melayu tetapi bukan lah sekali dengan samping. Tetapi
kebanyakannya memang memakai baju melayu. Apabila aku bertanya kepada pakcik itu, dia
menjawab itu adalah pakaian tradisi mereka. Yang wanita pula elok berbaju kurung ada juga yang
berkain batik dengan baju seperti baju kurung kedah. Sangat manis jika dilihat. Kebanyakkan
mereka memakai baju berwarna putih dan ada juga kuning. Jarang-jarang melihat mereka
Aku juga dibawa mengikut pakcik itu masuk ke dalam hutan untuk mencari ulam-ulaman untuk
makan. Katanya sihat untuk tubuh badan. Aku akui juga perkara itu. patutlah aku lihat pakcik itu
masih lagi kelihatan kuat dan amat bertenaga. Maklumlah orang lama. pastinya banyak
Semasa aku di dalam hutan, aku melalui satu tempat yang penuh dengan buluh. Ada satu pohon
buluh yang kelihatan seperti pintu gerbang. Dan kawasan pohon buluh itu kelihatan amat bersih
dan terjaga.
“ohh yaa. Itu kira pintu masuk untuk masuk ke kampung lain.” Jawab pakcik itu.
“tuan jangan masuk ke sana. Risau-risau dihalau oleh penduduk kampung itu.” sambungnya lagi.
“kenapa pulak?”
“mereka tidak menerima tetamu seperti di kampung ini.” Jawab pakcik itu. aku hanya
Tidak tahu mengapa, aku sepertinya tertarik akan pintu gerbang itu. lama aku merenung pintu
gerbang itu. perasaan rindu terhadap rumahku mula menyelubungi hati ini. Tak tahu kenapa aku
Aku juga seakan-akan mendengar orang memanggil-manggil namaku. Tetapi apabila aku melihat
sekeliling, kami hanya dikelilingi oleh hutan. Aku tidak menghiraukan perasaan itu. mungkin aku
tersalah dengar. Namun semakin aku melangkah mengikuti pakcik itu, semakin aku mendengar
suara-suara yang memanggil namaku. Suara yang memanggil namaku itu sepertinya suara yang ku
kenali. Aku tak tahu sama ad aitu perasaanku atau betul-betul ada orang memanggil ku.
“pakcik dengar tak ada orang panggil nama saya?” soal ku kepada pakcik itu.
“tidak. Mungkin angin?” kata pakcik itu lalu mengajak aku meninggalkan tempat itu dengan
tergesa-gesa. Aku yang masih merasa aneh hanya mengikuti langkah pakcik itu.
Pada hari malam, aku duduk di sebuah bangku di hadapan rumah pakcik itu. sangat mendamaikan
perasaan apabila duduk di bawah cahaya bulan yang terang dan tiada yang datang mengganggu.
“Tuan ini bukan berasal daripada kampung ini kan?” tegur seorang lelaki muda. Tinggi lampai
orangnya. Wajahnya tampan dan bersih sekali. Kalau aku ni perempuan pastinya aku jatuh cinta
pandangan pertama.
“ohh patutlah. Izin kan saya memberikan satu pesanan kepada tuan?” sopan pemuda itu meminta
“lebih baik tuan keluar daripada kampung ini secepat mungkin. Tempat ini tidak sesuai untuk
tuan.” Katanya serius. Aku mula tidak sedap hati apabila mendengar kata-kata pemuda itu.
“Khalas!” teguran tegas membuatkan aku dan pemuda itu sedikit terkejut. Pemuda itu tunduk
itu.
“tiada tok. Hanya menegur.” Kata pemuda itu lalu cepat-cepat meminta diri untuk beredar.
Sempat juga dia menepuk belakang badanku tiga kali dan matanya menunjukkan suatu arah
kepada ku. Dia menunjukkan arah hutan yang aku lalui siang tadi bersama pakcik itu.
“apa yang dibualkan oleh Khalas dengan tuan?” soal pakcik itu dalam nada serius.
“tiada apa. Dia Cuma bertanya kepada saya jika saya ini orang luar atau bukan.” Jawab ku sambil
“Khalas itu tidak berapa waras. Tak usahlah tuan berbicara dengannya.” Pesan pakcik itu. aku
hanya menganggukkan kepala walaupun aku merasakan pemuda tadi tidak seperti yang
“esok pagi pakcik boleh hantar saya keluar dari kampung ni?” soal ku.
“mengapa tuan tergesa-gesa ingin pulang? Apa di kampung ini tidak menarik?” soalanku terbiar
rindukan rumah saya.” Jawabku jujur. Pakcik itu mengeluh kasar, lalu bangun dan meninggalkan
“aku salah cakap ke?” bisik aku sendirian. Aku terasa ada seseorang memandangku. Aku berpaling
ke sekelilingku dan aku terlihat pemuda yang menegur aku tadi di sebalik pokok besar. Dia
memanggil aku untuk mendekatinya. Aku agak teragak-agak untuk mengikuti pemuda itu. namun
melihatnya sangat bersungguh-sungguh mengajak aku ke arah pokok itu. akhirnya aku turutkan
juga. Aku mula mendekatinya. Dia terus menarik lenganku lalu berlari masuk ke dalam hutan. Aku
yang terkejut, cuba melepaskan diri namun pegangannya amat kuat dan aku hanya mampu
mengikuti langkahnya.
Kami berhenti betul-betul hadapan pintu gerbang yang aku lihat siang tadi bersama pakcik itu.
“kenapa!?” soal aku dalam nada yang agak tinggi dan termengah-mengah.
“tempat tuan bukan di sini. Ini bukan dunia tuan.” Kata pemuda itu. aku merasa aneh akan
bicaranya.
“apa yang kau merepek ni. Dah lah aku nak balik. Karang pakcik itu cari.” Kata ku sambil bersedia
untuk meninggalkan kawasan itu. sebelum sempat aku melangkah, pemuda itu terlebih dahulu
“Tok Ali. Tok tum ahu menjodohkan tuan dengan puterinya. Jika tuan tidak keluar daripada
kampung ni. Tuan tidak akan jumpa jalan keluar lagi.” kata pemuda itu bersungguh-sungguh. Aku
fikir, mungkin benar kata pakcik tu yang pemuda ni ada masalah mental.
Aku tidak menghiraukan pemuda itu. Tetapi aku tiba-tiba ditolak melintasi pintu gerbang itu. aku
“keluar dari dunia ini.” Katanya sambil tersenyum. Aku yang ditolak melintasi pintu gerbang itu
tiba-tiba mendapati aku berada di sebuah kawasan hutan. Dan pintu gerbang tadi tidak lagi
kelihatan. Pemuda atau kampung yang ku lihat tadi kini sudah lenyap daripada pandangan mata.
Aku menjadi sangat aneh. Bukan itu sahaja, baru sahaja tadi aku berada di dalam kampung tu pada
waktu malam tetapi kini aku berada di dalam hutan pada waktu siang.
“apa yang jadi pada aku ni?” berbagai persoalan berlegar-legar di fikiranku. Tiba-tiba aku
menerpa kearah aku. Aku kenal akan suara itu. Aku tak mampu mengeluarkan sebarang suara. Aku
2 hari aku ditahan di hospital. Aku baru teringat seminggu yang lepas, aku dan kawan-kawan aku
pergi bercuti di sebuah kawasan air terjun. Tetapi aku tersesat dan dan terpisah daripada kawan-
kawan aku yang lain. Aku penat mencari kawan-kawan aku yang lain dan akhirnya aku berehat
disebuah batu besar. Aku tidak sedar yang aku tertidur di atas batu itu.
Apabila aku tersedar aku terdengar bunyi air terjun. Aku fikir mungkin aku boleh berjumpa semula
dengan kawan-kawanku yang lain. Namun apabila mendekati kawasan air terjun itu, aku bagaikan
jatuh cinta dengan tempat itu dan terlupa tujuan sebenar aku berada di situ sehinggalah aku
Menurut orang alim yang dibawa berjumpa denganku, aku telah pun masuk ke alam bunian atau
lebih tepat lagi perkampungan bunian. Pada mulanya aku sukar untuk percaya tetapi apabila aku
mengingati kembali apa yang berlaku di kampung itu, aku mula percaya bahawa apa yang aku
pada hari aku dijumpai, pastinya aku tak akan menjumpai jalan keluar daripada kampung itu lagi.
dan lebih parah lagi, aku akan lupa akan dunia aku yang sebenar kerana telah pun menjadi
sebahagian daripada orang-orang di kampung bunian itu. jadi aku sangat bersyukur dan berterima
kasih kepada pemuda yang bernama Khalas itu. Jika dia tidak membantu aku mungkin aku akan
Aku telah bermimpi. Dalam mimpi tersebut aku berjumpa dengan Khalas. Dia segak berpakaian
baju melayu kuning siap dengan tanjak di kepalanya. Wajahnya putih bersih. dalam mimpi itu, dia
berkata bahawa dia bersyukur dapat membantu aku keluar daripada alam itu. katanya juga ramai
yang mampu masuk tetapi tidak mampu untuk keluar. Aku antara orang yang bertuah. Aku juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Khalas hanya tersenyum manis. Dia juga berkata aku
bernasib baik kerana Tok yang membantu aku itu telahpun berkenan kepada aku untuk dibuat
menantu. Makanan dan minuman yang dijamu kepada ku adalah untuk membuatkan aku lupakan
dunia sebenar.
Tetapi mungkin berkat doa keluarga dan kawan-kawan membuatkan aku masih lagi ingat akan
rumah sendiri. Oleh itu, Tok itu ingin mencuri masa lebih untuk membuatkan aku lupa akan rumah
aku dan terus tinggal di dunia mereka. Khalas yang sedar akan perkara itu cuba sebaik mungkin
Itulah serba sedikit keadaan kampung mereka. Bukan semua bunian itu jahat, ada juga yang baik
dan ingin membantu orang lain walaupun bukan daripada spesies mereka. Perkampungan yang
diceritakan adalah perkampungan bunian bukan islam. Mereka hidup seperti orang melayu tetapi
mereka bukan islam. Buat pengetahuan pembaca, ini merupakan kisah benar yang diolah