Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content
Zakat merupakan sebuah sistem sosioekonomi yang telah diwartakan pensyariatannya di dalam al-Quran dan hadis. Pengurusan zakat telah melalui pelbagai perubahan dan evolusi bermula dari zaman Rasulullah SAW hinggalah hari ini.... more
Zakat merupakan sebuah sistem sosioekonomi yang telah diwartakan pensyariatannya di dalam al-Quran dan hadis. Pengurusan zakat telah melalui pelbagai perubahan dan evolusi bermula dari zaman Rasulullah SAW hinggalah hari ini. Perubahan-perubahan tersebut termasuk takrifan asnaf, penetapan undang-undang, kaedah dan prosedur agihan serta bayaran balik pinjaman. Setiap asnaf yang dinyatakan di dalam nas syarak telah melalui proses pentakrifan yang disesuaikan mengikut zaman dan tempat. Oleh kerana pengurusan zakat di Malaysia diletakkan di bawah bidang kuasa setiap Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri, maka setiap negeri mempunyai pentakrifan tersendiri setiap asnaf yang dinyatakan dalam ayat tersebut. Perbezaan ini berikutan perbezaan fahaman dan dasar hukum yang diletakkan oleh pihak berautoriti dalam bidang hukum setiap negeri di Malaysia. Tujuan kertas ini adalah untuk menganalisis takrifan asnaf gharimin menurut para sarjana Islam dan hubungkaitnya dengan praktis agihan zakat ke atas penghutang ceti haram. Fokus kajian adalah tertumpu kepada hukum bantuan zakat kepada penghutang ceti haram, pengukuran kelayakan dan mekanisma penyaluran bantuan. Metodologi kajian adalah melalui pendekatan kualitatif dengan melakukan pengumpulan maklumat dari sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati hukum meminjam dengan ceti haram adalah haram melainkan di dalam keadaan dharurah. Elemen dharurah ini menjadi kayu ukur kepada kelayakan penghutang, tahap keperluan bantuan, dan kaedah agihan zakat. Kelonggaran ini menunjukkan keadilan dan fleksibeliti hukum Islam yang sesuai dan praktikal sepanjang zaman.