Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Minyak bunga matahari

Minyak bunga matahari adalah minyak tidak meruap yang ditekan daripada biji bunga matahari (Helianthus annuus). Minyak ini biasa digunakan dalam makanan sebagai minyak menggoreng, dan dalam formulasi kosmetik sebagai bahan pelembap. Jumlah penghasilan minyak bunga matahari dunia pada tahun 2014 dikira sebanyak hampir 16 juta tan metrik, dengan Ukraine dan Rusia sebagai negara pengeluar terbesar.

Sebotol kecil minyak bunga matahari minyak dengan bunga yang berisi biji bahan mentahnya

Minyak ini merupakan campuran monotaktepu/politaktepu kumpulan minyak berasid oleik (omega-9)-asid linoleik (omega-6). Kandungan minyak dalam biji kuaci menpunyai julat antara 22% to 36% (28% secara puratanya): kernel biji tersebut mengandungi 45–55% minyak. Minyak yang dikeluarkan dari biji-biji sebegini berwarna kuning ambar dengan bau yang harum; warna minyak ini mempucat setelah ditapis. Rasanya tidak banyak hilang meskipun melalui penapisan serta jika disimpan dengan baik. Minyak ini mengandungi kuantiti sederhana vitamin E, sterol, skualena dan hidrokarbon alifatik

Komposisi

sunting
 
Minyak bunga matahari minyak terdiri secara utamanya daripada trigliserida (lemak) yang biasanya datang daripada asid linoleik (tidak tepu berganda) dan asid oleik

Minyak ini ialah sejenis trigliserida; bahan konstituen ditunjukkan seperti dalam gambar rajah.[1] British Pharmacopoeia menyenaraikan profil kimia minyak ini seperti berikut:[2]

Pengeluaran

sunting

Pada tahun 2014, pengeluaran minyak bunga matahari dunia adalah sebanyak 15.8 juta tan metrik[3] yang didahului oleh Ukraine (4.4 juta tan), Rusia (4.1 juta tan), Argentina (0.9 juta tan), dan Turki (0.7 juta tan).

Minyak bunga matahari, piawai
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 3,699 kJ (884 kcal)
Karbohidrat 0 g
Lemak 100 g
- tepu 10.3 g
- monotaktepu 19.5 g
- politaktepu 65.7 g
Protein 0 g
Vitamin E 41.08 mg (274%)
Vitamin K 5.4 μg (5%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Sifat fizikal

sunting

Minyak bunga matahari bersifat cecair pada suhu bilik. Minyak yang ditapis tampak jelas dan sedikit berwarna kuning ambar dengan sedikit bau kelemakan.

Titik asap (kasar) 232 °C. 450 °F[4]
Titik asap (ditapis) 107 °C. 225 °F
Ketumpatan (25 °C) 918.8 kg/m3[5]
Indeks biasan (25 °C) ≈ 1.4735
Nilai penyabunan 188-194
Nilai iodin 120-145
Jisim yang tidak boleh disabunkan 1.5-2.0%
Kelikatan (25 °C), jenis tidak ditapis 0.04914 kg/(m*s)[6]

Kegunaan

sunting

Dalam penyediaan makanan

sunting

Minyak bunga matahari yang ditapis digunakan untuk memasak pada suhu yang pelbagai julat. Ia bertindak seperti trigliserida sayuran biasa apabila digunakan sebagai minyak menggoreng. Minyak jenis mentahnya digunakan sebagai  kuah salad dalam masakan Eropah Timur.[7]

Benih makan

sunting

Pengekstrakan minyak bunga matahari meninggalkan sisa biji hancur yang kaya dalam protein dan serat dan digunakan sebagai dedak ternak, baja atau bahan api.[8]

Sebagai bahan api

sunting

Minyak ini boleh digunakan untuk menggerakkan enjin diesel setelah dicampur dengan diesel di dalam tangki. Campuran minyak ini cenderung mempunyai kelikatan yang lebih tinggi dalam suhu sejuk disebabkan oleh tahap lemak tak tepu dalam kandungan campuran tersebut.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Wiley-VCH. 2002. doi:10.1002/14356007.a10_173. ISBN 3527306730.
  2. ^ British Pharmacopoeia Commission. "Ph Eur monograph 1371". British Pharmacopoeia 2005. Norwich, England: The Stationery Office. ISBN 0-11-322682-9.
  3. ^ "Sunflower oil production in 2014; Crops processed/Regions/Production quantity (pick list)". United Nations Food and Agriculture Organization, Statistics Division (FAOSTAT). 2017. Dicapai pada 16 February 2017.
  4. ^ Chu, Michael (2004-06-10). "Smoke Points of Various Fats - Kitchen Notes". Cooking For Engineers. Dicapai pada 2013-02-07.
  5. ^ Irina NITA, Anisoara NEAGU, Sibel GEACAI, Anca DUMITRU and Anca STERPU: "Study of the behavior of some vegetable oils during the thermal treatment," Technology and Chemical Engineering Department, Ovidius University, bd. Mamaia 124, Constanta, 900527, Romania http://www.univ-ovidius.ro/anale-chimie/chemistry/2010-1/full/1_nita.pdf Diarkibkan 2011-06-28 di Wayback Machine
  6. ^ Esteban B, Riba J-R, Baquero G, Rius A, Puig R (2012). "Temperature dependence of density and viscosity of vegetable oils" (PDF). Biomass and Bioenergy. 42: 164–71. doi:10.1016/j.biombioe.2012.03.007.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Peter Vatrooshkin (2012). Easier Than a Steamed Turnip: Simple and Delicious Meatless Russian Recipes. Plutagora LLC. m/s. 21–22, 26–28, 30. ISBN 9781938407017.
  8. ^ Lomascolo, A; Uzan-Boukhris, E; Sigoillot, J. C.; Fine, F (2012). "Rapeseed and sunflower meal: A review on biotechnology status and challenges". Applied Microbiology and Biotechnology. 95 (5): 1105–14. doi:10.1007/s00253-012-4250-6. PMID 22752367.
  9. ^ Johnson, JJ. Meyer, RF. Krall, JM. Shroyer, JP. Schlegel, AJ. Falk, JS and Lee, CD. 2005. Agronomic Practices. In High Plains Sunflower Production Handbook. Kansas State University, Manhattan, KS [accessed 2014 October 22].