Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Siniar

(Dilencongkan daripada Podcast)

Siniar (bahasa Inggeris: podcast) ialah siri berepisod fail digital menampilkan audio digital tuturan baik dalam format audio langsung[1][2] (audio siar) atau video[2][3][1] (video siar, video podcast) yang boleh dilanggan dan dimuat turun dari suapan agar mudah didengari dalam peranti pengguna. Fail-fail disebut ini boleh diuruskan dan dimainkan secara bersepadu dalam banyak peranti dan sumber melalui perkhidmatan dan aplikasi khusus tersedia.

Ikon suapan RSS, yang biasanya digunakan sebagai suapan kepada podcast

Format ini didatangkan secara bersiri menampilkan seorang atau lebih juruacara (yakni jurusiniar atau juruaudio siar) berulangan melibatkan diri dalam perbincangan tentang topik tertentu atau hal semasa beraneka rupa baik mengikuti skrip sampai spontan penuh. Ia menggabungkan penghasilan bunyi yang teliti dan berseni selari topik penting bertema dari penyelidikan saintifik hingga kewartawanan cebisan hidup. Banyak siri sebegini menyediakan laman web mengandungi catatan rancangan, biografi tetamu, transkrip, sumber tambahan, ulasan, serta juga forum komuniti yang khusus untuk membincangkan isi rancangan disampaikan.

Media siniar begini berkos rendah bahkan percuma dimuat turun, sedangkan banyak penerbit siniar ini ditaja bersertakan iklan. Adakalanya juga terbitan siniar ini boleh juga menjadi usaha niaga disokong seberapa gabungan model langganan berbayar, pengiklanan atau keluaran dihantar pascajualan.

Peristilahan

sunting

Pengungkapan pertama mengenai konsep penyampaian ini, "podcasting" pertama kali muncul dalam sebuah karangan nukilan Ben Hammersley di akhbar The Guardian pada Februari 2004[4] gabungan kata podplayable on demand ("dimainkan atas permintaan") yang kelak digunakan Apple Computer (sekarang Apple) untuk pemain media mudah alih iPod keluaran mereka — dan broadcasting ("penyiaran").[5] Penamaan sebegitu dilihat sesentengah pihak sebagai boleh mengelirukan kerana media suapan dapat dimainkan dengan sebarang peranti umum yang dapat memainkan sebarang fail media.[6] Ada beberapa orang yang mewujudkan istilah "netcast" sebagai kata pengganti "podcast"- untuk menghindari keterkaitannya dengan nama khas gajet "iPod".[7]

Istilah "siniar" sebagai merupakan padanan pertama kepada kata asal dalam alam penutur bahasa Melayu - ia dicipta di Indonesia pada tahun 2011 melalui penyisipan imbuhan dalaman -in- ke dalam kata kerja siar oleh bahasawan Ivan Lanin[8] lalu digunakan secara meluas di negara tersebut sebelum turut dipakai di Malaysia secara tidak formal.

Gambaran umum

sunting

Penghasilan

sunting

Media ini lazim boleh dihasilkan tanpa memakan modal atau kos yang tinggi, semudah-mudahnya memadai sahaja memakai kelengkapan berikut:

Orang yang berkebolehan mengendalikan media ini atau jurusiniar (podcaster) menghasilkan kandungan diingini sering berinteraksi bersama para pendengar mereka,[10] malah ada juga yang menyumbang bersama menghasilkan kandungan audio siar tersendiri.[10][11] Meskipun media semakin lama menjadi medium yang digemari ramai, bidang audio siar ini tidak begitu dapat meraih pendapatan yang banyak daripada yang dijangkakan[12] sehingga ada juga yang menerima danaan orang ramai ataupun tajaan syarikat tertentu yang diselitkan dalam kandungan mereka.

Pengedaran kandungan

sunting

Penerbitan dan pengedaran siniar diperhatikan berbeza berbanding penyampaian media lain – seperti pemuatturunan langsung atau penyiaran web beralir (web streaming) – untuk memperoleh fail media melalui Internet. Semua fail audio atau video yang berkaitan dengan rentetan atau siri (series) tertentu dirumahkan secara terpusat pada pelayan pengedar (distributor's server) sebagai suatu sambungan web.

Fail-fail yang terumah ini akan dicari mealui perisian khusus (podcatcher) yang bersambungan dalam talian agar sebarang kemasukan kandungan baru boleh diperiksa para pendengar atau penonton sebelum dimuat turun; tindakan ini dapat diatur agar dapat berjalan dengan sendirinya. Fail termuat turun ini disimpan secara setempat pada peranti pengguna siap untuk dimain di luar talian: ia memudahkan capaian masuk yang mudah dan senang bagi isi kandungan yang diterbitkan sekali-sekala.[13][14]

Jenis fail audio yang umum digunakan dalam media siniar mencakupi format yang popular seperti Ogg Vorbis dan MP3.[15]

Jenis siniar

sunting
  • Siniar cereka (fiction podcast): siniar mirip drama radio dengan barisan pelakon suara, kesan bunyi dan muzik mengkayakan jalan cerita disampaikan.[16]
  • Siniar video atau video siar (video podcast, vodcast): siniar mengandungi kandungan klip video.[3] Siniar jenis ini dimunculkan dari media televisyen sesawang; ia pertama kali dikembangkan dengan terbitnya siri komedi seram Dead End Days dari 31 Oktober 2003 hingga 2004.[3]
  • Siniar berslaid (slidecast): siniar menggunakan bentangan slaid media berasingan dari audio asal[17][18] termasuk grafik.[19][20][21][22] Siniar jenis ini boleh digunakan untuk tujuan perniagaan mahupun pembelajaran.[23][24][25]

Sejarah pembangunan

sunting

Suatu sistem awalan yang membenarkan pemilihan, pemuatturunan automatik dan penyimpanan audio siaran bersiri pada komputer persendirian mula dilancarkan pada September 2000[26] oleh syarikat elektronik i2Go.[27] i2Go melancarkan suatu lelaman a digital perkhidmatan audio berita dan hiburan MyAudio2Go.com yang membolehkan pengguna memuat turun siaran berita, sukan, hiburan dan sebagainya dalam format audio dan memainkannya pada pemain MP3 mereka.

Kegunaan

sunting

Syarikat-syarikat tertentu seperti IBM dan EMC menggunakan teknologi siniar sebagai suatu saluran atau medium mengajar dan komunikasi.[28][29]

Media penerbitan lama seperti majalah (misalnya The Atlantic[30]) ataupun surat khabar (termasuk New York Times dan Berita Harian Singapura) sudah mula menggunakan siniar sebagai suatu sambungan lanjut (extension) kepada kandungan sedia ada yang telah terbit adakalanya kerana kekangan mengemaskini maklumat semasa ataupun ketidakmampuan memuatkan butiran penting dalam ruang cetakan yang terhad. Badan penyiaran seperti BBC ataupun Astro turut memanfaatkan media ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Ugwu, Reggie (26 April 2024). "Podcasters Turn Toward The Camera". The New York Times. m/s. 1 (Section C).
  2. ^ a b Aman (8 Mei 2020). "Spotify Dilaporkan Menguji Podcast Berbentuk Video". Amanz. Dicapai pada 29 Mei 2020. ...kini Spotify turut memfokuskan kepada penawaran kandungan audio lain, termasuk podcast. Terbaru, Spotify turut telah mula menguji penawaran podcast dalam bentuk video pada platform mereka...
  3. ^ a b c Ellis, Jessica (2008). "What is a Video Podcast?". Wise Geek (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2020. Dicapai pada 15 November 2017.
  4. ^ Ben Hammersley: "Audible revolution", The Guardian, 12 February 2004.
  5. ^ "Definition of podcast in English". OxfordDictionaries.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 15 November 2017.
  6. ^ "What is PodCasting?". PCReview.co.uk. 9 Jun 2005. Dicapai pada 8 Februari 2010.
  7. ^ "A Cast By Any Other Name..." TWiT.tv. 22 September 2006. Dicapai pada 8 Februari 2010.
  8. ^ Ivan Lanin. "Sisipan". Dicapai pada 30 Mei 2011. ...Mungkin kita dapat menurunkan kata siniar dari siar sebagai padanan podcast...
  9. ^ How To Start A Video Podcast di YouTube
  10. ^ a b Smith, Steve (22 November 2016). "Podcasts: Can They Hear Us Now". EContent. Jil. 39 no. 8. Information Today, Inc. m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 15 November 2017.
  11. ^ Heffernan, Virginia (22 Julai 2005). "The Podcast as a New Podium". The New York Times. Dicapai pada 16 November 2012.
  12. ^ Gerry Smith (22 Februari 2019). "Everybody Makes Podcasts. Can Anyone Make Them Profitable?". Bloomberg Businessweek. Bloomberg L.P. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2019. Dicapai pada 20 Disember 2019.
  13. ^ "Podcast Production". President and Fellows of Harvard College. Dicapai pada 21 Ogos 2009. Text ""episodes of a particular podcast"" ignored (bantuan)
  14. ^ "Oxford University Press | Podcast". Oup.com. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  15. ^ Gil de Zúñiga, H., Veenstra, A., Vraga, E., and Shah, D. (2010) 'Digital Democracy: Reimagining Pathways to Political Participation', Journal of Information Technology & Politics, 7: 1, 36 - 51
  16. ^ Skinner, Oliver (July 30, 2020). "Fiction Podcasts: The Medium Giving Rise to a New Generation of Audio Storytellers". Voices.com. Dicapai pada January 20, 2021.
  17. ^ Salter, Diane; Purgathofer, Peter (January 2010). "Students use of Laptops in Large Lecture Classes: Distraction, Partial Attention or Productive Use?". Aurora (dalam bahasa Inggeris) – melalui Research Gate.
  18. ^ Casteleyn, Jordi; Mottart, Andre (August 2010). "Slidecast Yourself: Exploring the Possibilities of a New Online Presentation Tool". IEEE Xplore (dalam bahasa Inggeris). IEEE. doi:10.1109/IPCC.2010.5530021 – melalui Research Gate.
  19. ^ Breen, Christopher (December 12, 2012). "How to Create Podcast Chapters". Macworld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2020. Dicapai pada January 19, 2021.
  20. ^ Breen, Christopher (March 28, 2013). "How We Produce Our Podcasts". Macworld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2020. Dicapai pada January 19, 2021.
  21. ^ Breen, Christopher (March 28, 2013). "Producing the Macworld Podcast". Macworld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2020. Dicapai pada January 19, 2021.
  22. ^ Frakes, Dan (December 12, 2006). "Podcasting Presentations". Macworld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 8, 2017. Dicapai pada January 19, 2021.
  23. ^ Petricone, Elena. "Cast away: Incorporating slidecasts into your online presence can distinguish your business from competitors". Top Consultant (dalam bahasa Inggeris). Emerson Consulting Group. Dicapai pada January 2, 2021.
  24. ^ Weller, Marxtin (April 29, 2012). "The Virtues of Blogging as Scholarly Activity". The Chronicle of Higher Education (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2021. Dicapai pada January 19, 2021.
  25. ^ Reyna, Jorge; Stanford, Carole (2009). "Use of Slidecasts in Higher Education Settings: a Pilotproject" (PDF). Ascilite (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada September 14, 2018. Dicapai pada January 20, 2021.
  26. ^ http://www.mp3newswire.net/stories/2000/ego.html
  27. ^ Credeur, Mary Jane (September 10, 2001). "2Go is gone after burning through $7 million". Atlanta Business Chronicle.
  28. ^ Gronstedt, Anders (June 2007). "Employees Get an Earful". Harvard Business Review. Dicapai pada 15 November 2017.
  29. ^ Gronstedt, Anders (3 Mei 2007). Basics of Podcasting (PDF). ASTD. ISBN 1-56286-488-2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-17. Dicapai pada 15 November 2017.
  30. ^ "Radio Atlantic: The Atlantic's flagship podcast". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2017.