Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Banjir Malaysia 2020–21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5613344 pada 02:49, 13 Julai 2022 oleh Zahirulnukman (bincang | sumb.) (menambah Kategori:Peristiwa di Sabah (HotCat))
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Banjir Malaysia 2020–2021
Tarikh – 
TempohNovember 2020 – Januari 2021
TempatPahang
Kuantan, Temerloh, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Raub, Jerantut, Lipis
Johor
Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Mersing
Terengganu
Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Besut
Kelantan
Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli
Perak
Hilir Perak, Hulu Perak, Kampar
Selangor
Hulu Selangor, Kuala Selangor, Hulu Langat
Sabah
Beaufort
LokasiMalaysia Sunting ini di Wikidata
PenyebabAngin Monsun Timur Laut
Kematian9 orang[1]

Banjir Malaysia 2020–2021 ialah insiden banjir yang telah menjejaskan beberapa negeri di Malaysia sejak November 2020 sehingga awal 2021. Banjir menyebabkan lebih 40,000 orang penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.[2] Banjir ini juga turut meragut beberapa korban nyawa, serta menyebabkan hampir semua jenis pengangkutan darat di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir terputus.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Malaysia pernah mengalami episod banjir terburuk iaitu pada 15 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015. Lebih 200,000 orang terjejas sementara 21 terbunuh. Banjir ini telah digambarkan sebagai banjir terburuk dalam beberapa dekad.[3]

Banjir telah menjadi perhatian utama dalam beberapa dekad kebelakangan ini disebabkan oleh perkembangan pesat di daerah tadahan sungai yang menyebabkan peningkatan permukaan air dan aliran sungai, peningkatan penumpukan sedimen di sungai, hakisan yang kerap di sepanjang tebing sungai. Banjir pada 2006 dan 2007 di Johor telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.5 bilion dan 18 nyawa. 110,000 orang terjejas telah dipindahkan di pemindahan sementara.[4]

Globe centred on Malaysia
Malaysia terletak di wilayah khatulistiwa, dan mempunyai iklim hutan hujan tropika.

Terletak berhampiran khatulistiwa, iklim Malaysia dikategorikan sebagai iklim khatulistiwa, panas dan lembap sepanjang tahun. Purata hujan adalah 250 sentimeter (98 in) setahun[5] dan suhu rata-rata 27 °C (80.6 °F).[6] Iklim Semenanjung dan Timur Malaysia berbeza, kerana iklim di semenanjung secara langsung dipengaruhi oleh angin dari daratan, berbanding dengan cuaca yang lebih maritim di Timur. Malaysia terdedah kepada kesan El Niño, yang mengurangkan hujan pada musim kemarau. Perubahan iklim kemungkinan besar akan mempengaruhi Malaysia, meningkatkan permukaan laut dan curah hujan, meningkatkan risiko banjir dan mengakibatkan kemarau besar.[7]

Malaysia menghadapi dua musim angin monsun, Monsun Barat Daya dari akhir Mei hingga September, dan Monsun Timur Laut dari Oktober hingga Mac. Monsun Timur Laut, yang berasal dari China dan Pasifik utara, membawa lebih banyak hujan berbanding Monsun Barat Daya, yang berasal dari padang pasir Australia.[8] Mac dan Oktober membentuk peralihan antara dua monsun.[7]

Kawasan terjejas

[sunting | sunting sumber]

Banjir ini melibatkan sebahagian Semenanjung Malaysia terjejas teruk. Pahang,[9][10][11] dan Johor[12] merupakan negeri yang terjejas teruk dalam banjir kali ini. Negeri-negeri lain yang turut terlibat ialah Terengganu,[13][14] Kelantan,[15] Selangor,[16] dan Perak[17]. Banjir turut berlaku di Beaufort, Sabah.[18]

Punca banjir

[sunting | sunting sumber]

Hujan lebat turun beberapa hari berturut-turut diakibatkan oleh Angin Monsun Timur Laut[19] yang melanda Laut China Selatan, merentasi Semenanjung Malaysia.[20] Hujan lebat juga turut melanda Thailand,[21] dan juga menyebabkan banjir teruk di situ.

Selain itu, pelbagai pihak turut menekankan isu penebangan hutan secara berlebihan dan haram di kawasan Pantai Timur sebagai punca utama kedahsyatan banjir pada musim ini, dengan gambar-gambar satelit pembalakan besar-besaran di kawasan itu menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat.[22][23] Walau bagaimanapun, kerajaan-kerajaan negeri menafikan dakwaan isu penebangan hutan itu sebagai punca utama banjir lalu menetapkan hujan lebat sebagai punca.[24][25]

Kerosakan

[sunting | sunting sumber]

Banjir besar menyebabkan pengangkutan darat di negeri-negeri terjejas. Terdapat kejadian tanah runtuh berlaku di Bukit Fraser, Pahang[26] yang mengakibatkan Jalan Raub-Bukit Fraser telah ditutup kepada semua kenderaan.[27] Pada 3 Januari 2021, tanah runtuh turut berlaku di Kilometer 92 Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan untuk mencari mangsa-mangsa yang dipercayai hilang akibat tertimbus lumpur oleh kejadian tanah runtuh.[28] Lebuh raya Pantai Timur ditutup daripada sebarang kenderaan bermula dari Karak ke Lanchang[29] dan Lojing pada 4 Januari 2021. Jalan-jalan persekutuan dan negeri juga ditutup[30].

Di Kelantan, dua orang lelaki terkorban dalam banjir ini iaitu di Kampung Tasek Gong Kala, Pasir Puteh akibat lemas sewaktu cuba mengharungi banjir setelah ditemui terapung dalam parit pada 4 Disember 2020[31] manakala seorang lagi lemas apabila terjatuh daripada perahu yang didayung di Kuala Krai pada 9 Januari 2021 ketika membawa dua mangsa banjir ke pusat pemindahan banjir.[32]

Pahang pula mencatatkan angka tertinggi iaitu lima orang yang maut akibat banjir. Dua beranak terkorban selepas dihanyutkan arus deras Sungai Puas, Jerantut, Pahang.[33][34] 2 hari kemudian, seorang lagi remaja lelaki ditemui di Jerantut yang lemas akibat bermain air banjir.[35] 2 lagi maut akibat nahas banjir di Kuantan. Seorang daripadanya maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Paya Kechik, Temerloh[36] manakala seorang lagi lemas akibat bot yang dinaiki terbalik.[37]

Tiga lagi korban melibatkan seorang wanita, menjadikan mangsa maut akibat banjir pertama di Kluang, Johor pada 2 Januari 2021 yang tergelincir ke dalam longkang besar setelah cuba untuk keluar dari rumahnya untuk menuju ke pusat pemindahan banjir[38] manakala dua orang lagi adalah lelaki yang ditemui lemas di Jalan Kluang-Mersing[39] dan jalan pintas Kampung Melayu Nyior ke Kampung Bentong.[40]

Pada 7 September 2020, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah memperkenalkan teknologi inovatif serta sistem komprehensif iaitu Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) melalui Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB) yang mampu memberikan ramalan seawal tujuh hari dan amaran dua hari sebelum berlaku banjir.[41]

Amaran hujan lebat dan banjir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sejak awal November 2020 yang akan menyebabkan empat hingga enam episod hujan lebat dalam tempoh Monsun Timur Laut bermula 11 November 2020 sehingga Mac 2021. MetMalaysia menjangkakan hujan lebat pada Januari 2021 akan lebih tertumpu di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak serta turut meramalkan kejadian banjir yang teruk jika hujan berlaku sewaktu air pasang besar dan luruh ribut.[42]

Pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)[43] berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara. Selain menyelaras pembukaan PPS, JKM juga bertindak menyediakan semua keperluan asas di setiap PPS bagi kebajikan setiap mangsa banjir terbela. JKM juga menyediakan bekalan makanan kepada mangsa serta menyelaras tindakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu bersama pelbagai agensi berkaitan[43]. JKM juga turut mengemaskini maklumat bencana menerusi aplikasi InfoBencanaJKM[44]. Kerajaan Negeri Kelantan juga mengemas kini maklumat banjir yang berlaku di negeri tersebut dalam satu portal khas[45]. Facebook turut melancarkan portal khas maklum balas krisis di laman media sosial tersebut pada 1 Januari 2021[46].

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Zatul Iffah Zolkiply (9 Januari 2021). "9 korban banjir di 3 negeri". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  2. ^ "Jumlah mangsa banjir masih lebih 40,000 petang Sabtu". BERNAMA. 9 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  3. ^ "Record numbers evacuated in Malaysia's worst floods in decades". Reuters. 26 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-13. Dicapai pada 24 March 2018.
  4. ^ "Flood and Drought Management in Malaysia". Ministry of Natural Resources and Environment Malaysia. 21 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2008. Dicapai pada 1 August 2008.
  5. ^ Saw Swee Hock (2007). The Population of Peninsular Malaysia. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-981-230-427-8.
  6. ^ "Malays Travel Guide:Climate of Malaysia". Circle of Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-05. Dicapai pada 28 July 2008.
  7. ^ a b World and Its Peoples: Eastern and Southern Asia. Marshall Cavendish. 2007. ISBN 978-0-7614-7642-9.
  8. ^ "Weather phenomena". Malaysian Meteorological Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2008. Dicapai pada 31 July 2008.
  9. ^ BERNAMA (4 Disember 2020). "Raub daerah pertama dilanda banjir di Pahang". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-04. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  10. ^ Asrol Awang (6 Januari 2021). "Mangsa banjir di Pahang meningkat, 19,527 orang di PPS". Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  11. ^ Nor Khalilah Gusti Hassan (4 Januari 2021). "Banjir: 33 PPS dibuka di Kuantan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-04. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  12. ^ Mohamad Faizal Hashim (4 Januari 2021). "Banjir: 7,112 mangsa terjejas di Johor". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-04. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  13. ^ "Banjir mula landa Terengganu". Berita Harian SG. 18 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-11. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  14. ^ Zaid Salim (20 Disember 2020). "Mangsa banjir di Kemaman, Dungun semakin meningkat". HMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-11. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  15. ^ Aimuni Tuan Lah (4 Januari 2021). "Banjir kilat, tanah runtuh landa Gua Musang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-09. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  16. ^ Siti Rohaizah Zainal (3 Januari 2021). "Hulu Bernam, Bestari Jaya dinaiki air, 190 mangsa dipindahkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-09. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  17. ^ Asliza Musa (4 Januari 2021). "1,010 terjejas banjir di Perak". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-07. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  18. ^ Syah Hairizal Kamalul Arifin (6 Januari 2021). "Banjir Sabah: 44 kampung terjejas banjir di Beaufort". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-09. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  19. ^ "Banjir di pantai timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia". BERNAMA. 5 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-10. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  20. ^ Suhaimi, Fauzi (5 Januari 2021). "Banjir: 250 'hot spot' dijangka dilanda banjir sekali lagi di pantai Timur - Bomba". Astro Awani. Maran, Pahang, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  21. ^ BERNAMA (4 Disember 2020). "9 wilayah selatan Thailand dilanda banjir". BHarian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-08. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  22. ^ Halid, Suzalina (11 Januari 2021). "Gondol hutan punca banjir makin buruk". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-14. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  23. ^ Mohd Amin, Manzaidi (10 Januari 2021). "Banjir buruk di Kelantan punca aktiviti pembalakan – Putra". Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-10. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  24. ^ Kasim, Rosmiza (7 Januari 2021). "Banjir teruk bukan sebab pembalakan tetapi hujan lebat: MB Kelantan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-21. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  25. ^ Mat Isa, Mohamad Shofi (12 Januari 2021). "Pembalakan kawasan hutan simpan kekal Pahang terkawal". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  26. ^ BERNAMA (3 Januari 2021). "Tanah runtuh di Bukit Fraser, 13 kenderaan terkandas". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-04. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  27. ^ "Beberapa jalan tutup akibat tanah runtuh, banjir di Pahang". BERNAMA. 3 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  28. ^ "Operasi mencari mangsa tragedi tanah runtuh masih diteruskan". BERNAMA. 7 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  29. ^ Nabilah Halim (4 Januari 2021). "Laluan Karak – Lanchang ditutup". Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-04. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  30. ^ Asrol Awang (3 Januari 2021). "Bandar Kuantan mula dinaiki air". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-03. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  31. ^ Torek Sulong (4 Disember 2020). "Mayat lelaki ditemui terapung dalam parit". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  32. ^ "Ibu pelik arwah anak makan 'nasi dingin'". BERNAMA. 7 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  33. ^ "Mayat pelajar UMP ditemukan selepas tiga hari hanyut". BERNAMA. 6 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  34. ^ "Banjir Pahang ragut nyawa pertama: Bapa lemas, anak hilang". BERNAMA. 4 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  35. ^ "Remaja 15 tahun korban ketujuh banjir Pahang". BERNAMA. 8 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  36. ^ "Maut terkena renjatan elektrik semasa tinjau keadaan banjir". BERNAMA. 6 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  37. ^ "Mayat korban keenam mangsa banjir Pahang ditemukan". BERNAMA. 8 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  38. ^ Ibrahim Adnan (2 Januari 2021). "Banjir Johor ragut mangsa pertama". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  39. ^ Ibrahim Adnan (4 Januari 2021). "Md Rajihan dijumpai lemas dekat keretanya ditemui". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  40. ^ Ibrahim Adnan (5 Januari 2021). "Ralat dia tak tinggal pesan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  41. ^ "JPS lancar kempen sebagai persediaan hadapi banjir". Sinar Harian. 8 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-10. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  42. ^ "Musim tengkujuh diramal bermula Rabu ini". Berita Harian. 9 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-10. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  43. ^ a b Mohd Rafi Mamat (3 Januari 2021). "JKM buka 99 PPS di Pahang". HMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-03. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  44. ^ "Banjir". InfoBencana JKM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-09. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  45. ^ "Muka Pertama". Portal e-Banjir Negeri Kelantan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-10. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  46. ^ "The Flooding Across Pahang and Johor, Malaysia". Facebook Crisis Response. 1 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-06. Dicapai pada 7 Januari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]