Eyka Farhana
Eyka Farhana | |
---|---|
Kelahiran | Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi 3 Februari 1995 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2010–kini |
Ejen | A Klasse Management Sdn. Bhd. (2015-2017)[1] Mind Order Sdn. Bhd. (2017-kini) |
Ketinggian | 151 cm (4 ka 11 in) |
Saudara | Dyba Farhana Wan Sarmizi (adik) Wan Anis Farhana Wan Sarmizi (kakak) |
Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi (lahir 3 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2010 dan terkenal dengan drama TV lakonan termasuk Juvana, Bunga-Bunga Syurga, Ema Emyliana dan Istikharah Cinta.[2] Selain itu, wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Fazura.[3]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan sebagai Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4]
Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun.[5] Selain itu, beliau menjadikan pelakon Fazura sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[6][7]
Eyka dikejarkan ke hospital pada 15 Mei 2019, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian perut. Beliau menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan selesai melakukan ujian ultra bunyi.[8] Eyka membuat keputusan untuk menangguhkan pembedahan yang sepatutnya dilakukan bagi mengubati masalah kesihatan dihadapi di bahagian perut. Ia dilakukan atas kebenaran pihak doktor bagi membolehkan beliau menghabiskan penggambaran drama Checklist Mr. Right.[9]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada usia 15 tahun, beliau mula menerjah ke bidang lakonan pada 2010 dengan hasrat untuk membantu keluarganya.[10] Bakat beliau mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang. Eyka membintangi drama Juvana yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti. Beliau juga terkenal dengan melakonkan dua watak eponim dalam siri drama Ema Emyliana, selain itu beliau turut berbakat dalam pengacaraan apabila mengacarakan rancangan travelog Pada Suatu Ketika di TV1.[11] Biarpun seringkali dikecam kerana berpenampilan yang terlalu seksi, namun itu tidak menghalang Eyka untuk terus berjaya dalam bidang lakonan.[12][13]
Kerjaya muzik Eyka bermula dengan pelancaran single pertamanya, "Laki-Laki" dikeluarkan pada 28 Jun 2019.[14][15]
Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau kembali menjayakan filem Polis EVO 3 arahan Syafiq Yusof. Turut kembali beraksi dalam filem itu ialah Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish.[16] Pada tahun 2020, Eyka berlakon bersama Yuki Kato, Anya Geraldine, Valerie Thomas dan Shindy Huang dalam Pretty Little Liars yang disiarkan di Viu pada 22 April 2020 dengan memegang watak sebagai Ema.[17] Bagaimanapun, beliau hanya berlakon dalam musim pertama sahaja dan meninggalkan siri itu tidak lama selepas itu.[18][19]
Beliau berlakon di samping Anna Jobling dan Meerqeen dalam Melur Untuk Firdaus musim kedua dengan melakonkan watak sebagai Mawar.[20]
Peranan lain
[sunting | sunting sumber]Pada Jun 2017, Eyka bersama Aiman Hakim Ridza, Maria Farida dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan koleksi barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pada September 2017, satu penyebaran rakaman video lucah yang mengaitkan beliau menjadi tular di media sosial.[21] Rakaman video tersebut mendapat lebih daripada 11 ribu tontonan di YouTube, Eyka membuat laporan polis berhubung kes itu.[22][23]
Beliau sekali lagi menjadi subjek kemarahan umum apabila gambarnya bercumbu dengan pelakon Janna Nick menerima kecaman warganet yang menyifatkan mereka seolah-olah mempromosikan LGBT.[24][25]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Jengka | Aqish | Filem pertama |
Polis EVO | Yati | ||
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan[26] | Nadia | ||
2016 | Juvana 3: Perhitungan Terakhir | ||
2021 | Selamat Hari X Jadi | Puteri | |
2022 | Autumn in Wales | Aira | |
2023 | Polis EVO 3 | Yati | Pelakon tambahan |
2024 | Anak Perjanjian Syaitan 2 | Azlinda | |
Jangan Lupa Aku Cinta Padamu | |||
Safari Mall | Farah | ||
TBA | Budak Tebing | Munira @ Ira |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Habil & Qabil | Maria (15 tahun) | TV3 | Drama pertama |
2011 | Gemilang | Pelakon tambahan | ||
Juvana | Nadia | |||
Ramadhan Terakhir | Anna | |||
2012 | Naik Lif Turun Tangga | Suhaila | ||
Bunga-Bunga Syurga | Emilia | |||
Mencari Atirah | TV1 | |||
Citra Juwita | Juwita | TV9 | ||
2013–2015 | Ema Emyliana | Ema / Emyliana | TV3 | |
2013 | Rumah Kedai | Siti Saleha | ||
Asmara Luna | Rania | |||
2014 | Istikharah Cinta | Atikah | ||
Papa Chef | Aina | TV1 | ||
2016 | Uda Dan Dara | Nija | Astro Prima | |
Bodyguard | Yasmin | TV3 | ||
Cinta Macarons | Alin | TV2 | ||
Ketupat Palas Mr. Handsome | Umi | TV3 | ||
Atok VS Opah Nak Raya | Mila | TV1 | ||
2017 | Sumpah Ibu | Suraya | TV9 | |
Bahagia Kasihmu | Tasnim | TV3 | ||
Kisah Yang Hilang | Suri Bakawali | |||
Red Velvet | Kila | Astro Ria | ||
2018 | Halalkan Hati Yang Ku Curi | Eyka | TV3 | |
Air Mata Di Bumi Matador | Paloma | TV2 | ||
Banteras | Astro Ria | |||
2019 | Disisimu Aku | Nurin Saqeena | Salam HD | |
Sara Kirana | Elly | TV1 | ||
Bukan Cinta Aku | Nida | TV3 | ||
Nota Buat Cempaka | Cempaka Elina | TV1 | ||
Dia Adelia | Adelia | TV Okey | ||
Cerita Hantu Asrama | Tasha | Astro Prima | ||
2020 | Budak Tebing | Munira @ Ira | TV3 | |
2021 | Budak Tebing 2 | |||
Hello, Jangan Tapau Cintaku | Ann Dayana | |||
Checklist Mr. Right | Nina Suraya | |||
Serikan Hatimu (Musim 3) | Eyka | |||
2021–2022 | Dukun Diva | Lola (Norlela Hashim) | Astro Citra | |
2022 | Bila Hati Memilih Dia | Adra Zulaikha | TV3 | |
Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya | Yasmin | Undangan khas | ||
Dak Dak Ofis | Afifah Farhana | Awesome TV | ||
Budak Tebing 3 | Munira @ Ira | TV3 | ||
2023 | Melur Untuk Firdaus 2 | Mawar | ||
2025 | Saat Hilangnya Cinta Kasih | Kasih |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Sejadah Kaabah | Izah | TV3 |
Nur Ain | Ain | ||
2012 | Jatuh Cinta | Tasha | |
Puteri Pulau Tuba | Ain | TV2 | |
Diba Benci Abah | Diba | Astro Ria | |
Miang Buluh Keladi Birah | Fara | TV3 | |
2013 | Laksam Girl | Dahlia | Astro Ceria |
Anak Lorong | Watie | TV3 | |
Akhirnya Kisah Perempuan | Elina | TV2 | |
Super Gameboy | Raihana | Astro Ceria | |
Pengancam Perkahwinan | Ariana (remaja) | Astro Ria | |
2014 | Aising Dan Ceri | TV1 | |
Dia Ayahku | TV AlHijrah | ||
Kakak | Yanti | TV3 | |
Aki Bangku | TVi | ||
2015 | Mahar Cinta Alia | Natasha | TV3 |
Aku Mahu ke New York 1 | Fazura | Astro Ceria | |
Aku Mahu ke New York 2 | |||
2016 | Menanti Pelangi | Intan | TV1 |
Bujang Terlajak Senang | Mastura | TV9 | |
Minit Terakhir | Syakila | ||
Ustaz Korea Sebelah Rumah | Natrah | Astro Ria | |
Qaseh Leyla | Leyla | TV2 | |
Sepatu Tinggi Medina | Medina | HyppTV | |
2017 | Tesis Cinta Untuk B | Baby | TV2 |
2018 | Roni World Cup | Wani | Astro Warna |
Romeo vs Juliet | Julie | NTV7 | |
Kembalikan Sinarnya | Julia | TV3 | |
Pengantin Lari Culik Artis | Shanie | Astro Citra | |
2019 | Kau Selalu Dihatiku | Lina | TV1 |
Batik Zakiah | Zakiah (muda) | TV3 | |
Terkoyak Langit Cinta | Julia | ||
Suka Dia Ya Suka Dia Tak | Dani | ||
Kerana | Husna | TV2 | |
2020 | #SOKAMPUNG | Khalisha | TV3 |
Romeo Gagap | Ina | TV1 | |
2021 | Maulidur Rasul Datang Lagi | Felora | TV3 |
2022 | Hantu Balik Pagi | Rose/Mas | Astro Citra |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Pada Suatu Ketika | Pengacara | TV1 | |
2016 | Dalang Prank | Artis jemputan | Astro Warna | |
2017 | Jalan-Jalan Bazaar Ramadan | TV1 | Episod 1 | |
2020 | Sepahtu Reunion Live | Hawa | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Penghujung Rindu" |
2021 | Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom | Artis jemputan | TV1 | |
2023 | Melodi | TV3 |
Web Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2018 | Ghaib | Jessica | Tonton |
2020 | Pretty Little Liars Indonesia | Siti Halima @ Ema | Viu |
2024 | Satu Hari Nanti | Marissa Saffiya | IQIYI |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk |
---|---|
2019 | "Laki-Laki"
|
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah Skrin 2019 | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Dirinya sendiri | Batik Zakiah | Tercalon |
2020 | Asian Academy Creative Awards 2020 | Pelakon Utama Wanita Terbaik | Pretty Little Liars Indonesia | Menang | |
2023 | Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | Pelakon Wanita Popular | Bila Hati Memilih Dia | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zaidi Mohamad (23 September 2015). "Artis ternama sertai pengurusan A Klasse". Berita Harian. Dicapai pada 2015-10-01.
- ^ "Biodata Eyka Farhana, Artis Remaja Tercantik Malaysia". Azhan.co. 17 Mei 2016. Dicapai pada 1 Jun 2016.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (10 Mei 2015). "Saya pernah buat silap - Eyka Farhana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2015-05-10.
- ^ Mohamad Azrul Mohd Radi (9 September 2016). "Dulu tak mesra". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2016-09-10.
- ^ Wani Arifin (29 Ogos 2017). "Kakak Eyka Farhana meninggal dunia". Media Hiburan. Dicapai pada 2017-09-10.
- ^ Norhayati Nordin (29 Julai 2017). "Eyka jadikan Fazura idola". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2017.
- ^ Norhayati Nordin (13 Ogos 2017). "Eyka mahu contohi Fazura". Harian Metro. Dicapai pada 13 Ogos 2017.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (15 Mei 2019). "Eyka Farhana dikejarkan ke hospital". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (27 Mei 2019). "Eyka tangguh pembedahan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ^ Norhadiani Baharom (27 Mac 2012). "Eyka usaha bantu keluarga". Rentak Artis Popular (RAP). Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2020.
- ^ Budiey (25 Disember 2015). "Eyka Farhana cabar diri jadi hos Pada Suatu Ketika". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2016-01-01.
- ^ Arina Azlan (14 September 2016). "Garis matang Eyka Farhana". Kosmo!. Dicapai pada 2016-09-15.
- ^ "Eyka Farhana komited bina portfolio". Kosmo!. 20 Disember 2014. Dicapai pada 25 Disember 2014.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Julai 2019). Tampil sisi berbeza - Eyka Farhana Harian Metro. Dicapai pada 18 Ogos 2019.
- ^ Feride Hikmet Atak (4 November 2019). "Bimbang nyanyian dikecam, Eyka Farhana masuk kelas vokal". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2020.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (3 Disember 2019). "Tidak letak harapan tinggi". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2019.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Jun 2020). "Eyka makin popular di Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (15 Jun 2021). "Eyka Farhana terpaksa lepaskan 'Ema'..." Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ "Eyka Farhana lepaskan tawaran berlakon di Indonesia". Kosmo!. 16 Jun 2021. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Afiqah Azizan (3 Mac 2023). "Eyka Farhana Jayakan Watak Baharu Dalam 'Melur Untuk Firdaus 2'". XTRA. Dicapai pada 17 Mac 2023.
- ^ Syahirah Mokhtazar (29 September 2017). "Actress Eyka Farhana is falsely scandalised in a sex video". New Straits Times. Dicapai pada 2016-09-10.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (7 Oktober 2017). "Eyka Farhana serius pertahan maruah". Harian Metro. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
- ^ Syahirah Mokhtazar (3 Oktober 2017). "Actress Eyka Farhana files police report over alleged sex video". New Straits Times. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
- ^ Annie May (30 Oktober 2018). "Photo of Janna Nick & Eyka Farhana Sparked Controversy, Said To Promote LGBT". Hype Malaysia. Dicapai pada 7 November 2018.
- ^ "Eyka Farhana, Janna Nick dikecam gara-gara sekeping gambar". Sinar Harian. 1 November 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
- ^ Angelin Yeoh (25 November 2015). "Eyka Farhana, the accidental actress of Juvana 2". Star2. Dicapai pada 1 Disember 2015.