Hello, Jangan Tapau Cintaku
Hello, Jangan Tapau Cintaku | |
---|---|
Genre | Cinta Komedi Melodrama |
Berdasarkan daripada | Adaptasi naskah Hello, Jangan Tapau Cintaku karya Hasreeyati |
Ditulis oleh | Norazwanizan Awang |
Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Hello" - Farisha Iris |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Mache All Star United Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lestary) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 4 Ogos 2021 – 25 Ogos 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Ayahanda |
Diikuti oleh | Anak Sena |
Hello, Jangan Tapau Cintaku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2021 yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Siri drama Hello, Jangan Tapau Cintaku dibintangi oleh barisan-barisan pelakon Malaysia seperti Nafiz Muaz, Elisya Sandha, dan Eyka Farhana.[1][2] Siri ini memulakan tayangan menenrusi Slot Lestary di TV3 pada 4 Ogos 2021, bagi mengantikan siri drama Ayahanda.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Ain Dheya (dilakonkan oleh Elisya Sandha) yang bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Ain Dheya berasal dari keluarga yang susah dan sudah diajar bagaimana hidup dengan amalan yang sederhana dan berjimat cermat. Dia dikenali dengan panggilan "Minah Tapau" kerana gemar menapau atau membungkus makanan secara berlebihan dan berjimat cermat, Ain peduli dengan kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung. Pak Long Asmadi, (dilaokonkan oleh Azri Iskandar) mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah (dilakonkan oleh Lisdawati) dan anak beranak. Oleh hal demikian, Pak Long (dilakokan oleh Azri Iskandar) meminta mereka untuk membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit dalam masa dua bulan.[1]
Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad (dilakonkan oleh Nafiz Muaz) iaitu seorang anak hartawan yang berwatakannya suka pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya serta mempunyai sikap yang sombong. Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak lima ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu ketika itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang. Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Longnya walaupun secara ansur-ansur.[1]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad[1][2]
- Elisya Sandha sebagai Ain Dheya[1][2]
- Eyka Farhana sebagai Anne Dayana[1][2]
- Syerinie Myra sebagai Alia[1][2]
- Lisdawati sebagai Mak Jah[1]
- Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi[1]
- Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah[1]
- Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa[1]
- Mak Wan sebagai Mak Ros[1]
- Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren [1]
- Sefik Khair sebagai Hakim[1]
- Cahaya Nilam sebagai Masniza[1]
- Mieza Edora sebagai Aira[1]
- Natasha Hamzah sebagai Kak Ida[1]
- Ikhwan Khairudin sebagai Riz[1]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Hello, Jangan Tapau Cintaku mempunyai 13 siri episod yang diterbitkan oleh syarikat MacheAllStar United Sdn. Bhd, dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip oleh Norazwanizan Awang.[2][4]
Penyiaran
[sunting | sunting sumber]Hello, Jangan Tapau Cintaku disiarkan di TV3 melalui Slot Lestary pada hari Rabu sehingga Sabtu, jam 9.00 malam. Hello, Jangan Tapau Cintaku juga bersiaran di aplikasi penstriman iQiyi pada hari sama yang ditayangkan di televisyen selepas satu jam penyiaran iaitu pada pukul 10.00 malam waktu tempatan.[1][3][4]
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku. MyInfoTaip.com. Dicapai 2 Ogos 2021.
- ^ a b c d e f g Aqmar Mustaza (3 Ogos 2021). "Hello, Jangan Tapau Cintaku ganti Ayahanda". Sinar Plus. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b Nurul (3 Ogos 2021). "Bukan Makanan Je, Cinta Pun Boleh Ditapau! Jom Layan Hello, Jangan Tapau Cintaku Di iQiyi!". OhBulan!. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b Budiey (1 Ogos 2021). "Best! Sinopsis Drama Bersiri HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU Lakonan Elisya Sandha & Eyka Farhana". Sensani Selebriti. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Budiey (22 Januari 2021). "Farisha Iris Lancar Single Hello, Bakal Jadi Lagu OST Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku". Sensani Selebriti. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Mustazah GP (4 Ogos 2021). "Info dan Sinopsis Drama Berepisod Hello Jangan Tapau Cintaku (Slot Lestary TV3)". Iluminasi.com. Dicapai pada 20 Februari 2023.