Camelia (drama)
Camelia | |
---|---|
Genre | Melodrama Keluarga Psikologi Cinta |
Ditulis oleh | Azlina Pa'wan |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Cintaiku" oleh Alyah |
Lagu penutup | "Cintaiku" oleh Alyah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Saphire Screen Sdn.Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 16 Januari 2020 – 11 Februari 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cindai |
Diikuti oleh | Maaf Tak Indah |
Camelia merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Eoon Shuhaini lakonan Diana Danielle, Ain Edruce dan Saharul Ridzwan.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 16 Januari 2020 hingga 11 Februari 2020 menggantikan Cindai dan digantikan oleh Maaf Tak Indah.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan. Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik (Saharul Ridzwan), Mariam (Diana Danielle) dan Marina (Ain Edruce) tinggal bersama ibubapa mereka, Halim (Nik Ramli) dan Zainab (Ainina Ahmad B), dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su (Ku Faridah). Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak. Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya. Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki identiti berbahagi.
Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina. Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Barisan pelakon disusun berdasarkan kredit penutup.
Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
- Ain Edruce sebagai Marina
- Saharul Ridzwan sebagai Malik
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Hafidz Roshdi sebagai Dr. Azman
- Aidil Aziz sebagai Jamal
- Ikhwan Khairuddin sebagai Zahar
- Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
- Ainina Ahmad B sebagai Zainab
- Zarina Zainuddin sebagai Puan Aina
- Nik Ramli sebagai Halim
- Ku Faridah sebagai Tok Su
- Idham Maulana sebagai Leman
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Puteri Balqis sebagai Camelia / Mariam kecil
- Qistina Raisah sebagai Marina kecil
- Redzwan Adha sebagai Malik kecil
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Ismail sebagai Ayah Leman
- Hairil Anuar sebagai Jamil (Kawan Malik)
- Khalid Mustapa sebagai Joe (Kawan Leman)
- Ridhwan Samsudin sebagai Ajoy (Teman Lelaki Marina 1)
- Airil Hafiz sebagai Teman Lelaki Marina 2
- Sugeng Pretyna sebagai Kawan Leman
- Mailk Hassan sebagai Setiausaha
- Dollah sebagai Penyiasat
- Amyraz Aznin Khailidi sebagai Makcik Bawang 1
- Syazwani sebagai Makcik Bawang 2
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Cintaiku" oleh Alyah[3]
- "Peneman" oleh Hazama
- "Jika Aku Tahu" oleh Fathia Latiff
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Camelia (TV3) My Info Taip (15 Januari 2020). Dicapai pada 26 Januari 2020.
- ^ Camelia (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 11 Februari 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Januari 2020). Cintaiku tampil vokal berbeza Harian Metro. Dicapai pada 24 Februari 2020.