Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Fasisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 363740 pada 16:06, 29 September 2007 oleh SieBot (bincang | sumb.) (bot Menambah: ast:Fascismu)
Benito Mussolini

Fasisme (B. Inggeris: Fascism) merupakan ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat. Fasisme mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama. Ideologi ini meliputi unsur-unsur nasionalisme, ketenteraan, korporatisme, totalitarianisme, antikomunisme dan antiliberalisme.

Pejuanga fasisme yang terkenal ialah bekas pemimpin Itali, Benito Mussolini.

Ideologi ini mula lenyap selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Kuasa Paksi. Penggunaan perkataan "fasis" terhadap seseorang dianggap menghinakan. Namun, terdapat juga parti-parti politik di Itali yang memperjuangkan ideologi ini, seperti "Fiamma Tricolor".