Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Benito Mussolini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Benito Mussolini
Perdana Menteri Itali
Dalam jawatan
31 Oktober 1922 – 25 Julai 1943
RajaVictor Emmanuel III
Didahului olehLuigi Facta
Digantikan olehPietro Badoglio
Duce Republik Sosial Itali
Dalam jawatan
23 September 1943 – 25 April 1945
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Duce Fasisme
Dalam jawatan
23 Mac 1919 – 28 April 1945
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Jawatan tambahan
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
5 Februari 1943 – 25 Julai 1943
Didahului olehGaleazzo Ciano
Digantikan olehRaffaele Guariglia
Dalam jawatan
20 Julai 1932 – 9 Jun 1936
Didahului olehDino Grandi
Digantikan olehGaleazzo Ciano
Dalam jawatan
30 Oktober 1922 – 12 September 1929
Didahului olehCarlo Schanzer
Digantikan olehDino Grandi
Menteri Koloni
Dalam jawatan
20 November 1937 – 31 Oktober 1939
Didahului olehAlessandro Lessona
Digantikan olehAttilio Teruzzi
Dalam jawatan
17 Januari 1935 – 11 Jun 1936
Didahului olehEmilio De Bono
Digantikan olehAlessandro Lessona
Dalam jawatan
18 Disember 1928 – 12 September 1929
Didahului olehLuigi Federzoni
Digantikan olehEmilio De Bono
Menteri Perang
Dalam jawatan
22 Julai 1933 – 25 Julai 1943
Didahului olehPietro Gazzera
Digantikan olehAntonio Sorice
Dalam jawatan
4 April 1925 – 12 September 1929
Didahului olehAntonino Di Giorgio
Digantikan olehPietro Gazzera
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
6 November 1926 – 25 Julai 1943
Didahului olehLuigi Federzoni
Digantikan olehBruno Fornaciari
Dalam jawatan
31 Oktober 1922 – 17 Jun 1924
Didahului olehPaolino Taddei
Digantikan olehLuigi Federzoni
Ahli Dewan Perwakilan
Dalam jawatan
11 Jun 1921 – 2 Ogos 1943
Maklumat peribadi
Lahir
Benito Amilcare Andrea Mussolini

(1883-07-29)29 Julai 1883
Predappio, Kerajaan Itali
Mati28 April 1945(1945-04-28) (umur 61)
Giulino di Mezzegra, Kerajaan Itali
Cause of deathDihukum mati oleh skuad penembak
Tempat semadiTanah Perkuburan San Cassiano, Predappio, Itali
KewarganegaraanItali
Parti politikParti Fasis Nasional (1921–1943)
Gabungan politik
lain
Pasangan
Pasangan Serumah
Anak
Ibu bapa
SaudaraKeluarga Mussolini
Bidang pengkhususan
  • Ahli politik
  • wartawan
  • novelis
  • guru
TandatanganTandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Kerajaan Itali (1861–1946)
Cabang/khidmat Tentera Darat Diraja Itali
Tahun khidmat1915–1917 (aktif)
Pangkat
UnitRejimen Ke-11 Bersaglieri
Perang/Pertempuran

Benito Amilcare Andrea Mussolini (29 Julai 188328 April 1945) ialah diktator fahaman fasis Itali dari tahun 1922 hingga penggulingannya pada tahun 1943. Beliau kemudian menjadi sekutu rapat kepada diktator Jerman, Adolf Hitler, yang dipengaruhi beliau. Mussolini menyertai perang dan memihak Jerman Nazi pada bulan Jun 1940. Tiga tahun kemudian, Pihak Bersekutu menyerang Itali. Pada bulan April 1945, Mussolini mencuba melarikan diri ke Switzerland, tetapi ditangkap dan dihukum mati oleh unit-unit Pemberontak.

Fahaman politik dan pendekatannya memerintahnya yang sangat totalitarian banyak mempengaruhi pemimpin-pemimpin Eropah lain sezamannya mengikuti cara sama terhadap rakyat mereka seperti Adolf Hitler di Jerman Francisco Franco di Sepanyol dan António de Oliveira Salazar di Portugal.[1][2][3][4][5]

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Mussolini dilahirkan di desa Dovia di Predappio dalam provinsi Forlì di Emilia-Romagna. Beliau dinamakan Benito sempena Presiden Benito Juarez, seorang reformis Mexico; perkataan Andrea dan Amilcare adalah daripada ahli-ahli sosialis Itali Andrea Costa, dan Amilcare Cipriani. Ibunya, Rosa Maltoni, seorang guru yang mempercayai bahawa pendidikan adalah sangat penting, manakala ayahnya, Alessandro, seorang tukang besi, sentiasa menggalakkan Benito mengingkari pihak berkuasa (selain daripada kewibawaannya). Beliau sangat menyayangi ayahnya tetapi malangnya, kasih sayangnya tidak pernah dibalas. Serupa dengan ayahnya yang merupakan ahli Sosialis Antarabangsa pertama, Benito kemudian menjadi seorang penyokong Sosialisme.

Mussolini tidak pernah dibaptiskan semasa kanak-kanak. Ketika berumur lapan tahun, beliau diharamkan daripada gereja ibunya kerana mencubit orang-orang lain di kerusi panjang gereja dan membalingkan batu pada mereka di luar bangunan gereja selepas sembahyang. Mussolini kemudian dihantar ke sebuah sekolah berasrama pada tahun itu dan ketika berumur 11 tahun, dibuang sekolah kerana menikam seorang murid sedarjah pada tangannya, serta kerana melontarkan bekas dakwat pada seorang guru. Bagaimanapun, beliau memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan dan melayakkan diri sebagai seorang guru lelaki sekolah rendah pada tahun 1901.

Pada tahun 1902, Mussolini berhijrah ke Switzerland untuk mengelakkan kerahan tentera yang dikenakan kepadanya. Disebabkan beliau tidak dapat mencari pekerjaan yang tetap di sana, beliau ditangkap kerana hidup bergelandangan dan dipenjarakan selama semalam. Kemudian selepas terlibat dalam gerakan sosialis, beliau diusir dan pulang ke Itali untuk menjalani perkhidmatan tentera. Mussolini kembali ke Switzerland dengan segera dan nasib baik, percubaan pengusiran yang kedua dapat dihentikan ketika ahli-ahli parlimen sosialis Switzerland mengadakan perdebatan kecemasan untuk membincangkan perlakuannya.

Pada Februari 1909, satu pekerjaan telah dicari untuk Mussolini di bandar raya Trento yang merupakan kawasan banyak dihuni orang berbangsa Itali, tetapi ketika itu di bawah kuasa Austria-Hungary. Di sana, beliau menjalankan kerja pejabat untuk parti sosialis tempatan dan menyunting surat beritanya, L'Avvenire del Lavoratore ("Masa depan pekerja"). Tidak lama kemudian, beliau membuat perhubungan dengan Cesare Battisti, seorang wartawan serta ahli politik sosialisme dan iredentisme (doktrin yang mengatakan bahawa sesuatu kawasan harus dikuasai oleh mereka yang berkait secara etnik atau sejarah dengan kawasan itu). Mussolini bersetuju untuk menulis dan menyunting surat berita parti politiknya, Il Popolo ("Si Rakyat"), selain daripada bertugas untuk parti tersebut. Untuk terbitan Battisti, Mussolini menulis sebuah novel, Claudia Particella, l'amante del cardinale, yang diterbitkan dalam bentuk siri pada tahun 1910. Beliau kemudian mengatakan bahawa novel itu ditulis semata-mata untuk memburuk-burukkan pihak berkuasa agama. Novel itu telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "Perempuan Simpanan Kardinal" (The Cardinal's Mistress). Pada tahun 1915, Mussolini melahirkan seorang anak lelaki dengan Ida Dalser, seorang wanita yang berasal dari desa Sopramonte yang terletak berhampiran dengan Trento. [6]

Bagaimanapun, apabila novelnya diterbitkan dalam Il Popolo, Mussolini telah kembali ke Itali. Gaya polemiknya dan keingkarannya yang semakin bertambah terhadap pihak berkuasa Diraja serta anti dasar kepaderiannya menyebabkan beliau akhirnya diusir pada akhir bulan September. Selepas kepulangannya ke Itali (disebabkan oleh sakit dan kematian ibunya), beliau menyertai Avanti! ("Mara!"), alat sebaran utama parti sosialis, sebagai kakitangannya. [7] Adik lelakinya, Arnaldo, kemudian menjadi penyunting Il Popolo d'Italia, surat berita rasmi Parti Fasis Nasional (November 1922).

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Pada malam 27 Oktober 1922, seramai kira-kira 300,000 orang pengikut Fasis berarak ramai-ramai ke Roma mendesak agar

Sebagai Perdana Menteri Itali

[sunting | sunting sumber]

Benito diberikan kekuasaan membentuk suatu kabinet terdiri banyaknya daripada golongan sefahamannya serta juga seberapa nasionalis dan liberalis.

Dia bertanggungjawab menghantar tentera Itali ke pulau Koryfó mencampur tangan dalam perselisihan antara pihak Albania dan Yunani yang menyebabkan seorang jeneralnya, Enrico Tellini dan beberapa rakan sekerja terbunuh di sebuah bandar berhampiran sempadan Yunani. Keadaan ini ketara menaikkan nama Mussolini dalam kalangan orang senegaranya.[8][9]

Sebagai Duce Itali Fasis

[sunting | sunting sumber]

Meletusnya Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Kematian di tangan Partigiani

[sunting | sunting sumber]
corpses hanging by feet including Mussolini next to Petacci at Piazzale Loreto, Milan, 1945
Mayat-mayat Bombacci, Mussolini, Petacci, Pavolini dan Starace di Piazzale Loreto, 1945.

Mussolini dan perempuan simpanannya Clara Petacci beredar ke Switzerland untuk melarikan diri ke Sepanyol dengan maranya pihak Berikat menuju arah utara.[10] Pada 27 April, mereka singgah di perkampungan Dongo namun dihalang para pemberontak Itali pimpinan Komisar Briged Garibaldi ke-52, Urbano Lazzaro yang berjaya mengenalpasti mereka.[11][12] Romobongan mereka ditahan dan dibawa ke Como dan kemudiannya ke Mezzegra - mereka dihukum tembak sehingga mati dua hari sebelum Adolf Hitler dan Eva Braun bunuh diri di tempat persembunyian mereka.

Mayat mereka diangkut dalam suatu van sebelum dibawa ke Milan pada lusa hari. Mayat-mayat ini diletakkan di jalanan pusat bandar kemudian ditembak berkali-kali, diludahi, dilempari batu, dan ditendangi oleh rakyat yang marah sebelum digantung terbalik di suatu stesen minyak Esso di Piazzale Loreto;[13] Hal ini bertujuan untuk meruntuhkan semangat juang orang-orang fasis dan sebagai pembalasan atas penggantungan beberapa partisan di tempat yang sama oleh otoritas Poros. Achille Starace juga sempat ditangkap d mana Starace diberi peluang memberi penghormatan terakhir pemimpinnya tersebut sesaat sebelum ditembak mati; mayat Staracei turut digantung bersama . Mayat Mussolini kemudian dikuburkan di makam tak bertanda di Mussoco. Menteri pertahanan Benito, Rodolfo Graziani, menyerah kalah pada 1 Mei tidak lama selepas kejadian ini.

Setahun kemudian, pada hari Paskah, sisa-sisa pendukungnya menggali kuburnya kembali dan kemudian disembunyikan di suatu tempat bernama Certosa de Pavia, dekat Milan. Masalah mayat Mussolini sempat menjadi kontroversi di Italia saat itu dan akhirnya, mayat Mussolini ditemukan dan "disimpan" selama 10 tahun sebelum dikuburkan di Predappio, Emilia-Romagna, tempat kelahirannya.

  1. ^ Hakim, Joy (1995). A History of Us: War, Peace and all that Jazz. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-509514-2.
  2. ^ "Historic Figures: Benito Mussolini (1883–1945)". BBC – History – bbc.co.uk.
  3. ^ "Mussolini founds the Fascist party – Mar 23, 1919". History.com.
  4. ^ "Historic Figures: Benito Mussolini (1883–1945)". BBC – History – bbc.co.uk.
  5. ^ "Mussolini founds the Fascist party – Mar 23, 1919". History.com.
  6. ^ http://www.fpp.co.uk/History/Mussolini/first_wife.html
  7. ^ Ucapan oleh Vladimir Lenin: Sapaan kepada Parti Sosialis Itali
  8. ^ Burgwyn, James (April 1997). Italian Foreign Policy in the Interwar Period: 1918-1940. Praeger. m/s. 24. ISBN 978-0275948771. "Improvised and incoherent, Mussolini's gunboat diplomacy failed to add Corfu to Italy's possession, but it did successfully fulfill demagogic and propagandistic aims within the country."
  9. ^ Neville, Peter (December 2003). Mussolini. Routledge. m/s. 93. ISBN 978-0415249904."There is no doubt that Mussolini's occupation of Corfu had widespread support at home."
  10. ^ Klein, Christopher (28 April 2015). "Mussolini's Final Hours, 70 Years Ago". History.com. Dicapai pada 3 February 2017.
  11. ^ Hooper, John (28 February 2006). "Urbano Lazzaro, The partisan who arrested Mussolini". The Guardian. Dicapai pada 24 October 2014.
  12. ^ "What Price Brutus?". Time Magazine. 7 April 1947. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-28. Dicapai pada 24 October 2014.
  13. ^ Video: Beaten Nazis Sign Historic Surrender, 1945/05/14 (1945). Universal Newsreel. 1945. Dicapai pada 20 February 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]