Finland
Republik Finland Suomen tasavalta Republiken Finland | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: tiada1 | |||||
Lagu kebangsaan: Maamme "Tanah Kita" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Helsinki | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Finland, Bahasa Sweden | ||||
Agama | Lutheran | ||||
Kerajaan | Demokrasi Berparlimen2 | ||||
• Presiden | Tarja Halonen | ||||
Mari Kiviniemi | |||||
Kemerdekaan daripada Bolshevist Rusia | |||||
• Autonomi | 29 Mac 1809 | ||||
• Diisytihar | 6 Disember 1917 | ||||
• Diiktiraf | 3 Januari 1918 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 338,145 km2 (130,559 bt2) (65) | ||||
9.4 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 20063 | 5,276,571[1][2] (111) | ||||
• Bancian Penduduk 2000 | 5,181,115 | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | $163 bilion (52) | ||||
$31,208 (13) | |||||
KDNK (nominal) | 2005 | ||||
• Jumlah | $193.491 bilion (31) | ||||
$37,504 (11) | |||||
HDI (2004) | ▲ 0.947 Ralat: Nilai IPM tidak sah · 11 | ||||
Mata wang | Euro (€) 4 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (EET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | ||||
Kod panggilan | 358 | ||||
Kod ISO 3166 | FI | ||||
DPT internet | .fi 5 | ||||
1 Perkataan vapaa, vankka, vakaa ("bebas, kuat, stabil") dicadangkan sebagai penambah kepada jata negara pada tahun 1936, tetapi digugurkan. 2 Sistem Separa Presiden 3 Disember 2006. 4 Sebelum tahun 2002: Finnish markka. 5 Domain .eu turut digunakan, kerana dikongsi bersama negara-negara Kesatuan Eropah yang lain. |
Republik Finland atau dalam bahasa tempatan Suomi (bahasa Finland) dan Finland (bahasa Sweden) ialah sebuah negara Nordik yang bersempadankan Laut Baltik di barat daya, Teluk Finland di tenggara, Teluk Bothnia di barat, Sweden di barat laut, Norway di utara dan Rusia di timur. Finland juga mempunyai sempadan laut dengan Estonia. Pulau Åland di barat daya berada di bawah Finland tetapi mendapat kuasa memerintah sendiri.
Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Finland
Finland mempunyai sejarah yang bergelora. Sejak 1154, negara ini telah menjadi sebahagian Kerajaan Sweden. Sewaktu abad ke-18, negara ini telah diduduki oleh tentera Rusia sebanyak dua kali. Pada 1808, Finland telah ditakluki tentera Maharaja Rusia Alexander I dan kemudiannya kekal sebagai Grand Duchy berautonomi di bawah Empayar Rusia sehinggalah akhir tahun 1917.
Era 1860an telah menyaksikan kebangkitan semangat nasionalisme rakyat Finland dan kelahiran pergerakan Fennomans. Pada 6 Disember, 1917, iaitu beberapa bulan selepas Revolusi Bolshevik di Rusia, Finland telah mengisyhtiharkan kemerdekaannya. Walaupun begitu, negara ini hanya mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 3 Januari 1918 dan pertelingkahan sempadan telah diselesaikan selepas Perjanjian di Tartu ditandatangani pada 1920. Namun demikian, ancaman Kesatuan Soviet tidak berakhir disitu sahaja. Sewaktu Perang Dunia II, Finland telah menentang Kesatuan Soviet sebanyak dua kali: pertamanya pada Perang Musim Sejuk antara 1939–1940 dan Perang Sambungan antara 1941–1944. Pada 1944, Finland sekali lagi diserang kali ini dari pihak tentera Jerman dalam Perang Laplands 1944-1945, dimana tentera Finland berjaya mengusir tentera Jerman dari sebelah Utara Finland. Selepas perang tamat, kerajaan Finland telah memetarai beberapa perjanjian dengan jirannya yang besar iaitu kesatuan Soviet antara 1947-1948 serta menyerahkan wilayah-wilayahnya iaitu Karelia, Salla dan Petsamo kepada negara tersebut.
Selepas perang, Finland berada dalam keadaan yang merbahaya sebagai negara penampan buffer state antara kuasa besar komunis Kesatuan Soviet dan negara-negara demokratik yang lain di Eropah. Oleh itu pada 1948, negara ini terpaksa menandatangani perjanjian Finno–Soviet iaitu Perjanjian Persahabatan, Kerjasama, dan Bantuan secara Mutual, yang juga dikenali sebagai Perjanjian YYA. Perjanjian ini adalah penting untuk memastikan survival Finland sebagai sebuah negara kapitalis demokrasi. Pada asasnya dalam perjanjian ini, Finland mesti kekal sebagai sebuah negara neutral sewaktu Perang Dingin dan membendung sebarang serangan terhadap Kesatuan Soviet melalui Finland.
Era pasca-perang telah menyaksikan pembangunan ekonomi yang pesat dan kestabilan politik di Finland. Negara yang dulunya hampir musnah akibat perang yang berpanjangan telah bangkit menjadi sebuah ekonomi yang sangat kompetitif dan berteknologi tinggi. Walaupun ia mempunyai perhubungan yang tidak baik dengan Kesatuan Soviet, negara ini merupakan salah satu rakan dagangannya yang utama. Oleh itu kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 telah memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi Finland. Namun demikian, dalam masa yang singkat negara ini telah pulih kembali.Malah pada 1995 negara ini telah diterima untuk menyertai Kesatuan Eropah. Kini, Finland dianggapsebagi sebuah negara yang sangat maju terutamanya dalam penggunaan Internet dan industri telefon bimbit. Selain itu, negara ini cukup terkenal dengan sistem pendidikan dan sistem sosial yang cemerlang.
Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Finland
Finland menggunakan sistem semi-presidensial dengan parlimen. Presiden Finland bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar negeri sedangkan kekuasaan eksekutif dijalankan oleh kabinetnya, Valtioneuvosto atau Statsrådet, yang terdiri dari Perdana Menteri dan menteri untuk berbagai jabatan.
Parlimen Finland yang dipanggil Eduskunta atau Riksdag mempunyai 200 orang ahli dan merupakan kuasa legislatif tertinggi di negara tersebut. Parlimen ini boleh mengubah Perlembagaan Finland dan mengalahkan hak veto presiden. Rang undang-undang boleh diusulkan oleh kabinet ataupun dari anggota Eduskunta yang dipilih untuk empat tahun melalui pilihan raya secara perwakilan berkadar.
Daerah
Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Finland
Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Finland
Finland adalah sebuah negara dengan ribuan tasik dan pulau; iaitu sebanyak 187,888 tasik dan 179,584 pulau. Salah satu tasiknya, Saimaa, adalah yang ke-5 terbesar di Eropah. Bentuk tanah Finland kebanyakan datar dengan beberapa bukit dan titik tertingginya, Haltitunturi pada 1.328 m, berada di hujung utara Laplandia. Di samping banyak tasik, lanskapnya juga didominasi oleh hutan pokon pine (sekitar 68% dari luas tanah) dan sedikit tanah subur.
Sebagian besar dari kepulauan ditemukan di barat daya, bagian dari kepulauan Åland, dan sepanjang tepi pantai selatan di Teluk Finland. Finland adalah salah satu dari sedikit negara di dunia yang tetap bertumbuh disebabkan pengangkatan isostatik yang telah terjadi sejak zaman ais terakhir, luas wilayah negara ini juga tumbuh sekitar 7 kilometer persegi setiap tahun.
Iklim di Finland Selatan adalah iklim menengah utara. Di Utara Finland, terutama di Laplandia, sebuah iklim subarktik mendominasi, dengan musim dingin yang sangat dingin dan musim panas yang hangat.
Seperempat dari wilayah Finlandia terletak di dalam Lingkaran Arktik, dan akibantnya Finland mengalami matahari tengah malam. Di titik paling utara Finland, matahari tidak terbenam selama 73 hari di waktu musim panas, dan tidak terbit untuk 51 hari dalam musim dingin.
Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Finland
Demografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Finland
Budaya
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Finland
Rujukan
- ^ "Suomen ennakkoväkiluku joulukuun lopussa 5 276 571 (Bahasa Finland)". Statistik Finland, Disember 2006. Dicapai pada 2007-01-22.
- ^ "Populasi Finland". Pusat Pendaftaran Populasi. Dicapai pada 2007-01-22.
Lihat juga
- Komunikasi di Finland
- Hubungan Luar Finland
- Pelancongan di Finland
- Pengangkutan di Finland
- Ketenteraan di Finland
- Pendidikan di Finland
- Senarai nama bandar di Finland
- Daftar negara
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link GA Templat:Link GA Templat:Link GA