Latvia
Republik Latvia ريڤوبليك لاتۏيا Latvijas Republika | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Dievs, svētī Latviju! Tuhan rahmati Latvia! | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Riga | ||||
Bahasa rasmi | Latviaa | ||||
Kumpulan etnik (2011[1]) | |||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
• Presiden | Edgars Rinkēvičs | ||||
Krišjānis Kariņš | |||||
Badan perundangan | Saeima | ||||
Kemerdekaan daripada Empayar Rusia | |||||
• Diisytiharkanb | 18 November 1918 | ||||
• Diiktiraf | 26 Januari 1921 | ||||
• Pendudukan Soviet | 5 Ogos 1940 | ||||
• Pendudukan Jerman Nazi | 10 Julai 1941 | ||||
• Pendudukan semula oleh Soviet | 1944 | ||||
• Mengumumkan kemerdekaan | 4 Mei 1990 | ||||
• Kemerdekaan dipulihkan | 21 Ogos 1991 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 64,589 km2 (24,938 bt2) (ke-124) | ||||
1.57% (1,014 km2) | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 2,102,632[2] (148) | ||||
• Bancian Penduduk 2011 | 2,070,371 | ||||
34.3/km2 (88.8/sq mi) (166) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | $63.490 bilion[3] | ||||
$32,986[3] | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | $36.771 bilion[3] | ||||
$19,105[3] | |||||
HDI (2018) | 0.854[4] sangat tinggi | ||||
Mata wang | Euro (€), Lats (Ls)c | ||||
Zon waktu | UTC+2 (EET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +371 | ||||
Kod ISO 3166 | LV | ||||
DPT internet | .lvd | ||||
|
Latvia (Bahasa Latvia: Latviya) atau nama rasmi, Republik Latvia (Latvijas Republika) ialah sebuah negara di timur laut Eropah. Latvia merupakan salah satu daripada negara-negara Baltik, bersama sama Estonia dan Lithuania yang bersempadan dengan negara ini di utara dan selatan masing-masing. Di timur pula, Latvia berkongsi sempadan dengan Russia dan Belarus.
Pada 20 September 2003, rakyat Latvia memilih untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan menjadi ahli rasmi oaganisasi tersebut pada 1 Mei 2004. Latvia menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 29 Mac 2004.
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Nama Latvija berasal dari nama Latgalia kuno, satu daripada empat suku Indo-Eropah Baltik (selain Couronia, Selonia dan Semigallia) yang membentuk asas kaum Latvia moden bersama-sama orang Livonia Finn.[9]
Henry dari Latvia menciptakan perumian nama-nama "Lettigallia" dan "Lethia" keduanya-duanya berasal daripada orang Latgalia. Daripada istilah itu, beberapa variasi nama negara dalam bahasa-bahasa Romawi dari "Letonia", dan dalam bahasa-bahasa Germanik dari "Lettland".[10]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Latvia terletak di Eropah Utara di kawasan pesisir timur Laut Baltik di antara latitud 55° dengan 58° U, dan longitud 21° dengan 29° T. Keluasan Latvia ialah 64,559 km2. Kawasan barat laut Latvia disempadani oleh Teluk Riga. Kebanyakan kawasan Latvia berkedudukan kurang daripada 100 meter di atas paras laut; puncak tertinggi ialah Gaizinkalns dengan ketinggian 312 meter.[11] Iklim Latvia ialah bersuhu sederhana. Kawasan pesisir Latvia cenderung memiliki iklim lautan manakala kawasan timur pula lebih cenderung terhadap iklim benua.[12]
Politik
[sunting | sunting sumber]Sistem politik Latvia menuruti prinsip republik demokratik berperwakilan berparlimen. Parlimen Latvia memiliki satu dewan, iaitu Saeima yang terdiri daripada 100 kerusi yang ditanding dalam pilihan raya setiap empat tahun. Presiden Latvia bertindak sebagai ketua negara serta panglima tertinggi angkatan tentera negara, dan dipilih oleh ahli-ahli Saeima setiap empat tahun. Perdana Menteri Latvia ialah ketua kerajaan negara.
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Sebagai negara unitari, Latvia terbahagi kepada 110 buah perbandaran serta sembilan buah "bandar republik" dengan pentadbiran dan dewan bandar yang tersendiri.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Sebagai negara EU, masyarakat Latvia menggunakan mata wang euro sejak 2014, menggantikan mata wang Lats. Hampir kesemua sistem ekonomi negara telah mengalami penswastaan melainkan beberapa buah syarikat besar kerajaan.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Anggaran jumlah penduduk Latvia pada 1 Januari 2020 ialah 1,908,100 orang.[13] Sejak kebelakangan ini, jumlah penduduk Latvia mengalami penurunan yang ketara dengan punca-punca utama termasuk kadar kelahiran rendah serta kadar emigrasi yang terlalu banyak;[14] jumlah penduduk Latvia mengalami penurunan paling besar dalam kalangan negara-negara EU pada 2018.[15]
Sejak berabad-abad lalu, penduduk Latvia sudah terdiri daripada kaum-kaum yang pelbagai walaupun pada abad ke-20, ada perubahan yang cukup drastik akibat Perang Dunia I dan II, repatriasi orang Jerman Baltik, Holokus, dan pendudukan Kesatuan Soviet.
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Satu-satunya bahasa rasmi negara ialah bahasa Latvia, sejenis bahasa Balto-Slav. Selain itu, bahasa Livonia, sebuah bahasa peribumi yang hampir pupus serta bahasa Latgalia, dialek bahasa Latvia mendapat pengiktirafan dalam perundangan negara. Bahasa Rusia menjadi bahasa asing paling banyak ditutur dalam kalangan masyarakat Latvia.[16] Bahasa Inggeris juga lazim digunakan dalam bidang perniagaan dan pelancongan.
Agama
[sunting | sunting sumber]Agama Kristian merupakan agama majoriti masyarakat Latvia (kira-kira 79% penduduk), kebanyakannya tergolong dalam fahaman Lutheranisme Statistik rasmi menunjukkan bahawa terdapat 416 orang Yahudi, 319 orang Muslim dan 102 orang beragama Hindu menetap di Latvia setakat 2011. Kira-kira 21% penduduk Latvia tidak terikat dengan sebarang agama.[17]
Budaya
[sunting | sunting sumber]Cerita rakyat Latvia tradisional seperti tarian dari lagu-lagu rakyat sudah diketahui wujud lebih dari seribu tahun yang lalu. Lebih daripada 1.2 juta teks dan 30,000 lagu daerah telah dikenal pasti.[18]
Masakan Latvia biasanya terdiri daripada hasil pertanian, dengan daging sering hadir dalam sebahagian besar hidangan utama. Ikan umumnya dimakan disebabkan oleh kedudukan Latvia di Laut Baltik. Masakan Latvia telah dipengaruhi oleh negara-negara jiran. Bahan-bahan umum dalam masakan Latvia ditemukan secara tempatan seperti kentang, gandum, gandum, kubis, bawang, telur, dan babi. Masakan orang Latvia umumnya cukup berlemak dan menggunakan beberapa rempah.[19]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Perhubungan di Latvia
- Pelancongan di Latvia
- Ketenteraan di Latvia
- Pengangkutan di Latvia
- Hubungan Luar Latvia
- Daftar negara
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Veģis, Pēteris. "On key provisional results of Population and Housing Census 2011". Population and Housing Census 2011. Social Statistics Department of Latvia. Dicapai pada 19 Januari 2012.
- ^ "Monthly Bulletin of Latvian Statistics 2013/10" (PDF). Central Statistical Bureau of Latvia. October 2013. Dicapai pada 11 October 2013.
- ^ a b c d "Latvia". IMF.
- ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 Mac 2017.
- ^ "The Constitution of the Republic of Latvia, Chapter 1 (Article 4)". The Parliament of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-05. Dicapai pada 20 November 2013.
- ^ "Official Language Law, Section 3 (Article 1)" (dalam bahasa English published by Latvian Translation and Terminology Centre). The Parliament of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada 20 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Official Language Law, Sections 4, 5 and 18 (Article 4)" (dalam bahasa English published by Latvian Translation and Terminology Centre). The Parliament of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada 20 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Official Language Law, Section 3 (Articles 3 and 4)" (dalam bahasa English published by Latvian Translation and Terminology Centre). The Parliament of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada 20 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Latvia in Brief" (PDF). Latvian Institute. 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 November 2012. Dicapai pada 12 May 2011.
- ^ "Baltic Online". The University of Texas at Austin. Dicapai pada 12 May 2011.
- ^ Gaiziņkalna augstuma precizēšana Diarkibkan 2016-11-24 di Wayback Machine Latvijas Ģeotelpiskās informācijas aģentūra
- ^ "Latvia in crosscut". Liepājas Universitāte. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2013.
- ^ "Population change and demographic balance by month". Central Statistical Bureau of Latvia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2019. Dicapai pada 20 January 2020. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Sander, Gordon F. (1 Julai 2018). "Latvia, a disappearing nation". Politico (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ "Latvia had EU's fastest-shrinking population last year". Latvian Public Broadcasting (dalam bahasa Inggeris). 11 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ "ETHNICITIES OF RESIDENT POPULATION IN STATISTICAL REGIONS, CITIES UNDER STATE JURISDICTION AND COUNTIES BY LANGUAGE MOSTLY SPOKEN AT HOME; ON 1 MARCH 2011" (dalam bahasa Inggeris). Central Statistical Bureau of Latvia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2016.
- ^ "Tieslietu ministrijā iesniegtie reliģisko organizāciju pārskati par darbību 2011. gadā" (dalam bahasa Latvia). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2012. Dicapai pada 25 Julai 2012.
- ^ "Welcome to Latvia – Folk Songs". Li.lv. 1 May 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2011. Dicapai pada 16 October 2010.
- ^ Maija., Auliciema, Marianna; Raimonds., Cerūzis (2004). The cuisine of Latvia. Latvian Institute. ISBN 998473627X. OCLC 660594947.
{{#switch:||Kategori=